Seronoknya
berukhuwah. Dulu.
Makan
berdulangan, tidur berselerakan. Qiyam sama-sama. Merempit ramai-ramai.
Indahnya. Ukhuwah fillah. Tertulis di status, terukir di baju T, terpahat di
instagram. Segala bagai. Indahnya. Larut. Kadang kadang tergigit. Biasa. Yang
pahit dulu, kini semua tampak manis.
Dulu jauh
sekejap, rindu mengikat. Aku message kau, kau message aku. Hari ni kau bayar,
esok kau belanja. Aku bila ? Tahun depan. Seronoknya.
Sekarang
dah jauh. Jauh betul. Betulkah yang dulu ukhuwah fillah? Mana pergi baju T yang
kita selalu pakai dulu? Mana pergi lagu yang kita nyanyi bila merempit
ramai-ramai pada malam itu? Telefon pun sudah sunyi.
----
“Cuba enta
baca sikit maksud dia”
“Sesungguhnya
setiap mu’min itu bersaudara, maka..”
“Ha. Kan. Bahkan
Allah guna term ikhwah untuk menunjukkan persaudaraan itu, bukan akhawat, kita
semua ini, ikhwati fillah lagi la bersaudara..”
“Err, Bang
Kim, so akhawat tak termasuk la?”
“Enta rasa?”
“Entah..”
“Hehe,
ikhwah tu termasuk sekali la dengan akhawat, nantikan melenting depa..”
“Oh _ _”
------
Syarat minimum untuk persaudaraan
dan ukhuwah yang sebenar adalah, seseorang itu mesti mu’min. First thing first,
mereka mesti beriman dengan Allah dan rukun iman yang lain. Itu minimumnya.
“Sekiranya
didapati ukhuwwah diantara manusia dan tidak ada di sebaliknya keimanan maka ia
adalah petemuan kerana kemaslahatan dan pertukaran kepentingan. Sekiranya
didapati keimanan dan tidak didapati di sebaliknya ukhuwwah maka ia adalah iman
yang kurang yang perlu diubati”
Orang yang berada dalam system tarbiyah,
join usrah segala bagai memang masak benar dengan term term ukhuwah fillah,
akhi fillah, fi jannah dan sebagainya. Mana-mana syeikh khabeer yang datang memberi
taujihat sekalipun, pasti ada point point ukhuwah yang ditekankan di samping
pemantapan iman. Kerana apa ?
Kekutan muslim terletak pada iman
dan persaudaraan. Bahkan antara perkara yang paling utama dan didahulukan oleh
Rasulullah sebaik hijrah ke Madinah adalah mempersaudarakan muhajirin dan
ansar.
Persoalannya, benarkah persaudaraan
yang kita canang itu benar benar fillah? Mengapa kadang kadang berbaur plastic ?
kadang-kadang ada yang tersisih ? kadang-kadang ada yang bermasam muka? Bahkan kadang-kadang
tidak langsung terasa persaudaraan apabila kita bertemu dan berdampingan dengan
sahabat kita yang mu’min itu.
Atau iman kita sebenarnya yang plastic?
Srappp!
Ayuh kita lihat dan amati kisah
Musa, untuk belajar apakah yang didambakan dengan ukuhwah fillah yang sebenar. Bukan
plastic. Bukan kertas. Atau tin. Atau apa-apa yang seangkatan dengan mereka.
Maksudnya: Dan jadikanlah untukku
seorang pembantu daripada keluargaku iaitu Harun saudaraku, teguhkan kekuatan
ku dengannya dan jadikanlah dia sebagai rakan kongsi ku di dalam urusanku
supaya kami banyak bertasbih dan mengingati Engkau. Sesungghnya Engkau adalah
Maha Mengetahui keadaan kami. (Surah Taha: 29 – 35)
Musa telah menentukan tujuan ukhuwwah yang dipohonnya.
Dia mahukan saudaranya Harun menjadi
penolong baginya, menyokong dan menolongnya di atas cubaan kehidupan. Dia
mahukan saudaranya itu menjadi rakan sekongsinya di dalam urusannya yang
dibahagikan kesusahan dan kesenangan dan bertukar-tukar fikiran dengannya.
Akhirnya menolongnya untuk mengingati dan bertasbih kepada Allah.
Inilah tiga sifat: Tolong menolong di dalam kehidupan, saling berkongsi di dalam segala urusan dan sentiasa berpesan untuk mengingati Allah. Inilah ukuran yang mesti digunakan oleh sesiapa yang ingin menjalinkan persaudaraan kerana Allah.
Inilah tiga sifat: Tolong menolong di dalam kehidupan, saling berkongsi di dalam segala urusan dan sentiasa berpesan untuk mengingati Allah. Inilah ukuran yang mesti digunakan oleh sesiapa yang ingin menjalinkan persaudaraan kerana Allah.
Tiga sifat. Hado?
Sekarang masanya untuk kita
scrutinize balik ukhuwah kita. Di mana masalahnya. Ada atau tidak tiga ciri ini.
Malas nak merepek panjang lagi sebab esok ada exam. Sebelum berpisah, elok juga
kita hayati bait-bait puisi keramat di bawah :)
----
Ku Baca Firman Persaudaraan.
Ketika kubaca firmanNya, ''Sungguh tiap mukmin bersaudara''
Aku merasa, kadang ukhwah tak perlu dirisaukan
Tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman
Ketika kubaca firmanNya, ''Sungguh tiap mukmin bersaudara''
Aku merasa, kadang ukhwah tak perlu dirisaukan
Tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman
Aku ingat pertemuan pertama kita, Akhi sayang
Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat
Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat
Ya, kubaca lagi firmanNya, '' Sungguh tiap mukmin
bersaudara ''
Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan
Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan terasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan
Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan terasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukan ukhwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering, imankulah yang compang camping
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering, imankulah yang compang camping
Kubaca firman persaudaraan Akhi sayang
Dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan,
'' Para kekasih pada hari itu, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain..
kecuali orang-orang bertakwa ''
Dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan,
'' Para kekasih pada hari itu, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain..
kecuali orang-orang bertakwa ''
- Salim A.Fillah.
8 comments:
:')
ayat gramatis
saya belum sampai tahap
OHSEM
utk btul2 phm
kna baca 2/3 kali
but nice (Y)
saya hanya mengolah dari bahan bacaan lain yang ditulis oleh sheikh kabeer tahap dewa. heh
:)
Saya masih lagi mencari kaitan isi dangan tajuk,.... mohon pencerahan,..
Adi Husni
Tajuk itu pancing undi je
jangan salahkan sesiapa jika ukhuwah kita punah ranah, tentu sekali salahkan diri sendiri, kerana iman tidak dijaga :)
wah,.. pandai Inspector Saahab berpolitik ea,... hahaha
apa2 pun,,.. tulisan yang penuh manfaat, jzkk,.....
“Sekiranya didapati ukhuwwah diantara manusia dan tidak ada di sebaliknya keimanan maka ia adalah petemuan kerana kemaslahatan dan pertukaran kepentingan. Sekiranya didapati keimanan dan tidak didapati di sebaliknya ukhuwwah maka ia adalah iman yang kurang yang perlu diubati”
Siapa punya quote? dari buku ka? ka sendiri punya?
Karipap
Buku Rakaezud Dakwah ;)
salam kenal..
follower 807
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Post a Comment