Saturday, March 26, 2016

"ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA"




10 Renungan semasa mengelola halaqoh I;


  1. Mulakan dengan tazkirah, mengajak audience kembali kepada Allah swt
  2. Pastikan tone suara pelbagai, ada turun naik.
  3. Eye contact, melihat wajah-wajah peserta. Tidak tunduk ke bawah, ia menunjukkan  kita tiada keyakinan diri dan terlalu nervous
  4. Gunakan ganti diri kita, instead of antum atau korang, kerana ia akan membina gap antara kita dan audience.
  5. Beri peluang untuk peserta untuk menjawab soalan setelah ditanya, jangan terus jawab.
  6. Libatkan semua peserta halaqoh, dan sebut nama mereka semasa mengusulkan soalan kepada mereka supaya mereka berasa dihargai.
  7. Sebelum mulakan tilawah, pastikan semua peserta bersedia, pada page yang betul dengan mushaf al Quran masing-masing.
  8. Alih perhatian kepada persekitaran tempat halaqoh ketika mana peserta dilihat stress dan terbeban dengan pengisian. Contohnya, “Ermm antum rasa panas tak? Atau kita boleh lajukan kipas” err.
  9. Sebelum berakhir, ada sesi round-table, iaitu membuka peluang kepada setiap peserta untuk memberikan kata-kata terakhir atau untuk raise apa-apa concerns.
  10. Ucapakn kata-kata penghargaan kepada peserta yang sudi datang meluangkan masa, dengan sedikit motivasi daripada ayat Quran atau hadis yang pelbagai pada setiap minggu sebelum menutup majlis dengan doa dan bersalaman.

Just an update.
^^

Monday, March 7, 2016

DOA DI SISI AL-AKH






Kami tidak menjangkakan bahawa entry kali ini juga bakal menyedok haruman kata-kata atau tulisan siri nasihat Sayyid Quttb, as-syahid buat kali ketiga atau bahkan kali keempat dan kelima. Jika anda pun tidak jangkakan, maka jangkakanlah! Ternyata bukan obses ataupun taasub tidak bertempat, tetapi kami dapati tidak wajar tulisan beliau yang begitu mengesani jiwa kita itu dibiarkan tersimpan rapi pada buku dan tersusun tidak terjamahkan di rak-rak.

Sekali lagi seputar penafsiran Surah Nuh yang begitu memesonakan itu.

Baiklah,


Mari kita mulakan dengan sedikit kelainan.

Suatu hari Akh A bertanya kepada Akh B.



“Macam mana nak rasa dekat dengan Quran?”

“Nak rasa dekat macam mana?”

“Nak rasa yang Quran ni turun untuk kita, rasa bagaimana para Sahabat rasa dekat dengan Quran”

“Macam mana antum tahu para sahabat dekat dengan Quran?”

“Yelah, diorang bila ada masalah terus tunggu wahyu turun, nak tahu apa solusi dari langit”

“So boleh ana katakan Quran adalah solusi, dan masalah nya pada isu-isu dalam kehidupan sahabat?”

“Ya, benar akhi”

“Jadi apa isu dalam kehidupan kita akh?”


Lalu lama la kedua-duanya tercengang.


“Itu la bezanya kita dengan dorang akh. Para sahabat ada isu, ada masalah. Quran turun sebagai solusi. Kita pula ada al-Quran, ada solusi, tetapi masalahnya tiada. Sebab apa tiada masalah? Sebab tak beramal, macam mana nak ada masalah dan isu haha”

Lalu keduanya-duanya memuhasabah diri sendiri.

Sesi yang baik.


Begitulah barangkali juga kita dengan ibadah-ibadah kita. Tidak terhubung secara penghayatan dan perasaan. Sesi berdoa kita kering daripada suasana mengadu. Qiyamulail kita tidak basah, tidak diserikan dengan rintihan demi rintihan, tidak seperti suatu suasana istimewa kita dengan Rabbul Izzati. Tidak sebagaimana sesi laporan Nabi Nuh a.s;


“Nabi Nuh a.s keluar meneruskan perjuangannya yang luhur, ikhlas dan mulia untuk menyampaikan hidayat Allah kepada kaumnya tanpa sebarang kepentingan dan faedah peribadi. Demi mencapaikan matlamat ini, beliau telah menerima tentangan-tentangan dan penghinaan-penghinaan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun, sedangkan bilangan mereka yang menyambut dakwahnya hampir-hampir tidak bertambah dan darjah tentangan dan kedegilan mereka untuk mengikut jalan yang sesat semakin meningkat…”


Begitulah Sayid Quttb memulakan komentar beliau, sebelum menghurai dengan lebih lanjut, betapa istimewanya sesi berkhalwah si Nabi Nuh dan Allah swt, penuh dengan perasaan dan penghayatan, suasana di mana seorang hamba mengadu dan mempersembah laporannya kepada Tuhan sekelian alam. Lanjut beliau dalam Fi Zilalnya;


“Pada akhirnya Nuh kembali mengemukakan laporannya kepada kepada Allah yang telah menyerahkan tugas yang luhur dan bebanan yang berat ini kepadanya. Ia kembali menceritakan apa yang telah beliau telah buat dan apa yang beliau telah terima, sedangkan Allah memang tahu dan beliau juga tahu bahawa Allah memang tahu, tetapi beliau kemukakan laporan itu untuk menyampaikan rintihan hati yang letih lesu di akhir pusingan perjuangan kepada Allah sebagai satu-satunya pihak yang menjadi tempat para anbiya’, para rasul dan para mukminin yang tulen meluahkan rintihan dan rayuan”


Dalam surah Nuh yang belum puas kami tuai  ibrahnya itu, rangkaian doa Nabi Nuh di hadapan Allah swt dimulakan dengan bait doa berikut;



Nuh berkata, “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam,,,”
(Nuh : 5)


Seperti mana yang Sayyid Quttb telah jelaskan, sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui dan nabi Nuh pun menyedari akan hakikat ini. Beliau tahu bahawa Allah swt mengikuti dengan rapat perkembangan-perkembangan dakwahnya di muka bumi. Akan tetapi, tindakan yang diambil oleh Nabi Nuh yang melantunkan doa-doa yang begitu syahdu memprsembahkan report tugasannya kepada Tuhan semesta alam, kemudian direkod pula oleh al Quran adalah untuk menjadi pelajaran keada kita semua yang datang kemudian.


Dari tindakan Nabi Nuh ini, kita warisi betapa para Anbiya’ itu ketika mana menghadapi kesulitan dan kesukaran, ketika mana seolah-olah usaha dakwah mereka tidak menjadi, seruan mereka tidak mendapat tempat di hati-hati orang-orang yang diseru, lalu mereka mendapatkan Allah swt sebagai tempat pertama untuk meluahkan segalanya.


Berbeza pula dengan kita. Ketika dirudum masalah, barangkali yang kita dapatkan ialah manusia-manusia lain yang juga mempunyai masalah tersendiri. Ataupun kita redakan perasaan dan emosi yang berkecamuk itu dengan aktiviti aktiviti mubah yang kadang-kala tidak kena pada tempatnya, bukan dengan kembali mengadu kepada Allah swt.


Dari tindakan Nabi Nuh yang mungkin bersahaja ini, kita belajar bahawa kemesraan antara seorang hamba dengan Tuhannya terikat dengan rangkaian doa yang begitu indah, yang diisi dengan rintihan demi rintihan setelah berlalu hari yang penat dan panjang, setelah berusaha dengan gigih menyampaikan dakwah ini. Ketika mana Allah swt berada di posisi ghaib yang tidak terlihat oleh pancaindera hambanya, doa dan keimanan mengikat mesra hubungan dua hala ini.

Sekali lagi berbeza dengan kita. Doa-doa kita adalah rutin yang tidak kita ketahui kenapa. Bahkan kadang-kadang entah apa makna doa yang kita bacakan itu pun kita tidak jelas maknanya. Kita tidak merasakan doa-doa itu mengikat langit dan bumi sebagaimana hujan yang turun dengan lebatnya. Kita tidak merasakan doa itu begitu ajaib, symbol kedekatan dan kemesraan. Bahkan kita tidak melakukan kerja-kerja asasi seorang muslim yang melakukan dakwah, mana mungkin kita mampu menikmati doa sebagaimana terasa nikmatnya oleh Nuh as.


Dari tindakan Nabi Nuh kita mewariskan satu perkara yang cukup besar, yakni betapa mahalnya nilai sebuah doa di sisi seorang al-akh.

Perkara basics seperti ini semakin kita lupai setelah banyak berusaha dan beramal di lapangan dakwah. Lebih lebih lagi setelah amal-amal dakwah kita dengan izin Allah swt, membuahkan hasil yang banyak dan ranum, sehingga kita lupa untuk berdoa kepada Allah swt. Zaman-zaman kita berdoa bersungguh-sungguh untuk murabbi dan mutarabbi seakan semakin jauh meninggalkan kita semua.

Alhamdulillah baru-baru ini akh kita yang seorang ini mengingatkan kembali.
Perkara basics tetapi begitu penting.


Semoga kita kembali meletakkan doa kepada Allah swt, di tempat yang selayaknya, di sisi seorang al-akh!

Sunday, March 6, 2016

SEMOGA ZAMAN ITU AKAN KEMBALI



Dakwah hari ini makin senang. Semakin kami meniti usia kami yang makin meningat, meskipun tidak merentasi generasi dan zaman, tetapi banyak yang kami perhatikan akan hal ini. Banyak kenikmatan-kenikmatan di jalan dakwah sudah hilang. Jika ada masalah, kalau dahulu perlu terus berjumpa, bersemuka, perlu travel dengan tangungan kos sendiri, tetapi kini murabbi dan mutarabbi berhubungan dengan aplikasi whatsapp atau telegram sahaja. Berbeza.


Dengan pelbagai alat dakwah yang ada di tangan daie, dengan gajet nya, wang saku bekalan sponsor pelajarannya, kereta dakwah yang makin mewah, rumah rumah ikhwah di setiap desa, ternyata ia tidak sama lagi. Ia mungkin memudahkan sehingga ramai yang terlena dan berasa terlalu senang. Berbeza.


Kita hari ini terlalu dimanjakan. Anehnya, dengan semua alat siap disediakan, masih ramai di kampus pengajian tinggi, anak-anak muda yang belum mendengar berita akan fikrah yang hebat dan membekas di jiwa ini. Program seminar raikan cinta lebih mendapat sambutan dariapda tadddabur al Quran. Aneh sungguh!


Berkenaan hal ini, alangkah eloknya kita sendiri baca tulisan qudamah dakwah ini seputar permasalahan ini;


Tajuk: Murabbi Bingung





Maafkan saya jika tajuk di atas kelihatan terlalu kasar dan kesat. Kalimat itu diilhamkan oleh sebuah perbincangan dengan aktivis-aktivis dakwah dari Kulonprogo, yang menyatakan bahawa masa ini alat arbiyah sudah sangat canggih, namun justru terkesan menyulitkan dan tidak praktikal. Berbeza dengan zaman dulu apabila para murabbi belum mengenal pelbagai sistem dan peranti dalam manhaj tarbiyah, justru sangat PD membina dan menghasilkan kader handal. Mengapa sekarang justru banyak yang tidak PD membina, padahal peranti sudah sangat lengkap?



Pada era sebelum tahun 2000, lebih-lebih lagi sebelum tahun 1990, para murabbi dengan sangat percaya diri melakukan pengambilan dan melakukan pembinaan dengan berbekal sedikit materi tarbiyah. Daurah Murabbi pada masa itu hanya berisi pemindahan bahan alias talaqi madah. Tidak menggunakan banyak alat yang canggih, sejak dari perisian berupa manhaj maupun perkakasan seperti teknologi. Semua serba sederhana, serba terhad dari segi kemudahan, namun ternyata sangat optimum dari segi hasil.


Masa itu kita duduk melingkar di masjid atau pesantren, atau duduk di ruang tamu seorang kader yang ditukar menjadi tempat daurah. Lesehan, dengan tikar yang sudah lapuk dan bolong di sana sini. Para muwajih menyampaikan talaqi madah secara ringkas, dengan menggunakan cara papan tulis serta kapur putih untuk catat mencatat. Kemudian kita makan dengan nasi bungkus yang sangat sederhana, atau makan bersama dalam satu bekas besar. Suasana kebersamaan sangat kuat, dengan semangat yang juga sangat kuat.


Sebaik sahaja pulang dari daurah, semua peserta langsung menyampaikan madah yang didapatkan kepada para mutarabi di kumpulan-kumpulan binaan. Sebaik sahaja pulang dari daurah kita merasa semangat dan boleh meneruskan kepada binaan, seperti yang kita dapatkan dari muwajih di daurah murabbi.


Kita sekarang belajar "teknologi tarbiyah", sejak dari visi, misi, tujuan, metodologi, cara, penilaian, promosi tarbawi, tugasan dan lain sebagainya. Sangat sistematik, lengkap dan utuh menyeluruh. Bahkan mendapatkan materi tentang micro-teaching, retorika, public speaking, dinamik kumpulan, teamwork, dan materi penunjang lain. Sepertinya sudah sangat komplit dan utuh, tidak ada yang tidak tersentuh dan disampaikan.


Kita daurah di bilik selesa dengan penyaman udara, duduk di kerusi, tidak lagi lesehan. Kita menggunakan LCD, dan semua madah boleh dicopy di flasdisk atau bahkan dihantar melalui email ke setiap peserta. Kita makan dengan menu yang lebih layak, tidak lagi nasi bungkus. Para peserta dari jauh datang dengan cara pesawat serta tidur di hotel. Mereka juga membawa laptop, serta telefon pintar untuk kemudahan komunikasi. Sudah sangat menyokong kemudahan yang kita dapatkan. Namun 'tiba-tiba' kita dikejutkan dengan aduan kelemahan merekrut dan membina ......


----

Berbeza sungguh.


Renungkan pula keluh kesah kami ini;


Bilakah kali terakhir kita tiba di tempat dijadualkan berlangsungnya halaqoh, tertunggu-tunggu sosok murabbi datang untuk membaca dan mentadabur ayat ayat Allah sehingga kita tersentuh, berasa bersemangat dan terus berkongsi ayat ayat itu usai tamat sesi.

Sudah lama berlalu?
Hidupkanlah kembali!


Bilakah kali terakhir kita berkira-kira untuk membuat pasanan untuk makan sendiri tatkala kita lihat dalam dompet kita cukup-cukup ongkosnya untuk membeli jajan halaqoh binaan pada minggu itu?
Sudah tidak lagi?

Sesungguhnya ini adalah ujian kesenangan!


Bilakah kali terakhir kita merasakan keringat kita gugur sehingga ke tumit kaki, sendi-sendi kita lenguh, urat-urat kita menegang, telapak kaki kita pecah-pecah dan nafas tercungap-cungap kerana penat dan jauhnya berjalan untuk membawa misi islam ini?

Apakah belum?
Kami merindui detik-detik itu. Sehingga apabila baring langsung tertidur.

Bilakah kita sebenarnya tidak mampu melelapkan mata  pada beberapa malam kerana memikirkan masalah binaan masing-masing, dengan tajuk daurah yang tidak dipastikan, concern yang belum dirawat, sehingga akhirnya kita mengadu dan menangis di hadapan Allah swt, di sepertiga malam?

Tidak pernah? Maka dakwah apakah ini?


Bilakah kali terakhir, kita dan para murabbi yang lain, sebelum mengelola halaqoh masing-masing, kita sama-sama dirikan sekurang-kurangnya dua rakaat solat hajat semoga dimudahkan pertuturan, semoga kata-kata kita dapat menyentuh qalb binaan pada malam itu dan semoga setiap gerak geri kita mendapat huda dan taufiq daripada Allah swt?

Sudah tidak amalkan lagi?

Berbeza sungguh!
----



Aku Rindu Dengan Zaman Itu

Aku rindu zaman ketika “halaqoh” adalah kebutuhan,
 bukan sekedar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika “membina” adalah kewajiban,
 bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika “dauroh” menjadi kebiasaan,
bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika “tsiqoh” menjadi kekuatan,
bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika “tarbiyah” adalah pengorbanan,
 bukan tuntutan dan hujatan

Aku rindu zaman ketika “nasihat” menjadi kesenangan,
bukan su’udzon atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini
Aku rindu zaman ketika “nasyid ghuroba” menjadi lagu kebangsaan
Aku rindu zaman ketika hadir di “liqo” adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dawah di desa sebelah

Aku rindu zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur’an terjemahan ditambah sedikit hafalan
Aku rindu zaman ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu depan diketok untuk mendapat berita kumpul subuh harinya
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya
 
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu,
Aku rindu…
Ya ALLAH,

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami
Jangan Kau jadikan hidup ini hanya berjalan di tempat yang sama

---

Tidak begitu lama masa berlalu, kami kongsikan puisi yang sentiasa hidup ini, seorang akh menenangkan dengan merespon;

“Insya Akhi, zaman itu akan kembali”


Amin!

Thursday, March 3, 2016

OF ANSAR, KITA DAN KHILAFAH



 
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah :100)


Beberapa kali dalam kesempatan yang berbeza kami dimuhasabah dan diajak untuk mentaddabur ayat Allah yang begitu indah ini. Ada suatu mesej yang begitu istimewa tentang ayat ini, lebih-lebih lagi tatkala kita berbicara perihal rijal disisi Rasulullah saw dalam kalangan Ansar.


Al-Quran telah memuliakan kedudukan kaum Ansar dengan menggelar mereka sebagai assabiqun al-awwalun, sebaris dengan kedudukan yang diberikan kepada kaum Muhajireen, meskipun kita tahu dan sedar bahawa Muhajireen adalah golongan sahabat yang terlebih dahulu memeluk Islam, yang lebih banyak sengsara, menderita dan merasai pengalaman berjuang mempertahan akidah di bumi Mekah itu. Bahkan dari segi usia tarbiyah juga, muhajireen boleh dikatakan lebih ‘abang’ dan lebih dahulu mengenal ‘halaqah’ berbanding kaum Ansar dengan beza masa hampir 13 tahun lamanya.

Lalu,

Apakah yang membuatkan kaum Ansar cukup istimewa sehingga mereka mendaki ke puncak kedudukan yang tinggi ini?

Barangkali ada sesuatu yang boleh kita pelajari dan teladani daripada kaum Ansar.
Tidak sekadar itu, satu peristiwa yang menyentuh hati dalam Riwayat hidup Rasulullah saw telah menghilangkan sebarang keraguan dalam dada kita berkenaan betapa istimewanya menjadi Ansar, di sisi Rasulullah saw sendiri.

Perang Hunain.


Usai perang Hunain yang berlangsung pasca pembukaan kota Mekah itu menyaksikan Rasulullah saw telah kelihatan ‘berat sebelah’ dalam proses pembahagian harta rampasan perang. Dan harta rampasan dalam peperangan tersebut jumlahnya cukup lumayan, boleh jadi mengalahkan jumlah ‘derma keluarga diraja Arab ‘ yang kita maklum pada hari ini. Pembahagian itu jelas sekali mengutamakan Abu Sufyan dan konco-konconya yang ternyata baru sehari dua memeluk islam.


Untuk bahagian kaum Ansar yang ternyata lebih banyak berkorban dalam peperangan tersebut seolah-olah langsung tidak dihargai jasa dan pengorbanan mereka dari sudut portion pembahagian harta itu. Kaum Ansar jelas tidak dapat membaca langkah diplomasi dan politik Rasulullah saw sehingga terdetik lah dalam kalangan mereka cakap-cakap dan rasa tidak puas hati kepada Rasulullah.

Desas-desus dan cakap-cakap belakang ini akhirnya sampai ke gegendangan telinga Nabi saw sehingga beliau mengeluarkan kata-kata lejen berikut;

“Wahai semua orang Ansar aku mendengar ada suara-suara yang tidak senang terhadapku. Bukankah aku dulu datang dan kalian dalam kesesatan kemudian Allah memberi petunjuk kepada kalian? Bukankah kalian dahulu miskin lalu Allah membuat kalian kaya juga yang telah menyatukan hati-hati kalian?”

Petikan ini diambil dalam buku Seerah Raheeq Makhtum, kita sambung lagi,

“Apakah dalam hati kalian masih mahukan harta keduniaan sedangkan dengan harta keduniaan itulah aku mahu gunakan untuk mengambil hati segolongan orang agar masuk islam sedangkan aku sudah yakin dengan keislaman kalian?”

Lagi baginda meneruskan bicara;


“Wahai orang Ansar, apakah kalian tidak suka jika orang lain pergi membawa domba dan unta sedangkan kalian bersama Rasul Allah ke tempat tinggal kalian? Demi jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, kalau bukan kerana hijrah tentu aku termasuk dalam kalangan orang-orang Ansar. Jika orang-orang menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah gunung yang lain, tentu aku memilih celah yang ditempuh oleh orang Ansar. Ya Allah rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak dan cucu-cucu orang-orang Ansar”

Istimewa.


Ternyata orang-orang Ansar cukup istimewa kedudukan mereka di sisi Rasulullah saw. Kami bawakan kisah-kisah ini supaya perasaan kita semua yang membaca sehingga ke patah perkataan ini membuak-buak untuk tahu dan mencontohi sikap orang-orang Ansar ini. Lalu apakah yang membuatkan mereka berada di posisi tersendiri di sisi Quran dan Rasulullah saw?



Pengorbanan.

Iya. Itulah yang dapat kami simpulkan tentang Ansar setakat ini.  Dan, dalam banyak jenis pengorbanan, kaum Ansar telah meletakkan nama mereka di martabat yang tinggi dengan mengorbankan pelbagai perasaan dan kebutuhan pribadi, untuk maslahah dakwah dan tarbiyah, untuk kelangsungan islam ini, subhanallah!


Betapa ramai orang yang boleh berkorban wang ringgit untuk dakwah ini, sehingga tidak pernah putus-putus menghulurkan bantuan kewangan untuk program pemantapan akidah ahli sunnah wal jamaah sebagai contohnya,err, menyumbang kan wang untuk pembangunan masjid dan bahkan untuk program-program tarbiyah. Berapa ramai pula yang boleh menyumbang tenaga untuk islam. Ada yang boleh berkorban masa untuk islam, mengorbankan kecergasan, kesiapan, buah fikiran dan idea dan pelbagai lagi untuk islam. Cukup ramai bahkan!

Tetapi ada kala, ketika kita berada di posisi mempunyai kepentingan diri, berada di posisi terdesak, berada di titik paling berhajat dan memerlukan kepada kesemua ini, wang, masa, tenaga, idea, kecergesan, kebahagian, dan di saat itu dakwah, tarbiyah, Quran, jihad dan islam menuntut kesemuanya, masih kah ramai yang sudi memenangankan iman atas perasaan dan emosi mereka?

Ketika mana kita penat dengan urusan peribadi, sehingga hampir seluruh waktu cergas di siang hari kita dipenuhi dengan urusan mencari rezeki, menuntut ilmu dan bekerjaya, ketika saki baki waktu kita diminta untuk tugas mentarbiyah, adakah kita masih mampu membuang jauh rasa malas, rasa penat, panas baran, masih mampu mengendahkan pergolakan dalam jiwa dan emosi kita itu? Barangkali kita tidak mampu.


Ketika kita berada di persimpangan antara dua kepentingan, kepentingan untuk diberikan kepada pekerjaan atau pelajaran dari segi masanya, dan pada saat itu pula seruan dakwah dan jihad datang berhajatkan kita berada di lokasi yang lain, mampukah kita mengorbankan  kepentingan peribadi ini? Mampukah kita menahan kata-kata dan tohmahan orang-orang yang berharap kan kita untuk menjalani hidup seperti orang biasa? Yang barangkali akan menuduh kita ekstremis, akan memulau kita, memandang kita dengan jelingan serong lagi tajam dan berhadapan dengan pelbagai persoalan-persoalan daripada pihak atasan, sanggupkah kita?  Barangkali tidak.

Di saat kita berada di titik konflik kewangan, saki baki wang tabungan yang cukup-cukup untuk keperluan asas harian kita, masih ada ruangkah untuk dakwah dan tarbiyah menagih daripada kita yang begitu dalam kebutuhan itu? Adakah kita masih sanggup dan mampu untuk menghulurkan dan memberi  lebih dari sekadar yang kita mmpu? Barangkali tidak kan?

Atau ketika kita mempunyai perancangan hidup sendiri, rancangan kerjaya sendiri, membina keluarga atas rancangan sendiri, dan di saat itu pula dakwah dan tarbiyah menghendaki kita untuk mengikut rancangan-rancangan yang lain, yang boleh jadi cita-cita kita dari kecil itu terpaksa di korbankan, yang boleh jadi angan-angan bangku sekolah kita itu terpaksa dikuburkan begitu sahaja, adakah kita cukup bersedia untuk itu semua?

Ketika dakwah dan tarbiyah meminta-minta di saat kita rasa kitalah yang paling memerlukan, dan di saat kita merasakan kita sudah memberi dengan kadar yang cukup banyak, di saat emosi kita tidak stabil, stamina kita sedang merudum, di saat kita membutuhkan tidur yang panjang, di saat kita rasa kita perlukan ruang dan masa untuk diri sendiri, dan di pelbagai saat yang lain seumpamanya, adakah kita akan terus menjadi orang yang memberikan ? atau kita terlebih dahulu yang melarikan diri?

Kita meragui akan kesiapan kita bahkan!


Boleh jadi inilah yang membezakan kita dengan Ansar. Kesanggupan mereka untuk memberi dan berkongsi, dalam keadaan mereka juga memerlukan untuk diri sendiri telah melayakkan mereka berada di posisi tersendiri dalam sejarah islam dan di sisi Rasulullah saw.

Sikap mereka ini juga telah dirakamkan dalam Quran;


Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu;

dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Al Hasyr :9


Bacalah dengan lebih lanjut dalam kitab-kitab seerah bagaimana Ansar telah memberikan yang terbaik daripada diri mereka untuk islam. Dan marilah kita sama-sama merenung ke dalam diri dan bertanya, apakah yag telah kita sumbangkan??

Hari ni, 3 Mac 2016,


Ulangtahun kejatuhan Khalifah yang ke 97.

97 tahun dibiarkan berlalu, mana mungkin kita boleh terus duduk berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa. Jika kita telah memberikan untuk agama ini sebagaimana  Ansar berikan, pasti derita umat islam hari ini sudah lama berakhir.

Moga Allah ampuni kita atas keraguan kita untuk memberi. Semoga Allah kurniakan kita kekuatan untuk mencontohi orang-orang Ansar. Begitulah munajat kita di malam yangsunyi ini, sambil mencela diri. Mudah-mudahan gerhana ini cepat berakhir, dan fajar bakal menyinsing tidak lama lagi.

Amin

Puncak Jalil
3 Mac 2016