Sunday, October 1, 2017

FASTAQIM 89

 


Rasanya hari-hari terawal bersama tarbiyah lagi kisah sosok syeikh ini telah pun dihidangkan kepada kami oleh abang-abang. Cerita tentang sosok yang sanggupkan diri dan masa depannya disusun oleh dakwah. Fuh, bukan calang-calang kisah.

Masih segar dalam ingatan.

Dalam pertemuan tarbiyah bebentuk seminar yang berkala bulanan. Topik yang didiskusikan ialah berkenaan tujuan hidup. Tentang bagaimana sebenarnya kita memposisikan diri kita dalam kehidupan ini. Tentang sebenanrnya kita semua ini ada tujuan hidup, bukan diciptakan sia-sia. Kita semua tahu manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Tetapi bila ditanya,

“Sebab apa kita hidup”

“Kalau esk kita dah tahu kita akan mati, kita nak buat apa hari ini?”

“Sebab apa belajar amik medik?”

“Sebab apa pilih kos ni?”


Dan soalan-soalan seumpamanya, kita terpinga-pinga. Adoya.


Tetapi tidak untuk syeikh al-kareem yang kita maksudkan ini. Dia telah menggabungkan dirinya dengan gerakan dakwah sejak usia bangku sekolah lagi. Sungguh jelas, nak buat apa dalam hidup. Tatkala masa kita berumur 12 tahun rasanya dahulu masih lagi tenggelam dalam dunia bablade dan kreta ‘desh’ (?). bergantung kepada generasi. Kalau yang lebih senior, mungkin dunia dragon Ball, Naruto atau jika lebih junior dunia Wechat dan seumpamanya.


Syeikh dikatakan merupakan antara pelajar paling cemerlang ketika tamat pengajian menengah. Sebelum melanjutkan kuliah di peringkat lebih tinggi, ibtida’iyyah ataupun asasi , beliau telah merujuk Imam Hassan al-Banna berkenaan halatuju yang patut beliau ambil.


Bayangkan, dengan results sekolah yang cemerlang seperti ini, tak usahlah difirkikan lagi. Itulah mungkin cara pemikiran kita. Jika cemerlang, aim sahaja course yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lumayan gajinya. Jadi doktor atau engineer!


Tetapi akhirnya Sheikh telah dinasihatkan untuk mengambil jurusan Pelajaran Fizik atau Physical Education. Bukan sains majoring in Physics tetapi bidang Pendidikan, pemfokusan dalam Fizikal. Atau bahasa mudahnya, jurusan yang akhirnya antara karier yang sesuai adalah Cikgu Pendidikan Jasmani. Cikgu PJ!. Jika kita di posisi beliau, sudah pastilah rungutan yang keluar atas nasihat yang agak tidak masuk akal itu.


Tetapi tidak untuk syeikh. Atas thiqah (kepercayaan) kepada nasihat sang Imam yang diyakini pastinya nasihat itu berlandaskan maslahah untuk dakwah yang dia imani. Dan hikmah akhirnya tersingkap. Pada tahun 1948 ketika meletusnya Perang Arab-Isarel, Ikhwan menghantar sebilangan besar sukarelawan untuk turut bejihad mempertahankan Palestine dan Sheikh dikatakan antara individu yang terlibat memberi latihan fizikal dan kecergasan kepada para sukarelawan.

Subhanallah.


Itulah Sheikh Mehdi Akif yang kami kenali barangkali sejak hari-hari pertama mengikuti tarbiyah ini. Beliaulah yang kita tangisi beberapa hari yang lalu, kembali kerahmatullah, menemui Rabbul Izzati di usia 89 tahun , dalam penjara Mesir, di bawah pemerintahan kuku besi Fattah as-Sisi.

89 tahun istiqomah. Kisah perjuangan yang bermula sejak bangku sekolah. Sebahagian ikhwah ada yang berpandangan, ‘kalau la kita suatu hari nanti dak tak aktif pun, insya Allah sekurang-kurangnya kita dah ada fikrah islam, tak kan kita pilih jahiliyyah kot’.

Kenapa dialog ini keluar?


Mungkin kerana penat dengan aktiviti dakwah, walhal baru setahun jagung cuba beramal dengan ayat Quran. Malunya kita dengan Syeikh. Inilah tokoh Fastaqim yang kita idamkan mutakhir ini.

Oleh itu ikhwahku, doakanlah semoga kita menurut jejak langkah almarhun Sheikh Mehdi Akif yang menapaki jalan dakwah buat sekian lamanya dan mati atas jala ini.
 

No comments: