Sudah menjadi lumrah manusia suka kepada gelaran-gelaran. Dalam pelbagai lapangan kehidupan adanya gelaran yang meletakkan setiap manusia yang mempunyai gelaran tertentu pada kedudukan tertentu. Dalam dunia akademik sebagai contoh, adanya gelaran pemilik sarjana muda, sarjana, kedoktoran falsafah, dan sebagainya.
Lebih umum dari itu,
ada individu-individu yang berusaha keras meraih gelaran seperti Datuk, Dato’
Sri, Tan Sri dan sebagainya. Fitrah manusia yang suka akan gelaran atau title ini semacam diraikan oleh al-Qur’an dengan memperkenalkan
pelbagai gelaran dalam al-Qur’an merujuk kepada para hamba yang dekat dengan
Allah SWT. Umpamanya ada gelaran muqarabbin, abrar, muttaqin, ibadurahman, khair
ummah dan sebagainya.
Tidak lupa dalam
dunia tarbiyah juga ada gelaran-gelaran yang mana-mana gelaran-gelaran ini
kadang-kadang mengaburi mata kita. Gelaran seperti, Sheikhna, Imamuna, Murabbi
Agung, Akhowat Lejen, Naqib Berapi dan sebagainnya yang mungkin pada awalnya
bermula dengan gurauan dan pujian semangat tetapi tidak kurang berhujung dengan
kehancuran.
Ada satu hadith
yang wajar direnung seputar isu ini.
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ،
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُرَّةَ، عَنْ أَبِي الأَحْوَصِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ " أَلاَ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى
كُلِّ خَلِيلٍ مِنْ خُلَّتِهِ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا خَلِيلاً لاَتَّخَذْتُ أَبَا
بَكْرٍ خَلِيلاً إِنَّ صَاحِبَكُمْ خَلِيلُ اللَّهِ " .
قَالَ وَكِيعٌ يَعْنِي نَفْسَهُ .
Diriwayatkan oleh
Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku tidak perlu kepada sebarang
khalil dari persahabatan. Jikalau aku hendak mengambil seorang khalil, nescaya aku
akan menjadikan Abu Bakr sebagai khalilku. Sesungguhnya sahabatmu ini khalil
Allah”
Berkata Waki’
(salah seorang perawi hadith ini), “sahabatmu” itu merujuk kepada diri Baginda sendiri.
Hadith ni memberi
takrifan tentang khalil iaitu hubungan pertemanan eksklusif yang tidak boleh
dikongsi. Dalam al-Qur’an Allah SWT menyebut bahawa Nabi Ibrahim merupakan Khalil
Allah
وَمَنۡ أَحۡسَنُ دِينٗا مِّمَّنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ
مُحۡسِنٞ وَٱتَّبَعَ مِلَّةَ إِبۡرَٰهِيمَ حَنِيفٗاۗ وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ
إِبۡرَٰهِيمَ خَلِيلٗا
Dan
tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya
kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia
pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus; dan Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
[Surah
An-Nisa', Ayat 125]
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah juga
merupakan khalil Allah. Namun bukan itu yang akan kita garisbawahi kali ini.
Namun, mari
perhatikan perkataan yang Rasulullah gunakan:
"إن صاحبكم خليل الله"
Yang bermaksud,
sesungguhnya sahabat kalian ini (merujuk kepada Baginda sendiri) adalah khalil
Allah.
Walaupun para sahabat tidak berpeluang menjadi khalil untuk Rasulullah, tetapi menjadi 'sahabat' pun sudah cukup menakjubkan. Ketika Rasulullah boleh sahaja membahasakan diri Baginda dengan 'Rasul kamu ini' atau 'Murabbi kamu ini' atau apa-apa gelaran seumpamanya, Baginda menggelarkan diri dan mengambil posisi sahabat bagi sahabat yang lain.
Banginda
menghubungkan titik emotional relationship dan membangkitkan sense of
belonging sesama sahabat Baginda. Tidak kemaruk gelaran dan pangkat.
Kurniakan kami ya
Rabb kekuatan mencontohi Rasul-Mu ini!
***
Buku Bagaimana Mentarbiyah Seperti Rasulullah SAW
Bakal terbit, insya Allah.
No comments:
Post a Comment