Menyebut nama adalah salah satu sifat yang mulia pada
seorang da’ie tatkala menyantuni mad’u atau mutarabbinya. Bahkan menamakan atau
memanggil teman-teman dalam lingkungan tarbiyah ataupun yang diluarnya dengan
nama yang baik lagi disukainya adalah sunnah yang kita sama-sama pelajari
daripada Rasulullah saw. Ia adalah satu akhlak yang diwarisi dari Rasulullah.
Adalah diceritakan bagaimana sunnah menyebut dan menghafal
nama-nama ini telah dihidupkan kembali oleh Imam Syahid Hassan al-Banna. Satu kisah
yang popular yang dikenang-kenang oleh para ikhwan. Bagaimana sang Imam
bertindak sebagai murshid telah menyentuh qolb ikhwannya.
Diceritakan;
Ikhwan di Kota Abu Kabir Timur pergi menuju az-Zaqaqiq untuk
menghadiri muktamar yang dihadiri oleh Ustadz Hassan al-Banna. Di sana Ustadz
al-Banna berkenalan dengan semua ikhwan dan menghafal nama-nama mereka. Setelah
lima tahun, beliau pergi ke Abu Kabir untuk satu kunjungan. Di sana beliau
melihat seorang ikhwan yang pernah berkenalan dengannya sewaktu di Zaqaqiq, kemudian menghampirinya dan
memanggil dengan namanya, yaitu Akh Ahmad Syauhan, seorang tukang kayu yang
bersahaja.
Akh Ahmad Syauhan merasa terkejut dan ia membanggakan hal
itu, kerana di antara semua ikhwan, ia mempunyai tempat yang khusus di hati
Hassan al-Banna. Adalah akhlak terpuji dari Hassan al-Banna bahawa beliau
sangat memperhatikan setiap lapisan Ikhwan, ia tidak membezakan antara seorang tokoh
masyarakat dengan seorang tukang kayu.
Subhanallah.
Dalam al-Quran pula diceritakan bagaimana,
Allah swt ketika mana menyeru Nabi Musa a.s. untuk memberikan
‘watikah’ pelantikan sebagai Rasul dengan menyebut nama Musa secara langsung.
“Ketika dia mendatanginya (ke tempat api itu) dia
dipanggil, “Wahai Musa!” (Taaha:11)
Bayangkan apakah perasaan Nabi Musa. Pada pertama kali
mendengarnya, mungkin baginda merasa nervous, terkejut ambeng, rasa ingin lari
daripada situ, bingung dan ketakutan sambil mencari-cari dari mana datangnya
suara itu, dengan penuh tegas memanggil namanya, seolah ia sedang diekori dan
diperhatikan.
Tetapi bayangkan pula apabila Nabi Musa tahu baahawa itu
adalah suara Allah swt, tuhan semesta Alam yang bercakap-cakap dengannya. Ia pasti
menghadirkan suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bercampur
aduk antara bangga dan berasa dimuliakan. Dia berasa mempunyai tempat yang
istimewa di sisi Allah swt.
Ibaratnya kalau kita di zaman sekolah dahulu, para senior
mengenali kita dan memanggil nama kita. Subhanallah, kita rasa dinaungi, rasa
istimewa, rasa ada gang dan berada dalam cycle senior itu, lebih-lebih lagi
kalau senior yang memanggil kita itu player ragbi sekolah, ketua pelajar
ataupun figur hot yang menjadi gilaan dan pujaan pelajar-pelajar perempuan. Seperti
itu lah lagaknya bahkan lebih-lebih lagi.
Persoalannya, apakah gelaran yang istimewa untuk kita semau
disisi Allah swt yang ternyata bukan seorang nabi ataupun Rasul, yang tidak
diberikan wahyu dan tidak langsung behubungan dengan malaikatnya?
Allah swt sebenarnya sudah reserve satu panggilan yang cukup
istimewa iaitu,
‘Hamba-hambaku’
Buktinya,
Dalam surah Isra’ surah yang menceritakan peritiwa Isra’ dan
mikraj Rasulullah saw, Allah swt memulakan ayat surah itu dengan mengangkat
nilai seorang hamba;
“Maha Suci Allah
yang telah memperjalankan ‘abdihi (HambaNya) pada satu malam dari Masjid
al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
(Al Isra’ :1)
(Al Isra’ :1)
Jika kita memandang perkataan dan nilai seorang hamba di
sisi Allah swt hanya satu entiti, gelaran dan pangkat yang biasa, kita ternyata
telah membuat satu kesilapan yang besar. Keduduakan seorang Hamba Allah sangat
tinggi darjatnya sehingga gelaran hamba itu dinisbahkan kepada Rasulullah saw,
manusia paling unggul yang sejarah pernah hadapkan kepada kita.
Seolah-olahnya, menjadi hamba Allah yang sebenar tidak semudah
menuturkan perkataan hamba yang merangkumi lima abjad itu, tetapi menjadi hamba
Allah adalah selayaknya mesti mencontohi Rasulullah saw, seolah-olah Rasulullah
lah bench marknya, kayu ukurnya. Ia bukan calang-calang gelaran dan kedudukan.
Sungguh istimewa dipanggil dengan gelaran hamba oleh Allah
swt.
Adakah kita cukup layak untuk menjadi seorang hamba dan diakui
oleh Tuhan Sekelian Alam yang tunggal itu?
Di tempat lain dalam al Quran, Allah swt menisbahkan gelaran
hamba kepada orang-orang yang telah pun menempati syurgaNya dan mendapat keridhaanNya.
“Hai jiwa-jiwa
yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka
masuklah dalam kalangan hamba-hamba Ku. Masuklah ke dalam syurga Ku”
(Al-Fajr :27-30)
(Al-Fajr :27-30)
Subhanallah!
Sekali lagi al-Quran meletakkan nilai hamba kepada Allah swt
di posisi yang begitu luhur dan tinggi, seolah-olah tidak mampu digapai oleh
kita-kita ini. Penghuni syurga. Yang sudah menempati syurga. Yang bakal bersama
mereka adalah jiwa-jiwa yang tenang dan sudah mendapat keredhaan Allah swt.
Lalu layakkah kita untuk digelar hamba Allah?
Sedangkan dalam hari-hari kita, kita sering ingkar kepada
Allah swt. Kita tidak tunduk pada perintah Allah swt. Kadang-kadang kita
mungkin melakukan ritual ‘menyembah’ Allah, tetapi jiwa kita tidak hadir
bersama. Kita masih dalam suasana kotor dan jahiliyyah. Hati kita lalai
mengingati Allah. Kita tidak takut pada Allah, tidak merasai yang Dia mengawasi
kita setiap saat dan detik.
Allah.
Sudah lama rasanya kita sudah melupakan diri kita ni sebagai
seorang hamba.
Masihkan Allah sudi untuk memaafkan kita dan menjemput kita
bersama-sama hamba-hambaNya itu?
Masih ada kah kesempatan buat kita yang banyak dosa dan noda
ini?
Akhi, jika kita menyangkakan matahari telah terbenam,
sangkaan itu meleset sama-sekali. Matahari belum terbenam, ini hanya gerhana
yang mengambil sedikit masa sahaja. Tempoh kegelapan ini akan berakhir. Di hujung
sana, masih ada sinar harapan.
Sesungguhnya Allah swt tidak lokek untuk memanggil manusia seperti
kita yang sering melampaui batas ini dengan gelaran hamba. Dia seolah-olah
memahami tabiat kita ini. Marilah kita hayati ayat-ayat Allah yang memukau
perasaan dan mempersonakan ini;
“Katakanlah, ‘Hai
hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa
semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Az-Zumar :53)
(Az-Zumar :53)
Subhanallah! Kali ini Allah telah sudi memanggil-manggil kita
untuk kembali dengan gelaran hamba. Manakah kemuliaan yang mampu menandingi
kemulian yang direkod oleh al Quran ini? Tidakkah kita berasa Tuhan sedang
bercakap-cakap dengan kita, hamba yang kerdil dan sejumput ini?
Marilah kita kembali.
Kembali menjadi hamba!