Saturday, March 22, 2014

YA HANANA



Shariah dalam Islam adalah hukum. Bagi sesiapa yang belajar usul fiqh, kita akan dapat tahu bahawa tujuan syariat ini dikuatkuasakan untuk cater beberapa objektif (maqasid) yang dibahagikan kepada tiga benda; dharuriyat(essentials), hajjiyat(complementary) dan tahsiniyyat(embellishments).

Yang paling utama atau menjadi keperluan adalah untuk menjaga perkara dharuriyat yang elemennya ada lima; agama, nyawa, nasab keturunan, akal dan harta. Kesimpulannya, kesemua shariat dalam Islam bertujuan melindungi dan menjaga kelima-lima perkara utama ini, dan jauh sekali sebenarnya untuk membebankan manusia.

Dapat disimpulkan juga, syariat tidak patut hanya dibincangkan dalam lingkungan halal haram, Islam bukan diturunkan kepada manusia sekadar untuk tahu yang ini halal, atau yang ini haram, bahkan untuk membawa rahmat yang jauh lebih utama dari itu.


Maka, jangan kita larut bergaduh soal halal haram sehingga sudah hilang kebahagian beragama.



---


Sesuatu yang kosong perlu diisi. Begitu juga dengan jiwa. Manusia yang jiwanya kosong, akan tidak rasa tenang. Maka, mereka cenderung mencuba dengan pelbagai cara untuk mengisi kekosongan itu, agar ia aman dan tenang. Cara-cara ini mestilah sesuatu yang kena dengan fitrah jiwa manusia.


Ada di antara manusia mengisi kekosongan tersebut dengan mencari kasih sayang manusia lain. Maka wujudlah hubungan sama ada yang halal atau haram dengan manusia, berlainan jantina, kerana sememangnya fitrah manusia suka kepada yang berlawanan jantina.

Ada yang mengisi kekosongan itu dengan pendekatan material. Menghabiskan wang ringgit setelah penat bekerja membeli barangan kesukaan. Ada yang berasa tenang memiliki rumah besar, kereta besar, motor besar, rantai-rantai dan perhiasan perhiasan berupa emas, wangi-wangian dan sebagainya.


Ada yang cuba mengisi kekosongan ini dengan menyibukkan diri dengan profession masing-masing. Yang bekerja sebagai petani, diisi jiwa mereka dengan kerja kerja pertanian. Yang bekerja di pejabat, jiwa dan hidupnya didekasi kepada tugas tugas di pejabat. Yang bergelar pelajar, mereka mencari ketenangan dengan berlumba lumba dalam mencari ilmu dan merebut gred gred cemerlang dalam peperiksaan.


Pendekatan ini dinyatakan dalam Quran, dan memangnya menjadi tarikan dan kesukaan insan;



“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang….”
Ali ‘Imran:14


Namun,


Entah mengapa, setelah memiliki kesemua ini, ketengan masih belum hadhir. Sekalipun ia hadhir, ia tidak tahan lama. Manusia penat dengan cara-cara di atas. Lalu mereka mencari alternative.


Persoalannya, adakah Islam tidak mampu menawarkan ketenangan?


Bukankah fitrah manusia mesti beragama, maka patutnya Islam sendiri menawarkan solusi bagi menenangkan jiwa jiwa yang kekosongan ini. Bahkan, Islam sendiri yang kata dasarnya bermaksud sejahtera, sepatutnya lebih lebih lagi ada jawapan dan jalan keluar kepada jiwa yang kosong dan tidak tenang ini.


Mutakhir ini, sudah menjadi fenomena kita lihat orang ramai terutama di Malaysia mula kembali kepada Islam, mula yakin bahawa pada Islam itulah adanya jawapan kepada ketenangan yang dicari. Manusia mula mendekati apa-apa sahaja yang ada ciri Islam, baik sekadar nama mahupun ada ruh Islam untuk mencari as sakinah.



Dalam al Quran ada beberapa tempat yang menceritakan tentang sakinah, atau ketenangan. Kebanyakan atau hampir kesemua tempat yang bercerita tentang sakinah, melibatkan situasi getir dan gawat dalam usaha mengembangkan risalah Islam. Antaranya semasa dalam situasi perang untuk memastikan ekstentesi dakwah. Antaranya semasa perisitiwa getir berhadapan dengan orang kafir yang menentang dakwah ini.


“Kemudian Allah menurunkan sakinah (ketenangan) kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman, dan Allah menurunkan bala tenteranya yang kamu tiada melihatnya…”
(At Taubah:26)


“Dialah yang menurunkan sakinah (ketengan) ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan (yang telah ada)..”
(Al Fath:4)


“Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan sakinah (ketenangan) kepada (Muhammad) dan memnantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya….”
(At Taubah:40)


“Ketika orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan yakni kesombingan jahiliyyah lalu Allah menurunkan sakinah (ketenanga) kepada RasulNya dan kepada orang mukmin….”
(Al Fath:26)



Daripada ayat ayat di atas, ada persamaan persamaan yang boleh kita ambil pelajaran. Pertamanya sakinah atau ketengan jiwa itu diturunkan oleh Allah. Keduanya sakinah ini diperoleh oleh orang mukmin semasa berada dalam situasi sukar dalam misi menegakkan shahadah al haq masing-masing.


Maka, inilah dia solusi untuk mendapatkan ketenangan jiwa yang Islam tawarkan. Dakwah adalah kunci ketenangan. Mujahadah berhadapan tentangan dalam melaksanakan misi dakwah merupakan kunci untuk meraih ketengan daripada Allah s.w.t.


Malangnya, syarat ini sangat susah. Orang kita mana ada masa untuk semua itu. Kita tidak ada masa untuk melibatkan diri dengan dakwah segala bagai ini. Komitmen dunia kita banyak. Cara itu terlalu islami, terlalu syadid. Tidak sesuai dengan profession masing-masing.


Lalu kita carilah pengisian jiwa lain, yang tampak islam, dan yang cepat kesan ketenangannya meskipun tidak tahan lama. Instant peace. Jalan lainnya? Mereka isilah jiwa yang kosong itu dengan majlis zikir dan qasidah, yang dihadhiri oleh ribuan jiwa yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.


Cara ini lebih mudah. Ketenangan yang membawa impak maksima. Jiwa rasa aman dan selamat di majlis majlis ini, seolah-olah sudah berada di syurga.


Yang kurangya, tidaklah mereka rasai ketenangan yang sama dirasai oleh para Rasul dan orang orang beriman yang melalui hari hari sukar melaksanakan misi dakwah.

Terpulanglah kepada anda, yang mana pilihan anda?


Bagi para du’at, saya rasa (rasa je), anda tahu yang mana pilihan yang sesuai dengan status duat, sesuai dengan slogan slogan untuk menghidupkan dakwah manhaj Nubuwah yang dilaungkan dalam sesi sesi halaqah dan daurah.


Renungkanlah saudaraku,


Ps : Saya tidak berbicara tentang salah atau tidak, sesat atau tidak, kerana seperti di awal entry saya katakan, bukan semua isu dalam agama ini perlu dibincangkan seputar halal atau haram.

Ps: Ya. Saya belajar Usul Fiqh. Menghadiri kuliah Usul Fiqh.

Ps: Ini sekadar pendapat, yang masih terbuka luas ruang untuk perbincangan dan penambahbaikan.

5 comments:

Anonymous said...

setuju. ehh?

terlau banyak yang perlu ditimbang tara. fuhh!

Inspector Saahab said...

Ya. terlalu. :)

dan agak sensitif

farhana mohamad said...

agak pelik bila ada orang yang sesuka hati menjatuhkan hukum sesuatu perkara. berpegang kepada satu dalil tanpa mengkaji dalil2 yang lain.

nice sharing.

Aqilarin said...

bagi sy, kita perlu berbalik kpd priority dan realiti. keutamaan skg ialah dakwah yg muntij. para du'at seharusnya meraikan apa sahaja bentuk dakwah yg dijalankan dan mengelakkan utk menghukum. yg penting kerja kita (dakwah dan tarbiyah) yg kena betul2 jalan. wallahualam.

Inspector Saahab said...

Nastaghfirullah