Tempat yang sama
Generasi yang lain
Teman yang berbeza
But the same me.
Inilah beberapa patah perkataan yang dapat digambarkan
berkenaan jaulah ringkas ke Melaka beberapa minggu lepas. Seorang adik telah
meminta untuk teman beliau ke Melaka. Katanya,
“Akhi, weekend depan nta free tak?”
Sebenarnya tak berapa nak free. Namun pada waktu itu jawapan
“tak free” yang maksudnya “tak available” bukanlah jawapan yang terbaik.
“Insya Allah free, ada apa ? Nak gi jalan-jalan ke ? JOM”
Macam itulah barangkali, situasi-situasi yang dihadapi oleh
para murabbi. Bila adik-adik usrah mula masuk ke tahun kedua, tiga atau lebih,
bila mula nak bergerak, mereka akan menuntut lebih banyak masa dari kita. Sebahagian
ikhwah mungkin rasa senang sebab bila adik-adik yang dah dibina sudah mula
bergerak melakukan amal tajmik sendiri, yang abang-abang rasa dah boleh goyang
kaki. “Dah ramai yang mula mentajmik, kerja makin ringan sebab makin ramai
ikhwah yang cater mad’u kat luar sana” Ini adalah silap!
“Sebenarnya nak bawa junior ana, mad’u fakutli jalan-jalan. Diorang
dalam lima orang. Kalau nta free, boleh bagi sharing sikit..”
“Wah menarik juga tu. Kita nak ke mana? Jadi kita perlu MPV
la ye nampaknya?”
“Ingat nak ke Melaka”
Begitulah bermula kisah ringkas ke Melaka. Si murabbi bukan
sahaja kena kansel plan weekend yang dah dirancang, kena bagi pengisian dan
juga kena cari MPV. Macam mana tarbiyah dan menjadi murabbi tidak mematangkan
seseorang?
Selebihnya adalah sejarah.
Kami jalan-jalan dan pusing-pusing beberapa tempat. Sebaik sahaja
balik ke KL, kemudian baru teringat. Dua atau tiga tahun lepas, ke Melaka
dengan mutarabbi pasca a-level. Kami pusing-pusing dan pergi ke tempat yang
sama, aktiviti yang sama bahkan pose gambar pun masih tidak berubah. Hanya yang
berubah adalah teman-teman di sekelilingku. Dua tahun lepas, wataknyan berbeza,
orang yang berbeza berbanding tahun ini.
Same place, different generations, different company but the
same me.
Sebahagian mereka dari amal masa lalu telah membesar dengan
baik dalam tarbiyah dan menjadi kader yang boleh diharapkan. Tidak kurang ada
juga yang tidak lagi bersama kerana pelbagai sebab dan kisah menyayat hati yang
tak perlulah kita ceritakan di sini.
Namun yang daku ingin sampaikan di sini, setelah sekian lama
tidak berkongsi dengan jujur, bahawa betapa era dakwah telah berubah dan
orang-orang yang berada di sekeliling kami pada suatu ketika, sudah mengambil
jalan dan haluan sendiri, berbeza dan bermacam.
Tetapi Allah masih mengurniakan kami usia yang panjang dalam
kebaikan. Semoga dapat terus menyumbang.
No comments:
Post a Comment