Saturday, May 14, 2016

HAMALATUL QURAN




Dalam muktamar Ikhwanul muslimin yang keenam, Imam Hassan Al-Banna mengingatkan kembali para ikhwan tentang siapa mereka sebenarnya.

Pada detik bersejarah itu, beliau menggariskan sekurang-kurangnya tujuh perkara tentang siapa itu ikhwan muslimin di tengah-tengah masyarakat Mesir yang berkecamuk , tenggelam dalam kesesatan jahiliyah pada waktu itu.


Siapa anda? Jika anda juga mengikuti halaqah tarbiyah dann ingin menjadi mujahid yang akan membebaskan manusia daripada kesemppitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, mari kita teliti perkara-perkara ini;

“Maka ingatlah baik-baik Ayyuha Ikhwan!...”

Beliau memulakan pidatonya, lantas menyebut, sesugguhnya kalian adalah

Al ghuraba’ (orang yang asing) iaitu orang ingin melakukan islah tatkala manusia melakukan kefasadan

Aqal baharu yang mana Allah berkehendak dengan kalian untuk memisahkan al haq dengan al bathil tatkala kedua-duanya tidak dapat dibezakan

Duat bagi islam

Hamalatul Quran, yakni pembawa al Quran

Wasilah (penghubung) langit dan bumi

Pewaris Muhammad saw

Pengganti sahabat-sahabat baginda dan orang-orang selepas mereka


Peringatan inilah yang membuatkan ikhwan sentiasa istimewa dan berbeza daripada orang lain, yang bangkit atas umat ini untuk melakukan pembaikan.


Baik,

Kita berminat untuk menyentuh tentang hamalatul Quran.

Perkataan hamal bermaksd membawa. Hamil pula orang yang membawa sesuatu. Sebab itu seorang perempuan yang sedang membawa kandungan dalam Rahim mereka kita katakan perempuan yang sedang hamil. Asalnya hamil itu sekadar membwa, tetapi secara adatnya kita fahami orang yang hamil itu orang yang membawa kandungan. Manakala hamalatul Quran pula orang yang membawa al Quran. Bawa bagaimana?

Adakah memakai kantung seperti poket doraemon yang diisi mushaf Quran dalamnya??

Ataupun seperti kantung kangaroo ?

Siapakah hamalatul Quran ?


Term atau konsep hamalatul Quran sebenarnya sudah popular sejak zaman sahabat lagi. Tidak perlu kita peningkan kepala memahami dari sudut bahasanya, mari baca kisah ini;


---


“Kalau begitu, aku adalah seburuk-buruk penghafadz al-Quran!!”

Di dalam peperangan al-Yamamah, peperangan melawan nabi palsu Musailamah al-Kazzab di mana panglima tertingginya adalah Saifullah Khalid bin al-Walid r.a.

Ramai dari kalangan tenteranya terdiri dari huffadz atau penghafadz al-Quran. Beliau memilih tentera yang paling layak untuk memegang bendera, tentera yang tidak akan undur atau melepaskan bendera dari tangannya sehingga pertempuran berakhir atau dia syahid.

Di peringkat awal, bendera muhajirin berada di tangan Abdullah bin Hafs bin Ghanim al-Quraisyi r.a.
Beliau teguh di medan sehingga dijemput sebagai syahid.

Selepas Abdullah syahid, panglima Khalid bin al-Walid menyerahkan bendera kepada Salim maula Abi Huzaifah r.a.

Apabila Salim mengambil bendera itu, sebahagian tentera berkata kepadanya:

"Ya Salim, kami bimbang musuh akan dapat menembusi pasukan kita dari arahmu!" Kata-kata itu membawa maksud, mereka kurang yakin dengan keupayaan Salim dan berasa bimbang kalau-kalau Salim menjadi punca tenera Islam tewas di tangan musuh. Maka apakah reaksi Salim kepada mereka?

"Kalau begitu, (kalau aku menjadi punca kekalahan tentera Islam) maka akulah seburuk-buruk penghafadz (hamil) al-Quran!"

Demikianlah, betapa pentingnya penghafadz al-Quran atau hamil (pembawa) al-Quran di dalam dada mereka.  Mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya dari serangan musuh luar dan dalam.

Hamil al-Quran bukan hanya duduk di penjuru masjid mengulang-ulang bacaan membiarkan umat dan masyarakat dilanda pelbagai masalah,

Ayuh para hafidz, hamil al-Quran! Bangkit menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa. Jadikan kata-kata Salim r.a. sebagai obor yang membakar semangatmu sepanjang zaman 


(Dipetik dari FB Ustazah Maznah Daud)
….



Adakah kita hamil al-Quran ?

Yang berada dalam barisan hadapan?

Paling cepat menyahut seruan dakwah dan tarbiyah?

Orang yang boleh diharap untuk membela islam?

2 comments:

Madeena Rabia said...

Menangis

Anonymous said...

mashaallah T_T jzkk atas peringatannya..

p/s : ikhwah2 penulis perlu alert dengan isu copyright ya.. dari siapa antum copy-paste sesuatu artikel/excerpt wajar utk diberikan kredit/diberitahu dari mana datang nya. iya benar mungkin pemilik asal pun tak kisah asalkan ingin menyebarkan kebaikan, tapi to give credit where credit is due is part of our religion. barakallahu fikum :)