Sudah
hampir menjengah satu tahun aku menggunakan telefon bijak, atau telefon pintar,
sejak hampir demikian waktu jugaklah banyaknya perbincangan tentang tarbiyah
dan dakwah menggunapakai app whatsapp, beralih dari medan mukabuku.
Dan sejak
hampir sepuluh purnama meninggalkan medan yang dahulu dibarisi figure figure yang
aku awal awal kenali atas jalan ini, selama sedemikian waktu juga rata-rata
kami tidak bersua dan sekali lagi aplikasi whatsapp menjadi medan menghubungkan
yang jauh, merapatkan jarak.
Dan sejak
hampir demikian tempoh waktu juga, boleh tahan banyak dan sering kali juga al
akh itu menyentuh qalb akhnya dengan pesanan pesanan, baik yang ringkas mahupun
yang panjang berjela jela melalui aplikasi whatsapp. Terima kasih kepada
whatsapp, banyak benar jasamu dalam menyantuni hati hati kami. Mungkin aku
harus mula menulis buku bertajuk, dari whatsapp turun ke hati.
Ataupun tidak?
Pun begitu,
seperti mana siri siri sebelumnya, bukanlah aku menulis untuk atribusi sang
whatsapp bahkan semata-mata untuk mencari redhoNya, dan semoga disebalik
kata-kata yang tertulis ini langsung mampu menyentuh hati hati kalian
sebagaimana al akh itu berjaya menyentuh qalb akhnya.
Pergi
Qiyam.
Maka pada
hari yang panjang dan panas lagi berjerebu itu, menghampiri penghujung minggu,
telefon bijak al akh itu bergetar dan bergoncang dengan getaran dan goncangan
yang sangat dahsyat, persis goncangan dan bolak balik lidah tatkala membaca
ayat ayat awal surah yang menggoncangkan jiwa yakni al zalzalah. Agak berlebihan
di situ. Maka;
“Salam
ikhwah, malam ini kita qiyam di mana ya?”
Aduh. Lagi lagi
qiyam.
Penat. Bisik akh itu, sendirian. Perlu bergerak ke destinasi. Mobilisasinya kos wang. Kerja studinya bertimbunan. Pagi esoknya kelas. Aduh. Mengeluh.
Penat. Bisik akh itu, sendirian. Perlu bergerak ke destinasi. Mobilisasinya kos wang. Kerja studinya bertimbunan. Pagi esoknya kelas. Aduh. Mengeluh.
“Aseef, ana
tak hadhir, menghantar mutarabbi pulang kampung”
“Aseef,
anal tak dapat, ada urusan”
Nampaknya,
makin banyak dan bertubi ‘aseef’ nya. Lagian. Maka sedikit gembira akh itu,
mungkin qiyam malam itu bakal di batalkan.
Sekali;
“Afwan,
ikhwah, ana tak dapat ikut serta bersama kerana bersama mutarabbi ana. Tapi ana
doakan antum. Ketahuilah ikhwah, kita semua sedang bekerja bersungguh sungguh
kerana itu masanya penuh tajarud untuk tarbiyah dan dakwah,
Pergilah Qiyam
wahai rijal ummah…”
Gulp. Tertelan
air liur si ikhwah yang culas.
Dan nampaknya, makin kuat goncangan tanda ada pesanan lagi masuk, masuk dan masuk
Dan nampaknya, makin kuat goncangan tanda ada pesanan lagi masuk, masuk dan masuk
“Pergilah
qiyan wahai rijal ummah. Ciptalah asbab yang memungkinkan untuk ruh dan jasadmu
hadhir, bukan kita cari alasan untuk tidak hadir kerana ketika itu galaklah si
syaitan, sedih la bumi dan sesisinya melihat kelakuan da’ie tersebut
Ketika mana
sudah usaha sehabis baik, namun masih tidak dapat hadhir, ketika itu
menangislah para syaitan kerana keikhlasan dan mujahadahmu, ketika itu
sebaklah, dan rasa sangat bersalahlah si da’ie kerana tidak dapat berkongsi
bersama rasa dan masa
Namun da’ie
itu akan tetap buat juga di tempat dia sendiri, berusaha untuk qodo’ qiyam
jamai’e itu. Itulah ruh da’ie muda. Ana akan bersama qiyam dengan antum dari
tempat ana berada. Biiznillah..”
Tergoncanglah
hati al akh itu.
“Jom
ikhwah, di mana malam ini?”
Begitulah. Sentuhan
al akh, melalui alam maya.
Seperti sekelian kalinya.
Seperti sekelian kalinya.
”Dan di
antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keridhaan
Allah swt; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba hambaNya”
Al
Baqarah:207
2 comments:
Allahuakbar. Doakan ana kuat utk bangun disini. subuh pukul 4.20 kot.
:)
Post a Comment