Thursday, September 6, 2012

PUSINGAN-U

Pernah baca surah Al-Fatihah?

Eh.

Tetibe je kan. Harus pernah. Kalau tak pernah bole check balik kad pengenalan, tengok sikit agama apa. Tajam kat situ. Saya assume anda yang sedang bersengkang mata dihadapan

Semalam dekat kolej saya, nak habq mai ada forum. Menarik. Anjuran persatuan pelajar Islam. Tajuk forum U-turn namanya. Cukup menarik. Diserikan lagi dengan kehadiran ahli panel yang juga pernah melalui jalan yang silap kemudian telah U-turn dengan bergaya. Hijrah.


Sebelum saya nak membebel lagi panjang, baik saya cakap awal-awal sebelum saya terlupa ayat ini, cara paling mudah untuk berubah adalah dengan berubah. Dan doa paling mujarab untuk berubah adalah dengan bertindak membuat perubahan. Ramai orang nak berubah, terdetik nak berubah, tapi bila ditanya, tak sampai seru lagi jawabnya.

Hari ni, meh nak seru sikit.

Tak berubah jugak. Bila ditanya lagi, sebab apa belum mulakan lagi? Ok satu ayat lagi, lupa nak tulis tadi. Setiap dari kita ini, tak kira la sejahat mana pun, sehitam pikat dan likat manapun hari-hari yang kita lalui dek melakukan kemaksiatan kepada Allah, mesti terdetik seciput dua rasa ingin berubah, menjadi lebih baik la. Berubah jadi lagi jahat tu belakang kira.

Tapi baik baik sahaja detik detik ini berdetik dan terdetik, ada je yang menghalang. Ego, suasana, kawan-kawan dan paling otai bab menyesatkan manusia ini syaitan la. Syaitan ini kalau la boleh dilihat secara fizikal, setiap satu Mei, bila kita sambut hari pekerja saya kira mereka layak terima anugerah pekerja paling produktif. Habis la manusia lain tawar hati, tak dapat anugerah. Depa memang style. Like seriously.

Tengok dah merepek jauh, bersimpang siur dah.

Point saya, ramai orang yang nak berubah tapi tidak tahu nak rujuk siapa. Kawan-kawan tak ramai yang boleh harap. Lagipun kalau kita ni jenis rempit, kawan dengan perempit, tiba-tiba tanya bab solat dengan teman serempit tadi, mesti depa kata kita ni dah sampai seru malaikat maut,buang tebiat, ataupun dunia dah nak tamat.

So nak rujuk siapa?


Sebab itu saya tanya, pernah baca surah Al-Fatihah? Dalam surah tu ada potongan ayat yang merupakan doa yang sangat cantik.

Kita minta dekat Allah, Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Ayat 6 dan 7.

Hari hari kita baca ayat ini, diulang-ulang. Tapi tak pernah tanya diri sendiri ke? Kenapa tak ada lagi jalan itu? Kenapa belum dijawab permintaan itu? Allah tak sayang kita ke? Allah tak makbulkan doa kita ke? Hina yang terlalu ke kita ni?

Ok emosi jap.

Jangan melatah. Cewah. Jangan nak salahkan Allah. Allah dah jawab lama dah permintaan kita tu. Sebelum kita lahir, Allah dah tahu kita akan baca ayat ini, dan kita akan mempersoalkan situasi ini. So Allah dah prepare awal-awal lagi jawapannya. Cuma biasa la, jawapan kena la fikir sikit,selongkar dalam selimut, bawah tilam. Hari ini orang ramai dan makin intelek, tak gittew?

So, kat mana jawapannya?

Cuba tengok ayat seterusnya. Eh eh.

Ye la, maksud saya, ayat next, selepas surah Al fatihah, surah Al Baqarah kan,

Allah kata apa?

1) Alif Lam Mim

2) Kitab (Al Quran) in tiada keraguan kepadanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

Nah. Amik. Nampak tak perkaitan kat situ. Ke nak kena tunjuk lagi? Nampak tak perkataan PETUNJUK tadi? Nampak tak? Petunjuk ni apa sebenarnya? Tunjuk-tunjuk? Petunjuk ni guide la. Tadi kita gak yang duk mintak jalan-jalan daripada Allah, sekarang Allah dah bagi dah petunjuk jalan tu, peta dah ada.


Maka gunalah Quran itu sebagai petunjuk.

Yang sedihnya, hari ini sangat ironic apa yang berlaku. Al Quran dijadikan bahan bacaan untuk dilagukan dan dipertandingkan. Dijadikan ayat ayat seni untuk digantung di rumah-rumah. Pelik.

Al Quran disimpan atas rak, buat perangkap debu. Disimpan dalam almari, buat koleksi. Disimpan dalam kereta, buat penyelamat la katakan, amik berkat. Disimpan bawah bantal, nak halau jin supaya tak ganggu tidur malam. Haih. Makin pelik.

Sampai bila kita nak terus begini? Sekarang anda dah nampak. So apa nak buat? Planning. Yes. Baca Quran. Dalami maknanya. Jadikan ia teman akrab kita.

Peace.

3 comments:

matahari said...

u turn ni macam kesinambungan turning point, entri latest sy.

syukran ats perkongsian.

gadis coakroach said...

al quran datang untuk hati..
perubahan tu pun datang dari hati..
once terdetik..struggle for it! yosh..
tq 4 the entri..

Inspector Saahab said...

in sha Allah
jzkkj :)