Hidup kita
ni ibarat memasak nasi lemak. Hakikatnya semua orang tahu bagaimana rupa nasi
lemak. Hampir semua tahu bagaimana memasaknya, apa bahan-bahanya. Tapi sekiranya
tiap tiap daripada kita diberikan bahan bahan tersebut dan disuruh untuk
menghasilkan satu hidangan nasi lemak nescaya hasilnya berbeza. Rupanya mungkin
sama, tapi rasa berbeza.
Cewah.
“Life is
about making decision”
Begitulah kata-kata
Pensyarah Ekonomi saya. Sering kali beliau ukap kata-kata ini dan mengklaimkan
bahawa quotation itu dia yang punya. Ceh. Padahal sebelum mengenali beliau, dah lapan belas ratus kali
saya dengar ayat serba ringkas tapi cukup bermakna ini. Tapi takpelah.
Namun,
betullah. Life is about making decision.
Setiap daripada
kita telah banyak kali berhadapan dengan kondisi di mana kita harus membuat keputusan
untuk terus ke hadapan. Kerana hidup juga ibarat percaturan buah catur, jika
anda gagal membuat pilihan untuk mengorak langkah, anda tak akan ke mana. Ok bapak
skema.
Pin point
malam ini, ada keputusan yang kita buat biasa-biasa sahaja. Contoh nya dinner malam
ini di mana, nak makan apa, pakai baju apa. Seolah-olah kita tidah merasai
bahawa setiap tindakan itu satu pertimbangan.
Pada waktu
yang sama, ada keputusan yang sangat berat yang harus kita lakukan.
Siang malam
memikirkan keputusan tersebut. Kerana keputusan ini bakal mencorakkan masa
depan kita. Masa depan kita semestinya bersama Islam. Ramai yang mencanang
slogan kata ini, masa depan di tangan Islam, tapi sejauh mana kita merancang
untuk memastikan keputusan kita yang getir itu untuk Islam?
Ok berbalik
kepada membuat keputusan untuk masa depan.
Sebagai seorang
duat, membuat keputusan yang tepat untuk masa depan dia dan dakwah adalah
sangat penting. Bahkan, Islam sangat mengutamakan umatnya cakna dalam merancang
masa depan. Mengambil contoh seruan dalam ayat berikut,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada
Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk
hari esok dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa
yang kamu kerjakan.
(Al Hasyr:18)
(Al Hasyr:18)
Mind you,
permulaan ayat ini Allah merujuk kepada orang-orang yang beriman! Lantas memberi
satu makna bahawa orang beriman merancang masa depannya. Orang yang sekadar go
with the flow, watlek watpis, perlu menyemak balik status dirinya. Ah pedas.
Seterusnya dalam
ayat yang sama, sebelum bercakap tentang persiapan hari esok, Allah menyeru
kita untuk bertakwa kepada Allah ! Pada fahaman saya, inilah kunci neraca
pertimbangan kita dalam membuat keputusan. Keputusan kita perlu didasari takwa.
Takwa kepada Allah datang terlebih dahulu, mendahului kemahuan diri, kehendak
masyarakat dan harapan orang terdekat.
Semasa memetik
ayat ini, sebenarnya saya tidak berniat untuk menghurai panjang, tapi baru
sebentar tadi terlintas di fikiran saya. Ayat ini sangat dekat dengan apa yang
akan saya kongsi nanti. Dan pada hari yang mendatang in sha Allah.
Bertakwa la
kepada Allah.
Dan hendaklah
setiap kita memerhati apa yang telah kita lakukan untuk hari esok. Hari esok
boleh jadi literally esok, atau minggu depan, atau lepas tahun baru Cina, atau
setelah kita menemui ajal, dan mungkin juga merujuk pada hari kebangkitan. Hari
esok.
Mesejnya seolah,
pastikan kita bersiap untuk berhadapan dengan hari esok. Pastikan keputusan
kita hari ini berbaloi. Selari dengan apa yang kita hajati untuk hari esok. Berguna
untuk hari esok di dunia dan selayaknya berguna untuk di akhirat sana.
Persoalannya
di sini,
Apakah keputusan,
yang telah kita ambil, di mana kita berada di saat ini telah kita ambil kira
dasar takwa dan berguna untuk hari esok?
Dan setelah
itu, sekali lagi ada seruan untuk kita bertakwa kepada Allah. Nah! Dua kali
seruan takwa dalam satu ayat. Pasti ada mesej yang sangat besar. Supaya kita
tetap berada di jalan yang kita ambil dengan takwa.
Kerana tidak
mustahil ada orang di permulaanya, yang dia nampak adalah ketakwaan, keputusan
yang diambil didasari takwa, dan berguna untuk hari esok di dunia dan di
akhirat. Namun lama kelamaan, yang kelihatan hanya hari esok di dunia semata. Seolah
hari esok di akhirat nun terlalu jauh untuk difikirkan, dan takwa lantas
diletak ketepi.
Allah!
-------------
Ok dan
sekarang saya akan kecilkan skop perbincangan dalam konteks membuat keputusan
untuk menspesifikasi padang (field) pembelajaran dan membina karier.
Saya secara peribadi baru sahaja melalui fasa
membuat pilihan ini. Besarlah harapan saya agar fasa itu sudah berakhir. Namun apa
pun boleh jadi selepas ini. Pada waktu itu, untuk mengambil keputusan yang
demikian rupa, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Minat (nafsu), cita-cita
kononnya, ibu bapa, sanak saudara, lapangan dakwah dan sebagainya. Nampak tak
dakwah di tangga terakhir. Tolong jangan jadi macam saya.
Saya tidak
pasti waktu itu adakah pertimbangan tersebut didasari takwa.
Saya juga
tidak pasti apakah penafsiran “hari esok” dalam minda saya pada waktu itu.
Oh tidak,
saya hampir pasti, “hari esok” yang saya nampak adalah bagaimana dengan kerja
saya nanti, gajinya mencukupi atau tidak, boleh tanggung kos sara hidup, adakah
saya akan menganggur nanti, nanti siapa la nak kahwin dengan saya kalau jadi
itu dan ini. Ah! Terlalu duniawi “hari esok” saya.
Yang mendominasi
kerungsingan, sudah pasti sama ada saya boleh survive atau tidak dengan kerjaya
ini, financially. Fhew.
Tapi bila saya baca ayat Quran di atas, seolah
olah ia membuka dimensi baru. Walaupun keputusan telah dibuat, takwa masih
masih boleh dicari. Dan hari esok belum pasti, masih boleh diusahakan. Jika kita
benar-benar tekad atas jalan ini atas dasar takwa, apa lagi yang harus saya
khususnya risau, bukankah ini tips dari Allah sendiri?
Dan bagi
para duat, apa pun bidang yang kita pilih, kita sebenarnya tidak pernah
menganggur. Kerana dakwah adalah kerjaya kita. Kita akan menganggur jika kita
tinggalkan dakwah ini.
“Jika tiada
dakwah, maka menganggurlah para nabi”
-Kata
seorang sheikh
Bagi anda
yang telah membuat keputusan, renunglah sejenak. Takrifkan “hari esok” anda
dengan baik.
Bagi yang
belum membuat, atau bakal membuat keputusan, ambillah iktibar.
Dan setelah
itu saudaraku,
Bertakwalah
kepada Allah !