Tuesday, January 15, 2013

DA'WAH, LOVE & PRAY


Aku mencintaiNya kerana Dia Rabb yang menciptakan aku, aku mencintaimu kerana perasaan cinta yang diciptaNya. Cewah. Boleh muntah dalam kiraan tiga saat.

Sudah agak lama tidak melakukan aktiviti senaman jari atas papan kekunci ini. Seakan-akan ada sahaja halangan untuk saya berkongsi di sini. Ini kisah diriku, seorang remaja belasan tahun. Ah. 

Pertamanya saya langsung tidak berniat untuk berkongsi sebarang cinta zaman purba dengan mana-mana mangsa. Keduanya juga bukan berniat untuk berkongsi tips hubungan ajnabi tanpa ‘akad yang dikatakan halal, kononya. Semua itu sangat klise ok.

Tapi, cinta. Susah untuk menerangkannya, tidak semudah menulis. Perkataan yang mengandungi lima huruf ini membawa erti yang sangat besar dalam sejarah hidup manusia. Orang kata, bila dah cinta, yang gagap boleh cakap laju, yang cakap laju boleh gagap. Orang la kata, saya tak kata. Orang kata lagi, bila cinta tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Ah, tak paham. Ada kena mengena ke?

Ni pun orang yang kata.
So kita dengar jela.

Cinta ni juga satu driving force yang menggesa seseorang itu untuk memberikan segalanya. Dalam bahasa mudah driving force itu maksudnya, daya memandu. Bila tulis dalam Bahasa Melayu bunyi macam Siam pula, apa-apa pun itulah driving force. Bila dah cinta kat seseorang, kita tak sanggup berjauhan, kalaupun jauh, terindu-rindu. Bak kata pepatah, hubungan jarak jauh ini sungguh memedihkan.

Selain daripada itu, bila dah cinta, dalam tidur dalam jaga asyik terfikir. Kekadang dibawa-bawa dalam solat. Nastaghfirullah. Tapi itulah hakikatnya. Dia memakan ruang yang ada. Mengisi kekosongan, menagih perhatian dan mendambakan kebersamaan. Cewah. Tulis dah macam ada sijil ijazah sarjana muda pula. Haha.

Cinta yang saya cuba diskeraibkan di sini tidak sekadar termaktub percintaan antara lelaki dan perempuan, bukan sekadar cinta kucing dan si pemilik mahupun cinta Shah Jehan dan isterinya. Tolonglah. Ayuh kita melihat kehadiran cinta dalam skop yang lebih luas dan positif. Hakikatnya kita semua merasakan diri kita berada dalam perhubungan yang didasari cinta.

Kita cinta pada ibu bapa kita, cinta pada sahabat kita, cinta pada nenek kita, cinta para guru, cinta pada segala apa yang kita cinta. Dan paling penting cinta yang terutama adalah pada Allah s.w.t dan rasulNya yakni Muhammad bin Abdullah s.a.w

Sejujurnya saya masih belum pernah merasai kemanisan cinta atau masih belum berada pada tingkatan cinta yang sehinggakan cinta itu menjadi driving force untuk saya beran mati. Ok ini hyperbola. Sekalipun cinta pada Allah dan Rasul, saya optimis saya masih belum sanggup berkorban seluruh harta, jiwa dan raga. Entah perasaan itu bukan cinta pun? ! Ah. Saya boleh tulis, korban itu dan ini, cinta bagai nak rak, tapi amal saya belum layak untuk membuktikan picisan picisan berkenaan.


Sebenarnya ni baru introduction.
Selamat tahun baharu.

Menyambung perbincangan kita yang makin kelaut ini, saya yakin bagi mereka yang benar-benar tekad dan iltizam dalam arena dakwah dan tarbiyah, mereka pasti memiliki definisi cinta yang terbaik. Bagi diri sendiri, saya rasakan alternative lain untuk menggambarkan apa itu cinta adalah dakwah. Ya. Dakwah itu cinta. Dan saya jatuh cinta ! Cinta yang menjadi daya memandu. Ya. Sila kecewa.

Saya bukanlah orang yang layak untuk berkongsi perihal ini, tapi itulah yang saya rasakan. Penangan dakwah yang cukup kuat. Terlalu, bahkan. Dia memenuhi setiap inci kehidupan. Sukar untuk saya jelaskan di sini. Saya rasa pointnya sudah sampai.

Ikatan kita bersama-sama insan-insan di sekeliling kita atas urusan dakwah merupakan ikatan cinta yang sebenar. Anda boleh sangkal. Ini pendapat saya semata. Kalau bercanggah dengan mana-mana prinsip rukun tetangga, bolehlah bidas.

Saat kebersamaan dengan adik-adik contohnya, atau golongan yang mempunyai hak dakwah ke atas diri kita merupakan saat yang menggembirakan. Hairan. Sentuhan salam mereka menghidupkan cell cell yang mati. Menatap pesanan ringkas daripada mereka seolah-olah menatap surat cinta yang berbunga-bunga. Entah mengapa, walaupun langsung tiada kaitan dari segi biologi, kita menjadi begitu prihatin dan peka terhadap mereka.

Ah, memang benar, inilah cinta.
Cukuplah saya berkongsi di sini, rasa yang lain itu biarlah saya simpan sorang-sorang. Muehehe.


-Si Kidal, 1831


--------------------


Seorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari suka bersikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya.

Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur mahupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, citi-citanya, keperluannya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan mahupun hujung kehidupannya.


Ustaz Al-Bahy Al-Khouly dalam Rakaizud Dakwah


Saturday, January 12, 2013

TERJUN BERIRAMA



Saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda suatu kisah yang mendera jiwa. Terlebih dahulu sila baca sajak di bawah. Sekian terima kasih, jasamu dikenang.



Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram,
Jika kamu melihat kami nescaya kamu faham
Bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,
Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami
Adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

Telah datang kepada kami sabda Nabi kita
Kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta
Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang,
Dengan asap neraka yangmenyala
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa
Orang yang mati syahid itu tidak mati
Ini bukan satu dusta

Smart sajak di atas. Saya tahu. Sajak yang smart sedemikian sah-sah bukan nukilan saya. Ok tak nak merepek panjang.

Sajak ini diungkapkan oleh Abdullah bin al-Mubarak kepada ahli ibadah yang
berada tanah haram Makah al Mukarramah yakni al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah.

Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya
dengan menyebut tentang air mata.

Tahukah anda kenapa sajak berunsur sindiran ini ditujukan khas buat Fudhail? Sebab pada waktu tu beliau ni enggan turut sama berjihad bersama angkatan tentera, kerana beliau lebih mengutamakan untuk beribadah.

Sebegitu panas dan mendalam lagi menusuk sajak yang diutarakan ini kepada Fudhail, kerana keengganan dia berjihad ekoran ingin beribadah. Hello beribadah kot. Agak-agaknya buat kita-kita yang enggan apatah lagi malu-malu untuk berjihad atas jalan dakwah ni, sajak apakah yang selayaknya?

Buat aku yang enggan berjihad kerana ingin bersenang lenang bersama rakan dan teman, enggan berjihad di atas jalan ini kerana sibuk melayan filem-filem tempatan dan antarabangsa, enggan turut berjihad semata-mata kerana ingin bermanja dengan kucing kesayangan, enggan kerana semata-mata ingin duduk di atas kerusi urut berjenama Ogawa itu, sajak yang bagaimanakah harus dituju?

T_t

Fuh fuh fuh

Sikit lagi, saya nak kongsi petikan dari buku al Muntalaq ini, lepas baca boleh la anda cari gaung berdekatan untuk terjun serta merta. Anda? Oh silap. Saya je kot.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini
meninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan
kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan
harta dan memuaskan hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di
katakan Abdullah bin Al-Mubarak:


“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam
bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat,
barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak
melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula
bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka
terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai
urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak
bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad jasad
mereka terkulai di tali gantung

-Muntalaq


---------------


Terjunnnnnnnn

Tuesday, January 8, 2013

TERHUBUNG DENGAN LANGIT


Seharusnya dia beroleh istirehat di malam hari. Siang demi siang terasa panjang, melelahkan, dan menyesakkan dada. Ke sana kemari disusuri Makkah dari ujung lain ke ujung satu, berbisik dan berseru. Dia ajak orang satu demi satu, kabilah suku demi suku untuk mengimani risalah yang diamanahkan kepadanya.

Dia kadang terlihat di puncak Shafa, membacakan ayat-ayat yang dibalas caci maki dan hinaan menjijikkan dari pamannya sendiri. Dia kadang harus pergi meninggalkan satu kaum dengan dilempari batu dan kotoran sambil diteriaki gila, dukun, penyihir dan penyair hingusan.

Dia sangat lelah. Jiwa maupun raga. Dia sangat payah. Lahir maupun batin. Tenaganya terkuras. Luar maupun dalam. Seharusnya dia peroleh istirahat di malam hari, meski gulana tetap menghantuinya. Tetapi saat Khadijah membentangkan selimut untuknya dan dia mulai terlelap dalam hangat, sebuah panggilan langit justeru memaksanya terjaga.


“Hai orang yang berselimut. Bangunlah di malam hari kecuali sedikit. Separuhnya, atau kurangilah yang separuh itu sedikit. Atau tambahkan atasnya, dan bacalah Quran dengan tartil”
(73:1-4)

Untuk apa?


“Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat”
(73:5)


Seberat apa?


“Kalau sekiranya Kami menurunkan al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah berantakan disebabkan takut kepada Allah”
(59:21)


Itulah kalimat yang berat. Itu beban yang berat. Beban yang gunung-gunung tak sanggup menanggung. Beban yang dihindari oleh langit dan bumi. Dan Muhammad harus menerimanya. Dia harus menanggungnya. Maka hatinya  harus lebih kokoh dari gunung. Jiwanya harus lebih perkasa daripada bumi. Maka dadanya harus lebih lapang daripada lautan. Kerana itu dia harus bangun di waktu malam untuk menghubungkan diri dengan sumber kekuatan yang Maha Perkasa.

-Dalam Dekapan Ukhuwah
-Salim A Fillah


-------


Ah. Jiwa terobek sebaik membaca.

Masakan kita ini, bercita-cita untuk buat dakwah, untuk turut serta jejak Muhammad bin Abdullah itu, tapi kehidupan malam kita di mana? Terpanah. Hidupkah malam kita? Tak sedarkah kita bahawa tanggungjawab ini memerlukan sumber kekuatan dari langit?

Tidak hairanlah, tidak hairanlah

Dakwah aku sering ditolak, kata-kata aku tak langsung membekas, usai ujian badai datang melanda aku bingkas tumbang, tidak hairanlah, aku bukan ahli tahajjud. Keterhubungan dengan langit, tiada.

Sedang sang nabi itu, usahanya di siang hari sebegitu rupa, namun masih mampu berdiri di malam hari, bersujud dalam dalam di kala hitam malam, berbual mesra dengan Sang Pencipta, mengadu dan berkongsi duka. Kita? Di siang hari penuh gelak tawa, kerja sekelumit cuma, malam pula lesu tanpa amal. Yang datang semua alasan.

Seorang da’ie itu kerjanya mebimbing, memberi dan menghubungkan. Macam mana kita ingin membimbing para mad’u kalau diri sendiri masih terumbang ambing? Macam mana kita hendak memberi jika langsung tiada bekalan ruhi yang diterima? Bagaimana ingin menghubungkan manusia kembali kepada Yang Esa jika kita sendiri jauh teramat dariNya?

Ah.

Seriuskah aku?

Dan masih berselimut, ironi.

Saturday, December 29, 2012

ORKID DAN EPAL [2]



“Millah apa khabar Mak Cik?”

“Sihat je. Dia pregnant sekarang. Dah lapan bulan. Anak dah dua, nak masuk tiga” semangat Mak Temah bercerita, bersinar anak matanya.

Terbeliak juga biji mata Jebat. Cepat benar.
Tak sangka. Millah dulu janji sehidup semati dengannya. Sanggup tunggu dia, tamat belajar, bina kerjaya, impikan fantasi keluarga bahagia segala bagai. Manusia. Semuanya kata dan dusta.

Jebat hanyut sekejap.

“Alhamdulillah, murah rezeki anak makcik”

“Alhamdulillah. Nasib baik dia kahwin dengan si Salleh tu, kerja bagus, belajar pun bagus. Kalau bertemu jodoh dengan budak kampung ni, tak ke mana la Millah tu” Mak Temah pandang Jebat semacam.

Jebat faham sangat.
Dia pernah sangkut dengan Millah. Dulu. Ah cerita monyet monyet.
Jebat dah tak kisah.

“Kau ni Jebat, bila nak kahwin?”

“Entahlah. Tengoklah Mak Cik, kalau saya rajin saya kahwin la” Jebat berseloroh. Tak nak dipanjangkan cerita.

Mak Temah dulu tak suka sangat kat dia. Ada sahaja. Ada sahaja benda nanti jadi isu. Jebat anak yatim, keluarga susah, belajar tak pandai, rupa pun biasa-biasa. Ah nama pun Jebat. Orang kampung tak pandang sangat. Reality.


“Aih orang Manchester, mengidam Nasi Kerabu ke?”

Tetiba sahaja Udin sapa Jebat dari belakang. Terkejut juga Jebat. Mak Temah la paling terkejut. Manchester?

Terkesima Mak Temah tak percaya.


----------------------------


“Kau Millah, mari sini!”

Salam tak bagi, apa apa pun tak, tiba-tiba Pak Samad masuk rumah marah-marah. Dijerkah anak gadisnya Millah.

“Apa Ayah ni? Marah-marah orang”

“Aku malu Millah. Tu, orang-orang kampung duk bising, kau dengan anak Saputeh tu. Kau jangan Millah”

“Ha, betul tu bang, Mak pun ada dengar, sapa nama budak tu ? Jebat? Kau tak payah nak menggatal Millah” Mak Temah menambah.

“Mana ada pape la Ayah, Mak” Millah pertahan diri. Hilang kata.

“Budak tu dah la miskin, bapak pun dah tak ada, Mak tak suka kau rapat dengan dia. Entah-entah dia ada niat tak baik dekat kau?”

“Ish Mak ni, tak baik tahu”

“Mak cakap Mak tak suka, Mak tak suka la”


Millah cerita kat Jebat. Habis bunga bunga cinta. Berkcecai.
Jebat sedar. Dia tak kisah. Mujur juga tak jadi. Waktu tu dia tak tahu apa-apa.
Waktu tu la juga Millah tabur janji, sulam kasih. Ayat ayat drama. Sanggup tunggu walau seribu tahun lamanya. Jebat dah ahli sangat taktik cinta budak.


----------


Dua bungkus nasi kerabu masuk dalam plastic. Jebat tengok tengok kuih. Lompat tingkam. Badak berendam. Pun best. Dah lama tak merasa kuih kuih kampung. Satu-satu dimasukkan dalam plastic. Buat sarapan.


“Kau belajat kat Manchester Jebat?” Mak Temah kembali bersuara.

“Yela Mak Temah, dia belajar doktor kot. Tak lama lagi ada Tuan Doktor la kat kampung kita ni” Udin mencelah.

Jebat diam sahaja.

Tergamam Mak Temah. Budak ni bukanlah pandai sangat time sekolah dulu.  Belajar pun ala kadar. Mak Temah berdialog sendiri, masih tak percaya.

“Ni semua je kot, berapa ya Mak Cik?”

Jebat hulur plastik tadi. Minta dikira semuanya. Mak Temah tiba tiba ceria.
Ditekan-tekan kalkulator.

“Lapan setengah. Takpelah, Mak Cik kira lapan jela”

“Eh jangan macam tu Mak Cik.”

Aih.
Jebat pula tergamam.

“Ala bukan selalu kan. Ni Mak Cik masukkan karipap sedap ni dua biji, kesukaan Mak Jebat. Nanti kirim Salam dekat dia ye?”

“Ahha, in sha Allah, terima kasih Mak Cik”

Jebat hulur duit sepuluh ringgit sekeping. Mak Temah balas baki dua ringgit.
Jebat susun duit, masuk dalam wallet.

“Kau dah nak balik Jebat?”

“Ah yelah Mak Cik, ada apa lagi ye?”

Jebat pelik. 
Eh.

“Adik si Millah tu, Aishah, kau kenal kan,  kosong lagi. Kalau kau nak cari calon boleh Mak Cik tolong”

Adeh.
 
Jebat senyum sahaja.

Pelik? Tak pelik pun.
Reality.

Tapi..

[Part 2]