Saturday, March 29, 2014

SELAMATKAN CINTA



Dari Abu Umamah r.a, katanya:

“Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Bacalah olehhmu semua akan al Quran itu, sebab al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat”

(HR Muslim)

-Dari Riyadus Salihin, Bab Keutamaan Membaca al Quran



-------


Di awal detik detik perkenalan dengan tarbiyah, saya rasa antara sumbangan besar yang tarbiyah berikan adalah mengajar saya berinteraksi dengan al Quran.


Saya walaupun tidak berlatarbelakangkan sekolah agama mahupun dari kerabat orang ugama, namun saya kira agak sempurna la didikan al Quran yang saya terima baik dari rumah mahupun di sekolah. Ayah sendiri walaupun bukan ustaz, tetapi sibuk dengan profession guru, beliau tetap menggalas tugas mengajar al Quran kepada kami adik beradik.

Boleh kira baik jugaklah bacaan kami. Dan boleh tahan rajin jugaklah kami mengaji Quran meskipun tiada siapa yang suruh. Tiga beradik je pon. Dan kemudian di sekolah pula, dengan suasana yang baik, dengan sedikit ‘push’ dari barisan ustaz dan lingkungan kawan-kawan yang musleh, saya mula menghafal beberapa surah.

Di maktab rendah sains MARA kami dahulu, memang antara syarat untuk graduasi adalah pelajar perlu menghafal beberapa surah pilihan. Paling menarik, waktu itu, muncul seorang ustaz yang merangkap warden asrama yang sangat menggalakkan pelajar untuk menghafal. Entah dari mana turunnya ustaz itu. Antara inisiatif yang beliau ambil, kalau-kalau ada gadjet elektronik kami yang dirampas, maka hafalan la yang menjadi ‘tebusan’.

Saya masih ingat di suatu malam waktu prep, saya sedang bergayut di telefon bimbit dengan tuttttt, kemudian kena time tu, tanpa saya sedar, ustaz tadi sedang patrolling kelas saya. Dengan rakusnya beliau merampas telefon tersebut dan meminta saya menebusnya dalam masa terdekat dengan hafalan Al Mulk. (Mujur time tu dah settle al Mulk, muehehe)


Ok.

Ini baru muqaddimah.


Namun begitu, di sebalik semua itu, saya tidak pernah teringin atau terdetik untuk mendalami maksud al Quran. Belum secara serius membaca terjemahannya. Bahkan, saya belum ada al Quran mini terjemahan sendiri. Dan memang suasana ketika itu, saya rasa hampir tiada orang membaca al Quran beserta terjemahan, juga tiada seruan daripada para ustaz. Mungkin kerana waktu itu kami terlalu muda dan mentah untuk itu semua.

Tetapi, saya tetap larut (cewah) dalam kenikmatan membaca dan menghafal al Quran. Ada rakan-rakan yang lain turut ghairah menghafal al Quran, sehingga bila saya dengar ada kawan-kawan yang sudah tasmi’ surah surah yang saya belum hafal, saya cemburu dan rasa kurang senang. Err.


Cuma, begitulah, kenikmatan yang hanya disitu. Tidak lah begitu besar al Quran dalam hidup saya waktu itu. Sekadar suka-suka membaca dan sedikit menghafal. Tidak menjadi sumber untuk menghayati kebesaran Allah s.w.t.


Sehinggalah di kolej antarabangsa, sehingga saya ‘terjerat’ dengan komplot orang tarbiyah. Saya mula didedahkan dengan aktiviti membaca dan mentaddabur al Quran. Syok bak hang! Saya mula jatuh cinta dengan Quran. Mula berminat untuk mendengar kuliah kuliah tafsir.

Mungkin juga sebab saya ni jenis yang suka akan bahasa, apabila ada penjelasan al Quran dari sudut bahasa yang pelbagai perspketif, tiap kali pengisian, ia tidak pernah menghampakan saya. Ewah.
Banyak benar benda baharu yang saya belajar.

Dan banyak juga saya perasan ada perubahan dalam diri dan orang lain, natijhah daripada interaksi kami dengan al Quran yang lebih basah.

Saya yakin, setuju dan percaya, pendekatan al Quran merupakan elemen yang sangat penting untuk mentarbiyah dan mendidik manusia. Seolah-olah, memang al Quran ini fitrah nya akan bertakhta di hati manusia. Cuma, tidak ramai yang diberi peluang untuk berkenalan dengan al Quran.


Manusia sebenarnya tiada apa-apa dalam hidup tanpa al Quran. Pernah seorang ustaz berkongsi, tiada guna kalau kita ada rumah yang mewah tersergam indah, tapi kita berada di luar rumah kerana tiada kunci untuk masuk. Umpamanya seperti kita disediakan Allah syurga sebagai tempat kembali, tapi kuncinya pada al Quran.


Bermodalkan al Quran, saya secara peribadi dapat rasai banyak jiwa telah berubah dan terkesan. Sama ada secara individu atau kolektif. Bahkan di awal memperkenalkan seseorang kepada usrah, tarbiyah dan dakwah, para nuqaba hanya bermodalkan al Quran dan sedikit air liur, untuk menyentuh hati mutarabbi masing-masing. Dan ramai yang terkesan.

Dan saya lihat pula dalam konteks yang lebih besar, di negeri Kelantan umpamanya, yang dikatakan rakyatnya lebih Islami. Sebenarnya dahulu, orang Kelantan biasa-biasa sahaja. Ramai yang terjebak dengan amalan-amalan yang tidak baik, suka pada khidmat bomoh yang terseleweng, menenun nasib, berlaga ayam dan banyak lagi. Masjid masjid dahulu pun tidaklah meriah.

Namun, bila munculnya Tuan Guru Nik Aziz dengan pendekatan al Quran, membudayakan al Quran dalam kalangan masyarakat, banyak dan sangat besar impaknya. Sedikit demi sedikit kuliah tafsir mingguan beliau menghidupkan Islam yang hampir mati itu.


Kalau nak diceritakan tentang mukjizat al Quran,
rasanya tidak cukup sekadar satu entry.


Cuma, suka saya mengajak anda berfikir sejenak, kalau kita lihat kepada enam rukun Iman kita, hanya satu sahaja yang nyata, yang lainnya kesemua ghaib. Yang nyata itu ialah beriman dengan kitab Allah, antara lain al Quran.

Maka, saya rasa the only way untuk memahami dan mendalami keimanan kita yang berbaki lima lagi itu dengan al Quran.


Dan pernah abang murabbi share di satu pertemuan halaqah dahulu, kalau kita tadabur surah Ar Rahman, surah yang menceritakan nikmat Allah yang banyaknya, yang menjelaskan sifat Rahman Allah yang memenuhi langit dan Bumi, Allah mulakan ayat pertama setelah menyebut namaNya dengan;


“Yang mengajarkan Quran”


Disusuli;

“Yang menciptakan manusia”


Seolahnya, Quran itu lebih utama daripada manusia sendiri, sebab itu disebut terlebih dahulu. Manusia walaupun sebaik-baik ciptaan, seakan tidak berguna tanpa al Quran.





Begitulah, pentingnya al Quran dalam hidup kita semua. Namun, amat malanglah hari ini al Quran tidak lebih sekadar hiasan semata, sekadar sebuah buku yang perlu dimiliki di setiap rumah Muslim, sekadar sebuah kitab yang patut diletakkan di dashboard kereta, tidak lebih daripada itu.

Ada juga Muslim yang tidak mampu membaca Quran, apatah lagi memaknai makna dan menghayati kata-kata Allah ini. Sungguh sedih bukan?


Mungkin ada dalam kalangan kita terdiri daripada golongan yang saya sebut di atas. Atau mungkin kita punyai kenalan yang sedemikian. Saya bukan hendak mencela dan merendah-rendahkan kalian. Jauh sekali tidak. Tapi saya sebenarnya ingin memotivasi kita semua supaya kembali mendampingi al Quran itu.

Sudah lama ia menunggu tangan-tangan kita menyetuh ia. Menunggu-nunggu suara kita menyantuni dan membacanya. Paling utama, hati hati kita sudah lama kering, basahhilah ia, siramilah ia dengan bacaan al Quran.

Tidak pernah terlambat untuk baca dan mempelajari al Quran. Bahkan Rasulullah yang buta huruf itu, mula belajar dan menghafal al Quran tatkala usia sudah menjengah empat puluh tahun.


Maka saudaraku,

Luangkan masamu untuk memenuhi hak hak al Quran


Saya akhiri artikel kali ini dengan
dua kata-kata yang menghanguskan..err



 "Saya tidak pernah melihat sesuatu yang kelihatan seolah-olah dijaga rapi tapi sebenarnya ia disia-siakan atau seolah-olah ia dipelihara tapi sebenarnya ia telah diabaikan sepertimana yang berlaku pada al-Quran yang ada pada umat kita ini."
- Hassan al-Banna,




“Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini
kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam
bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur-tangan manusia. Setiap kata-kata
yang ada di dalamnya masih persis sama dengan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah
saw.

Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini,
kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh
berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu”
-Abul al ‘Ala Al Maududi

Tuesday, March 25, 2014

DOWN THE MEMORY LANE (II)




Asri dapat rasakan sesuatu. Mungkin kerana dirinya yang diabaikan. Dia cuba sebaik mungkin untuk mengekang air matanya dari meluncur keluar. Sebaik mungkin. Nasib baik. Udara hari itu bertiup lembut, menyapa kulit yang membaluti muscle dan tulang belulang mereka. Menenangkan. Dadanya yang tadinya deras turun naik kini makin tenang, makin aman.

Suasana suram. Li sedikit kurang selesa. Takut takut kalau dia terlebih batasan. Tapi niat dia tulus dan mulus untuk membetulkan keadaan. Ia memang datang dari hatinya yang paling dalam. Keresahan dan kasih sayang.


“Apa yang special kat sini?” Adlin cuba suamkan kehangatan dalam kereta Alza putih tu.

“Korang nak makan apa?” Hmmmp. Suram. Seolahnya keempat-empat mereka masih cuba menghadam kata-kata Li tadi. Masih belum reda perasaan itu.

“Kau cakap kat area sini ada tasik baru buat kan ? Kat mana tu ? Ada kedai makan tak kat situ? Boleh kita pergi sembang-sembang kat situ?” Padu.

“Oh, yang tu, dekat dengan Masjid Negeri. ”

“Haaa, terbaik la tu. Nanti lepas dah lepak lepak sampai bosan boleh solat ‘Asar terus” Bernas dari Adlin.

“Tapi kedai makan tak dekat”

“So kita pergi makan jela memana dulu, okey?”

“Hmm, aku bawak je ek memana pun?” Asri pun buntu. Tadi dalam kepalanya dah bermacam-macam plan. Tapi, entah. Semua benda tak kena.


Penangan taddabur Li barangkali. Belum surut. We take things for granted. Terngiang ngiang frasa itu ditelinga mereka. Membisik bisik, datang dan pergi, persis bisikan syaitan yang datang dan pergi seperti mana yang termaktub dalam surah terakhir al Furqan itu.



***


Di satu sudut sebelah sana, dua orang kanak-kanak sedang berlari riang di sepanjang tasik. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu persis abang dan adik. Salah satu kurang lebih berumur dalam lingkungan lapan ke sepuluh tahun. Murid sekolah rendah. Yang lagi satu, bertubuh lebih kecil, agaknya baru berusia lima atau enam tahun.

Di tangan kedua mereka ada bijirin untuk makanan ikan yang memang dijual di taman rekreasi itu. Dijual khas untuk pengunjung tasik itu. Sambil berlari, sekali sekala mereka melempar sedikit demi sedikit bijiran buat ikan-ikan dalam tasik itu. Tiap kali dilempar makanan ikan itu, kelihatan bermacam jenis ikan, menyambar biji biji itu. Rakus.

Sehingga ada yang melompat-lompat.
Mengujakan.

Setelah puas di satu sudut, kedua mereka kemudian berlari di sudut yang lain. Lagi dilempar, biji-biji itu, bertebaran di permukaan air tasik. Tak sampai setengah minit, kesemuanya lesap disambar ikan-ikan di situ.

Selain mereka berdua, di seberang sana, ada juga pengunjung-pengunjung lain yang berbuat benda yang sama. Aktiviti waktu lapang yang menyihatkan.

Asyik mereka melihat gelagat dua kanak-kanak lelaki tadi. Ditambah pula kelibat ikan yang tenggelam dan timbul dalam tasik tu. Sampaikan mereka semua pun tenggelam bersama-sama ikan ikan tadi. Dan sekejap timbul balik dek suara suara yang ada di situ. Tenggelam dan timbul lagi, dalam kesenyapan. Dalam suara-suara asing.


“Cuba tengok kat atas sana” Jari telunjuk tangan kanan Ayap menunjuk ke atas. Seberang timur sana.

“Haah, macam nak hujan” Ramal Li.

“Wah, sejak bila kau jadi pakar kaji cuaca ni?” Usik Asri.

“Obvious kot”

“Jomla kita pergi kat bawah pondok sana” Bernas dari Adlin.


Tepat. Dengan izin Allah. Kurang daripada limat minit lepas tu, angin yang mulanya bertiup lembut bertukar ganas. Tanda-tanda hujan lebat bakal turun dimulai dengan kilat beberapa kali di bahagian timur sana. Langit yang mulanya cerah beransur-ansur malap. Kelihatan segerombolan burung putih berterbangan dengan pantas sambil mengeluarkan bunyian merentasi kaki langi di taman tasik itu. Barangkali si burung tadi sedang melaungkan amaran tanda hujan yang lebat.

Keempat empat mereka bergegas ke sebuah pondok terletak di bahagian paling kanan tasik. Di belakang pondok itu, lebih kurang dua puluh meter ke belakang, kelihatan sebuah masjid yang masih dalam pembinaan. Hujan mula turun. Mulanya perlahan. Kemudian kian lebat dan mengganas. Berlari-lari anak mereka. Ayap yang memang sensitif sikit bila kena air hujan itu terlebih kedepan mendahului yang lain.

Masing-masing merebahkan tubuh atas pondok tadi.

Empat pasang mata melilau ke seluruh tasik. Orang ramai masih lagi sebahagiannya bergegas meninggalkan tasik tadi. Ada yang kelihatan sedang menggulung tikar. Ada yang terus tinggalkan bekalan mereka, terus bergegas ke parking lot dan masuk berlindung ke dalam kereta.

Yang menarik perhatian mereka, dua kanak kanak tadi, si abang dan adik. Si abang bergegas meninggalkan si adik. Si ibu juga, seakan tidak peduli akan anak-anaknya. Bekalan makanan disambar secepat mungkin dan bergeas ke kereta. Yang budak kecil itulah paling malang. Berteriakan menangis memanggil abang dan ibunya.

Tidak senang hati Asri dibuatnya.


“Ehh, korang, kesian gila budak tu haa” Adri bersuara sambil mulutnya memuncung ke hujung sana.

“Haah la” Sahut Li. Yang lain kelihatan bersahaja. Masing-masing sedang memperbetul posisi masing masing. Adlin dan Ayap beralih ke tengah tengah pondok. Makin ke dalam pula tempias hujan tu.

“Kann. Macam apa dah mak dia” Balas Asri.

“Abang dia pun sama, tadi punya happy happy bagi makan dekat ikan tu. Tak patut la”

“Dah hujan lebat kan, budak-budak. Tak terfikir kot” Ayap menambah perisa.



Kesemua mereka memerhati sahaja. Basah kuyup budah tadi. sampailah kemudiannya si ibu datang dan mendukungnya meredah hujan. Terus ke dalam kereat. Proton Wira merah.


“By the way, seram la” Tiba tiba Adlin yang jarang jarang bersuara mengeluarkan kata-katanya. Sukar difahami.Yang lain terlopong. Random.

“Apa yang seram?” Sambut Asri. Support.

“Korang terfikir tak apa yang aku fikir?”

“Lehh. Macam mana nak tahu kau fikir apa”

“Haah. Random betul kau ni. Apa weh? Tibe-tibe aku plak rasa seram”

“Tengok budak kecil tadi, dengan abang, dengan mak dia. Sama macam Allah cerita. Surah Abasa. Ayat ayat last tu”

Masing masing cuba recall balik Surah ketiga dari juzu’ Amma yang mereka sama-sama pernah bedah dan hafal dalam halaqah dahulu.


“Alaaa, aku tak dapat la. Part mana?”

“Cuba kau tengok dekat phone canggih kau tu ayat 33 sampai ayat 37. Huhu.”

“Jap ek.” Teruja Asri. Sama ada teruja atau curious. 

“Dan apabila datang suara yang memekakkan…” Terus Ayap bersuara dari belakang. Belem sempat Asri selongkar melalui telefon pintar dia.



“Pada hari ketika manusia lari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan”


Penuh perasaan Asri membaca maksud ayat ayat tadi. Yang lain hanya mampu mendengar tanpa suara. Semua tidak mampu bersuara. Memikirkan hari pengakhiran masing-masing agaknya. Atau hari dibangkitkan nanti.

Terkedu.


***



“Eh korang ini, buat aku sedih je, huhu”

“Lehh, kenapa plakk ?”


-To be continued ? Maybe.