Tahun
ketiga. Thumma Alhamdulillah.
Kami
melangkah bersama-sama. Cuma biasalah dengan takdir Allah, ada yang membawa
amanah dakwah ke daerah dan jajahan yang berbeza. Sebenarnya aku sudah hampir
tawar hati untuk terus menulis di sini, namun sepotong kata-kata seorang akh
tempoh hari membuatkan energy untuk berkongsi itu kembali mengakar dan membara.
“Ana
menantikan cerita terbaru dari blog nasi dan lemak” Eh.
“Ana selalu
baca kot. Jadi bahan penyampaian, enta dapat pahala. Lebih besar dari unta
merah”
Ah. Maka
nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau dustakan. Begitulah sapaan sapaan
membina datang dari arah yang tidak disangka-sangka.
Mari aku
kongsikan sedikit sedutan perbualan dua orang ikhwah ini. Mari kita namakan
mereka akh A dan akh B, seperti biasanya. Sedutan perbualan ini telah disunting
dengan mengambil kira faktor kerahsiaan dan membuang mana-mana masukan yang boleh
menggugat keamanan dan keselamatan negara. Juga mengambil kira mana-mana
bahagian yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Eh.
“Ya akhi,
sihat?”
“Alhamdulillah.
Antum ape cerita ? Heheh”
“Apa cerita
? Urm. Dakwah mesti diteruskan. Haha”
“ Peh.
Macam mana sekarang? Apa status ? Macam mana medan kat sana?”
“Status,
masih bujang. Haha.”
“Ok. Nampak
dah tu tanda-tanda kecil haha…hati hati..”
“Hahaha.
Xder la. Masih berstatus ikhwah. Doakan dakwah di sini. Kat sini, medan tak
sama macam Malaysia. Tak boleh buang orang. Err, maksud ana tak boleh filter.
Mad’u pun tak ramai”
“Oh. Antum
liqa dengan sape?”
“Eh, liqa
kan sirr akhi”
---
Ye, liqa
memang sir. Rahsia. Itu yang kami belajar, setelah beberapa ketika bersama
tarbiyah. Tetapi entah mengapa sesetengah orang sudah hampir puluhan tahun kian
berlalu, dihebah hebahkan struktur liqanya, siapa naqibnya, siapa mutarabbi nya.
Ada juga yang suka nak tahu. Bukan sahaja liqa, bahkan berada level berapa,
yadda yadda. Fening.
---
“Eceh.
Mantap menjaga sirr. Baru nak test. Kekeke. ”
“Haha
kantoi-kanoti. Macam mana Malaysia akhi? ”
Inilah
soalan yang akh itu sering dapatkan tatkala dia berinteraksi dengan ikhwah yang
berada di bumi Tuhan yang lain. Bukan di bumi bertuah Malaysia. Bagaimana
Malaysia akhi? Entah. Sukar untuk aku ceritakan. Pada luarnya nampak meriah.
Tetapi siapa tahu, rijalnya makin berkurang. Pembinaan entah ke mana. Kerja
kerja besar yang mendapat liputan berlalu terlebih sering, tetapi sekadar
berlalu sahaja. Nama diangkat, substance entah ke mana.
Dibiarkan
soalan itu berlalu sepi.
“By the way
nak minta tolong boleh akhi? Kat sini ana ada masalah sikit nak setelkan dakwah
housemate ana. Yang before ini ikut dekat Malaysia”
“Insya
Allah. Mushkilah apa tu ? Kurang jelas
akhi”
“Hm. Macam
mana nak cakap ek. Tarbiah diorang macam terbantut kat sini. Dauroh tak pergi.
Macam tu la. Dorang ada potensi, tapi macam.. err, faham ke maksud tersirat
ana?’
“Masalah tu
akhi. Ana dapat catch. Malaysia pun sama akhi. Macam tu la. Tatw la berjangkit
dari mana”
“Betul
akhi. Sangat sedih. Umat sakit, da’ie berjangkit. Aduih. Ok tukar mood. So
boleh ke nak tolong ana ni??”
“Insya
Allah, antum rasa macam mana ana boleh tolong?”
“Tanya
tanya khabar dorng. Ini rahsia kita dua akhi. Haha”
“Insya
Allah.”
“Bila kita
nak borak panjang pasal dakwah. Ana banyak nak kena belajar ni. Nak juga dengar
khabar dakwah dekat Malaysia”
“Err. Kena balik
sini ah >,<”
“Aduih. Tak
seronok la macam tu. Rindu kat ikhwah Malaysia. Berdakwah kat Malaysia seronok”
“Takpe
akhi. Duk sane, learn the hard way”
“Anta nak
tahu akhi, ramai yang dibina di kolper futur di sini. Hurmm, nangis. Diorang
diserahkan pada naqib yang asif kalau ana cakap kurang mahir membina. Kat
Malaysia naqib power. Tapi Alhamdulillah ana nampak kesungguhan pada
abang-abang naqib”
“Tu la
akhi, lama lama benda ni makin cair. insyaAllah antum dan kesedaran macam ni la
yang akan betulkan balik semua ni”
“Tatw la
akhi jadi ke tak. Kadang kadang ana rasa ana pun pun macam cair akhi. Ana
hari-hari fikir masalah ni”
“Isti’ab
akhi, insya Allah, Allah mudahkan antum. Kalau orang tak boleh tolong, kita
paksa bina diri. Banyak lagi bahan nak cover. Nak tak nak je akhi. References
files berlambak nak hadam..demand je dengan naqib antum tu huhu”
“Insya
Allah akhi. By the way doakan dakwah kami. Walau ikhwah kata medan sebenar di
Malaysia, tapi kami akan cuba jadikan medan sini persiapan terbaik sebelum ke
medan sebenar”
“Allahu
akbar! Insya Allah. Antum qudwah untuk kami di sini.”
“Biar kami
balik, dua medan dah bersediaaa”
Ikhwah.
Begitulah
sensitifnya dia akan kondisi dakwah di medannya. Kecairan ini, kami takut. Dan
kami ingin segera rawat. Akh itu telah mengajar kita untuk kuat, jika orang
lain cair, kita la yang pekatkan kembali. Biarlah kadang kadang kita terpaksa
berpura pura kuat walau hakikat kita lemah, supaya akh yang lain bersemangat.
“Insya
Allah antum qudwah kami akhi”
Menjadi
qudwah di jalan dakwah.
Akan dituntut di hadapan Allah kelak akhi.
Akan dituntut di hadapan Allah kelak akhi.
Namun mari
kita gagahi jua.
Beginilah kami.
Tiada apa apa, hanyalah kuli dakwah.
Beginilah kami.
Tiada apa apa, hanyalah kuli dakwah.
Aku sajikan untuk aku dan kalian. Kita renungkan sejenak bagaimana perkembangan di medan kita. Pertimbangkanlah dengan kefahaman yang telah kita bina. Jika pertimbangan program besar yang kita guna maka itulah yang kita dapat. Jika pada pembinaan rijal maka itu jugalah yang kita nampak. Lalu akhi, bagaimana ?