Tuesday, March 25, 2014

DOWN THE MEMORY LANE (II)




Asri dapat rasakan sesuatu. Mungkin kerana dirinya yang diabaikan. Dia cuba sebaik mungkin untuk mengekang air matanya dari meluncur keluar. Sebaik mungkin. Nasib baik. Udara hari itu bertiup lembut, menyapa kulit yang membaluti muscle dan tulang belulang mereka. Menenangkan. Dadanya yang tadinya deras turun naik kini makin tenang, makin aman.

Suasana suram. Li sedikit kurang selesa. Takut takut kalau dia terlebih batasan. Tapi niat dia tulus dan mulus untuk membetulkan keadaan. Ia memang datang dari hatinya yang paling dalam. Keresahan dan kasih sayang.


“Apa yang special kat sini?” Adlin cuba suamkan kehangatan dalam kereta Alza putih tu.

“Korang nak makan apa?” Hmmmp. Suram. Seolahnya keempat-empat mereka masih cuba menghadam kata-kata Li tadi. Masih belum reda perasaan itu.

“Kau cakap kat area sini ada tasik baru buat kan ? Kat mana tu ? Ada kedai makan tak kat situ? Boleh kita pergi sembang-sembang kat situ?” Padu.

“Oh, yang tu, dekat dengan Masjid Negeri. ”

“Haaa, terbaik la tu. Nanti lepas dah lepak lepak sampai bosan boleh solat ‘Asar terus” Bernas dari Adlin.

“Tapi kedai makan tak dekat”

“So kita pergi makan jela memana dulu, okey?”

“Hmm, aku bawak je ek memana pun?” Asri pun buntu. Tadi dalam kepalanya dah bermacam-macam plan. Tapi, entah. Semua benda tak kena.


Penangan taddabur Li barangkali. Belum surut. We take things for granted. Terngiang ngiang frasa itu ditelinga mereka. Membisik bisik, datang dan pergi, persis bisikan syaitan yang datang dan pergi seperti mana yang termaktub dalam surah terakhir al Furqan itu.



***


Di satu sudut sebelah sana, dua orang kanak-kanak sedang berlari riang di sepanjang tasik. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu persis abang dan adik. Salah satu kurang lebih berumur dalam lingkungan lapan ke sepuluh tahun. Murid sekolah rendah. Yang lagi satu, bertubuh lebih kecil, agaknya baru berusia lima atau enam tahun.

Di tangan kedua mereka ada bijirin untuk makanan ikan yang memang dijual di taman rekreasi itu. Dijual khas untuk pengunjung tasik itu. Sambil berlari, sekali sekala mereka melempar sedikit demi sedikit bijiran buat ikan-ikan dalam tasik itu. Tiap kali dilempar makanan ikan itu, kelihatan bermacam jenis ikan, menyambar biji biji itu. Rakus.

Sehingga ada yang melompat-lompat.
Mengujakan.

Setelah puas di satu sudut, kedua mereka kemudian berlari di sudut yang lain. Lagi dilempar, biji-biji itu, bertebaran di permukaan air tasik. Tak sampai setengah minit, kesemuanya lesap disambar ikan-ikan di situ.

Selain mereka berdua, di seberang sana, ada juga pengunjung-pengunjung lain yang berbuat benda yang sama. Aktiviti waktu lapang yang menyihatkan.

Asyik mereka melihat gelagat dua kanak-kanak lelaki tadi. Ditambah pula kelibat ikan yang tenggelam dan timbul dalam tasik tu. Sampaikan mereka semua pun tenggelam bersama-sama ikan ikan tadi. Dan sekejap timbul balik dek suara suara yang ada di situ. Tenggelam dan timbul lagi, dalam kesenyapan. Dalam suara-suara asing.


“Cuba tengok kat atas sana” Jari telunjuk tangan kanan Ayap menunjuk ke atas. Seberang timur sana.

“Haah, macam nak hujan” Ramal Li.

“Wah, sejak bila kau jadi pakar kaji cuaca ni?” Usik Asri.

“Obvious kot”

“Jomla kita pergi kat bawah pondok sana” Bernas dari Adlin.


Tepat. Dengan izin Allah. Kurang daripada limat minit lepas tu, angin yang mulanya bertiup lembut bertukar ganas. Tanda-tanda hujan lebat bakal turun dimulai dengan kilat beberapa kali di bahagian timur sana. Langit yang mulanya cerah beransur-ansur malap. Kelihatan segerombolan burung putih berterbangan dengan pantas sambil mengeluarkan bunyian merentasi kaki langi di taman tasik itu. Barangkali si burung tadi sedang melaungkan amaran tanda hujan yang lebat.

Keempat empat mereka bergegas ke sebuah pondok terletak di bahagian paling kanan tasik. Di belakang pondok itu, lebih kurang dua puluh meter ke belakang, kelihatan sebuah masjid yang masih dalam pembinaan. Hujan mula turun. Mulanya perlahan. Kemudian kian lebat dan mengganas. Berlari-lari anak mereka. Ayap yang memang sensitif sikit bila kena air hujan itu terlebih kedepan mendahului yang lain.

Masing-masing merebahkan tubuh atas pondok tadi.

Empat pasang mata melilau ke seluruh tasik. Orang ramai masih lagi sebahagiannya bergegas meninggalkan tasik tadi. Ada yang kelihatan sedang menggulung tikar. Ada yang terus tinggalkan bekalan mereka, terus bergegas ke parking lot dan masuk berlindung ke dalam kereta.

Yang menarik perhatian mereka, dua kanak kanak tadi, si abang dan adik. Si abang bergegas meninggalkan si adik. Si ibu juga, seakan tidak peduli akan anak-anaknya. Bekalan makanan disambar secepat mungkin dan bergeas ke kereta. Yang budak kecil itulah paling malang. Berteriakan menangis memanggil abang dan ibunya.

Tidak senang hati Asri dibuatnya.


“Ehh, korang, kesian gila budak tu haa” Adri bersuara sambil mulutnya memuncung ke hujung sana.

“Haah la” Sahut Li. Yang lain kelihatan bersahaja. Masing-masing sedang memperbetul posisi masing masing. Adlin dan Ayap beralih ke tengah tengah pondok. Makin ke dalam pula tempias hujan tu.

“Kann. Macam apa dah mak dia” Balas Asri.

“Abang dia pun sama, tadi punya happy happy bagi makan dekat ikan tu. Tak patut la”

“Dah hujan lebat kan, budak-budak. Tak terfikir kot” Ayap menambah perisa.



Kesemua mereka memerhati sahaja. Basah kuyup budah tadi. sampailah kemudiannya si ibu datang dan mendukungnya meredah hujan. Terus ke dalam kereat. Proton Wira merah.


“By the way, seram la” Tiba tiba Adlin yang jarang jarang bersuara mengeluarkan kata-katanya. Sukar difahami.Yang lain terlopong. Random.

“Apa yang seram?” Sambut Asri. Support.

“Korang terfikir tak apa yang aku fikir?”

“Lehh. Macam mana nak tahu kau fikir apa”

“Haah. Random betul kau ni. Apa weh? Tibe-tibe aku plak rasa seram”

“Tengok budak kecil tadi, dengan abang, dengan mak dia. Sama macam Allah cerita. Surah Abasa. Ayat ayat last tu”

Masing masing cuba recall balik Surah ketiga dari juzu’ Amma yang mereka sama-sama pernah bedah dan hafal dalam halaqah dahulu.


“Alaaa, aku tak dapat la. Part mana?”

“Cuba kau tengok dekat phone canggih kau tu ayat 33 sampai ayat 37. Huhu.”

“Jap ek.” Teruja Asri. Sama ada teruja atau curious. 

“Dan apabila datang suara yang memekakkan…” Terus Ayap bersuara dari belakang. Belem sempat Asri selongkar melalui telefon pintar dia.



“Pada hari ketika manusia lari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan”


Penuh perasaan Asri membaca maksud ayat ayat tadi. Yang lain hanya mampu mendengar tanpa suara. Semua tidak mampu bersuara. Memikirkan hari pengakhiran masing-masing agaknya. Atau hari dibangkitkan nanti.

Terkedu.


***



“Eh korang ini, buat aku sedih je, huhu”

“Lehh, kenapa plakk ?”


-To be continued ? Maybe.

2 comments:

Anonymous said...

Oh manusia. Fuhh


astaghfirullahalazim

Anonymous said...

hmmm assalamualaikum nasi, nak kenal boleh? :3