Sunday, May 12, 2013

UNTUK AL-AKH YANG BENAR



“Tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah,” kata Anas bin Malik, “Daripada hari ketika Rasulullah datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram daripada saat beliau wafat.”

Hari itu isak dan sedu menyatu. Tangis dan ratap berbaur. Air mata bergabung dengan keringat dan cairan hidung. Dan seorang lelaki berteriak-teriak, membuat suasana makin kalut.

“Sesungguhnya beberapa orang munafik beranggapan bahawa Rasulullah meninggal dunia!” Kata sosok tinggi besar itu. Banyak orang berhimpun di sekelilingnya hingga yang dibelakang harus berhinjit untuk mengenali bahwa si gaduh itu adalah ‘Umar ibn Khathab.

“Sesungguhnya beliau tidak wafat!”, ia terus berteriak dengan mata merah berkaca-kaca dan berjalan hilir mudik ke sini ke sana.

‘Umar masih terus berteriak-teriak bahkan menghunus pedang ketika Abu Bakar datang dan masuk ke bilik ‘Aisyah, tempat di mana jasad Sang Nabi terbaring. Disibaknya kain berwarna hitam menyelubungi tubuh suci itu, dipeluknya Sang Nabi dengan tangis. “Ayah dan ibuku sebagai tebusanmu..”, bisiknya.

“Allah tidak akan menghimpun dua kematian bagimu. Kalau ini sudah ditetapkan, engkau memang telah meninggal.” Abu Bakar mencium kening Sang Nabi. “Alangkah wanginya engkau di kala hidup, alangkah wangi pula di saat wafat.”

‘Umar masih menghayun pedang ketika dia keluar.

“Duduklah wahai ‘Umar!” Seru Abu Bakar. Tapi ‘Umar yang bagai kesurupan tak juga duduk. Orang-orang dengan kesedaran penuh mulai mendekati Abu Bakar dan meninggalkan ‘Umar.

“Barang siapa menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, tapi barang siapa menyembah Allah sesungguhnya Allah hidup kekal!”

Katanya berwibawa. Abu Bakar lalu membacakan ayat yang dibaca Mush’ab ibn ‘Umair menjelang syahidnya, saat tubuhnya menghela panji Uhud dibelah-belah dan tersiar kabar bahwa Rasulullah terbunuh.


“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik kebelakang? Dan barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
(Ali ‘Imran :144)

-Dalam Dekapan Ukhuwah
-Salim A. Fillah

---------------------


Tulisan ini saya tujukan khas kepada mereka yang sudah berada dalam system tarbiyah, yang sudah disapa dengan dakwah dan usrah, yang sudah merasai nikmat ukhuwah dan kebersamaan, yang sudah lama mendulang kasih dari seorang murabbi mahupun teman seperjuangan. Dari sudut paling dalam hati ini, saya tujukan juga tulisan ini, secara senyap senyap kepada adik-adik yang berada di sini. Di mana tu? Biarlah rahsia.

Jika ditanya kepada seorang mutarabbi, pada kita, saat bibit awal bertemu dengan dakwah dan tarbiyah, apakah hadiah yang paling menggembirakan, mungkin jawapan yang tipikal bakal keluar adalah, kejayaan dalam pelajaran, lulus cemerlang menggegam ijazah, kawan-kawan sepengajian yang baik, sort of academic things.

Namun apabila ditanya kepada seorang yang memegang status murabbi, atau seorang naqib, hadiah yang paling menggembirakan adalah dikurniakan mutarabbi itu sendiri. Kerana bagi mereka yang benar-benar menyelami tugas seorang murabbi, mad’u atau adik-adik yang ditarbiahnya merupakan sebahagian daripada mereka.

Saya sendiri, jujur saya katakan, pada waktu murabbi di sisi, menyingkap balik detik-detik awal atas jalan ini, saya pada waktu itu tidak sangat menghargai kehadiran seorang lelaki asing yang bergelar murabbi itu. Ada atau tiada, mungkin tiada bezanya. Benarlah orang kata, we will not miss the water until the well runs dry.

Namun post ini bukanlah untuk membincangkan soal kehilangan mahupun kerinduan, bukan. Apa susah kalau berjauhan, dunia sekarang di dunia jari bukan ?

Namun, di tempat kita berada sekarang, kita berasa seronok dan gembira dengan didikan, layanan dan sapaan murabbi kita yang tidak bosan melayani karenah kita. Kita berasa secured. Kita sekadar menyokong perkembangan dakwah di tempat kita dengan sekadar memegang status mutarabbi. Kita belum lagi benar-benar dikira pejuang dakwah. Sekadar menyokong dari belakang.

Saya kira kena lah tulisan ini, bagi yang berada di kolej persediaan mahupun di pusat pengajian tinggi terutamanya, kita bakal berhadapan dengan fasa bahawa murabbi pertama kita, yang menuntun tangan kita waktu dulu bakal meninggalkan kita atas ketentuan Ilahi. Sama ada mereka terpaksa meninggalkan lapangan ini dan melebarkan sayap dakwah ke tempat lain atau atas sebab-sebab lain.

Nak tak nak, pada waktu itu, tugas penggerak, orang yang menghidupkan nafas dakwah di tempat berkenaan adalah kita. Nak tak nak, itulah saat kita perlu menggalas tanggungjawab menjadi murabbi, menyapa takungan mad’u yang baharu demi memastikan kelangsungan risalah di tempat kita. Persoalan, bersediakah kita? Bagaimanakah persiapan kita?

Apa pun, agak keterlaluan jika saya katakan menjadi murabbi itu wajib, kerana jelas tidak pernah ada hukum yang demikian. Namun bagi mereka yang benar-benar ingin menafkahkan diri atas jalan dakwah, menjadi murabbi sepatutnya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan.

Sesungguhnya seorang akh yang benar, tidak boleh boleh tidak mestilah menjadi seorang murabbi.

Begitu sekali pesan Hassan Al Banna buat al akh yang benar, tergambar disitu urgensi untuk bersedia menjadi seorang murabbi.

Hakikat yang berlaku, tidak ramai yang tampil kedepan untuk menggalas tugas menjadi seorang murabbi, atas alasan yang pelbagai. Mereka lebih gemar berada dalam system itu, sekadar pengikut, untuk memperbaiki diri. Ketahuilah kita sudah punya terlalu ramai orang yang menyokong usaha pengislahan yang membawa kebaikan, namun kita kekurangan pendokong.

Menjadi penyokong tidak pernah cukup.

Seperkara lagi, secara peribadi, teramat banyak perkara yang bakal dipelajari apabila kita mula mengambil keputusan untuk memperbaiki dan mentarbiyah objek dakwah kita. Di saat itulah kita banyak belajar, banyak memperbaik dan mentarbiyah diri. Kita lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk terus tegar atas jalan ini. Begitulah.

Despite tugas yang agak berat, banyak pengorbanan yang dibutuhkan, entah kenapa ianya merupakan suatu nikmat yang mempunyai detik detik indah tersendiri.

Secara keseluruhnya,

Saya kira kita semua mestilah mempunyai mentaliti untuk melakukan kerja-kerja mentarbiyah. Tidak adil jika kita berada dalam system tarbiyah, ditarbiyah dengan baik tetapi kita enggan bekongsi kenikmatan ini dengan mereka di luar sana.

Ketahuilah Rasulullah S.A.W sendiri merupakan seorang murabbi agung yang berjaya menghasilkan produk yang  terbaik, yakni para sahabat. Sehinggakan, rantai-rantai dakwah tidak terputus, sampai kepada kita hari ini walaupun telah merentasi ribuan tahun lamanya. 

Dan ketahuilah, dakwah tanpa tarbiyah tidak akan ke mana.

Tuesday, May 7, 2013

ILMU, ULAMA', TAKUT




Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat.

Dan demikian di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warna. Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah para ulama’. Sungguh, Allah Mahaperkasa Maha Pengampun

(Al Fatir :27-28)


Hmmm..

Hamba-hamba Allah yang takut adalah golongan Ulama’

Ulama’. Orang yang banyak berilmu. Kalau kita orang Malaysia selalu mengaitkan perkataan ulama, hanya bagi mereka banyak dan tinggi ilmu agama. Hakikatnya ulama’ maksudnya umum, asal orang itu banyak ilmu, maka dia ulama’. Mahir ilmu dalam bidang tersendiri. Tak kisah la mana-mana pemahaman.

Maka atas alasan ini dapat kita simpulkan bahwa antara jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah adalah dengan menuntut ilmu. Kefahaman ini la sepatutnya ada pada kita semua, lebih-lebih lagi yang sedang berada di institute pengajian. Menuntut ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Barulah belajar itu dikira ibadah. Kan.

Persoalannya macam mana?

Musim exam ini semua pulun study. Tak tidur malam tak tidur siang. Tuntut ilmu. Jihad. Ibadah. Tapi seolah tindakannya bertentangan. Belajar untuk exam ke ape? Persoalan yang saya sendiri masih bingung untuk menjawabnya.

Entah.

Berbalik pada ayat tadi,

Dapat kita rumuskan juga, secara logic makin tinggi orang itu belajar, makin ulama’ dan makin takut la dia kepada Allah. Tak kisah la dia berada dalam bidang apa pun.
Ada benarnya.

Sebagai contoh. Kalau kita ini belajar ilmu astronomi. Belajar tinggi-tinggi sampai dapat gelaran professor. Waktu itu kita kaji alam semesta. Kaji bulan dan bintang. Intai-intai kot kot ada planet lain. Orang macam ini akan berasa betapa kerdilnya diri berbanding dengan kebesaran Allah s.w.t. maka tunduk dan takut la dia kepada Allah.

Orang yang belajar bioteknologi pula kaji tentang kehidupan. Manusia. Kuman dan zarah. Berada dalam makmal melihat sel sel. Teropong situ teropong sini. Kelak mereka akan dapati betapa halus dan telitinya Allah dalam penciptaan makhlukNya. Wajar bagi mereka untuk tunduk dan takut.

Orang yang kaji pasal manusia, dapat kaitkan siri perkembangan manusia dengan ayat Quran dan hadis. Maka meningkat dan melimpahlah iman mereka.

Yang belajar ekonomi akan tahu betapa besarnya hikmah membayar zakat dalam Islam dan betapa besarnya keuntungan duniawi tuntutan bersedekah yang dianjurkan dalam Islam. Maka teguh dan yakin la mereka dengan suruhan-suruhan Allah s.w.t. tiada lagi alasan untuk menolak hukum hakam Allah di muka bumi. Merekalah wajar dikategori sebagai golongan yang takut.

Makin banyak ilmu diterokai, makin takut, makin beriman.

Tak cukup lagi ?

Orang yang belajar tentang tubuh badan, fisiologi manusia akan membongkarkan rahsia pergerakan dalam solat yang menyumbang kepada kemaslahatan anggota badan manusia. Yang belajar kaji laut dan awan, langit dan bumi akan dapati banyak kajian yang selari dengan ayat-ayat Quran. Ini semua akan membuka mata mereka dan mendekatkan mereka pada Khalik kepada alam buana ini.

Dalam apa-apa bidang sekalipun.

Baik kaji cuaca, ukur tanah, geografi, sejarahnya,biografinya, kajian tempatannya, fizik dan bahan kimia dan sebagainya.

Apatah lagi mereka yang mengkaji al Quran! Dan apatah lagi mereka yang melibatkan diri dalam pendidikan bidang agama yang khusus! Terlebih sudah, mereka-mereka inilah hamba-hamba Allah yang takut padaNya

Begitulah.

Bukan orang mahir dalam bidang agama sahaja wajar dilabel sebagai hamba-hamba yang takut dan dekat dengan Allah. Baik seseorang itu jurutera ke, doctor ke, arkitek ke, atau apa-apa sahaja, boleh jadi mereka lebih dekat dengan Allah daripada yang lain bahkan mengalahkan ‘ahli agama’.

Begitulah.

Akan tetapi.

Hakikat yang berlaku tidak begitu. Kita hairan ada orang tinggi ilmu tapi makin bongkak. Tinggi ilmu, tapi tolak pula agama Allah. Banyak ilmu tapi ingkar suruhan-suruhan Allah. Belajar tinggi-tinggi, rajin-rajin tapi ibadah khusus makin suram. Ada juga orang yang belajar tinggi-tinggi tiba-tiba tolak Islam, buat fahaman sendiri.

Agak-agak kita di mana?

Ye kita yang sedang belajar sekarang, kita semakin banyak belajar adakah kita makin dekat? Atau makin jauh daripada Allah ?

Friday, May 3, 2013

TADABBUR #4



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

2:186


Tiada yang lebih indah dan menyenangkan hati melainkan ayat chentaNya ini. Di saat seluruh dunia menghimpit kita dari depan dan belakang, dari kiri dan kanan, dari atas dan bawah. Di saat terang mentari pun masih kelihatan malap. Di saat kita berada di dalam terowong, kecil, panjang seakan tiada penghujung. Kita berjalan mencari jalan keluar, tiba-tiba ayat ini menghadirkan satu harapan, memberi lonjakan semangat bahawa di hujung sana cahaya sudah mula kelihatan, pasti ada jalan keluar.

Apa pun masalah yang melanda hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Bapak ah ayat.

Ayat ini ditujukan kepada semua. Kepada bumi dan seisinya. Kepada hamba-hambaNya. Bahkah jika ada mahkluk di planet-planet lain, maka ayat ini juga untuk mereka. Untuk siapa? Kitalah. Kita semua. Baik yang tidak soleh. Baik yang sering sahaja melakukan maksiat. Baik yang sering tersasar dari lapangan sebenar. Baik yang sering lupa bersyukur kerana itu semua tidak mengubah hakikat kita seorang hamba, hamba Allah dan ayat ini membawa berita kepada kita.


“Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka)”

Sessungguhnya Allah sentiasa hampir kepada hamba-hambaNya. Satu statement yang jelas. Statement yang memberitahu kepada kita bahawa Dia sentiasa di situ, menanti dan menunggu rintih kita naik dan menjulang ke langit. Dia sentiasa ada dan cukup untuk kita. Tidak perlu kita kejar. Datanglah dekat sahaja. Ke marilah. Dia mengajak kita. Dia tidak pernah pergi meninggalkan kita.

Maka apa pun keadaan kita, jangan lupa kita ada Allah. Bila kita punya Allah, usah risau benda lain. Bila kita punya Allah, yang Maha Besar,Maha Berkuasa, maka yang lain di dunia tampak kecil dan tidak bertenaga. Lemah tiada daya. Katakan sahaja, hai masalah, aku punya Allah. Katakan sahaja,hai masa yang menghimpit aku punya Allah. Hai musuh-musuhku, aku punya Allah.

Lanjutan ayat tadi

“Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa”

Wah ! Ini berita banyak bagus. Maka berdoalah. Dia perkenankan permohonan doa-doa kita. Marilah kita pasang cita dan harapan, hamburkan doa-doa, titipkan impian-impian besar sekalipun, pasti Allah memakbulkannya. Cuma.

Ada tiga persyaratan

Pertamanya, doa, harapan dan cita yang diimpikan mestilah disandar kepadanya.

“..apabila dia berdoa kepadaKu”

Berdoa kepada Allah sahaja. Itu yang pertama. Usah meminta dari manusia. Usah mengharap dari yang tidak berkuasa. Usah bergantung pada yang tidak kekal. Kembalilah kepada Allah. Berdoa kepadaNya, dan kepadaNya sahajalah.

Kerana kita hambaNya. Macam mana pun kita, tidak pernah ada sekatan antara kita dan Dia. Maka berdoalah kepadaNya.

Seterusnya,

Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu)”

Maka kita, usai berdoa jangan goyang kaki. Usai berdoa jangan terus mebuta dalam selimut. Bangkitlah dan bekerja. Perintah-perintahnya, laksanakan. Perbaiki amal-amal shalih. Larangan-laranganNya, jangan didekati apatah lagi mencuba-cuba untuk melibatkan diri. Usai berdoa maka berusahalah!

Seterusnya, terpaling penting,


“...dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul..”


Seruan beriman di frasa ini bukan bermakna suruhan untuk beriman kepada Allah, malah lebih dari itu. Kerana, pada hakikatnya, orang-orang yang berdoa dan bermunajat kepada Allah, sebelum apa-apa mereka mestilah terlebih dahulu sudah beriman, percaya akan kewujudan Allah. Sudah ada iman dalam diri mereka, maka lantas mereka berdoa, hasil tarbiyah iman tadi.

Tapi kali ini, beriman kali ini mengajak kita percaya dan yakin bahawa doa-doa tadi bakal dimakbulkan, benar-benar dimakbulkan.

Ini juga memberi khabar kepada kita bahawa butuh iman untuk menyakini doa tadi dimakbulkan. Maknanya doa-doa tadi tidak lantas akan dimakbulkan. Mungkin ditangguh. Mungkin perlu dipanjatkan berkali-kali. Maka perlu iman dan keyakinan bahawa ia bakal dimakbulkan. Maka bersabarlah dalam berdoa.

Percayalah kepada janji Allah.
Berbaik sangkalah kepadaNya.

Indah bukan, pengajaran yang berjela-jela dari sepotong ayat yang siapa sangka bakal mengubah persepsi kita terhadap harapan dalam berdoa, harapan dalam Islam. Maka apa lagi yang ditunggu-tunggu? Berdoalah? Bermunajatlah. Jangan biarkan waktu kita berlalu sepi tanpa doa.

Doakan saya juga.

Ini kalilah!!

Wednesday, May 1, 2013

KERANA UKURAN KITA TAK SAMA


seperti sepatu yang kita pakai, tiap kaki memiliki ukurannya
memaksakan tapal kecil untuk telapak besar akan menyakiti
memaksakan sepatu besar untuk tapal kecil merepotkan
kaki-kaki yang nyaman dalam sepatunya akan berbaris rapi-rapi


Seorang lelaki tinggi besar berlari-lari di tengah padang. Siang itu, mentari seakan didekatkan hingga sejengkal. Pasir membara, ranting-ranting menyala dalam tiupan angin yang keras dan panas. Dan lelaki itu masih berlari-lari. Lelaki itu menutupi wajah dari pasir yang beterbangan dengan surbannya, mengejar dan menggiring seekor anak unta.

Di padang gembalaan tak jauh darinya, berdiri sebuah dangau pribadi berjendela. Sang pemilik, ’Utsman ibn ‘Affan, sedang beristirahat sambil melantun Al Quran, dengan menyanding air sejuk dan buah-buahan. Ketika melihat lelaki nan berlari-lari itu dan mengenalnya, “Masya Allah,” ’Utsman berseru, ”Bukankah itu Amirul Mukminin?!”

Ya, lelaki tinggi besar itu adalah ‘Umar ibn Al Khaththab.

”Ya Amirul Mukminin!” teriak ‘Utsman sekuat tenaga dari pintu dangaunya,

“Apa yang kau lakukan tengah angin ganas ini? Masuklah kemari!”

Dinding dangau di samping Utsman berderak keras diterpa angin yang deras.

”Seekor unta zakat terpisah dari kawanannya. Aku takut Allah akan menanyakannya padaku. Aku akan menangkapnya. Masuklah hai ‘Utsman!” ’Umar berteriak dari kejauhan. Suaranya bersiponggang menggema memenuhi lembah dan bukit di sekalian padang.

“Masuklah kemari!” seru ‘Utsman,“Akan kusuruh pembantuku menangkapnya untukmu!”.

”Tidak!”, balas ‘Umar, “Masuklah ‘Utsman! Masuklah!”

“Demi Allah, hai Amirul Mukminin, kemarilah, Insya Allah unta itu akan kita dapatkan kembali.“

“Tidak, ini tanggung jawabku. Masuklah engkau hai ‘Utsman, anginnya makin keras, badai pasirnya mengganas!”

Angin makin kencang membawa butiran pasir membara. ‘Utsman pun masuk dan menutup pintu dangaunya. Dia bersandar dibaliknya & bergumam,

”Demi Allah, benarlah Dia & RasulNya. Engkau memang bagai Musa. Seorang yang kuat lagi terpercaya.”

‘Umar memang bukan ‘Utsman. Pun juga sebaliknya. Mereka berbeda, dan masing-masing menjadi unik dengan watak khas yang dimiliki.

‘Umar, jagoan yang biasa bergulat di Ukazh, tumbuh di tengah bani Makhzum nan keras & bani Adi nan jantan, kini memimpin kaum mukminin. Sifat-sifat itu –keras, jantan, tegas, tanggungjawab & ringan tangan turun gelanggang – dibawa ‘Umar, menjadi ciri khas kepemimpinannya.

‘Utsman, lelaki pemalu, anak tersayang kabilahnya, datang dari keluarga bani ‘Umayyah yang kaya raya dan terbiasa hidup nyaman sentausa. ’Umar tahu itu. Maka tak dimintanya ‘Utsman ikut turun ke sengatan mentari bersamanya mengejar unta zakat yang melarikan diri. Tidak. Itu bukan kebiasaan ‘Utsman. Rasa malulah yang menjadi akhlaq cantiknya. Kehalusan budi perhiasannya. 

Kedermawanan yang jadi jiwanya. Andai ‘Utsman jadi menyuruh sahayanya mengejar unta zakat itu; sang budak pasti dibebaskan karena Allah & dibekalinya bertimbun dinar.

Itulah ‘Umar. Dan inilah ‘Utsman. Mereka berbeda.

Bagaimanapun, Anas ibn Malik bersaksi bahwa ‘Utsman berusaha keras meneladani sebagian perilaku mulia ‘Umar sejauh jangkauan dirinya. Hidup sederhana ketika menjabat sebagai Khalifah misalnya.

“Suatu hari aku melihat ‘Utsman berkhutbah di mimbar Nabi ShallaLlaahu ‘Alaihi wa Sallam di Masjid Nabawi,” kata Anas . “Aku menghitung tambalan di surban dan jubah ‘Utsman”, lanjut Anas, “Dan kutemukan tak kurang dari tiga puluh dua jahitan.”

Dalam Dekapan ukhuwah, kita punya ukuran-ukuran yang tak serupa. Kita memiliki latar belakang yang berlainan. Maka tindak utama yang harus kita punya adalah; jangan mengukur orang dengan baju kita sendiri, atau baju milik tokoh lain lagi.

Dalam dekapan ukhuwah setiap manusia tetaplah dirinya. Tak ada yang berhak memaksa sesamanya untuk menjadi sesiapa yang ada dalam angannya.

Dalam dekapan ukhuwah, berilah nasehat tulus pada saudara yang sedang diberi amanah memimpin umat. Tetapi jangan membebani dengan cara membandingkan dia terus-menerus kepada ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz.

Dalam dekapan ukhuwah, berilah nasehat pada saudara yang tengah diamanahi kekayaan. Tetapi jangan membebaninya dengan cara menyebut-nyebut selalu kisah berinfaqnya ‘Abdurrahman ibn ‘Auf.

Dalam dekapan ukhuwah, berilah nasehat saudara yang dianugerahi ilmu. Tapi jangan membuatnya merasa berat dengan menuntutnya agar menjadi Zaid ibn Tsabit yang menguasai bahawa Ibrani dalam empat belas hari.

Sungguh tidak bijak menuntut seseorang untuk menjadi orang lain di zaman yang sama, apalagi menggugatnya agar tepat seperti tokoh lain pada masa yang berbeda. ‘Ali ibn Abi Thalib yang pernah diperlakukan begitu, punya jawaban yang telak dan lucu.

“Dulu di zaman khalifah Abu Bakar dan ‘Umar” kata lelaki kepada ‘Ali, “Keadaannya begitu tentram, damai dan penuh berkah. Mengapa di masa kekhalifahanmu, hai Amirul Mukminin, keadaanya begini kacau dan rusak?”

“Sebab,” kata ‘Ali sambil tersenyum, “Pada zaman Abu Bakar dan ‘Umar, rakyatnya seperti aku. Adapun di zamanku ini, rakyatnya seperti kamu!”

Dalam dekapan ukhuwah, segala kecemerlangan generasi Salaf memang ada untuk kita teladani. Tetapi caranya bukan menuntut orang lain berperilaku seperti halnya Abu Bakar, ‘Umar, “Utsman atau ‘Ali.

Sebagaimana Nabi tidak meminta Sa’d ibn Abi Waqqash melakukan peran Abu Bakar, fahamilah dalam-dalam tiap pribadi. Selebihnya jadikanlah diri kita sebagai orang paling berhak meneladani mereka. Tuntutlah diri untuk berperilaku sebagaimana para salafush shalih dan sesudah itu tak perlu sakit hati jika kawan-kawan lain tak mengikuti.

Sebab teladan yang masih menuntut sesama untuk juga menjadi teladan, akan kehilangan makna keteladanan itu sendiri. Maka jadilah kita teladan yang sunyi dalam dekapan ukhuwah.

Ialah teladan yang memahami bahwa masing-masing hati memiliki kecenderungannya, masing-masing badan memiliki pakaiannya dan masing-masing kaki mempunyai sepatunya. Teladan yang tak bersyarat dan sunyi akan membawa damai. Dalam damai pula keteladannya akan menjadi ikutan sepanjang masa.

Selanjutnya, kita harus belajar untuk menerima bahwa sudut pandang orang lain adalah juga sudut pandang yang absah. Sebagai sesama mukmin, perbedaan dalam hal-hal bukan asasi tak lagi terpisah sebagai “haq” dan “bathil”. Istilah yang tepat adalah “shawab” dan “khatha”.

Tempaan pengalaman yang tak serupa akan membuatnya lebih berlainan lagi antara satu dengan yang lain.

Seyakin-yakinnya kita dengan apa yang kita pahami, itu tidak seharusnya membuat kita terbutakan dari kebenaran yang lebih bercahaya.

Imam Asy Syafi’i pernah menyatakan hal ini dengan indah. “Pendapatku ini benar,” ujar beliau,”Tetapi mungkin mengandung kesalahan. Adapun pendapat orang lain itu salah, namun bisa jadi mengandung kebenaran.”


Sepenuh cinta,
Salim A. Fillah 
Dalam Dekapan Ukhuwah

Saya kopi pes, kerana berasa butuh untuk dikongsi :)