Tuesday, May 14, 2013

OH MY ISLAM !!



Kak Ton. Separuh Abad. Asal indon.

Minggu lepas datang Malaysia. Jadik pembantu rumah. Di rumah Datuk Arul. Signed agreement. 5 job scopes.

1) Siram bunga
2) Mandikan Si Tompok
3) Lap lantai dapur
4) Gosok (iron) baju Datuk dan Datin
5) Pasang obat nyamuk lingkar

Tu je.

Satu pagi yang cemerlang. Datuk dan Datin keluar rumah. Function. Anak-anak dibiarkan. Sathi, 8 tahun, dan Adiknya, Ramun, 6 Tahun. Mereka beriga cuti umum, sempena kemenangan Pakatan Masyarakata dalam Pilihan Rayau Umumynag diadakan baru-baru ini.

Mandi kolam. Ramun lemas. Sathi panggil Kak Ton. Kak Ton sedang mandikan Si Tompok. Bergegas. Ramun sudah tiada. Kak Ton sambung mandikan Si Tompok.

Datuk datin pulang. Pengsan. Dua tiga minit, sedar balik. Tanya Kak Ton,
“Awat hang tak buat pape ?”

Jawapan Kak Ton :

Tidak termasuk dalam job scopes- menyelamatkan Sathi sekiranya dia lemas.

Validkah argument Kak Ton ?


---------------------



Syarat kelayakan untuk masuk Uni X adalah seperti berikut (5) ;

1) Straight A SPM
2) Menguasai dua bahasa asing
3) Warganegara
4) Tiada penyakit kronik
5) Gigi cukup 32 batang (eh)

Ajong telah mendaftar di Uni X setelah melepasi syarat-syarat di atas. Adakah dia sudah boleh goyang kaki selepas melepasi syarat di atas ?

Persoalan pertama.

Rukun kahwin, ada 5 :

1) Suami
2) Saksi
3) Wali
4) 'Akad
5) Isteri

(Betolkan kalau silap)

Tidak lengkap satu rukun, kahwin tidak dapat diteruskan.
Tapi adakah kahwin hanya tertakluk kepada lima rukun ini ?

Islam ada 5 rukun. Kurang satu rukun, maka keIslaman adalah diragui.

Soalan adakah Islam itu memadai melakukan 5 rukun tadi ?

Pengajaran ;

1) Sebaik melepasi syarat mendaftar di Uni X, Ajong kini perlu la pula mematuhi segala peraturan Uni X seperti memakai stoking ke kelas kerana Uni X bukan bapak dia punya. Syarat kelayakan tadi hanya melayakkan dia bergelar sbgai pelajar Uni X.

2) Lima rukun kahwin tadi wajib untuk mensahkan perkahwinan. Namun setelah berkahwin, pasangan terikat dengan undang-undang dan peraturan, ada hak hak yang perlu ditunaikan.

3) Rukun Islam yang lima, hanya mukadimah , atau syarat yang melayakkan seseorang itu bergelar Muslim. Once dia sudah Islam, maka dia terikat dengan banyak lagi undang-undang dan kewajipan lain dalam Islam. Dan dia wajib mematuhi semua itu kerana Islam itu bukan bapak mertua dia punya.

5 rukun Islam ? Itu semua adalah sebahagian kecil dari tugas kita. Kewajipan selebihnya jauh lebih banyak dan besar.

Sejauh mana telah kita laksanakan tugas-tugas lain ?

Sekiranya masih ada yang enggan memenuhi tuntutan Islam yang lain seperti menutup aurat, menghormati orang tua, membaca Quran, menyampaiakn kebenaran dan sebagainya dengan hujah,

"Ala tak de dalam rukun Islam pun"

Maka orang macam ini perlu diberi kefahaman.


----------------------------


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما )

Beliau berkata:


Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah,

Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim]



Hadis ketiga 3 himpunan Hadis 40 susunan Imam Nawawi

PERHATIKAN permulaan hadis,

"Islam terbina atas lima perkara"

Ini menunjukkan, lima perkara belum cukup 'Islam'nya
Islam merupakan sesuatu yang berada di atas lima perkara tersebut. Islam merupakan binaan yang lebih besar, berada atas lima perkara.

So sapa cakap setel lima perkara maka setel Islam, maka perlu dalami lagi hadis ini

Maka mari periksa, cukup Muslim kah kita ?

2 comments:

Simply Simple Person said...

subhanallah! :')astaghfirullah..

Inspector Saahab said...

Subhanallah !

Kan.
sebarkan :)