Monday, June 5, 2017
BULAN BERANGKAT
لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya.
Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,..
4:95
Ayat Qur'an yang sering membakar semangat para daie untuk berangkat keluar dari keselesaan, sekiranya tanpa uzur.
Sentiasa menyegarkan. Walaupun terletak pada surah An-Nisa', surah yang banyak mesej tentang orang yang lemah, tertindas dan tiada upaya.
Bulan Ramadan bulan berangkat keluar..
Begitu banyak peristiwa dalam sejarah kaum Muslimin, mereka berangkat keluar untuk misi ad-Deen ini pada bulan Ramadan.
Meninggalkan lembutnya karpet di masjid, udara yang nyaman di bawa pendingin hawa dan juadah yang lazat..
Kerana seorang yang faham tahu, yang menyucikan seseorang bukan la tanah di mana dia berada. Tetapi amal-amal dan keberangkatan yang dia lakukan di jalan Allah.
.. Ibnu Taimiyah telah berkata:
“Abu Hurairah telah berkata:
“Berjaga satu malam di kubu pertahanan jihad lebih aku suka daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi Hajar Aswad.
Bumi yang paling mulia bagi seorang manusia ialah bumi yang paling dia taat kepada Allah dan rasulNya. Ia berbeza mengikut situasi. Tidak ditentukan bumi mana yang lebih mulia yang dipijaki oleh manusia, tetapi yang lebih mulia bagi setiap manusia tertakluk kepada sifat takwa, taat, khusyuk, tunduk dan hadir hatinya di hadapan Allah.
Rujukan :
Muhammad Ahmad Ar-Rashid:Muntalaq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment