Yamsyi bihi finnas
Pesanan WhatsApp untuk adik-adik yang telah dengan cemerlang
bantu meringankan kerja dakwah abang-abang di universiti mereka. Adik-adik
makin faham alhamdulillah. Semoga kisah mereka yang baru, bersemangat, penuh
idea ini mengembalikan semangat kita yang mungkin telah pudar.
“Assalamualaikum ikhwah yang dikasihi. Jazakumullahu kheir atas kerjasama yang padu dan jitu tadi. Alhamdulillah antum telah mulakan langkah-langkah awal “Yamsyi bihi finnas”.. insya Allah lain kali boleh buat lebih baik dan semoga lebih ramai dan manfaatnya..”
Ucapan ringkas buat adik-adik yang telah sama-sama membantu
dan sekurang-kurangnya menemani hari-hari para abang senior dalam melebarkan
fikrah dakwah ini di universiti islam itu. Salah seorang daripada adik yang
membantu semalam meminta maaf kerana hanya berjaya ajak seorang sahaja kawannya
untuk sesi malam itu.
Subhanallah, tiada apa yang patut kau kesali wahai daie
muda.
Bersambung...?
No comments:
Post a Comment