Kadang-kadang apabila kita meneroka terlalu
lama dan dalam (in depth) dalam bidang kewangan islam, terdetik juga perasaan
bahawa system ini atau aturan satu cabang dalam kehidupan ini terlalu ideal.
Seakan-akan sukar untuk menghidupkan teori-teori yang dikaji, yang diceramahkan
dalam bilik-bilik kuliah dan yang menghiasi artikel jurnal ahli akademik
sekalian. Misalannya, konsep perjanjian dalam proses menjayakan sesuatu
urusniaga yang patuh syariah.
Apabila pinjaman mahupun loan tidak lagi
diizinkan kerana unsur ribanya, maka operasi-operasi ini secara teknikal diubah
menjadi jual beli. Ia menjadi masalah apabila urusan jual beli ini bukan sehala
semata-mata, tetapi melalui beberapa peringkat. Sebagai contoh, seorang yang
berhasrat untuk membeli sebuah kereta dengan pengedar yang sudah tentu tidak
mempunyai cash yang mencukupi, kini tidak boleh sewenang-wenang pergi ke bank
dan membuat pinjaman pembiayaan belian kereta.
Sebaliknya prosesnya menjadi seperti;
1)
Pembeli
menyatakan hasratnya untuk membeli kereta berkenaan kepada pihak bank
2) Pihak bank bersetuju untuk ‘bantu’ belikan terlebih dahulu daripada pengedar dan kemudian menjual kepada pembeli dengan bayaran ansuran beserta mark-up .
3) Pembeli akan membeli dari pihak bank seperti yang dijanjikan setelah bank terlebih dahulu membeli dari pengedar.
Dalam kes di atas, sekurang-kurangnya terdapat dua peringkat jual beli. Ini semata-mata dilakukan untuk mengelakkan jalan riba.
Namun perasankah kita, bahawa ada
kelompongan dalam proses ini yang mungkin merugikan sesetengah pihak. Sebagai
contoh, sekiranya step ketiga akhirnya tidak berlaku kerana pembeli mungkir
janji. Bukankah bank akan bersedih atas urusniaga yang mengecewakan itu?
Betapa sebenarnya kita memerlukan bukan
sahaja teori kewangan islam yang baik, tetapi kita perlukan juga orang-orang
islam yang jujur dan tidak mungkir janji untuk menjayakan keseluruhan aturan
hidup yang indah ini. Alangkah idealnya!
Perjanjian dalam menjayakan jual ini dalam
dunia kewangan islam dijenamakan sebagai wa’d, mengambil term arabnya yang
mungkin dengan itu menonjolkan ke’islam’annya. Mungkin!
Jadi, isu kebarangkalian berlakunya
ketidakjujuran dalam pelaksanaan urusniaga ini telah menyebabkan para pakar
berbincang panjang, apakah perjanjian ini mengikat si pemberi janji atau tidak.
Kita beriman bahawa orang yang munkir janji menempuh azab di akhirat. Namun,
sanggupkah entity bernama bank itu tunggu keuntungan di hari akhirat?
Wa’d atau unilateral promise
merupakan suatu janji yang dibuat oleh satu pihak kepada pihak yang lain
untuk melakukan sesuatu perkara. Para ulama berpendapat bahawa memenuhi janji adalah
wajib dari segi agama, namun mereka masih mempunyai pandangan berbeza di dalam menentukan
sama ada wa’d bersifat mengikat atau tidak. (Shofian 2008)
Akhirnya kita akur, di hadapan
proses-proses ini bahawa, betapa pentingnya untuk mewujudkan Islamic man, orang
islam yang mempunyai worldview islam, kerangka pemikiran islam yang dinamakan
fikrah islam, sebelum kita duduk berhari-hari dalam seminar yang membosankan
memikirkan pembangunan instrument dan institusi. Kerana jika pelaksana yakni
modal insannya tidak cukup islam, janganlah diharapkan system ini menjanjikan
kebahagiaan yang berpanjangan.
Namun, siapakah yang peduli akan pandangan
kami yang hingusan ini.
No comments:
Post a Comment