Tuesday, May 28, 2013

TABUNG MESJID



Sudah lama saya tak merepek kat sini. Dalam liqa terbaru bersama abang Naqib, ada beberapa point penting yang dipesan. Katanya kita ni, kat mana-mana pun kita berada, kena la sentiasa bergerak. Ada output. Arus baharu ke arus lama ke, kalau tak bergerak arus tu, busuk kat situ. Macam air yang bertakung, lama-lama dah tak mengalir, bahan bahan organic dalam air itu akan muncul, dan air itu akan jadi berminyak, melekit dan menggelikan.

Ok tak payah bayangkan la. Cukup sekadar buat muka geli.

Tambah beliau, cewah, beliau kot, cukup seseorang itu dikatakan futur jika dia tidak ada output. Walaupun dia komited datang usrah. Walaupun dia cemerlang kehadiran ke daurah.. Dia hadir semua program tarbiyah akan tapi tidak ada hasil, tidak ada manifetsasi amal. Itu pun futur. Tapi mungkin futur dalam kategori yang berjaga-jaga. Bukan paras bahaya.

Hasil dan amal daripada input tarbiyah tadi, tidak semestinya kita ni kena ketuk pintu rumah orang tiap-tiap hari, Islamkan orang tiap-tiap hari, tapi sudah memadai, bagi yang ada blog, ada hasil pada blognya, yang suka berfesbuk, ada hasil dakwah di facebooknya, yang suka bersyair, syair nya mengajak manusia kepada Allah, yang suka main bowling, dia main bowling sambil mentajmik. 

Macam tu ha. Ayat kat atas juga saya quote daripada beliau.

Masa dengar pesananan tu, saya tak ada terasa sangat Tapi sekarang rasa macam, eh dia ni memang nak tuju kat aku ni. Haha. Semenjak dua menjak ni rasa seperti sayalah arus yang tidak bergerak itu.

Blog ini, boleh jadi indicator la. Kalau saya ada input baru, biasanya saya tulis kat sini. Walaupun tak seberapa. Biasanya saya tulis apa yang saya dengar, baca dan terpikir, setelah ditapis dan dikaji dengan teliti. Cewah. Tapi lama sudah tidak menulis. Tak ada output.

Subhanallah.

Sebenarnya ada bebepara sebab kenapa saya kurang update yang betul betul update. Sebab utamanya ialah malas. Sebab-sebab lain itu adalah variasi kepada jawapan malas Cuma dalam versi yang lebih sopan dan mengelirukan. Sudah pasti la terutamanya sebab Allah tidak memberi keizinan. Mungkin diberi satu tempoh waktu untuk saya muhasabah diri.

Subhanallah.
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lampau dan dosa-dosa yang akan datang.

So tajuk hari ini ialah, curahan hati. Heh.

Tabung mesjid.

Nak cerita sikit. Pada suatu Jumaat yang hening, saya ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah. Macam biasa la kan. Dah sampai masjid, ambil port bawah kipas, lipat kaki seluar yang seleret tu, kemaskan belt, kemudian solat tahyattul masjid dua rakaat.

Dah selesai bagi salam semua, tengok tengok orang sebelah, kalau tak tidur nak salam, kalau tidur takpela. Duduk dua tiga minit, sekali lalu la troli mini yang tempat letak derma Jumaat tu. Boleh dikatakan hari Jumaat ni hari menderma la untuk kita semua. Alhamdulillah. So sesampai je troli kat depan saya, saya pun ambil la dompet kat dalam poket. Time tu pakai jeans. Punya la susah nak keluarkan dompet. So lama la troli tu tunggu saya.

Selepas bertungkus lumus, dapat lah dompet. Bila tengok kiri kanan dah clear, baru aje nak buka dompet nak bagi duit derma, sekali tengok, semua duit saiz lima puluh ringgit je. Sebenarnya ada sekeping je, lima puluh ringgit. Sekali terus kansel nak buat amal. Kalau boleh ambil baki, memang saya dah derma hari tu.

Sekali lagi, tengok kiri kanan, bila dah clear, so tolak troli ke kanan, buat muka suci dan beriman. Padahal malu weh.

Hmm. Keikhlasan ku teruji.

Pernah berlaku kat handa jugak ?
Ah, kita memang se-geng.


So moral of the story, jangan malas. Alasan alasan tu tak akan bawak kita ke mana. Sebagai da’ie kita hendaklah sentiasa begerak which means ada output. Hari-hari sampaikan ilmu, sampaikan sesuatu kepada orang di sekeliling kita. Supaya kita tidak berada dalam kondisi futur dan selesa dengan keadaan tersebut.

Dan moral terbaik, sebelum nak derma itu, pastikan ada duit yang bersaiz sesuai. Ekceli, nak derma banyak mana pun boleh, terpulang la kan.

Sebelum berpisah, menariknya bila menulis menggunakan app Microsoft word, sekali tulis futur, terus jadi “future”. Adakah ini bermakna ?

Na’uzubillah. Sama-sama kita doakan untuk sekelian pejuang Islam thabat atas jalan juang ini. In sha Allah.

4 comments:

Anonymous said...

xpa..u alrEady d0 ur w0rk..
sya sgt suka dgn pEnulisan anda yg simplE tp sEmp0i pnuh bermkna..
anda mgkn tdk thu brpa byk pmbca yg tersentuh dgn pnulisan anda..
sEm0ga sntiasa tsabat..
d0a untuk pejuang islam yg ikhlas xkn pErnah putus..in sha Allah ^_^

Zimah Zaiwani said...

inspector, terima kasih kerana telah melawat blog saya. saya terharu sebenarnya sbb org sehebat inspector sudi singgah di blog sy dan tngglkan komen. dan sy sudah mula follow blog inspector. tumpang bertanya pendapat, inspector, mcm mn kita nk atasi penyakit malas yg semakin menjadi-jadi ni? maklumlah... tgh minggu exam. mkn rs mls nk studi. mcm mn ya?

Inspector Saahab said...

ZZ :

rasa macam kena cucuk kt kepala. saya pun tengah mode exam. tengah mode malas juga.

tajdid niat. selebihnya anda kenal diri anda siapa. cewah.

Zimah Zaiwani said...

tulah. musim2 exam ni.. haisshhh... mcm2 benda datang mengacau. yg sy ni pulak, tgn x henti-henti blogging. kdg2 bile bc balik post yg dipublished, rs mcm, "apa bendalah yg aku tulis ni..." it came out spontaneously..... myb it's bcoz of stress jugak.... btw, all the best in ur exam inspector! i'll be following ur blog in sha Allah :)