Azan
Zohor baru berkumandang.
Sayup sayup kedengaran dari
luar tingkap bangunan Yayasan Selangor. Jam baru pukul satu lebih lebih. Dekat
luar hujan renyai-renyai. Sekejap lebat, sekejap tak berapa nak lebat. Sekali
sekala air hujan menghempap cermin bangunan, dibawa angin. Berkecai butir butir
jernih. Membentuk corak abstrak dekat cermin.
Rata-rata menggigil
kesejukan. Penyaman udara yang tidak pernah berhenti dari awal jam Sembilan
pagi dan akan terus berasap sampai jam sembilan malam menyebabkan suhu dalam
bilik kuliah itu hampir mencecah takat beku. Okey exaggerated. Tapi sejuk. Sampai sendi sendi mengecut dan menghimpit
sesama yang lain.
Sejuk yang teramat sampai
rata rata muka pucat lesi. Pembuluh pembuluh darah mengecut. Otak memberi
arahan menyebabkan berlaku vasoconstriction.
Tak nak bagi darah mengalir sekitar kulit lalu meyebabkan lebih banyak haba
dari badan teradiasi keluar. Nanti lagi sejuk internal environment. Terminalogi-terminalogi ini mungkin agak
gempak, tapi buat kanak-kanak abad ke dua puluh satu ini, ini bahasa dalam
rumah. Canggih.
Syukur.
Alhamdulillah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan”
Li terus memerhati pattern butir butir jernih pada cermin disebelah kirinya.
Sambil memeluk erat
tubuhnya. Beberapa tika dalam seminit Li menggosok gosok bahunya sendiri. Nak
hasilkan haba. Lawan tetap lawan. Apa orang kata, what doesn’t kill you, make you stronger. Make sense.
“Do you
still remember what is Marekting Mix?”
Suara Miss Lein menyentak Li dari lamunan yang jauh meneroka ke luar
tingkap. Mungkin sudah sampai ke timur tengah. Atau sudah menjengah bumi
Sonata. Yelah sejuk sejuk ni besar kemungkinan dah terbayang berlari lari atas
salji. Terbayang tangan mengepal putihan salju dan baling kepada yang lain.
Tiada suara yang membalas
soalan Miss Lein. Sama ada semua orang sedang mengelamun atau semua tidak mahu
bersuara. Nanti lebih banyak haba keluar dari mulut. Lagi sejuk !
“Yes !”
“Yes
Rafli, do you have any idea?”
“The Four
P’s Miss”
“Very
good. So can you explain to the class?”
“Cannot
Miss"
Huh
Huh
Li juga yang menyahut. Bukan nak sangat. Tapi
nak support Miss Lein. Banyak haba
terkeluar. Yang lain masih kelu. Barangkali semua sudah berdoa harap harap Miss
Lein habiskan kelas lebih awal hari ini. Seperti hari hari di minggu yang
lepas.
Datang kelas untuk balik
awal. Nice.
Atau mungkin semua sedang
menunggu Miss Lein cakap, “Ok we’ll take a break” sebab semua dah tak sabar nak
menunaikan solat Zohor. Alhamdulillah.
Li, wiken ni ada apa-apa plan tak?
Assalamu’alaikum. Takde. Kenapa?
Wasalam
alaik. Jom la kita gi Seromban. Ziarah Asri.
Dah lama
senyap budak tu
Oh. Ok jugak. Dua orang je?
Nanti aku ajak Adlin sekali. Ok nanti aku
konfemkan balik
Ok. In sha Allah.
“What are
you doing Rafli?”
“Err..
Nothing Miss” Tersentak Li. Baru nak scroll
wassep baru masuk. Tak semena-mena Miss Lein sebut nama dia. Yela. Setakat ni
macam nama dia je yang Miss Lein ingat.
Tak best.
“So don’t
forget to read up again when you are at home. I rimas la you all. Bila tanya
semua diam. Muka macam confident je. But I know. I was a student juga. If you
don’t understand you tanya I tahu”
Tanda tanda kecil kelas nak
tamat sudah makin tampak, makin jelas. Ayat
template dari Miss Lein. Tapi memang betul pun. Sebenarnya ramai yang blur. Bukan sahaja tak faham. Tapi tak
tahu apa pun, nak tanya pun tak tahu.
Parah.
“Ok Miss”
Balas dua tiga budak lelaki kat belakang.
Yang lain tengah sibuk
susun buku yang dibuka tadi, entah baca ke tak. Masuk balik dalam beg. Tak
sabar nak balik. Yela. Makin lama makin mengganas pendingin hawa tu. Tak
berperikemanusiaan. Huh.
***
“So Asri,
kau nak buat kitorang pogi mana ni?”
“Eh kau
tak payah nak guna ‘pogi’ sangat. Apa ke teruk sangat bunyinya tu. Haa, entah,
korang nak pergi mana?”
“Laa, kau
kan host, ni tempat kau. Kitorang on je. Kau driver kan hari ini. By the way,
dah kerja dua bulan tu tak terasa nak belanja kawan makan? Kata ikhwah? Ops”
“Ikhwah
tak tunggu dah kerja baru nak belanja”
“Okey
serius serius. Kau bawak jela kitorang pergi mana-mana pun. Kitorang ikut je,
okey?”
“Haa, aku
pun tak tahu. Aku bawak jela ek”
Hmm.
Cuaca mendung. Dari belah
timur sudah makin ketara tanda-tanda hujan bakal turun dengan lebatnya. Awan
yang memutih, sarat berisi air dah tak sabar nak tunggu isyarat dari Yang Maha
Kuasa untuk turunkan isi rahmatNya, rahmat buat sekelian alam. Hujan yang
ditunggu tunggu para petani untuk mengairi sawah ladang masing-masing. Yang
ditunggu oleh sekelian hamba di bumi yang gersang. Hujan yang terlebih sering
membawa khabar gembira. Ditunggu si hamba walau hakikatnya terlebih sering yang
di bawah ini menderhaka. Tapi manusia sering tertipu dengan sifat Pemurah yang
di Atas sana.
“Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam”
Sekelian
alam.
Macam biasa, hujung minggu, manusia berduyung
duyung membanjiri pekan Seremban. Jalan raya yang sesetengahnya masih dalam
pembinaan membuatkan trafik kurang lancar. Asri memandu dengan berhemah.
Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Asri tatap wajah Li, Adlin
dengan Ayap.
“Korang
ada apa sebenarnya datang sini?”
Senyum
segaris, terukir ceria.
Dah lama.
“Eh kita
pergi lunch dulu Jom” Balas Adlin. Soalan tidak dijawab.
Kereta banyak hari itu.
Pedal minyak ditekan perlahan. Kereta Alza putih itu bergerak sedikit demi
sedikit kedepan. Mengikut rapat dekat belakang kereta sewa, Proton Wira merah.
Rapat, mencucuk-cucuk dekat belakang. Rimas.
Butang power ditekan. Butang volume dipusing
sedikit ke kanan. Tertera pada papan digital volume tujuh. Just nice.
Suara penyampai radio IKIM kedengaran. Yang tak best, time tu tengah
iklan entah ubat apa. Baik untuk kesihatan. Untuk pelajaran anak-anak. Untuk
ibu mengandung. Dan untuk macam macam
lagi. Memang orang tengah drive,
tengah heavy traffic nak dengar pun
iklan iklan radio ini. Huh. Emosi jadinya.
Lemah.
Lama kesemuanya sepi. Bisu tanpa kata. Semuanya melihat jauh ke luar. Melihat masa depan atau masa lampau. Yang pasti, semua itu kenangan. Ye. Mengenang nikmat nikmat yang mereka sama sama rasai di awal perkenalan dahulu. Cuma ternyata, tiada benda yang kekal. Sama ada nikmat itu sudah hilang ditelan masa atau mereka tidak menghargai setiap detik berharga itu.
Hari ini, keempat empat
sahabat itu cuba mencari kembali, nikmat yang mereka rasa sudah hilang dari
tangan mereka.
Asri, Adlin, Ayap dan Li.
Cuma kurang seorang je.
Amin. Kini jauh di bumi Uncle Sam.
Amin. Kini jauh di bumi Uncle Sam.
“Korang
ada contact Amin tak ?” Li memecah keheningan dan kebuntuan dalam kereta Alza
putih tu.
“Haah,
dah lama tak dengar dari dia. Dia apa khabar ek” Belum ada lagi jawapan, terus
Asri menambah. Rindu.
“Ayap?” Semua mata tertumpu pada
Ayap.
“Kenapa aku? ” Escapism.
“Yela, kau kan yang paling rapat
dengan dia, berkepit je dahulu” Pecah ketawa.
“In sha Allah dia ok je”
“Maksud kau?”
“Rahmat Allah tu luas kan”
“Eish kau ni, ada perkembangan
terbaru tak dari dia?”
“Laa, kalau korang tak tanya macam mana nak tahu, kan?”
Sentap.
Perbualan mati di situ.
Mata Li jauh menerjah ke
luar tingkap. Melihat bumi Seremban. Bukan pertama kali. Tapi pertama kali
bersama sahabat sahabat tercinta. Kenangan dulu-dulu bersama mereka berlima
tiba-tiba datang dan pergi. Waktu sama-sama mendaki gunung mentaddabur alam.
Waktu sama-sama berbuka puasa di kedai Kak Peah. Hampir setiap gelagat setiap
seorang daripada mereka menerjah masuk ke kamar ingatannya.
“Air kelapa tiga, Acik,
kurang ais ek”
“Kalau kurang ais tak best dik”
“Tapi takpe, kalau kurang ais pakcik la
untung”
“Eh pasal apa pula?”
“Ais kan dah naik harga, minyak naik”
Pecah ketawa mereka
berlima.
Suatu hari di bazaar
Ramadhan.
Sehingga aksi aksi nakal
sedemikian pun tiba-tiba datang.
Sekali lagi, kenangan.
***
“Sejak
kita dah tamat belajar kat kolej ni kan, kau tak rasa lain ke?” Suatu hari Li
ajukan soalan yang keluar masuk dalam kepala dia dekat Ayap.
“Lain in
term of ? Belajar?” Mata terus memandang buku soalan calculus yang entah berapa kilo beratnya.
“Kau tahu
maksud aku kan?” sekilas Li memandang Acap.
“This is
life bro. Ni la kehidupan sebenar?”
“Tak.
Maksud aku, kau tak rasa kita dah lose some senses?”
“Kau
boleh cakap lebih direct tak?” Kening sebelah kiri terangkat. Kali ni Acap
melepaskan pensel HB dia, dibiar bergolek atas kertas yang penuh dengar garis
tu. Beminat.
“Kita,
ukhuwah dah tak macam dulu. Asri kat Seremban sana, tah apa jadi kat dia.
Amin?. Macam something wrong. Something wrong somewhere”
“Alhamdulillah.
Kau baru perasan?” Tajam. Tepat menusuk jantung. Macam pensel HB yang bergolek
tadi terbang dan mencucuk dada Li. Kemudian darah merah terpancut keluar.
Macam.
“Kau dah rasa
pun buat tak tahu je” Lawan tetap lawan. Tapi sampai bila pun tak selesai
masalah kalau dua dua malas mengalah. Sampai bunyi bersatu pun tak habis.
“Kita
memang take things for granted” Perbualan tamat disitu.
Pensel HB yang bergolek
tadi disambar kembali. Mesin kira-kira ditekan, mencari jawapan kepada
persoalan calculus yang boleh buat
orang yang menjawab tu botak kepala. Tapi jawapan kepada permasalahn mereka
jauh lebih susah. Sampai mesin kira kira pun buntu. Undefined!
Once upon a time..
***
“Asri,
kau ok ke?” Adlin bersuara dari belakang. Sambil tangannya buat buat sibuk
menekan punat pada papan kekunci telefon pintar dia. “Dah lama kan tak jumpa”.
Adlin menambah
Soalan
itu dibiar tanpa jawapan sebentar.
“Baik
baik aje. Korang apa cerita?” Asri berselindung.
Tiba-tiba suasana sebak.
Entah salah siapa. Salahkan takdir ? Tiba-tiba mata Li menuju tepat kepada Ayap.
Teringat perbualan mereka tempoh hari. Kita
memang take things for granted. Kata-kata Ayap yang mematikan perbualan
mereka itu datang dan pergi dalam benaknya. Masih segar.
Seolah-olah
itu kali pertama dia mendengar frasa itu.
Deep.
Suasana makin hangat. Sama ada hangatnya pertemuan empat sahabat itu
atau memang cuaca semasa yang hangat. Dua dua boleh jadi.
Sah salah
kalau bukan takdir.
Butang power radio ditekan. Terus lesap suara penyampai radio IKIM. Asri
tekan butang Bluetooth pada dashboard. Dikeluarkan telefon
Samsungnya. Bluetooth on. Kedua dua devices connected. Lagu lagu nasyid
dalam folder ke udara.
Ajaibnya,
Terus terus lagu lejen;
Sesegar….
Hijau daunan,
begitulah.. Kita diibaratkan
Tiada
siapa yang bisa memisahkan kita…
Antara
kita semua…
Setiap perkataan dalam bait bait lirik nasyid itu seakan-akan masuk
kedalam kepala mereka kemudian turun ke hati. Lalu kata-kata tadi
mengusik-ngusik bahagian yang paling lembut di lautan yang paling dalam hati
mereka. Seakan-akan demikian.
***
“Agaknya-agaknya
kenapa ek Allah nak ulang dua kali sifat Rahman dan Rahim Dia dalam surah al
Fatihah tu?” Li sekali lagi menghidupkan suasana. Mata-mata saling pandang memandang.
“Haa, kenapa?”
Balas Asri.
“Sebab Allah nak
stress kan sifat Dia yang Rahman dan Rahim tu?” Acap mencuba.
“Mungkin. Lagi?”
“Tak payah nak
teka-teka. Kau nak cakap apa sebenarnya?” Adlin kembali bersuara.
Menunggu-nuggu Li sampaikan maksud di kepalanya.
“Pendapat aku
la, ni yang aku taddabur, mungkin sebab kita mudah lupa. Pada permulaan Allah
dah cakap siap-siap yang Dia ni memang bersifat dengan Rahman dan Rahim. Tapi
from time to time, kita akan lupa benda ni…sebab..” Sambil sambil tu Li memandang satu-persatu wajah teman dia.
“Sebab kita take things for granted”
Terkedu.
Acap mengalihkan pandanganya.
Tempoh hari dia yang cakap benda yang sama. Hari ini kata-kata yang serupa
sampai ke telinganya. Pedas. Wajahnya berubah. Masing-masing terkesima.
Muhasabah. Memang tepat dan kena dengan mereka semua.
“Kau nak fire
aku ke apa ni?” Asri terasa.
“Tak. Kita
semua” Li membetulkan posisinya. Suara dia tersekat-sekat. Sukar untuk dia
habiskan ayat ayat itu. “Nikmat iman, tarbiyah dan ukhuwah ini tanggunjawab
bersama, kita kena sama-sama jaga”
Pedas dan makan dalam.
-----------
Another attempt. To be continued in sha Allah
2 comments:
MashaAllah. tertanya2 knp x terbitkan novel lagi eh?
Tengah sedap membaca, tiba-tiba to be continued T^T
Post a Comment