Saturday, June 30, 2012

SERIBU KALI PUN BOLEH

Rafi memberanikan dirinya.

Waswas. Nak ketuk ke tak. Nak ketuk ke tak.

“Alang-alang dah datang ni, aku ketuk jela” Getus hatinya.

Diketuk nya pintu bilik Aiman

“Assalamu’alaikum” Usai memberi salam dan mengetuk pintu tersebut, Rafi melarikan diri.

“Wa’alaikumusalam..eh tiada siapa. Aneh.”

Aiman membuka pintu. Kosong.

Rafi masih ragu-ragu untuk berterus terang. Masih lagi tidak bersedia untuk memberi kata putus kepada ajakan sahabatnya itu. Seakan ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk meluahkan segalanya.

Sekali lagi. Kali ini dia memberanikan diri.


“Assalamu’alaikum”

“Eh Rafi, wa’alaikumuslam, ada apa kau datang sini?”

“Hmm, kau tengah buat apa Man?”

“Aku..aku tak buat apa-apa pun” Ok tipu la kan ni

“Hmm aku ada hajat la Man…aku”

“Oh sila la, kalau besar 50 sen, kalau kecil 30 sen”

Rafi yang buntu dan keliru tadi tersenyum. Aiman ni agak senget.

“Eh, bukanlah…hajat lain”

“Eh jom masuk dulu, kita sambung kat dalam” Eh baru nak ajak masuk?

“Man, aku… aku sebenarnya perlukan bantuan kau Man”

“Eh ada apa ni Rafi, seriau je bunyi nya, kau ok ke?”

“Eh aku ok. Cuma, aku ada hal sikit”

“Apa dia Rafi, ce citer”

“Man, aku nak berubah Man”

“Wahhh baguslah! Kau nak berubah jadi apa ?”

“Eh maksud aku, aku nak jadi lebih baik Man”

“Oh macam tu..aku sokong.” Tak kan tak sokong kot

“Cuma Man, aku perlukan bantuan..”

“Maksud kau” Ah kau Aiman, tak paham-paham lagi

“Aku perlukan sahabat-sahabat yang sentiasa ingatkan aku pada Allah. Sahabat macam kau..pun ok”

“Whoaa, Rafi..aku ..aku..aku terharu ni”

SKIP SKIP SKIP

“Man…”

“ye”

“Aku nak ikut kau berbulatan gembira, boleh?”

“Rafiiiiii, seribu kali kau bertanya, seribu kali aku bolehkan”



---------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita berusaha sendiri nak berubah jadi lebih baik, ingin mengejar cinta Allah, yakinlah Allah akan bukakan pintu hati kita. Puan Hidayah dan Abang Taufiq akan datang.

Ramai orang diluar sana yang sebenarnya dahagakan tarbiyah, perlukan bimbingan dan suasana yang membina. Namun rata-rata di kalangan mereka masih ragu-ragu. Mungkin kerana sikap penggerak juga yang sering terlepas pandang akan kehadiran mereka.

Ini merupakan satu peringatan dan tamparan yang nak kata hebat tak lah hebat sangat tapi perlu diambil serius oleh para da’ie supaya tidak mengabaikan orang sekeliling kita dalam kita melaksanakan tugas shahadatul haq. Supaya kita tidak syok sendiri. Syurga itu luas seluas langit dan bumi, bosan lah kalau kita sahaja. Ayuh! Bina perkampungan sekarang!

Anda, ye anda. Bila lagi ? :D

Friday, June 29, 2012

SEBERAT SAYAP NYAMUK

“Pak cik, saya nak tiga”

“Tiga ya?”

“ Hmm. Oh saya tak nak ais”

“Aih, tak jadi la coconut shake kalau tak de ais”

“Eh tak pe pakcik, kat rumah saya ada banyak ais”

“Betol ni dik, nanti tak best plak”

“Ala pakcik, untung la pakcik kalau tak letak ais, sekarang ais harga mahal, susah nk dapat, cepat cair kan, pemanasan global” Heh

Pak cik jeling, tajam

“Dik, bila last makan kulit kelapa?”

Err.

Ini adalah perbualan imaginasi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Setelah kematian bapa saudara Abi Talib, Baginda ar-rasul diselebungi perasaan sedih yang teramat kerana ahli kerabat yang berdiri teguh dibelakang baginda yang memastikan keselamatan baginda kini telah pergi. Lebih menyedihkan Abi Talib pergi tanpa sempat menyaksikan bahawa tiada Illah selain Allah.

Pada tahun yang sama, selang beberapa hari setelah kematian Abi Talib, ujian datang bertalu-talu buat Rasulullah s.a.w. Kini giliran Saidatina Khadijah pula menemui Sang Pencipta. Subhanallah. Tidak hairanlah pada tahun tersebut, Nabi menggelarnya Tahun Dukacita.

Kenapa tiba-tiba je?

Entah. Mungkin hari ini juga saya ingin menamakan hari berdukacita. Kerana apa yang dihajati tidak kesampaian bahkan yang mendatang jauh lebih teruk, tiada dalam bayangan. Berita yang menggoncang iman, kononya ini menyentak diri sejenak. Tapi ketahuilah ini masalah yang agak besar. Buat diri.

Dikongsi bersama sahabat-sahabat kemelut ini, mudah sahaja nasihat dilontarkan. Kata-kata disusun untuk membangkitkan semangat. Tapi, entah. Yang merasalah yang merasa dan terus merasa. Apabila difikirkan balik, ada benar juga. Muhasabbah diri.

Ujian sekelumit cuma sudah aku tersungkur. Malu. Bercita-cita untuk membina manusia, membentuk al fard muslim, tapi diri sendiri masih terkapai di lautan. Gagal menjadi qudwah. Mana mungkin mereka ada thiqah pada diri ini. Tamparan yang hebat juga rasanya. Takut jadi fitnah.



Tapi apa-apa pun, ayat-ayat chentaNya dan sirah Ar-Rasul menjadi penenang.


Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman
(Ali Imran :139)

Tidak hairanlah syed Quttb begitu bahagia hidupnya, kerana inilah nikmat hidup di bawah naungan al Quran.

Kemudian ingat pula bagaimana peristiwa dakwah Rasulullah s.a.w di Thaif. Baginda di sana selama sepuluh hari dengan harapan ada yang berminat untuk memeluk Islam namun harapan tinggal harapan. Bahkan baginda dicemuh, dianiyai sekeras-kerasnya. Mereka bahkan berbaris di sepanjang jalan keluar Thaif untuk melontar batu ke arah baginda. Subhanallah.

Kaki Baginda pecah-pecah dan luka. Darah mengalir dan memenuhi kasut baginda. Kemudian baginda didatangi Jibril a.s dan penguasa gunung gunung untuk diminta kebenaran menghempap penduduk Thaif dengan Bukil al-Akshabain. Tapi Baginda tidak mengizinkannya bahkan berdoa semoga zuriat yang lahir dari Bumi Thaif akan menyembah Allah yang Esa

Subhanallah.

Kekasih Allah diperlaku sebegitu rupa.
Malu la wahai diri. Ujian seberat sayap nyamuk pun sudah ditangisi

Kenapa tiba-tiba je ?

Entah
Jumaat yang hening