Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
2:186
Tiada yang lebih indah dan
menyenangkan hati melainkan ayat chentaNya ini. Di saat seluruh dunia
menghimpit kita dari depan dan belakang, dari kiri dan kanan, dari atas dan
bawah. Di saat terang mentari pun masih kelihatan malap. Di saat kita berada di
dalam terowong, kecil, panjang seakan tiada penghujung. Kita berjalan mencari
jalan keluar, tiba-tiba ayat ini menghadirkan satu harapan, memberi lonjakan semangat
bahawa di hujung sana cahaya sudah mula kelihatan, pasti ada jalan keluar.
Apa pun masalah yang melanda hidup
kita, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Bapak ah ayat.
Ayat ini ditujukan kepada semua. Kepada
bumi dan seisinya. Kepada hamba-hambaNya. Bahkah jika ada mahkluk di
planet-planet lain, maka ayat ini juga untuk mereka. Untuk siapa? Kitalah. Kita
semua. Baik yang tidak soleh. Baik yang sering sahaja melakukan maksiat. Baik yang
sering tersasar dari lapangan sebenar. Baik yang sering lupa bersyukur kerana
itu semua tidak mengubah hakikat kita seorang hamba, hamba Allah dan ayat ini
membawa berita kepada kita.
“Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka)”
Sessungguhnya Allah sentiasa hampir kepada hamba-hambaNya. Satu
statement yang jelas. Statement yang memberitahu kepada kita bahawa Dia
sentiasa di situ, menanti dan menunggu rintih kita naik dan menjulang ke
langit. Dia sentiasa ada dan cukup untuk kita. Tidak perlu kita kejar. Datanglah
dekat sahaja. Ke marilah. Dia mengajak kita. Dia tidak pernah pergi
meninggalkan kita.
Maka apa pun keadaan kita, jangan lupa kita ada Allah. Bila kita
punya Allah, usah risau benda lain. Bila kita punya Allah, yang Maha Besar,Maha
Berkuasa, maka yang lain di dunia tampak kecil dan tidak bertenaga. Lemah tiada
daya. Katakan sahaja, hai masalah, aku punya Allah. Katakan sahaja,hai masa
yang menghimpit aku punya Allah. Hai musuh-musuhku, aku punya Allah.
Lanjutan ayat tadi
“Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa”
Wah ! Ini berita banyak bagus. Maka berdoalah. Dia perkenankan
permohonan doa-doa kita. Marilah kita pasang cita dan harapan, hamburkan
doa-doa, titipkan impian-impian besar sekalipun, pasti Allah memakbulkannya. Cuma.
Ada tiga persyaratan
Pertamanya, doa, harapan dan cita yang diimpikan mestilah
disandar kepadanya.
“..apabila dia berdoa kepadaKu”
Berdoa kepada Allah sahaja. Itu yang pertama. Usah meminta
dari manusia. Usah mengharap dari yang tidak berkuasa. Usah bergantung pada
yang tidak kekal. Kembalilah kepada Allah. Berdoa kepadaNya, dan kepadaNya
sahajalah.
Kerana kita hambaNya. Macam mana pun kita, tidak pernah ada
sekatan antara kita dan Dia. Maka berdoalah kepadaNya.
Seterusnya,
“Maka hendaklah mereka menyahut seruanku
(dengan mematuhi perintahKu)”
Maka kita, usai berdoa jangan goyang
kaki. Usai berdoa jangan terus mebuta dalam selimut. Bangkitlah dan bekerja. Perintah-perintahnya,
laksanakan. Perbaiki amal-amal shalih. Larangan-laranganNya, jangan didekati
apatah lagi mencuba-cuba untuk melibatkan diri. Usai berdoa maka berusahalah!
Seterusnya, terpaling penting,
“...dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul..”
Seruan beriman di frasa ini bukan
bermakna suruhan untuk beriman kepada Allah, malah lebih dari itu. Kerana, pada
hakikatnya, orang-orang yang berdoa dan bermunajat kepada Allah, sebelum
apa-apa mereka mestilah terlebih dahulu sudah beriman, percaya akan kewujudan
Allah. Sudah ada iman dalam diri mereka, maka lantas mereka berdoa, hasil
tarbiyah iman tadi.
Tapi kali ini, beriman kali ini
mengajak kita percaya dan yakin bahawa doa-doa tadi bakal dimakbulkan,
benar-benar dimakbulkan.
Ini juga memberi khabar kepada kita
bahawa butuh iman untuk menyakini doa tadi dimakbulkan. Maknanya doa-doa tadi
tidak lantas akan dimakbulkan. Mungkin ditangguh. Mungkin perlu dipanjatkan
berkali-kali. Maka perlu iman dan keyakinan bahawa ia bakal dimakbulkan. Maka bersabarlah
dalam berdoa.
Percayalah kepada janji Allah.
Berbaik sangkalah kepadaNya.
Berbaik sangkalah kepadaNya.
Indah bukan, pengajaran yang berjela-jela dari sepotong ayat
yang siapa sangka bakal mengubah persepsi kita terhadap harapan dalam berdoa,
harapan dalam Islam. Maka apa lagi yang ditunggu-tunggu? Berdoalah? Bermunajatlah.
Jangan biarkan waktu kita berlalu sepi tanpa doa.
Doakan saya juga.
Ini kalilah!!
3 comments:
moga sesi tadabbur sebegini lebih banyak perkongsiannya dan lebih banyak ayat yang yang dikorek .
Ini kalilah akh :)
Semoga banyak lagi post sesi tadabbur ni. Sgt membantu
Post a Comment