Suatu malam
yang indah dan tenang, di sebuah kedai Mamak sekitar jam tiga atau empat pagi,
usai pulang dari memborong buku di gedung serigala yang besar dan nakal, Big
Bad Wolf, seorang teman bertanya kepada saya.
“Pokok ini
hidup macam mana?”
Sambil
tangannya menunjuk ke barisan pokok yang menghiasi sepanjang tepi jalan raya di
hadapan kami.
Maka saya
dengan penuh yakinnya menjawab,
“Laa, ada
air, oxygen, Matahari, dia pun hidup la. Buat makan sendiri melalui proses photosynthesis
sepertimana yang termaktub dalam buku teks sains kita dahulu”
Lebih kurang
camtula.
Kemudian dia membalas;
Kemudian dia membalas;
“Ohh. Habis
tu, Tuhan dekat mana?”
Sentap bak
hang!
-------------------------------------
Fuh. Sudah lama
kiranya tidak diizinkan untuk meluangkan sedikit masa di sini. Masa bukannya
tidak ada, tapi entah. Pertama dan selamanya, bersyukur kepada Allah swt
sehingga ke saat dan detik ini, hingga ke patah perkataan ini, haa sampai ke
koma ni(,) kita masih berada atas jalan tarbiyah dan dakwah.
Semasa menulis
post tentang Tukang Sihir di zaman nabi Musa a.s di sini,
antara point penting yang dapat kita hadam adalah bagaimana pentingya ilmu
pengetahuan untuk mendekatkan diri kita dengan kebenaran. Dengan ilmu, yang beriman
makin beriman. Orang yang sudah beriman makin takut dengan Allah s.w.t.
Sebaik sahaja
para tukang sihir melihat tongkat Musa berubah menjadi ular yang besar dan menelan
kesemua ular-ular mereka yang cikai itu, langsung mereka beriman dan bersujud. Dan
menariknya dalam penceritaan kisah tersebut, hanya dinyatakan para tukang sihir
yang beriman, tidak termasuk penonton lain.
Kerananya hanya
tukang sihir yang tahu apa yang dipamirkan oleh Musa benar benar luar biasa,
bukan ilmu sihir tahap biasa yang pastinya tidak pantas dimiliki oleh manusia. Mereka
sedar ada kuasa lain disebalik itu lalu mereka meyakini kebenaran yang dibawa
oleh Musa a.s.
“Dan
lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang
mereka perbuat. “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya
tukang sihir. Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang”
20:70
Lalu tukang sihir itu bersungkur dengan bersujud seraya berkata, “Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa”
20:71
Tudia.
Teori konspirasi
yang hendak saya ceritakan hari ini, semasa sesi halaqah bersama dengan individu
individu yang nama mereka dirahsiakan semalam, sempat juga la dengan boleh
tahan jayanya sesi bedah buku Haaza Ad Deen karya Sayyid Qutb ditamatkan
setelah sesi tersebut memakan masa entah berapa purnama sudah.
Di akhir
bab, (pelik juga la tiba tiba cerita pasal akhir bab, tapi kalau nak dicerita
awal bab insha Allah kena salin satu buku la kot yang mungkin memakan masa
beberapa purnama pula so kena la baca ek) beliau menjelaskan antara halangan
untuk menjayakan manhaj ad deen ini, setelah dengan begitu hangat perbicaraan
mengenai tabiat agama ini di awalnya.
*ok tetibe
lost sebab ada stranger salah call tadi*
Komentar beliau
yang suka saya untuk petik di sini ialah;
“Penemuan penemuan ilmu pada kurun ke 18 dan ke
19 Masihi merupakan satu bencana”
Peh. Terbeliak
mata bak hang,
hujahnya;
hujahnya;
“Segala penemuan ini didorong oleh sikap ingin
menyisihkan pengaruh gereja dan tuhan gereja yang selama ini dipergunakan untuk
mengiyakan kezaliman, membakar cendekiawan, menyeksa ahli ahli fikir dan
menghalang kebangkitan…”
Apa yang
dilontarkan oleh beliau ini jauh sekali kontra daripada perbicaraan kita
tentang kepentingan ilmu dalam konteks cerita para tukang sihir di zaman Nabi
Musa a.s. Pun begitu,
saya secara personal bersetuju, cewah, dan yakin anda pun akan bersetuju in sha
Allah setelah membaca keseluruhan artikel ini, eheh.
Sedar atau
tidak, sememang proses mencari, mendalami dan memahami suatu ilmu hari ini
tidak lagi dilandasi dengan akidah, tidak didorong oleh semangat mengenal Tuhan
dan sifat kehambaan menyebabkan kita makin jauh dengan Si Pencipta. Meskipun kita
sudah Muslim. (note the capital M).
Ilmu ilmu
yang kita belajar hari ini di bilik darjah, telah menyebabkan kita mengasingkan
kuasa dan pengaruh ketuhanan dalam setiap yang berlaku. Secularisme. (mohon
jangan buat artikel dan label saya secular ye) Ini kerana method pembelajaran
ini dicedok dari Barat, yang belajar untuk menandingi golongan agama dan
menjauhkan diri daripada gereja. Mereka kecewa dengan gereja.
Lantas,
kaedah yang sama ini membuahkan hasil yang sama.
Hendak dijadikan
cerita, pembukaan sesi halaqah kami merenung sejenak satu ayat yang saya kira
ada kaitan yang rapat dengan point yang hendak disampaikan oleh artikel ini;
“Dan apakah mereka
tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di
atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya
Dia Maha melihat segala sesuatu”
Al Mulk:19
Al Mulk:19
Baiklah,
secara lazim dan ‘normalnya’, on the first thought, apabila melihat burung yang
terbang di udara, sebagai seorang yang pernah belajar sains seperti saya,
pastilah saya dengan berlagaknya akan membongkar bagaimana burung boleh terbang
dengan teori teori sains.
Contohnya, bentuk
badan burung yang aerodynamic, menyebabkan apabila di membuka dan mengatup
sayapnya, udara di bahagian atas lebih laju berbanding di bawah. Maka pressure
di atas lebih kurang, pressure di bawah lebih kuat. Maka terangkat la burung
itu.
Boleh juga
dikaitkan dengan Bernoullis’ Principle dan Archimede’s Principle yang
mengaitkan burung dan udara dengan prinsip keapungan. Maka akan keluar lah
jargon yang kononya hebak seperti density, displacement, buoyancy, dan segala
mak neka lagi.
Lagi advanced,
boleh dikaitkan pula dengan Newton’s Third Law. Hamek kau. Hukum ketiga yang
menyatakan akan ada daya balas bagi dua objek yang bersentuhan, yang magnitude dayanya
sama, cuma bertindak pada arah yang berlawanan. Ditambah pula dengan sedikit
ilmu biology yang menerangkan sifat muscle yang antagonistic. Kemudian boleh
diselitkan ilmu ilmu kimia yang akan memeningkan kepala lagi.
Maka Tuhan
di mana ?
Inilah yang
dikatakan, penemuan ilmu membawa bencana. Menjauhkan diri kita daripada Tuhan. Meskipun
kita orang yang beragama. Kerana kaedah pembelajaran yang ditiru sebulat
sesuara daripada Barat yang sememangnya itulah tujuan mereka.
Ini persepsi
kita atau saya terhadap burung di udara melalu teori sains. Bagi mereka yang
belajar diperingkat awal, subjek subjek lain seperti matematik dan ekonomi
terutamanya, pastilah mereka akan mengaitkan burung ini dengan nombor yang
berselerakan.
Boleh jadi
mereka ambil kira kelajuan angin, bilangan bulu pelepah sang burung, berat
badan burung, sudut sayapnya, lebar dan panjang sayap dan sebagainya.
Kalau orang
yang tidak belajar pula, ada lah teori mereka sendiri. Silap hari bulan ada
yang mengaitkan burung ini mendapat kuasa daripada roh roh yang berterbangan di
udara, mendapat semangat daripada gunung yang besar. Lepas tu dikaitkan burung
dengan cerita cerita epic turun temurun yang mengandungi unsur karut, tahyul
dan secara tidak langsung menyeleweng dari segi akidahnya.
Sekali lagi,
di mana Tuhan?
Di dalam al
Quran, antara point besar yang hendak disampaikan oleh al Quran menurut Sayyid
Qutb dalam tafsir beliau ialah, al Quran ingin mendidik kita membina persepsi
terhadap hakikat alam al wujud, yang mengandungi sifat ketuhanan.
Tidak hairanlah,
dalam al Quran Allah banyak menceritakan tentang penciptaan alam ini. Ada ayat tentang
gunung ganang, laut, matahari, bulan dan bintang, siang dan malam, perederan
matahari dan bulan, tumbuhan yang tumbuh melata, kitaran air dan sebagainya,
supaya kita merasa kebesaran Allah, lalu lebih dekat dan berasa kerdil.
Malangya,
ilmu ilmu yang kita pelajari menyebabkan kita ada penjelasan penjelasan
saintifik terutamanya, tentang alam ini. Kita lalu meletakkan sifat divine,
atau kuasa ketuhanan pada penciptaan alam ini pada hujah yang terakhir.
Tidak hairanlah,
kita tidak menghayati a Quran.
Meskipun beratus kali mengulang pada ayat yang sama.
Meskipun beratus kali mengulang pada ayat yang sama.
Kalau nak
dikaitkan pula dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370, memang epic dan
menjadi la teori konspirasi yang kita bincangkan hari ini.
Maka,
apakah langkah seterusnya?
Sudah pasti
kita perlu memperbetulkan semula persepsi atau tanggapan pertama apabila kita
melihat apa apa sahaja yang berlaku di dunia ini. Bukan menidakkan ilmu dan
teori sains, tapi sepatutnya pandangan kita perlulah melalui kaca mata al Quran
dan sunnah, itulah tunjang kemudian ilmu ilmu ini datang setelah itu untuk
mengukuhkan iman dan akidah kita.
Sebelum belajar
ilmu ilmu di atas, sepatutnya seorang anak muslim diberi pendedahan tentang al
Quran, belajar dan memahami al Quran sehinggalah apabila melihat sesuatu,
tanggapan pertama adalah dengan mengaitkannya dengan kuasa Allah s.w.t.
Mohon usulkan
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia cadangan ini.
Akhirnya saudara,
Yang sudah ‘terlajak’
belajar ilmu ilmu sains dan bermacam lagi itu, mohon jangan delete ilmu ilmu
anda. Sebaliknya mulalah mendalami al Quran supaya kaca mata kita adalah al
Quran dan sunnah. Kemudian teruskan belajar supaya ilmu ilmu lain itu
menguatkan keimanan kita, mendekatkan diri kita kepada Allah.
Berdoalah semoga
kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang belajar tinggi tinggi, tetapi
akhirnya jadi free thinker. Belajar sampai botak kepala tetapi tidak percaya
kepada Tuhan. Kerana realitinya memang ada golongan ini.
Bahkan sudah
dinyatakan dalam al Quran.
Mereka sesat,
walaupun berpandangan jauh dan tajam !
4 comments:
oh patut la~
Oiiiii apa yang patut ? -,,-
Patut apa yang sepatutnya. lah. =P
terbaik !
Post a Comment