Saturday, May 14, 2016

HAMALATUL QURAN




Dalam muktamar Ikhwanul muslimin yang keenam, Imam Hassan Al-Banna mengingatkan kembali para ikhwan tentang siapa mereka sebenarnya.

Pada detik bersejarah itu, beliau menggariskan sekurang-kurangnya tujuh perkara tentang siapa itu ikhwan muslimin di tengah-tengah masyarakat Mesir yang berkecamuk , tenggelam dalam kesesatan jahiliyah pada waktu itu.


Siapa anda? Jika anda juga mengikuti halaqah tarbiyah dann ingin menjadi mujahid yang akan membebaskan manusia daripada kesemppitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, mari kita teliti perkara-perkara ini;

“Maka ingatlah baik-baik Ayyuha Ikhwan!...”

Beliau memulakan pidatonya, lantas menyebut, sesugguhnya kalian adalah

Al ghuraba’ (orang yang asing) iaitu orang ingin melakukan islah tatkala manusia melakukan kefasadan

Aqal baharu yang mana Allah berkehendak dengan kalian untuk memisahkan al haq dengan al bathil tatkala kedua-duanya tidak dapat dibezakan

Duat bagi islam

Hamalatul Quran, yakni pembawa al Quran

Wasilah (penghubung) langit dan bumi

Pewaris Muhammad saw

Pengganti sahabat-sahabat baginda dan orang-orang selepas mereka


Peringatan inilah yang membuatkan ikhwan sentiasa istimewa dan berbeza daripada orang lain, yang bangkit atas umat ini untuk melakukan pembaikan.


Baik,

Kita berminat untuk menyentuh tentang hamalatul Quran.

Perkataan hamal bermaksd membawa. Hamil pula orang yang membawa sesuatu. Sebab itu seorang perempuan yang sedang membawa kandungan dalam Rahim mereka kita katakan perempuan yang sedang hamil. Asalnya hamil itu sekadar membwa, tetapi secara adatnya kita fahami orang yang hamil itu orang yang membawa kandungan. Manakala hamalatul Quran pula orang yang membawa al Quran. Bawa bagaimana?

Adakah memakai kantung seperti poket doraemon yang diisi mushaf Quran dalamnya??

Ataupun seperti kantung kangaroo ?

Siapakah hamalatul Quran ?


Term atau konsep hamalatul Quran sebenarnya sudah popular sejak zaman sahabat lagi. Tidak perlu kita peningkan kepala memahami dari sudut bahasanya, mari baca kisah ini;


---


“Kalau begitu, aku adalah seburuk-buruk penghafadz al-Quran!!”

Di dalam peperangan al-Yamamah, peperangan melawan nabi palsu Musailamah al-Kazzab di mana panglima tertingginya adalah Saifullah Khalid bin al-Walid r.a.

Ramai dari kalangan tenteranya terdiri dari huffadz atau penghafadz al-Quran. Beliau memilih tentera yang paling layak untuk memegang bendera, tentera yang tidak akan undur atau melepaskan bendera dari tangannya sehingga pertempuran berakhir atau dia syahid.

Di peringkat awal, bendera muhajirin berada di tangan Abdullah bin Hafs bin Ghanim al-Quraisyi r.a.
Beliau teguh di medan sehingga dijemput sebagai syahid.

Selepas Abdullah syahid, panglima Khalid bin al-Walid menyerahkan bendera kepada Salim maula Abi Huzaifah r.a.

Apabila Salim mengambil bendera itu, sebahagian tentera berkata kepadanya:

"Ya Salim, kami bimbang musuh akan dapat menembusi pasukan kita dari arahmu!" Kata-kata itu membawa maksud, mereka kurang yakin dengan keupayaan Salim dan berasa bimbang kalau-kalau Salim menjadi punca tenera Islam tewas di tangan musuh. Maka apakah reaksi Salim kepada mereka?

"Kalau begitu, (kalau aku menjadi punca kekalahan tentera Islam) maka akulah seburuk-buruk penghafadz (hamil) al-Quran!"

Demikianlah, betapa pentingnya penghafadz al-Quran atau hamil (pembawa) al-Quran di dalam dada mereka.  Mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam menegakkan Islam dan mempertahankannya dari serangan musuh luar dan dalam.

Hamil al-Quran bukan hanya duduk di penjuru masjid mengulang-ulang bacaan membiarkan umat dan masyarakat dilanda pelbagai masalah,

Ayuh para hafidz, hamil al-Quran! Bangkit menentang kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa. Jadikan kata-kata Salim r.a. sebagai obor yang membakar semangatmu sepanjang zaman 


(Dipetik dari FB Ustazah Maznah Daud)
….



Adakah kita hamil al-Quran ?

Yang berada dalam barisan hadapan?

Paling cepat menyahut seruan dakwah dan tarbiyah?

Orang yang boleh diharap untuk membela islam?

Sunday, May 8, 2016

WA'YU SIYASI





Orang beriman peka dan sensitif. Mereka melihat sesuatu kejadian dengan pandangan yang berbeza, tidak dapat dijangkau oleh orang lain. Sehingga apabila kita mendengar pandangan - pandangan mereka akhirnya kita tunduk dan bersetuju. Benarlah, berbeza sungguh pandangan melalui kaca mata taqwa.

Pada malam itu.


"Sesape nak mula dulu? Sedikit Update dalam dan luar negara? " Akh A membuka ruang untuk semua.  Sudah menjadi rutin halaqoh itu, perbincangan sekitar isu-isu semasa turut menjadi agenda mereka.


"Haaa yang latest rasanya news yang London elected first Muslim mayor tu" Sahut Akh B.

           "Haa. So apa pendapat antum sume?" Komentar dan masukan dari yang lain sering diajukan. Meskipun jarang sekali ada yang menyahut.

"Surprisingly. Sebenarnya islam ni sentiasa ada harapan... Mungkin tu tanda Allah nak tunjuk dan tegur kita yang kat sini, kalau Muslim dekat barat boleh perform, why not kita? " Pandangan Akh C.

"Huhu sentap sentap... "

"Bukan nak kasi sentap pun. Just something to ponder... "


Di media memang ramai yang share berita tu. Teruja. Kagum dengan muslim. Nama tokoh tersebut di angkat dan diagungkan agungkan.


"Tu la kan. Actually sangat menarik tu. Despite Islamophobia kt sane, tapi nampak la orang educated macm English tu sangat open minded... ”

Yadda yadda.


Analisis ringkas dan tidak bertauliah pada malam itu. Dalam halaqah tarbiah bukan sahaja bahan usrah sekitar al Quran dan hadis mahupun sirah yang dibincangkan. Kerana seorang akh yang hendak dilahirkan juga adalah yang memiliki wa'yu siasi atau kesedaran politik. Kerana kita yakin, dari halaqah kecil inilah lahirnya politikus islam untuk masa depan bersama.


"Ala kulli hal, hopefully kita harap more good news la daripada dia ni dan sepatutnya membakar semangat kita untuk push diri, all out dalam dnt.. "

Kemudian pada hari hari berikutnya kita diberi pencerahan. Mendengar pendedahan dan sudut pandangan baharu dari jiwa yang peka dan sensitif.

"Betul ke pelantikan Datuk Bandar Muslim tu satu berita gembira? "


Selalunya pengetahuan akan menghubungkan seseorang dengan kebenaran. Orang tidak mengetahui, terhijab dari al haq dan boleh mengambil pandangan pandangan yang silap.  Disebabkan itulah barangkali ada pepatah yang agak masyhur mengatakan kejahilan lebih dekat dengan kuburan berbanding kematian. Ketidaktahuan itu seolah mematikan fungsi akal, bila akan tidak dapat difungsikan maka apalagi nilai kehidupan insani?


Memetik satu kata kata al ustaz yang lebih memahami hal ini,


"Di negara Barat yang tidak menerima islam mustahil seorang Muslim boleh meningkat naik lebih lebih lagi dalam politik melainkan setelah menggadaikan beberapa prinsip islam. Lalu, tidak ada apa yang boleh dibanggakan..... "

---

" Assalamualaikum ikhwah. Just nak share something to ponder berkenaan dengan akhbar alam islami kita semalam....

Meski pun ramai di kalangan umat Islam di dunia antarabangsa yang kagum dengan pencapaian Sadiq, pendirian beliau terhadap isu umat Islam dipertikaikan dalam beberapa perkara seperti :


1-Sadiq Khan menyokong LGBT dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

2-Sadiq menyokong keputusan Parlimen Britain untuk keterlibatan ketenteraan Britain untuk menyerang Irak dan kemudiannya ke atas Libya.

3-Sadiq menyokong perjuangan hak bangsa Yahudi dan mengiktiraf Negara Israel.

4-Sadiq mempunyai pendirian sebagaimana Barat yang lain terhadap isu hijab bagi Muslimah di UK.


Huhu. Semoga kita tidak kecewa lagi.


"One lesson learnt. Bahawa jika bukan melalui pintu tarbiah yang kita sama sama imani ini, walaupun bagaimana wasilah dan pendekatannya, masalah mungkin tidak akan selesai.... "


Alhamdulillah. 


Inilah sepak terajang tarbiah. Memahami inti inti islam dan asas asasnya dengan terbuka, dengan tadabur, renungan yang tajam dan mendalam.


----


Projek Buku Sepak Terajang Tarbiyah

Saturday, May 7, 2016

SEPAK TERAJANG TARBIYAH #3





“Rasa terkilan tak dapat join program kali ini” Luah Akh A.

Matanya merenung jauh, menembusi permaidani yang terbentang di hadapan mereka semua. Dengan posisi dan perenungan yang mendalam itu, terpancar aura keikhlasan dan penyesalan. Hairan kita dibuatnya. Menjadi sungguh tarbiyah ini mengubah manusia, sehingga merasuki jiwa dan cara fikirnya.


“Takpe, kita tak join bukan sebab suka-suka, ada sebab lain kan. Ada yang lebih priority” Cubaan menenangkan.


Ketika dakwah telah meresap ke dalam tubuh seseorang itu, masuk menyelinap ke dalam capillaries dan salur-salur darahnya, bergerak bersama-sama sel sel darah merah dan darah putihnya, bertebaran dan menggerakkan tubuhnya, dan sebagaimana sel darah itu membekali oxygen kepada tubuhnya, begitulah dakwah telah menjadi nadi ia.


Ia langsung tidak nampak ada yang lebih penting terbentang di hadapan kedua-dua matanya itu, melainkan dakwah dan tarbiyah semata-mata. Ia tidak nampak kehidupan melainkan kehidupan binaannya. Ia tidak nampak sebarang kemuliaan melainkan kemuliaan yang telah dikurniaan oleh Allah swt kepada setiap bani Adam.


Tetapi di saat dia diminta memilih yang lain, maka seluruh jiwa dalamannya mengalami fluktuasi, turun dan naik. Sama ada menerima dengan rela atau terpaksa.


“Agak kecewa, sebab kita selalu duk cerita kat orang pasal priority, tapi nampak macam kiat sendiri yang keliru nak pilih yang lebih aula, just tak best la perasaan ini”

“Insya Allah keputusan bersama ini aula je, kita lihat jauh ke depan, bukan sekadar apa yang berlaku esok atau lusa. Apa-apa pun doakan moga Allah tunjukkan yang terbaik, huhu”


Sepak terajang bersama tarbiyah. Begitulah kami dididik untuk menerima, dilenturkan ego dan dijinakkan semangat yang kadang-kadang membara tanpa hala tuju.


Pada sesi atau kesempatann yang lain, sekali lagi program tarbiyah pada hujung minggu itu diganggu dengan hal-hal remeh temeh yang membuatkan sebahagian ikhwah gusar dan berada dalam dilemma yang menekan.

Akh B pula berkongsi perasaan dan nasihat-nasihat yang ringan tetapi basah dan mengesan. Beliau memetik sepotong ayat Quran untuk dibaca kepada kami, dan dikongsi maani maani yang difahaminya.

            
           “Just nak share ayat ni. Ayat surah al Hadid ayat 10, Allah kata kan kat situ, dan mengapa kamu tidak berinfak di jalan Allah? Padahal Allah jua lah yang mewarisi langit dan bumi”

Dibacakan dengan penuh aura, satu perenungan yang dibutuhkan oleh semua yang hadir pada malam itu.

“Kat situ Allah just sebut infaq. Tak sebut apa pun kan. Tak semeestinya harta. Dalam konteks kita, mungkin Allah Tanya kita kenapa tak nak sumbangkan masa kita, weekend kita, tenaga kita, ide akita, tungkus lumus kita di jalan Allah? Kadnag-kadang kita bukan tak nak bagi, tapi kita takut dan terlalu dihantui apa orang kata. Kita terlalu nak jaga perasaan orang, pandangan orang. Nanti orang judge dan sebagainya…”


Benarlah ayat-ayat Quran ini telah memuliakan sebahagian manusia atas sebahagian yang lain dan beruntung la dikau yang memilih untuk bersama kemuliaan ini.


Lanjutan;


“Padahal kan, padahal Allah juga dan mention siap-siap bahawa Allah mewarisi langit dan bumi dan segala apa yang ada antaranya. Termasuklah perasaan orang yang kita duk risau itu, kata-kata orang, tanggapan orang, rasa-rasa kita tu dan semua yang menghalang kita tu adalah milik Allah. Allah yang mewarisi semua tu. Dan if kalau kita berinfaq pun untuk Allah, dengan mudahnya Allah boleh tolong kita untuk hadapi semua mehnah mehnah ni.”


----


Kehidupan di bawah bayangan al Quran ini adalah nikmat. Ia satu nikmat yang tidak dapat dirasai melainkan oleh orang yang mengecapinya sahaja. Benarlah tinggalan pesanan Sayyid Quttb guru kita yang kita kagumi itu. Nikmat ini, nikmat yang membersihkan usia seseorang, meluhurkan dan memberkati.


Kurniaan kepada kami kematian yang baik ya Allah

Monday, May 2, 2016

INTERNSHIP-MENGUJI IMAN





"Im calling you from Petronas" Dan dia pun was like,  wow.  Asalnya main-main je.

"Oke,  carry on"

"This is to inform that you have been shortlisted to join Petronas internship programme. Please make yourself available for a chitchat session on this Thursday... "

"Oke. Insya Allah I can make it."

"Very well.  Later I will email you the details. Best of luck!"

Petronas kot.  Sape tak kenal.  And sape tak nak,  to be part of the giant company kat Malaysia ni.  Mula la sesi berangan.  Pakai baju smart dan bergaya. Tali name tag berlogo Petronas here and there.  And then berjalan keluar dari LRT KLCC,  terus naik escalator.  Mata mencari lobby Tower 1. Dan kelihatan golongan executive  keluar masuk.  Touch the access card. Passed dan walk through.


Hello jauh betul. Padahal baru latihan industry and it's not even confirmed pon!  Baru skit pintu dunia,  kemewahan,  gaya dan elit dibukakan,  dah cair. Dah tergoda.  Dah terberangan.  Belum lagi bila dah confirmed  nanti.  Bila gaji berangka 5 atau 6 masuk dalam accounts.  Bila attend functions yang tah pape. Bila dapat ticket melancong pakej business.  Dan sebagainya!


---

"And we need you sometimes to going back quite late,  sure that is ok? "

"Even for the intern? "

"Yes.  Even for the intern. You know,  the working environment in Petronas is very intense and especially in this department. Too many things to do"

Dan tiba-tiba,  dah kalau hari-hari balik malam,  lewat malam,  bila nak halaqah nye?  Bila nak bawa halaqah nye?  Bila nak ziarah  nye? Bile nak muayashah?  Bila nak meetings?   Bila nk terima jemputan mengisi nye?  Bile?

Alhamdulillah terfikir juga.

"I'm not really sure about that.  Usually I'm quite busy at night.. " Halaqah bro!  If dia boleh je terus terang. It's about making the choices after all.

"I see.  If you don't mind sharing what makes you busy? " Err.

"Actually I have kind of tutoring sessions for a number students" haha.  Tilawah,  tadabur,  baca seerah,  kaji fiqh dakwah,  bukan ke semua tu tutorial?

"Oh.  And why?  For extra income? "

"Yaa... kind of.  You know the economics situation is now very challenging" income untuk akhirat yang mana no one knows how the economy works.  The system.

"Perhaps you can do your tutoring during the weekends? " Eh dorang  ni memang interested sangat dengan dia ni.

"I think I can make it possible" Bang!!  Macam dah terjerat.  Tergoda!
Balik lambat. Datang halaqah lambat.  Should be ok je.  Murabbi faham.  Mutarabbi faham.  Ikhwah faham.  Cuma mungkin dia la yang tak faham-faham!

---


Imam Maghrib baca part awal Surah Ali Imran malam tu.  Best.  Basah!  cerita tentang imratul Imran yang menazarkan kandungannya. Yang mana Allah telah menerima nazar tersebut dan menamakan kelahiran beliau sebagai Maryam.

Kemudian ayat-ayat yang dibaca move to the scene di mana  Zakariya yang diamanahkan menjaga Maryam. In repeated occasions,  Zakariya dapati di sisi Maryam,  dalam mihrab,  tempat dia beribadah adanya makanan. Sehingga dengan kehairanan,  Zakariya  bertanya,

"Ya Maryam,  annalaki haadza, mana kau dapat ni? "
Dia berkata,

"Hua min indillah,  ini semua dari sisi Allah,  Allah memberi rezeki tanpa hisab"


Dush.  Langsung dia terasa.  Seoalah-olah dia hadir di mihrab itu.  Seoalah-olah mendengar dialog itu.  Seolah-olah jawapan itu tepat menegrnya. Tidak lain ia teguran Ilahi. Untuk membimbingnya dan menguji dia.

Kita ceritakan kisah akh kita ini. Kerana di sana ada sentuhan-sentuhannya.

"This is Edika from Petronas. Please call me asap.  Urgent. "

"Err.  I think the position does not suit me. I have problems going back late.  Thanks for the offer and chance"

"Ok. Best of luck then"

And that's it. Semudah itu. Dan dia rasa tenang. Kerana Allah memberi rezeki tanpa hisab. Soal rezeki ni memang mencabar iman,  kadang-kadang.  Kerana ikhwah kita banyak yang diuji.
Sehingga yang dahulu selalu rajin menghulur infaq pun tidak lagi begitu. Sehingga yang asalnya berbusiness untuk dakwah lalu akhirnya tenggelam dalam timbunan wang. Sehingga mesej-mesejnya,  kata-katanya,  profile media social nye dan sebagainya reflects business dia.

Kalau dulu jumpa orang;

"Nak halaqah? "


Tetapi kini tidak lagi, instead;

"Jom bertukar ke ton excel? "

Akh yang satu sering menasihati kita akan hal ini. Dalam satu kesempatan yang sangat berharga. Nasihatnya itu membuatkan kami benar-benar mencintainya kerana Allah.


"Kita seronok bila berbincang pasal duit, busines, ekonomi etc. Harap perbincangan dakwah kita juga seronok dan rancak seperti ini. Dan ingatlah pada saat kita perlu tinggalkan semua perusahaan ini untuk dakwah, mampukah kita mencontohi Abu Bakr as siddiq atau perusahaan ini menyebabkan kita bakal memilih untuk tinggal di belakang? "

Subhanallah! Terima kasih akh!


----

Sedutan Sentuhan al-Akh II
Boleh di dapati di PBAKL dengan rege special ^^