Tuesday, February 5, 2013

FASTABIKUL KHAIRAT


“Eh Lan kau buat apa kat sini?”

“Aku datang iftar. Percuma seyh.”

“Oh yeke? Selalu ada kat sini ek?”

“Agak ah. Hari Isnin. Kau buat apa kat sini? Usrah la tu kan?”

“Eh mana ada, kitorang datang iftar gak, tapi makan sendiri”

Dua tiga minit berlalu, muezzin melaungkan azan. Sesi menyentap bermula. Kay dengan member usrahnya. Lan pula dengan ahli kariah. Satu lagi sunnah ar Rasul dihidupkan pada senja itu.

----


“Kay, ermm korang selalu usrah kat sini kan?”

“Selalu gak ah, eh mana kau tahu? Kau stalk aku ek?”

“Mana ada”

“Kenapa tanya?”

“Saje, nak timbulkan isu”

“Kau nak join, Lan?”

“Ada kosong tak? Kalau ada boleh gak”

“Esok? Available tak?”


Krik krik


“Takpelah Kay, aku belum bersedia kot”

“Oh ok”


------

 
Pada first thought untuk berubah, di saat itulah hidayah sedang mendakap tubuhmu yang suci dan bertandan di hatimu yang putih. Pada saat itu, berilah dirimu wahai insan peluang untuk maju setapak. Pada saat itu, berlaku adil lah pada diri sendiri wahai teman. Pada saat itu, benarkanlah kata hati mu, iyakanlah firasat mu. Pada saat itu temanku, usah lah kau tunduk pada syaitan dan egomu. Majulah wahai sahabat. Kerana, hidayah mungkin pergi. Untung, dia datang lagi. Tapi jika itu kali terakhir, maka merugilah.


-------------

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik

(AL Hadid :16)

-------------

Ya, belum tibakah?

Waktunya sudah tiba.
Kita sahaja yang menduga.

Bagi anda yang sudah lama tergerak hati untuk berada di site-site islami di alam maya, mencari-cari akan hakikat kebenaran, mengintai-ngintai akan erti tarbiyah, belum tibakah waktunya untuk anda melangkah dengan penuh serius dan bergaya ke dunia reality? Atau anda menunggu keinginan itu pudar dan berlalu pergi?

Bagi anda yang sudah lama sujud sedalam-dalamnya, sudah lama tunduk penuh ketaatan dalam beribadah, sudah lama hanyut dan dibuai rasa manisnya iman, belum tibakah waktunya untuk kita sama-sama kongsikan kemanisan iman itu? Belum tibakah waktunya untuk kita maju memerangi panji-panji kebatilan? Atau kita menunggu kanun azab yang menanti di hadapan? Yang menimpa ahli ibadah yang bermain-main?

Bagi anda yang membaca ayat-ayat dalam kitabNya, yang menyedari akan perintah menegakkan kebenaran, yang sedar akan kewajipan meletakkan yang hak pada tempatnya, yang tahu azab yang sangat keras menanti orang-orang yang menyembunyikan kebenaran tersebut, belum tibakah waktunya untuk kita benar-benar menginfakkan diri untuk sama-sama melaksanakan tugas shahadatul haq yang kita pikul?

Bagi anda yang sudah memijakkan kaki ke dalam gerabak dakwah ini, yang sudah sekian lama melaung slogan sehidup semati bersama dakwah, yang sudah mngangkat baiah untuk berkorban, belum tibakah waktunya untuk kita benar-benar serius dalam hal ini? Belum tibakah waktunya untuk kita perangi dan nyahkan semua alasan-alasan yang kerap kali menyekat langkah perjuangan kita?

Ya, belum tibakah waktunya?

Tidak. Waktunya sudah tiba.
Sudah lama tiba.

“Ah, aku belum bersedia”

“Ah, aku bukan orang yang baik-baik”

“Ah, aku belum cukup ilmu di dada’

“Ah, aku sendiri masih mabuk dunia”

“Ah, aku tak mampu”

Ah, itu semua alasan.

Sampai bila kita akan terus duduk dan menuggu?


“..kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik…”


Sehingga hati-hati kita menjadi keras?
Sehingga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang fasik?



Akhi,
Ini untuk aku juga

Sunday, February 3, 2013

ORKID DAN EPAL [3]


Empat lima tahun yang lalu.

Hampir.
Satu petang, Jebat duduk-duduk di kaki lima rumah. Bertemankan angin petang, bersahabatkan kucing liar. Jebat panggil kucing tu Lekiu. Entah. Teringat kisah pahlawan Melayu purba.

 Mungkin.
Jebat dan Lekiu.
Lagenda.

Kat kawasan kampung tu banyak kucing liar. Banyaknya yang lari bila tengok Jebat. Sedikitnya datang dekat-dekat. Tinggal Lekiu seekor, yang sebati. Jebat pun tak ada kawan sangat. Tersisih. Mujur ada Lekiu. Peneman sepetang.



Jebat ambil sisa tulang ikan kat dapur. Main acah-acah dengan Lekiu. Terlompat-lompat Lekiu, menagihkan tulang ikan yang dah tinggal sisa semata.

Belum sempat tulang dijamah, tiba-tiba sebuah motorsikal merah meluncur laju menghampiri mereka berdua. Terlompat lintang pukang Lekiu meninggalkan Jebat sendirian. Kaget barangkali.

“Ayah kamu ada kat rumah?”

“Tak de. Kat kebun kot” Jebat layan tak layan.

Encik Posmen buka getah yang mengikat timbunan surat. Dihulurnya satu sampul putih kepada Jebat. Surat rasmi. Dari luar.

“Ni ha, surat. Jebat bin Selamat.” Jebat baca nama yang tertera. “Selamat ni nama ayah kamu kan?” tambah Encik Posmen.

Jebat bin Selamat. Tu nama dia.
Jebat diam sejenak.

“Betul la tu Pak Cik. Jebat tu sayalah”

“Baguslah kalau macam tu. Pak Cik pergi dulu. Nanti kirim salam kat ayah kamu ye”

Jebat masih tatap surat putih tadi. Sekilas memandang Encik Posmen. “Sama-sama”. Jebat bagi jawaban, dalam diam.

Motosikal merah berlalu.
Lekiu entah menghilang ke mana.

Jebat buang tulang ikan tadi ke dalam tong sampah. Pasir-pasir yang bertaburan kat ruang garaj depan rumah disapu. Matahari pun dah nak terbenam. Yang tinggal cahaya kemerah-merahan. Lekiu, ah biarkan jela.

Pak cik Selamat belum pulang. Sambil-sambil tunggu ayahnya pulang, Jebat duduk atas tangga depan rumah. Sampul surat tadi, dia buka. Jebat baca isi tersurat. Macam tak percaya.

Dah agak.
habislah.
Jebat mula terbayang masa depannya
makin gelap

“Surat apa tu?”

Mak Teh datang dari belakang. Jebat cepat-cepat sorok surat tadi. Takut kalau-kalau Mak Ayahnya tahu. Matilah dia.

“Mana ada pape. Mak masa apa malam ni?”

“Kau tak payah nak sembunyi-sembunyi dengan Mak la Jebat. Bak sini surat tu?”

Pinta Mak Teh. Jebat mati akal.
Nak tak nak, dia kena terima hakikat.

“Surat tawaran masuk MRSM Mak. Jebat tak nak”

Jebat berterus terang. Kalau bagi Mak Teh surat tu pun Jebat tahu Mak dia kurang mahir baca. Huruf jawi boleh la.

 Tersungkur jatuh Mak Teh kegembiraan.
Dah lama dia tunggu. Cepat-cepat Mak Teh peluk Jebat. Dikucupnya Jebat.
Lemas Jebat..

“Murah rezeki Jebat” bisik Mak Teh ke telinga anak lelakinya.

Jebat dilemma. Dia keliru, nak gembnira ke tak.
yang pasti dia tahu, dia tak boleh lari dari reality lagi. Habislah.


-----------


“Eh Mak nak gi mana pulak ni?”

“Pergi kebun. Cari ayah kau, dia mesti tahu cepat-cepat. Kalau ada rezeki lebih kita boleh buat doa selamat Jebat.”

“Alaa tak payah la Mak, dah nak Maghrib ni. Nanti Ayah balik Mak bagi tahu la dia” Jebat cuba tenangkan ibunya. Hasilnya gagal.

Semangat Mak Teh seakan tiada apa lagi mampu menghalangnya. Ibu mana tak gembira bila dapat tahu anaknya dapat. masuk MRSM. Waktu tu, bukan calang-calang pelajar terpilih. Kalau tak kerana kabel, mesti yang terpilih tu yang terbaik dari sekolah masing-masing.

Rezeki Jebat.

Mak Teh bergegas ke kebun nenas milik dia dan Pak Selamat. Tak sabar-sabar dia nak bagi tahu suaminya berita gembira tadi.

Pak Selamat pasti-pasti jadi orang paling gembira. Cita-cita dia nak tengok anak lelakinya suatu hari nanti jadi seorang doctor makin dekat. Semakin menjadi kenyataan.

Jebat?

Masih keliru.
Tapi kegembiraan tadi, tak tahan lama
sekejap sahaja.

Sekejap.


---------

Tersenyum Jebat.
Kenangan.

 Azan Asar berkumandang.
Dia tinggalkan kenangan tadi di tangga rumah.


Demi waktu duha dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membebanimu. Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.

(Ad-Duha:1-4)



--------


Saya tak pasti sama ada saya akan teruskan cerita ini atau tidak. Kerana saya khuatir yang  bakal datang dari cerita ini adalah kelalaian, bukan kebaikan. Namun saya berdoa moga ada kebaikan, mengalir dari tiap celah huruf, sekelumit cuma pun memadai.

Friday, February 1, 2013

USRAH ITU KELUARGA


Boleh bayangkan tak ?

Ok kalau tak boleh bayangkan, cuba imagine,

One day, baik-baik sahaja kita pulang dari rumah, Mak kita tanya bagaimana dengan mutaba’ah amal kita instead of tanya assignment yang lecturer bagi. Di meja makan kita bincang masalah, qhodaya amal dakwah dengan ayah kita. Adik-adik kita kongsi seerah para sahabat. Dengan bibik kat dapur pula sempat kita tasmi’ hafalan hafalan kita. Walaweh.

Dan kena pula nenek kita duduk serumah dengan ibu bapa kita, balik saja dari rumah kita minta taujih dari nenek. Hendak hendak terbakar juga.

Boleh bayangkan?

Indah bukan.

Mustahil?


-----------

 
Tak kalau kita buat kerja. Ouch. Saya rasa tiada hasil dakwah yang lebih manis melainkan dapat melihat ahli kerabat kita turut bersama berteduh di bawah naungan tarbiyah. Namun begitu, bayangan tadi tidak akan menjadi kenyataan jika kita terus menerus tidur dalam bayangan. Ia akan menjadi sesuatu yang mustahil jika kita sekadar berpuas hati dengan hasil dakwah kita yang tidak seberapa di tempat kerja, di tempat belajar dan sebagainya.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak mulakan dakwah dalam keluarga. Ramai yang merungut payah. Ramai yang sudah putus harapan. Hakikatnya kita sebenarnya tidak pernah mencuba. Dakwah dalam keluarga sebenarnya bukan tidak menjadi, tetapi tidak pernah bermula.

Kita sering ditewaskan oleh assumptions negative tentang usaha dakwah yang sedang kita rancangkan dalam minda kita. Ekoran itu, langsung perancangan tersebut terkubur. Kita terlalu takut untuk memulakan langkah pertama. Kita terlalu negative. Takut kalau-kalau dakwah kita ditolak dan hubungan dengan keluarga akan beretakkan.

Bila ditanya apa yang kita lakukan untuk sebarkan fikrah ini dalam keluarga, rata-rata menjawab hanya mampu berdoa.

Saya sendiri pun begitu sebenarnya. Itulah jawapan common dan escapism. Bukanlah saya berniat untuk menidakkan kuasa doa, benar doa itu senjata mu’min, tapi saya sangat yakin kita semua sebenarnya boleh pergi lebih jauh. Kita semua mampu untuk melangkah beberapa tapak ke hadapan. Doa tanpa usaha sebenarnya bukanlah doa yang sebenar. Dan sebenarnya banyak pula perkataan sebenar yang telah saya gunakan. Eh.

 Yang sepatutnya sudah lama kita lakukan adalah menjadi qudwah kepada ahli keluarga. Tunjukkan kepada mereka perubahan diri kita sama ada dari segi akhlak mahupun ibadahnya. Tujuan kita tunjuk ini bukan untuk menunjuk tapi supaya tempiasnya dapat mereka rasa. Sipi-sipi pun jadilah.

Saya optimist, ramai dalam kalangan kita lebih memilih untuk beramal senyap-senyap. Kat rumah terutamanya, kita menyorok bila baca Quran. Kunci pintu bilik bila baca al mathurat. Malah jika berupaya, kita hendak solat dhuha di bawah katil. Puasa senyap-senyap dan mahu sahaja terbang ke masjid untuk solat berjemaah supaya orang tak nampak. Kenapa? Well, supaya ikhlas, supaya tidak disalah tafsir?

Ini semua silap.

Adeh.

Mana pergi dakwah fi’iliyyah kita sekiranya kita terus membisukan dan menyorok amal-amal ini? Mana mungkin kesan tarbiyah yang berjaya merubah diri kita itu tempiasnya dirasai oleh ahli keluarga kita jika pada pandangan mata kasar mereka, kita sama sahaja?

Oleh itu, cewah dah ada penanda wacana sekarang, marilah kita semua bertukar. Kalau dulu kita baca Quran dengar tak dengar, sorok-sorok pulak tu, apa kata kita baca kuat sikit. Baca depan tv. Apa kata kita solat dhuha di ruang tamu, baca al mathurat di meja makan dan seumpamanya.

Saya optimis lama kelamaan kaum kerabat kita akan terasa lainnya. Paling kurang mereka akan berasa malu dan terdetik untuk berubah. Tujuan kita bukanlah itu menunjuk-nunjuk atau membuatkan mereka berasa malu, tapi supaya detik detik kesedaran itu timbul. Teruskan mencuba. Paling penting, iringi juga doa. Supaya hidayah turut mengetuk pintu hati mereka.

Ini pendapat dan pandangan saya. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Maklumlah, lagikan lidah tergigit, inikan pula pendapat yang tidak mendapat pengiktirafan. Eh.

Apa-apa pun sudah sudahlah membuat assumptions negative dan hypothesis yang tidak berasas sebelum kita membuat sebarang percubaan. Cubalah dahulu. Mana tahu, dah cuba pasti nak lagi. Kan.


-------

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..”
(66:6)