“My ALUK student, even the got D in their
trials exam, but they still managed to get an A for the finals. You need to be
strategized, do a thorough revision. And don’t forget to have you own study
group, it will be very helpful”
Madam
Shanti.
Motherly. Motivating.
Inspiring.
Dengan
dressing beliau yang warna-warni dan berseri-seri itu, Kamal sentiasa
ternanti-nanti untuk kelas Chemistry. Even
he is not good in Chemistry. Not really good.
------------
Alexander the
Great once said,
I’m indebted
my father for living, but my teacher for living well.
Great people,
with great words.
Cekgu Mohd Saidi yang telah banyak
mengajar saya mengenai "read between
the line", siapa yang tidak kenal dengan celotehnya mengenai berkenaan
critical thinking dan product yang seharusnya dihasilkan melalui pendidikan.
Nasihatnya terbarunya,
“Doa yang dibaca kadang-kadang tidak ikhlas bahkan ada yang menipu, doa
yang paling ikhlas adalah melalui usaha yang bersungguh-sungguh disertai
kemahuan yang amat tinggi”
Terima kasih kerana membuka mata
dan pemikiran saya.
Ish.
Tak seronok pula bercerita.
----------------------
“Berapa jawapannya Aisar?”
Senyum saja
Aisar. Kelu.
“Saya tahu senyuman awak menawan, tapi saya tak
nak senyuman, saya nak jawapan”
Pecah gelas
satu kelas. Gelak besar.
Setelah 10
tahun. Yang tu pun masih segar dalam kamar ingatan Aisar.
------------------
Banyak benar
kenangan dengan insan bergelar guru ini. Kalau nak dicoret satu demi satu,
gamaknya selepas Hari Gawai pun belum tentu siap. Kawan saya kata, manusia
tanpa guru ibarat Facebook tanpa button like. Eh?
Tak kan
button like je ?
Tu kawan
saya yang kata. Maksud dia lain kot. Orang kata, guru ibarat lilin. Saya kurang
jelas dimana pengibaratannya. Bab membakar diri atau bab menerangi yang lain? Itu
dahulu.
Tapi mustahil
la kan.
Guru sebenarnya
cermin. Memantul cahaya dari Tuhan.
Bila dah
besar sikit, berkenalan dengan term Murabbi.
Orang tanya,
beza kah guru dengan Murabbi? Entah. Kalau nak saya jawab, berbeza la kot. Sentiasa
ada ‘kot’ kat belakang. Guru mungkin sesuai dengan term Mu’allim. Sekadar menyampaikan
ilmu. Itu basic nya. Tapi ada, malah banyak guru yang buat kerja beyond that. Jadi
Murabbi.
Rasulullah
is the best Murabbi.
Entah la
nak tulis apa lagi.
Hmm
Sembilan belas tahun aku menggalas usia
Juga punya hati dan rasa
Dan mereka berdua tidak selalu benar
Namun jasad terus melangkah
Berpautkan cahaya dari tuhan
Dulu aku bertanya
Bila mereka berkata
Ikut kata binasa, ikut hati mati
Maka pada siapa harus dituruti?
Mudah, cahaya Tuhan tiada yang salah
Puisiku dulu berbunyi begini
Engkau ibarat lilin yang membakar diri
Namun itu dusta
Jika benar, mana mungkin lilin itu masih di sini
Kini, puisiku bercerita dan bersaksi
Engkaulah cahaya kiriman Ilahi
Tanpa guru, aku binasa, mati
Maka bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhanmu, dan jangnalah engkau seperti orang yang berada dalam perut ikan ketika dia berdoa dengan hati sedih
(Al-Qalam :48)
Selamat Hari Guru :')
15 May 2012
Bukan mengkuduskan
guru, Cuma menghargai.
Akhirnya guru tu pun manusia jugak
Akhirnya guru tu pun manusia jugak
1 comment:
ada kisah benar yg ditokok tambah disebalik karya ini :))
Post a Comment