Monday, October 1, 2018

BAKH BAKH!!



Kisah yang diulang-ulang tetapi tidak jemu-jemu juga kami mendengarnya. Apatah lagi ketika kesempatan ia disampaikan, tepat kondisinya, selaras dengan kondisi fisikal, emosi dan spiritual. Apabila kelesuan, futur dan dosa menghimpit jiwa-jiwa marhaen ini, kisah sebeginilah yang menjadi air siraman dari bejana rahmat tuhan. Ia bersumberkan tinggalan salaf yang dirindui.


وعن أنس رضي الله عنه قال انطلق رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه حتى سبقوا المشركين إلى بدر وجاء المشركون، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏لا يقدمن أحد منكم إلى شيء حتى أكون أنا دونه‏"‏ فدنا المشركون، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏قوموا إلى جنة عرضها السماوات والأرض‏"‏ قال‏:‏ يقول عمير بن الحمام الأنصاري رضي الله عنه‏:‏ يا رسول الله جنة عرضها السماوات والأرض‏؟‏ قال‏:‏ ‏"‏نعم‏"‏ قال‏:‏ بخ بخ‏!‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ “ما يحملك على قولك بخ بخ‏"‏ قال فإنك من أهلها فأخرج تمرات من قرنه فجعل يأكل منهن، ثم قال لئن أنا حييت حتى آكل تمراتي هذه إنها لحياة طويلة‏!‏ فرمى بما كان معه من التمر، ثم قاتلهم حتى قتل‏"‏ 

‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏ (4)

Dari Anas r.anhu berkata; Rasulullah SAW. pun berangkat bersama para sahabat, mereka mendahului orang-orang musyrik Quraisy tiba di Badar. Selanjutnya datanglah orang-orang- musyrik itu. Rasulullah SAW bersabda, “Jangan sampai salah seorang dari kalian mendekati sesuatu sampai aku yang mendekatinya.” 


Orang orang musyrik semakin mendekat, sehingga Rasulullah SAW. berseru kepada para sahabatnya, 
“Bangkitkah kalian menuju Jannah yang luasnya seluas langit dan bumi.” 

Umair bin al Humam al Anshari berkata, “Wahai Rasulullah! Jannah yang luasnya seluas langit dan bumi?” 

Jawab beliau, “Benar.” 

Umair berkata, “Bakh... bakh!” 


Kemudian Rasulullah SAW. bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian?” 

Umair menjawab, “Demi Allah, wahai Rasulullah, tiada lain sekadar harapan agar aku termasuk penghuni Jannah itu.” 

Rasulullah SAW. berkata, “Sesungguhnya engkau termasuk penghuninya.” 

Kemudian Umair mengeluarkan beberapa buah kurma dari kantung kulitnya dan mulai memakannya. 

Kemudian ia berkata,

“Sungguh, jika aku terus hidup hingga aku selesai memakan buah kurma ini, maka itu adalah hidup yang terlalu panjang.”

Kemudian ia membuang kurma yang masih dibawanya lalu masuk ke medan perang dan bertempur hingga syahid — Semoga Allah merahmatinya. 

[Hadis Riwayat Muslim]


Bakh Bakh!


Ayuh mara. Setiap kali kemalasan datang melanda kami di persimpangan jalan tarbiyah ini, sering kali laungan “bakh-bakh” dibisikkan ke telinga. Sehingga tidak sampai hati rasanya untuk berterusan dalam kemalasan.


Alangkah ruginya jika syurga seluas langit dan bumi itu langsung sedikit pun tidak dapat kita warisi! Cukuplah ‘kurma’ yang dinikmati sehingga ke hari ini.


“Bakh bakh”

No comments: