Monday, October 7, 2013

ONE WORD : SENTUHAN



Walaupun baru setahun jagung dalam gerabak dakwah ini, saya sudah bertemu dengan banyak individu lejen yang telah terlebih dahulu menapaki jalan ini dan memberi impak yang sangat besar. Banyak juga cerita lejen yang sampai ke telinga saya mengenai tokoh yang belum sempat saya ketemui.



Yang saya dengar, cerita dari seberang ada ikhwah yang bawa lebih sepuluh halaqoh. Masha Allah. Ada yang dibuang solo ke tengah lautan lalu dakwah tumbuh bagai Pulau Tioman dengannya. Ada yang baru singgah sehari dua, puluhan anak binaan menjadi dan menggoncang masyarakat.

Apa rahsianya?

Rasulullah s.a.w. sendiri mendidik Abu Zhar al Ghifari, sekejap sahaja setelah beliau memeluk Islam, namun dengan didikan itu, Abu Zhar pulang kepada kaumnya dan mengIslamkan hampir atau seluruh Puak Ghifar yang diberitakan puak gangster, ataupun umpama yakuza abad moden ini. Apa yang Rasulullah dah lakukan?

Incredible man!

Ok la. Anda mungkin kata, Rasulullah, mesti power.
Ok fine.


Pernah dengar cerita Uwais al Qrani ? Seorang tabi’ yang sering digelar sebagai manusia yang tidak dikenali di bumi tapi popular di kalangan ahli langit. Uwais al Qarni tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah, tapi Rasulullah tahu tentang sosok tubuh ini, bahkan pernah memberi pesanan kepada sahabat tentang kemunculan Uwais.

Ada apa pada Uwais?

Ok fine la. Dia tabi’.

Mengambil contoh peribadi abad moden pula. Hassan al Banna. Usianya tidak mencecah separuh abad pun. Tatkala umat dalam kepincangan, golongan agamawan makin kebelakang, beliau hadhir mengislahkan agama ini, memberi nafas baru dalam urusan dakwah dan jihad.

Dakwah moden yang dipeloporinya mendapat sambutan hangat khusus dalam kalangan pemuda, sehingga menarik jutaan duat dalam tempoh yang pendek. Banyak juga kisah luar biasa tentang beliau. Tiap kali berceramah, ribuan yang hadhir.

Gerakan yang diasaskannya, tersebar ke seluruh pelosok bumi, walau ditentang, walai ditindas. Fikrah Islam yang diberi nafas baru, sampai ke telinga kita hari ini. Dia hanya seorang guru biasa. 

Tapi apa rahsianya?


Lagi kisah lelaki tua yang lumpuh seluruh badannya yang paling digeruni Israel laknatullah. Syeikh Ahmad Yassin. Tubuhnya ibarat tempat percambahan virus. Penuh berpenyakit. Tapi pengaruhnya cukup kuat dalam membangunkan jiwa jiwa muda di Palestin.

Diceritakan, suatu hari beliau meminta anak didiknya berpuasa, lalu keesokannya kesemuanya berpuasa, sehingga para ibu berang kerana anak-anak mereka tidak sarapan pagi. Apabila beliau meminta anak didiknya bangun malam, maka cepat-cepatlah mereka tidur, dan menunggu nunggu saat untuk bangun malam, merintih di hadapan Tuhan.

Bersahaja. Tapi effeknya luar biasa.
Dia lumpuh. Sudah tiada upaya mengangkat senjata.

Tapi apa rahsianya?


Dan banyak lagi kisah figura yang mungkin tidak diketahui kalian tapi cukup berbisa. Cukup banyak menabur bakti atas jalan dakwah. Walaupun mereka ada yang lemah fizikal, gagap bicara, tiada harta apatah lagi nama. Tapi tetap berbisa.

Apa rahsianya! ?



------------------------


Sentuhan.

Ya, inilah jawapanya.

Saya percaya setiap orang mempunyai sentuhan tersendiri.


Sentuhan seorang Murabbi agung, tidak mengenal bagaimana sosok tubuh dia, tapi hasil binaanya menjadi. Bukan durasi masa. Tapi sentuhan. Tatkala dia sentuh, maka luar biasalah sejarah tercipta.

Dakwah itu penuh dengan seni, antaranya adalah sentuhan.

Ada orang mampu berpidato hebat, memungut tepukan gemuruh, tapi hasilnya meleset. Dia gagal menyentuh pendengarnya. Ada orang sudah segunung emas dibelanjakan untuk memantapkan binaan manusianya, tapi masih gagal, kerana tiada elemen sentuhan yang benar.

Mengapa sentuhan kita berbeza?

Keduanya menyentuh tapi hasilnya tidak sama,
Mengapa?

Untuk membongkar rahsia ummah ini, mari kita renung hadis di bawah,


Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :”Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya.

Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya.


Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya.

Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”

[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]

Hadis ke 38
Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi

Nampak permainanya di situ?


Inilah rahsia sentuhan mereka yang berjaya. Hubungan dengan Allah. Allah mencintai mereka. Apabila mereka berbicara, Allah yang berbicara bagi mereka. Apabila mereka mendidik, Allah di situ mendidik untuk mereka. Apabila mereka menyentuh, itu sentuhan Allah.

Tidak hairanlah !

Dan kita yang gagal,

Renung sejenak, bagaimana amal fardhu kita?
Bagaimana amal sunnat kita?
Bagaimana taqarrub kita dengan Allah ?


“ Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya.”


Carilah bekal itu saudaraku,

Dan ayuh sama-sama kita sentuh hati di luar sana !

Saturday, October 5, 2013

USRAH F.M.



Sebuah panggilan hilang maknanya,
pabila pengertian hilang daripadanya.

Apa erti panggilan 'mak',
pabila yang melahirkan dicaci sang anak.

Apa erti panggilan 'cikgu,
pabila yang mengajar dimaki sang pelajar.

Apa erti panggilan 'majikan',
pabila yang mengupah dihina sang pekerja.

Apa erti 'murabbi',
pabila yang mendidik diperlekeh sang mutarabbi.

Apa erti 'zauj',
pabila yang melindung diabai sang zaujah.

Apa erti semua ini,
sekiranya tiada yang memaknai?

Apa.
-Afiq Sazlan


--------------------------------------------------


Kat atas itu gimik.

Apa yang ingin saya kongsi hari ini mungkin ada kena mengena atau tiada kena mengena pun. Mungkin. Rata-rata masih salah faham dengan term usrah, halaqah, bulatan gembira dan sebagainya. Bagi anda yang terlibat dengan system usrah, apa yang anda faham tentang usrah?

Dari segi bahasa usrah bermaksud keluarga.

Usrah dalam bahasa arab bermaksud keluarga. Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pendidik yang utama bagi anak-anak. Ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang Islam. Ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh perasaan kasih sayang.

Dulu, para bapa (baca para sahabat) dan para ibu (baca para sahabiyah) berkahwin dan melahirkan anak serta mendidik anak anak mereka dengan didikan Islam sehingga menjadikan mereka rijal-rijal. Rijal-rijal inilah yang menjadi Qa'idah Sulbah kepada kebangkitan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Kini para ibu bapa tidak lagi (kecuali yang mendapat rahmat Allah swt) dapat mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rijal-rijal tersebut. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat menjadikan diri mereka sebagai rijal. Atas pelbagai sebab dan alasan serta keadaan.

Lalu  didatangkan para murabbi yang sedar dan bergerak serta sanggup berkorban, memberikan alternatif kepada proses pendidikan anak-anak di dalam program-program tarbiah mereka. Untuk anak-anak yang tiada ikatan darah dengan mereka, akan tetapi mempunyai ikatan yang lebih kuat dari itu, iaitu ikatan iman.


Itulah sistem usrah yang di ikat dengan ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang berfungsi untuk mentarbiah anak-anak menjadi rijal.
Itulah sistem usrah yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.
Itulah sistem usrah yang berfungsi sebagai alternatif kepada sistem keluarga yang asas.


Maka, dengan itu usrah masih lagi bermaksud keluarga. Apabila kita kata ia sebuah keluarga, sebuah keluarga tidak mempunyai masa-masa tertentu untuk berfungsi. Apabila kita dengar orang cakap, usrah sekali seminggu atau sekali dua minggu, itu mereka merujuk kepada pertemuan usrah yakni halaqah, atau liqo.

Usrah itu sesuatu yang mengambil tempat sepanjang masa.

Macam kat rumah. Tak kan Mak kita akan cakap,


“Ok buat dua jam pertama hari ini saya akan jadi Mak kamu”

“Ok dua jam sudah berlalu, usrah (keluarga) sudah berakhir, kamu bukan lagi anak saya”


Pelik la pula kan.


Tapi hari ini terminalogi usrah telah diseleweng dengan dahsyatnya. Sekarang sudah ada usrah radio. Sudah ada usrah umum. Usrah di televisyen. Usrah peringkat nasional. Pening.

Boleh bayangkan satu Negara menjadi ahli keluarga kita. Kenal pun tidak kebanyakan mereka, maka macam mana usrah itu bakal mendapat ruh. Macam mana usrah itu berfungsi.
Kalau keluarga biologi pun paling ramai ahlinya tidak mencecah ratusan. Itu pun si ayah perlu kahwin empat. Eh.

Tapi kenapa hari ini kebanyakan program kerohanian mengguna pakai term usrah?

Di sekolah juga ada usrah. The so called usrah. Mengapa rata-rata kita begitu berminat dengan menamakan aktiviti kerohanian ini sebagai usrah?


Sehinggakan orang yang terperangkap dalam usrah yang hanya pada nama ini tidak lagi berminat untuk bersama usrah yang benar ruh nya kerana mereka sudah perit hidup dengan “usrah” yang tidak benar terlebih dahulu. Inilah akibatnya apabila rata-rata mereka yang dipelawa kepada usrah yang benar, mereka skeptikal, kerena usrah pada mata mereka begini dan begini.


Usrah bukan pada nama,
Tapi ruhnya yang penting.

Persoalan yang masih belum terjawab, kenapa usrah?

Ini kerana, setakat hari ini, gerakan Islam yang berusaha mengembalikan kemuliaan Islam sepakat bahawa usrah merupakan cara atau wasilah yang paling efektif untuk menjalankan kerja-kerja mentarbiyah, mengisi jiwa-jiwa yang kosong seterusnya membina individu individu muslim.

Disebabkan keberkesanan system usrah yang sebenar, ramai aktivis kerohanian berminat dengan term usrah. Kononya lebih menarik minat. Atas sebab itu di sekolah adanya usrah. Dengan harapan usrah itu dapat mendidik pelajarnya.

Itu cukup baik. Tapi malangnya usrah yang diimplementasi hanyalah nama semata. Tapi ruh dan pengisiannya jauh menyimpang. Sehinggakan usrah di sekolah dijadikan tempat para senior membuli junior. Usrah di radio jadi tempat menemani pendengar tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Usrah mingguan dijadikan aktiviti selingan di hujung minggu. Usrah dijadikan aktiviti masa lapang semata-mata. Tempat menuntut sedikit ilmu agama. Walhal pada asal hakikatnya, bukan itu tujuan system usrah yang hendak diperkenalkan.

Namun penyelewengan ini akhirnya membina mind set yang pelbagai tentang usrah.
Apa yang ingin saya tekankan di sini,

Usrah sepatutnya berfungsi sebagai satu keluarga. Tempat kita berkenalan, memahami sesama yang lain dan membantu mana yang perlu. Tempat memeriksa amal, memberi peringatan dan menyusun gerak kerja untu kebangkitan Islam. Tempat di mana ukhuwah dijalin.


Bukan sekadar tempat yang tiada tempat di hati kita.


Mereka yang benar benar ingin berjuang atas jalan dakwah ini mengikut manhaj kenabian perlu mengimani fikrah bahawa usrah merupakan cara dakwah yang tetap, dan merupakan nucleus, yakni yang paling penting dalam mentarbiyah seseorang di samping cara-cara lain.

Perlukah ikut usrah?
Haha.


Jika anda tanya saya, of kos saya akan cakap perlu sebab ini blog saya.
So sapa nak ikut usrah boleh la pm fb saya nanti. Hihi.

Tapi saya tidak boleh kata ia wajib. Cuma saya secara jujur dan peribadinya setuju ia merupakan cara yang paling efektif. Pun begitu masih banyak cara lain.

Cuma hadaf saya memberi pencerahan ini adalah untuk kita semua menepis tanggapan bahawa usrah itu seperti yang ada di sekolah. Malam-malam minggu kumpul ramai-ramai dan mulalah sesi yang so called ‘tarbawi’ itu. Bukan itu. Usah menghukum usrah dengan penilaian itu.

Dan jika anda diajak untuk berusrah, cubalah dahulu, jika ia usrah yang benar, ada nilai kekeluargaan, raikanlah ia. Dakwah ini penuh kasih sayang.

Dan bagi yang sudah bersama system usrah yang benar ini, semoga kita tidak jadikan usrah sebagai aktiviti di kala waktu kita ada lebihan. Semoga usrah bukan tempat kedua dan ketiga dalam hidup kita. Jangan kita korbankan pertemuan usrah kerana ada party, kerana mahu keluar tonton wayang dan sebagainya.


Do not judge usrah based on what you heard, what people say and whatnot, but experience it first, on your own. Belum cuba belum tahu, sudah cuba, ketagih bak hang. Eh.

Thursday, October 3, 2013

OF DRAGON FLY



Bukan Dragon Ball.

Juga bukan Dora The Explorer

Heh.


(Madmie China punya)
 
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.

(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
(Al Hajj :73)


----------------------------------------


Di suatu hujung minggu yang indah, angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Sesungguhnya bahasa jiwa bangsa. Saya telah mengikuti, tanpa dijemput satu rombongan ikhwah, keluar jalan-jalan mencari ketenangan di Pantai Morib. Err, mesti anda tertanya, ada apa je kat pantai gersang tu. Persetankan, bersama ikhwah, kat mana-mana pun heaven. Hoho.


Memandangkan saya ini pendatang yang tidak termasuk dalam senarai, suasana agak awkward pada mulanya. Entah apa yang berlaku, tiba tiba si Murabbi kepada usrah terebut, seorang akh yang saya kenal tak lama dahulu memecahkan kesunyian yang menghantui jalan jalan kami. Peh ayat.


“Antum tahu, ada pepatah Arab mengatakan, jadilah berani seperti lalat. Menarik kan, biasa orang cakap jadi berani seperti singa atau harimau, tapi orang Arab cakap seperti lalat”

Agak random dan tiba-tiba kan?


Sebenarnya waktu tu kami sedang tunggu hidangan yang kami pesan untuk dihidangkan. Menu yang dipesan kalau tak silap waktu tu adalah sotong celuk tepung, udang celuk tepung, nasi goreng paprik, mee goreng mamak, nasi goreng USA, nasi goreng cendawan, air kelapa, jus oren cincau dan sebagainya. Ewah. Kalau saya tak silap la.

Takdirnya, kat situ ada banyak lalat.
Maka keluarlah statement tadi.


Pada awalnya saya tak faham sangat maksud peribahasa tu, mulanya nak tanya. Tapi kelihatan semua orang sedang mendalami, menghayati, menjiwai dan memahami dengan baik. Maka niat tadi dibatalkan, nantikan nampak sangat saya ni slow. Erk,


-------------

Anisoptera.


Begitulah nama saintifik bagi ciptaan Allah yang lebih komersial dengan panggilan lalat itu. Ada banyk ibrah dan pengajaran boleh diambil dari si lalat. Bahkan dalam ayat Quran di atas, Allah memberi perumpamaan dengan lalat.


“..dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya..”


Tersangat benar potongan ayat di atas. Usahkan hendak menciptakan lalat, hendak menandingi lalat pun kita tidak mampu. Sekali lalat dah hinggap atas makanan kita, sekali dia dah sedut sikit makanan itu, memang jangan harap la kita boleh ambil balik.



How powerless we are.
Dengan lalat pun kalah
Yet we act like the powerful one


Berkenaan dengan pepatah Arab tadi, kemudiannya saya makin faham. Ada banyak benda kita boleh belajar dari lalat. Kalau kalian perasan, lalat ini antara makhluk yang tidak mengenal putus asa. Pernah kita pergi bazaar Ramadhan, lalat akan cuba untuk menghurung kuih muih di gerai-gerai.


Si penjual terpaksa ikat plastic di sebatang kayu kemudia dikibas kibas untuk mengahalau lalat tadi. Tak sampai satu minit, saya yakin lalat yang sama datang lagi. Halau. Datang lagi. Halau. Datang lagi. Dan lagi.


Kalau la para duat boleh aplikasikan sifat lalat ini dalam menjayakan urusan dakwah, nescaya subur lah dakwah. Bila kena marah, kita buat lagi. Bila kena tindas, kita buat lagi. Bila dakwah ditolak, kita buat lagi. Tidak pernah berhenti.


Lagi yang menarik tentang lalat, dia tidak takut untuk berkorban.


Biasa kalau di restoran, sekarang ada alat yang menggunakan arus elektrik untuk membunuh lalat lalat ini. Ada sejenis alat yang mana dawai arus eletrik ini memagari lampu kalimantang yang menarik perhatian lalat ini.


Lalat ini akan terbang untuk menghampiri lampu tu dan sebelum sampai kepada cahaya itu, dia terkorban dek arus elektrik itu.


Menariknya, walaupun dah banyak member dia terkorban di jalan yang sama, lalat lalat ini masih sanggup mengambil risiko. Inilah berani!

Lalat sangat determined dengan apa yang mahukan.

Kalau kita taddabur dalam hidup kita, kita tahu cahaya itulah sinar penyelamat. Namun harganya boleh jadi nyawa kita. Dan memang sudah ramai yang terkorban di jalan menuju cahaya ini, di jalan untuk mengembalikan kemulian ummat Islam ini. Tapi apakah kita masih sanggup untuk melalui jalan yang sama?

Sudahkah kita bersedia berhadapan dengan risiko ‘arus elektrik’ dalam hidup kita?

Lalat.


Begitu banyak mengajar kita untuk terus mara..

Tidak hairanlah orang Arab mengatakan,

“Jadi berani seperti lalat”


Oleh itu saudaraku,


Jadilah berani seperti lalat. Bersiap siagalah untuk berkorban.
Berkorban ertinya terkorban.
Di saat kita mahu berputus asa, ingatlah lalat.
Di saat dakwah ini menuntut masa kita, ingatlah bahawa lalat telah memberi nyawanya.

Dan begitulah.

Wednesday, October 2, 2013

NOW EVEYRONE CAN FLY

Serius tiada kaitan dengan mereka yang fly ke luar negara untuk sambung pelajaran. Atau mungkin ada kaitan juga, in a way. Apa-apa pun, jom layan.



Penerbangan tambang murah bermula di Amerika, tepatnya di Dallas, Texas apabila mantan peguam, Herb Kelleher berjaya membuktikan pada tahun 1973 betapa penerbangan Southwest Airlinesnya mampu mengecapi keuntungan biarpun menawarkan harga yang murah. Kejayaan ini kemudiannya membuka jalan kepada kemunculan syarikat penerbangan murah yang lainnya, di mana di Malaysia, syarikat penerbangan AirAsia milik Dato’ Tony Fernandes menjadi pelopornya, dengan tambang yang memang murah giler, sehingga semurah RM1!!


Harga tiket penerbangan AirAsia yang sangat murah ini memberikan tamparan maha hebat kepada syarikat penerbangan kesayangan Negara, MAS tentunya. Tetapi apakan daya, tatkala masyarakat selama ini menganggap hanya orang yang kaya mampu menaiki kapal terbang, AirAsia membuktikan sebaliknya! Dengan slogan mereka “now everone can fly”, mereka begitu optimistik betapa sememangnya kini, semua orang mampu menaiki kapal terbang!



Nah, seperti mana optimistik dan positive thinkingnya AirAsia, para pencinta Islam sejati juga harus optimistik juga betapa everyone can become a murabbi, apatah lagi syeikh kita, syeikh Abdullah Qadiri Al-Ahdal saja pernah menyatakan;  

“sesungguhnya seorang saudara yang benar itu, tidak boleh tidak, harus menjadi murabbi (orang yang membawa usrah).”

Saudaraku,

Sebenarnya apa yang menghalang seseorang untuk hadir sebagai sosok seorang murabbi? Bukankah “mengajarkan al-kitab dan tetap terus mempelajarinya” justeru merupakan arahan daripada Allah, tatkala ia meletakkan kunuu (jadilah) itu dalam bentuk fi’il amar (perintah dan arahan)? Tuhan tidak meletakkannya sebagai option, sebaliknya suatu kewajipan yang harus dipikul oleh setiap orang, baik yang pernah sekolah agama atau tidak, baik yang ustaz mahupun sang professional sekalipun.



“Jadilah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.”

(Surah Ali Imran [3]:79)


Nah, antara alasan yang menjadikan profesion murabbi dingin daripada sambutan, adalah isu “saya tidak cukup ilmu.” 

Apakah kalian fikir Mus’ab Bin Umair tatkala diutus oleh Rasulullah SAW sebagai duta ke Madinah bagi mendakwahi dan mempersiapkan umat Madinah bagi menerima pemimpin “non-bumiputra” bernama Muhammad Bin Abdullah, dan kemudiannya syahid di medan peperangan beberapa tahun selepas itu, apakah beliau itu cukup ilmu? Bukankah al-Quran ketika kesyahidannya belum lengkap, sedang al-Quran yang berada di hadapan kita kini sudah sedia lengkap? Nah, bukankah setidak-tidaknya, kita seharusnya lebih berilmu berbanding Mus’ab?

Atau, Abu Dzar daripada keturunan Ghifar. Begitu ia mengucapkan syahadatainnya, pantas ia mengungkapnya secara terbuka di hadapan Ka’abah, untuk kemudiannya dibelasah oleh musyrikin Mekah. Lantas ar-Rasul menyuruhnya pulang dan mendakwahi kaumnya, sedang ia baru berapa saat sahaja ketemu dan belajar daripada ar-Rasul. Tapi, tatkala di Madinah, ar-Rasul menjadi kegembiraan tatkala Abu Dzar yang tidak cukup ilmu itu, berjaya membawa orang-orang kampung gangsternya itu ke hadapan ar-Rasul, dalam keadaan pasrah menerima kerasulannya.

                
Juga, Rasul Ulul Azmi kita Nabi Allah Musa. Apakah ia juga telah cukup ilmu tatkala berhadapan dengan Fir’aun, sedangkan ia kemudiannya diperintahkan oleh Allah untuk menuntut ilmu daripada Nabi Khidir?



Atau, kita masih belum bisa menjadi murabbi kerana kita tidak cukup baik? Sedang Allah nyatakan betapa manusia yang sudah sampai ke maqam ihsan sahaja, tetap terkadang berbuat tidak baik, tetap terkadang berbuat dosa, namun mereka tidak menjadikan “ketidak baikan” diri mereka itu sebagai alasan untuk berkekalan dan berterusan dalam suasana yang mendapat kemurkaan Dia Yang justeru Maha Pengampun itu.


“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”


(Surah Ali Imran [3]:135)



Ada pula yang merasa berat untuk menjadi murabbi kerana “tidak pandai cakap.” Selagi ia tidak bisu, tentunya ia sebenarnya pandai cakap. Apakah ia menyangka bahawa semua anbiya’ wa mursalin itu seorang pemidato dan orator hebat, sedang Musa A.S sahaja diperlekehkan oleh Fir’aun lantaran ketidak petahannya dalam berhujah;


“Bukankah aku (Fir’aun) lebih baik dari orang yang hina ini (Nabi Musa) dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?

(Surah Az-Zukhruf [43]:52)




Namun, tetap sahaja Nabi Allah Musa menyampaikan pesan-pesan Tuhannya kepada Fir’aun, yang merupakan sezalim-zalim makhluk, sekaligus penguasa dan pemidato yang penuh dengan bakat, kelebihan serba kaliber.


Apakah dikau mahu kalah dengan AirAsia wahai saudaraku, sedangkan dikau ada Allah di sisimu, sedang Tony Fernandes yang tidak beriman itu sahaja penuh dengan optimistiknya, penuh dengan kepercayaannya, betapa everyone can fly.


“Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha”


(Surah An-Nisa’ [4]:104)



Nah, tidak malukan dikau untuk tidak percaya betapa everyone can become a murabbi, sedang para pramugari-pramugari cantik tetapi seksi itu saja turut menyatakan kepercayaan mereka betapa “semua orang bisa menaiki kapal terbang.” Lalu ayuh kita buktikan, dengan bekal izzah keimanan, betapa orang-orang yang beriman tentu lebih mulia daripada pramugari-prramugari “tidak cukup kain itu”, lalu kita pun akan turut menyatakan “semua orang bisa menjadi murabbi.” 

Iya, setiap kita mampu menjadi murabbi!