Dalam satu sesi perjumpaan bersama sekumpulan ikhwah tatkala
beliau itu sedang bercuti, Alhamdulillah banyak benar perkongsian perkongsian
yang beliau dapati dan banyak juga yang sempat dituliskan dalam notes telefon
pintarnya. Lalu, marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca nota nota
itu. Siapakah beliau? Err.
Allah swt berfriman;
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana
Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al An’am :165)
Sebelum kita melihat lebih mendalam akan ayat yang dipetik
di atas, mari saya kongsikan sesuatu. Untuk makluman kalian, Surah Al An’am yakni surah keenam mengikut susunan al Quran
merupakan surah panjang pertama yang diturunkan sekaligus di Mekah. Ya. Surah yang
mengandungi 165 ayat ini diturunkan sekaligus. Membawa mesej sesuai dengan
suasana-suasana perkembangan dakwah di Mekah.
Tema utama keseluruhan surah ialah berkenaan Tauhid yang
Khalis, yakni tauhid kepada Allah swt yang murni, suci dan terpelihara daripada
sebarang unsur syirik.
Mulabasaat atau suasana di Mekah pastinya yang kita sedia
tahu, tiada dakwah menggunakan kuasa atau tangan atau persenjataan, golongan
muslim yang ditindas dan mendapat tentangan hebat daripada kaum musyrikin
Mekah. Dikatakan terdapat tiga jenis penentang di Mekah yakni musyrikin, mulhid
yakni orang tiada agama dan orang yang berfikiran secular.
Benarlah ayat Allah swt di atas.
Pertama-tama sekali Allah mengingatkan kita semua sewaktu
mengakhiri bacaan surah ini akan tujuan penciptaan kita semua, yakni salah satu
daripada duanya ialah sebagai khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah yang ada
tugas tugas sendiri yang harus kita lakukan. Khalifah ini dalam bahasa mudah
ialah melakukan tugas kepimpinan, mengetuai umat manusia seluruhnya. Bayangkan di
suasana Mekah, di mana Muslim ditindas, Allah ajarkan mereka tentang
kepimpinan! Megingatkan tugas hidup mereka.
Yang menariknya apabila kita merenung kata-kata Allah swt berikutnya,
“Dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain
beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah
dikurniakanNya kepada kamu”
Benarlah.
Jika kita perhatikan sejenak dalam kehidupan kita, kita
semua Allah swt telah takdirkan berada di posisi yang berbeza. Ada orang yang
lahir lahir sebagai anak pembesar, anak dato’, bapanya pegawai pelajaran, atau
ibunya taukey kedai emas, dipandang mulia di sisi msyarakat, hidup senang,
petik jari sahaja semua dapat, tetapi posisi ini tidak membawa sebarang nilai
di sisi Allah melainkan sebagai satu ujian kepada kita.
Ada orang akhirnya hidup bekerjaya bagus bagus. Ada yang
akhirnya jadi tuan tabib, pakar ekonomi,
juruaudit, pakar kira-kira, pensyarah mahupun apa sahaja kerja kerja
besar. Namun sekali lagi, itu semua untuk menguji mereka di posisi
masing-masing.
Sebahagian daripada kita berada di posisi yang lebih tinggi
daripada orang lain, mengikut pandangan mata manusia, tetapi ia bukanlah
bermakna kita berada di tempat yang tinggi di sisi Allah. Kerana akhirnya, yang
membezakan darjat seorang hamba dengan yang lain ialah taqwanya.
Kurniaan Allah ini adalah ujian.
Allah nak tengok sejauh mana kita guna posisi di mana kita
berada untuk melaksanakan kembali tujuan hidup kita, sebagai khalifah di muka
bumi. Pendek kata, posisi dan darjat kita di dunia hanyalah alat untuk mencapai
matlamat penciptaan manusia yang jauh lebih besar.
Maka anak dato ke, cucu datuk, anak Perdana Menteri ke,
seorang doktor ke, ahli ekonomi ke, pemain badminton ke, perenang negara ke,
kesemua ini hanyalah alat semata-mata. Dengan posisi kita itu, sepatutnya kita
gunakan sebagai alat untuk melunaskan amanah kekhilfahan.
Persoalan yang menarik untuk kita ajukan, beruntunglah
mereka yang berada di posisi senang atau tinggi di mata masyarakat. Kalau dah
ada title Dr kat depan nama tu, mudahlah untuk bawa mesej Islam. Kalau dah bapa
kita tu ketua JKK contohnya, mungkin besarlah pengaruh kita. Banyaklah peluang
dakwahnya. Atau paling tidak, kalau kita ni berstatus guru sekolah, pasti
kacang je nak basuh pelajar pelajar kita ke kancah dakwah dan tarbiyah.
Tetapi apabila memikirkan suasana di Mekah, siapa je sahabat
golongan awal yang terdiri daripada golongan elit dan pembesar ini?
Rata-ratanya orang tertindas, miskin, golongan hamba!
Lalu kita tertanya-tanya, bagaimana seorang hamba hendak
melaksanakan firman ini?
Sebelum itu, tahukah anda apa itu nilai seorang hamba
manusia di waku dahulu?
As if nothinng! Tiada nilai. Ibarat bukan manusia. Kerana seorang
hamba itu milik penuh tuannya. Khadam! Boleh disuruh apa sahaja. Boleh dihina
dan dianiya. Boleh dijual, diiklankan dalam mudah.com dan dilelong. Langsung tiada
nilai. Begitu sekali, rendahnya darjat seorang hamba yang juga manusia, di sisi
manusia sebelum datangnya Islam.
Lantas bagaimana golongan hamba yang memeluk Islam ini boleh
melaksanakan misi khalifah mereka? Seolah-olah sangat ‘high’, mengarut dan
tidak masuk akal apabila seorang hamba sedemikian mahu bercakap soal kepimpinan
bukan !
Sebelum kita sempat lahir ke bumi dan memikirkan persoalan ini,
Allah swt telah mempersiapkan jawapan melalui hamba-hambaNya
yang lejen.
Mari kita ambil contoh Bilal b Rabbah.
Bilal merupakan hamba kepada Umaiyah bin Khalaf.
Nak tahu apa yang ada pada hamba seperti Bilal ini yang
boleh mereka gunakan untuk Islam ? Ya! Posisi mereka sebagai hamba. Status hamba
itulah yang Bilal dan lain-lain ada, yang boleh mereka manfaatkan untuk Islam
sebaik mungkin. Kalau nak harapkan dapat menyumbang melalui wang, kerjaya yang
mampu mempengaruhi masyarakat, penampilan apatah lagi latar belakang
pendidikan, mereka sudah ‘fail’.
Tetapi Bilal telah mengajar kita bahawa posisi hamba itu
sendirilah aset yang dia ada.
Allahu akbar !
Sebab itu kita dapati, apabila Bilal memeluk Islam, dia
tidak melarikan diri daripada tuannya. Dia tidak ikut bersama Nabi aw atau
sahabat-sahabat yang lain. Dia tidak menyalahkan taqdir kenapa Allah jadikan
dia hamba kepada manusia. Bahkan itulah yang dia ada, dan dia harus gunakan
nilai hamba itu untuk Islam.
Sehingga Bilal sanggup menahan ujian, penyeksaan dan pederitaan
yang maha dahsyat oleh tuannya Umaiyah. Mungkin waktu itu Bilal mempunyai
harapan untuk sampaikan mesej Islam kepada tuannya itu. Mungkin Umaiyah itulah
target dakwahnya, sehingga dia tidak meninggalkan ‘kerjaya’ hambanya!
Lihatlah oleh kalian! Bagaimana seorang hamba mengajar kita
bahawa status hamba pun boleh dimanfaatkan untuk agama yang kita dan Bilal
sama-sama cintai ini.
Kalau kita fikir Bilal gagal dalam misi dakwah sebagai
seorang hamba, gagal menggunakan posisi hamba kerana setelah itu dia dibebaskan
oleh Abu Bakr r.a, maka kita silap besar. Kerana tanpa perjuangan Bilal dalam
Islam sebagai seorang hamba pada awalnya, maka cerita lejen ini tidak sampai
kepada kita. Bahkan, kita mungkin tidak mampu memaknai ayat Quran ini
sedemikian rupa.
Rupa-rupanya, kita juga adalah target dakwah Bilal !
Saudaraku,
Begitu seorang hamba mengajar kita untuk melaksanakan firman
Allah swt ini. Begitu seorang hamba mengajar kita bahawa di posisi seorang hamba
pun kita masih mampu berbakti untuk Islam. Di posisi yang paling bawah itu,
masih wujudkah dalam kalangan kita di posisi itu hari ini ?
Lantas apakah yang membuatkan kita beralasan lagi ??!
Tetibe emosi, kerana sungguh tadabur al akh itu beserta
kisah Bilal yang menyentuh ini telah menghantui diriku. Entah bagaimana diriku
nanti! Usah tanyakan nanti, sekarang! Entah sudah aku gunakan atau belum, posisiku hari ini untuk agama ini !
Berbahagialah engkau wahai Bilal!
Wallahu'alam