Tuesday, May 24, 2016

IMAN TIDAK MANIS?





“Ada sorang akhwat duk dekat Punak. Airport terdekat adalah Tawau atau Lahad Datu which is sejam perjalanan. Untuk usrah akan drive ke airport Tawau lepas kerja, ambil flight ke Kota Kinabalu (sejam) dan usrah start pukul 12 malam. Esok pagi amik flight awal pagi dari KK ke Tawau dan terus drive ke Punak untuk kerja, dan ukhti ni….bever missed usrah setiap minggu..”


Lama kami cuba fahami mesej yang singgah pada aplikasi Telegram ni. Cuba nak fahami atau cuba nak terima suatu tulisan yang berbunyi agak fantasi. Entahlah. Patutlah kita sering tertanya-tanya,


“Macam mana nak rasa manisnya iman?”



Sedangkan kita masih tidur atas tilam empuk. Bawah bayu aircond. Di musim panas el nino ni, kita tidur di kelilingi dua atau tiga stand fan. Kita masih minum jus buah- buahan yang kadang-kadang boleh mencecah 4 5 ringgit. Kita makan lebih tiga kali sehari, bukan makan bila perlu tetapi makan bila tiba waktu makan. Kita tidur awal bila tiada urusan pada belah malamnya, kemudin bangkit dua tiga minit sebelum subuh untuk sekadar sempat memberus gigi….kemudian kita ulangi persoalan ini dalam halaqah memeriksa iman itu..


“Macam mana nak rasa manisnya  iman?”



---


“Sorang tu duduk dekat Lawas, drive ke KK tiga jam one way, untuk usrah setiap minggu.”
Again cerita akhowat. Cerita kaum Hawa.


Pointnya, adakah kena jadi akhowat dahulu? Huhu. Bukan jantina isunya di sini. Tetapi siapa yang bermujahadah untuk mencari keridhaan Allah, Allah akan buka, tunjukkan jalan-jalan menunjuNya kepada mereka ini.

Monday, May 16, 2016

MURABBI AGUNG



Ehsan Media Social

 

“Dah, cukuplah wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhan mu itu”


Begitu ungkap Abu Bakr r.a. menjelang Perang Badr al-Kubra tatkala Rasulullah bermunajat yang mana lirih doa tersebut terpateri dalam kitab-kitab sirah. Satu doa yang cukup hebat, dari seorang Nabi penutup risalah;


“Ya Allah Ya Tuhanku, perkenankanlah apa yang telah Engkau janjikan, Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon restu akan janjiMu itu. Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini nescaya Kau tidak akan disembah lagi…..”

Lalu baginda ulangi,


“Sekiranya Kau kehendaki, maka Kau tidak akan disembah lagi selepas hari ini untuk selama-lamanya…”


Inilah yang kita petik dari Kitab Seerah Nabawi karangan Syaikh Safiyurahman al-Mubakarakfuri. Ketika itu, selendang Rasulullah saw jatuh sehingga Abu Bakr r.a mengambil dan meletakkan semula pada bahu baginda saw.


Dalam banyak kesempatan meneliti kisah Rasulullah saw dan umat Islam generasi awal terdahulu, kita dapati di sekian perjalanan, kisah-kisah bagaimana para sahabat mengambil posisi membantu Rasulullah saw, menguatkan baginda, berkorban untuk baginda, taat dan tunduk pada arahan baginda saw. Mereka benar-benar berada di posisi menunjukkan kecintaan sejati kepada baginda. Posisi seorang sahabat yang ikhlas kepada sahabat yang lain. Mereka berada pada posisi seorang mutarabbi, yang sedang dan sedia ditarbiyah oleh murabbi mereka yakni Rasulullah saw.


Jarang-jarang sekali bahkan diketengahkan posisi yang diambil oleh Rasulullah saw pula, sebagai seorang sahabat yang membalas cinta dan pengorbanan sahabat baginda yang lain, sebagai seorang murabbi yang sedang mentarbiyah sahabat-sahabatnya. Mungkin juga kita tidak cakna menilai sejarah manusia hebat ini.


Lantas, satu keratan panorama sejarah yang direkod oleh al-Quran ini wajar diperhalusi oleh sekelian umat Islam.


Ketika perintah hijrah ke Madinah sampai kepada Rasulullah saw, lalu berangkat la baginda ditemani as-Siddiq, Abu Bakr r.a. Salah satu peristiwa dalam perjalanan yang begitu panjang itu disemadikan dalam al-Quran.



“Jika kamu tidak menolongnya, sesungguhnya Allah telah menolongnya iaitu ketika orang-orang kafir mengusirnya, sedangkan ia salah seorang dari dua orang ketika kedua-duanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya;

“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”

 Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya dan membantunya dengan bala tentera yang tidak terlihat olehmu, dan Dia jadikan seruan orang kafir itu rendah dan firman Allah itulah yang tinggi, Allah MahaPerkasa, Maha Bijaksana”

(At Taubah :40)


Tidak perlu la kita huraikan dengan panjang lebar dan detailnya kisah yang cukup makruf ini. Tetapi mari sejenak melihat posisi yang diambil oleh Rasulullah saw dalam peristiwa yang bersejarah ini. Kali ini, ayat ke empat puluh surah at-Taubah ini mengangkat posisi Rasulullah sebagai seorang sahabat yang menenangkan sahabatnya yang lain.

Kata-katanya kepada Abu Bakr as Siddiq yang sedang rimas memikirkan keselamatan baginda itu;


“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”


Cukup bersahaja dan menenangkan. Nah, bukankah Rasulullah saw juga memainkan peranan sebagai seorang sahabat? Bukankah ini satu sunnah yang baginda wariskan kepada kita, bagaimana lagaknya seorang sahabat itu, berada di samping temannya ketika senang dan susah, menenangkan sahabat yang bersedih dan rimas, dan mengingatkan si sahabat untuk terus bergantung kepada Allah swt.


Kisah ini mengajak kita merenung diri sendiri dan membayangkan bagaimana kisah persahabatan kita. Adakah selari dengan saranan yang digariskan oleh sunnah dan sejarah ini?


Tidak cukup sekadar itu. Daripada kisah ini juga dapat kita lihat posisi Rasulullah sebagai seorang murabbi agung, yang mentarbiyah sahabatnya, buktinya?


Sekali lagi ungkapan ini;

“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”


Ya.


Sebagai seorang yang berstatus Nabi, yang mempunyai mukjizat, manusia utusan langit yang dijamin syurga, yang mana masa depan risalah pada waktu itu bergantung pada hayat baginda, boleh sahaja Rasulullah ungkapkan kepada Abu Bakr,


“Jangan sedih, aku kan Nabi”

“Jangan sedih, sesungguhnya aku memiliki mukjizat”

“Jangan risau wahai Abu Bakr, Allah pasti memeliharaku..”


Atau ungkapan-ungkapan lain yang seragam dengannya. Tetapi ternyata tidak. Bahkan baginda mengungkapkan,


“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”


Subhanallah!

Ungkapan ringkas dan bersahaja ini, terkandung padanya nilai tarbiyah rabbaniyyah yang sangat tinggi melangit. Tatkala baginda berada di posisi seorang nabi, seorang yang memiiki mukjizat, yang pasti dilindungi Allah swt demi kemaslahatan risalah dan sebagainya, baginda memilih untuk menenangkan Abu Bakr r.a dengan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah swt. Inilah dia sifat kemurabbian yang tertonjol pada baginda. Mendidik dan mentarbiyah anak binaannya untuk bertaut dan bertawakal kepada Allah swt.


Murabbi berjiwa rabbani, murabbi agung yang menjadi contoh buat sekalian ummat.


Alangkah rindunya kita pada sosok murabbi seperti ini. Yang saban hari, dalam saat segetir mana sekalipun, sentiasa mengingatkan untuk kembali dan menyerahkan segala urusan kepada Allah swt. Sosok murabbi yang mengajar kita mengenal Tuhan, berpandukan cahaya al-Quran dan sunnah.

Benarlah kata-kata masyhur;

“Jika tidak kerana Murabbi, aku tak kan kenal siapa Rabbi”


---


Selamat hari Murabbi buat semua


“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

-Hadis Riwayat Tirmizi (3685)

Saturday, May 14, 2016

EARPHONE DARI MASJID INDIA







“Busy nampak?”-Akh A memulakan bicara.

“Eheh, ada business skit-skit. Tetiba ada customer plak pagi-pagi ni”


Traffic was ok. Lengang. Kreta ada, tapi tak banyak sangat. Boleh speeding, up to 90-100 kmph. Not bad. Kalau ikutkan estimation time of arrival, dari Taman Melati ke KLIA2 dalam sejam. Ada beberapa route yang boleh dipilih, yang dekat tapi ada banyk tol, yang jauh skit je, tapi tol tak berapa nak banyak.


“Oh business apa?”

-You should reach your destination by 1202. Automated updates dari applikasi map, androids.

“Jual jersey skit-skit”

“Oh. Kira ni nak balik restock la eh?”

“Haah, sambil-sambil..”

“Masyuk la camtu kan, boleh buat side income, huhu”

“Boleh la. Tapi tak adelah side income sangat, nak bayar hutang lagi…”

“Oh, hutang ? Sebab apa?”

“Hutang 50 ringgit je hehe, dengan Akh B” –ingta kan banyak sangta sampai kena bisness bagai.



Dah sampai Dengkil. Kira-kira 10-15 minit lagi akan tiba ke destinasi. Weekdays. Kereta tak banyak sangat. Menjelang tengah hari, cuaca makin panas. Matahari makin mengganas.

“La....ingat kan banyak sangat. Hutang kenapa?”

“Takde ape pun, hari tu beli earphone dengan dia..”

“50 ringgit ke harga earphone? Macam mahal je”

“80 sebenarnya, baru bayar 30. Hehe”


Tak tahu ak response apa. Teringat kisah lain.


“Akhi, nak earphone ni..”

“Serius la? Tu murah sangat tu, rm5 je, dekat pasar Masjid In dia. Segan plak nak bagi”

            “Ok la ni rm5 pun. Oke je. Nk dengar recording jarang-jarang je kan, bukan nk buat apa…bagi ana oke? Nanti beli lain hehe”


Hmm, mujur memahami. Sama frequency.





Akh A muhasabah. Rasanya macam tarbiyahnya gagal. Mungkin sudah go through bahan tarbiyah. Sudah organize daurah. Sudah buat mabit, qiyam sama-sama, tadabur ayat itu ayat ini, selami tafsir, baca buku fiqh dakwah, cerita tentang hala tuju islam. Tetapi, rupanya belum lagi sampai, masuk dan meresapnya jiwa sahabat dan mujahid dakwah dalam jiwa.

Di mana zuhud kita?

Sedih sungguh.


“Insya Allah, belum sampai setahun pun lagi. Slowly progressing…insya Allah”

Insya Allah.

Bantulah kami ya Allah untuk memberi untuk dakwah, bukan memberi untuk diri sendiri!

HAMALATUL QURAN




Dalam muktamar Ikhwanul muslimin yang keenam, Imam Hassan Al-Banna mengingatkan kembali para ikhwan tentang siapa mereka sebenarnya.

Pada detik bersejarah itu, beliau menggariskan sekurang-kurangnya tujuh perkara tentang siapa itu ikhwan muslimin di tengah-tengah masyarakat Mesir yang berkecamuk , tenggelam dalam kesesatan jahiliyah pada waktu itu.


Siapa anda? Jika anda juga mengikuti halaqah tarbiyah dann ingin menjadi mujahid yang akan membebaskan manusia daripada kesemppitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, mari kita teliti perkara-perkara ini;

“Maka ingatlah baik-baik Ayyuha Ikhwan!...”

Beliau memulakan pidatonya, lantas menyebut, sesugguhnya kalian adalah

Al ghuraba’ (orang yang asing) iaitu orang ingin melakukan islah tatkala manusia melakukan kefasadan

Aqal baharu yang mana Allah berkehendak dengan kalian untuk memisahkan al haq dengan al bathil tatkala kedua-duanya tidak dapat dibezakan

Duat bagi islam

Hamalatul Quran, yakni pembawa al Quran

Wasilah (penghubung) langit dan bumi

Pewaris Muhammad saw

Pengganti sahabat-sahabat baginda dan orang-orang selepas mereka


Peringatan inilah yang membuatkan ikhwan sentiasa istimewa dan berbeza daripada orang lain, yang bangkit atas umat ini untuk melakukan pembaikan.


Baik,

Kita berminat untuk menyentuh tentang hamalatul Quran.

Perkataan hamal bermaksd membawa. Hamil pula orang yang membawa sesuatu. Sebab itu seorang perempuan yang sedang membawa kandungan dalam Rahim mereka kita katakan perempuan yang sedang hamil. Asalnya hamil itu sekadar membwa, tetapi secara adatnya kita fahami orang yang hamil itu orang yang membawa kandungan. Manakala hamalatul Quran pula orang yang membawa al Quran. Bawa bagaimana?

Adakah memakai kantung seperti poket doraemon yang diisi mushaf Quran dalamnya??

Ataupun seperti kantung kangaroo ?

Siapakah hamalatul Quran ?


Term atau konsep hamalatul Quran sebenarnya sudah popular sejak zaman sahabat lagi. Tidak perlu kita peningkan kepala memahami dari sudut bahasanya, mari baca kisah ini;


---


“Kalau begitu, aku adalah seburuk-buruk penghafadz al-Quran!!”

Di dalam peperangan al-Yamamah, peperangan melawan nabi palsu Musailamah al-Kazzab di mana panglima tertingginya adalah Saifullah Khalid bin al-Walid r.a.

Ramai dari kalangan tenteranya terdiri dari huffadz atau penghafadz al-Quran. Beliau memilih tentera yang paling layak untuk memegang bendera, tentera yang tidak akan undur atau melepaskan bendera dari tangannya sehingga pertempuran berakhir atau dia syahid.

Di peringkat awal, bendera muhajirin berada di tangan Abdullah bin Hafs bin Ghanim al-Quraisyi r.a.
Beliau teguh di medan sehingga dijemput sebagai syahid.

Selepas Abdullah syahid, panglima Khalid bin al-Walid menyerahkan bendera kepada Salim maula Abi Huzaifah r.a.

Apabila Salim mengambil bendera itu, sebahagian tentera berkata kepadanya:

"Ya Salim, kami bimbang musuh akan dapat menembusi pasukan kita dari arahmu!" Kata-kata itu membawa maksud, mereka kurang yakin dengan keupayaan Salim dan berasa bimbang kalau-kalau Salim menjadi punca tenera Islam tewas di tangan musuh. Maka apakah reaksi Salim kepada mereka?

"Kalau begitu, (kalau aku menjadi punca kekalahan tentera Islam) maka akulah seburuk-buruk penghafadz (hamil) al-Quran!"

Demikianlah, betapa pentingnya penghafadz al-Quran atau hamil (pembawa) al-Quran di dalam dada mereka.  Mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya dari serangan musuh luar dan dalam.

Hamil al-Quran bukan hanya duduk di penjuru masjid mengulang-ulang bacaan membiarkan umat dan masyarakat dilanda pelbagai masalah,

Ayuh para hafidz, hamil al-Quran! Bangkit menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa. Jadikan kata-kata Salim r.a. sebagai obor yang membakar semangatmu sepanjang zaman 


(Dipetik dari FB Ustazah Maznah Daud)
….



Adakah kita hamil al-Quran ?

Yang berada dalam barisan hadapan?

Paling cepat menyahut seruan dakwah dan tarbiyah?

Orang yang boleh diharap untuk membela islam?