Wednesday, June 19, 2013

MAA LIHAAZAL KITAB?



Courtesy of Madmie China

Antara aktiviti kegemaran saya di waktu lapang, (eh ada waktu lapang?) adalah stalk profil profil sahabat-sahabat yang sudah mampu berjalan di atas air di muka buku. Aktiviti alam maya mereka pun cukup membangkitkan iman. Dan kadang-kadang perkongsian alam maya mereka ini saya rasa memang ditujukan untuk saya, depa dah agak saya akan stalk depa, atau  mungkin depa juga stalk saya. Wahaha. Ok fail.

Nak dijadikan cerita,

Penemuan terbaru untuk sesi stalking yang baru sahaja mengambil tempat kurang daripada dua puluh empat jam daripada waktu entri ini ditulis, satu kata-kata yang cukup membekas ke dalam jiwa, menusuk ke dalam hati yang paling dalam, menerjah ke kamar fikiran lalu menjentik iman. Ewah.


“Many people talk a lot, write a lot, but little did they remember. But every word counts, and Allah never forget”
-WAH, 2013


Indeed, very true.

We talk a lot, write a lot, but yes little did we remember. Little did we remember what we once uttered or wrote.

Saya rasa orang yang paling banyak cakap dan tulis adalah para da’ie. Pendakwah. Sama ada mereka ini mengajak kepada kebaikan mahupun kepada keburukan. But since kita semua bercita-cita untuk mengajak orang ramai kembali Allah s.w.t maka perbincangan hari ini merujuk kepada para pendakwah kebaikan, yang cuba sehabis baik menggunakan setiap peluang yang terhidang, untuk bercakap dan menulis.

Bila jumpa mikrofon, kita bagi tazkirah. Jumpa kawan di kedai mamak kita cakap, bagi tazkirah. Kawan minta nasihat, kita bagi nasihat yang berbentuk tarbawi. Such a good preacher. Kata-katanya penuh dengan unsur dakwah. Cakap lagi. Lagi dan lagi.

Dalam bulatan gembira, kita cakap lagi. Bagi nasihat. Bagi taujihat. Tu kalau satu bulatan, kalau orang ada empat puluh enam bulatan, cakap lagi. Tu baru bulatan. Tak termasuk yang bujur, segi tiga semua tu ha. Ok fail. Cakap dan cakap.

Dah penat bercakap, tulis pula.

Di muka buku, tulis tazkirah. Sms para mad’u, tazkirah lagi. Buat esei pun selitkan tazkirah. Mari mengingati mati, contohnya. Kalau yang ada blog, website atau apa-apa lagi aplikasi alam maya, bermacam-macam bentuk peringatan ditulis.

Tapi sayang, little did we remember.

Sering sekali kita lupa bahagian kita.

Dan kita juga sering lupa bahawa Allah tak pernah lupa.

One day, Allah reveals kan, every word. That’s why, every word counts.
Tidak hairanlah, bila hari tersebut datang, ramai akan tercengang dan ternganga seraya berkata;


“…Kitab apakah ini?! Tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya.”
-Al Kahfi :49

Mereka bertanya, Ma lihazaal Kitab ?

Bertanya kerana they didn’t remember what once they did. What once the talked and wrote. They didn’t remember their part.

So adakah kita begitu?

Kita lupa dulu kita pernah bercakap soal kejujuran, tapi hari ini kita tidak berlaku jujur.

Kita dulu pernah bercakap tentang keikhlasan, tapi hari ini kita sendiri tidak ikhlas

Kita pernah mengajak manusia ke jalan yang benar tapi hari ini jauh terpelosok ke lembah kehinaan

Kita lupa, banyak lagi.

Little did we remember.
How could we practice if we do not even remember those words ?

Ini cerita, peristiwa bagi yang banyak cakap ke arah kebaikan. Banyak tulis ke arah kebaikan. Bagaimana pula dengan banyak cakap ke arah keburukan ? Banyak tulis ke arah keburukan?

Oh, little did we remember.

That every word counts, and Allah never forget.

 Mari muhasabah, wahai para penyeru.
Inilah masanya. Kita belum terlambat.

Because we know, Allah never forget, but Allah too, forgives

:)

Tuesday, June 18, 2013

BUKAN KERANA NAMA



“Akhi, cuba enta tengok kumpulan usrah Seman tu, berjaya betul kan. Ramai anak usrah dia”

“Alhamdulillah. Sheikh, kalau enta nak tahu ana yang pancing diorang semua tu, kalau tak, tak ramai yang nak ikut Seman tu”

“Ana pun dengar macam tu, untung la ada enta, makin ramai anak-anak muda nak ikut bersama dalam gerabak ini”

*Sikat rambut*



-------

Tidak dapat dinafikan dalam mana-mana organisasi, pasti ada beberapa figura yang menjadi daya penarik untuk orang ramai mengikuti atau mendaftar sebagai ahli organisasi tersebut. Sebagai contoh, disebabkan adanya atlet atlet popular yang menjadi duta Kelab Rakan Muda seperti Daniel Bego, Nicol Ann David dan sebagainya, maka ramai anak-anak muda tertarik untuk sama-sama mendaftar sebagai ahli kelab rakan muda di tempat masing-masing.

Begitu juga dalam dakwah. Pasti ada beberapa individu di sesuatu tempat di mana dakwah makin kenchang terlaksana kerana hadirnya mereka. Ramai yang tertarik untuk turut serta dalam gerabak tersebut kerana personality individu seperti ini.

Boleh jadi kerana adanya individu yang ada rupa, pakej lengkap, pelajaran yang tip top, yang bermain sukan sehingga ke peringkat olimpik, memandu kereta mewah dan bergaya, badan berketul ketul dan sebagainya menyebabkan adik-adik rabun dan rambang mata lalu terdorong untuk bersama-sama kakak-kakak dan abang-abang yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘hot’ ini. Erk.

Bagi saya, itu biasa. Lumrah, mungkin. Yang luar biasa dan parahnya, figura-figura ini berasa berjasa dengan kelebihan mereka. Berasa berjaya dan mulia dengan keberhasilan dakwah mereka. Berasa sungguh laris dengan jemputan dan rayuan untuk menjadi muwajjih dibanyak program tarbiyah merentasi benua dan selat-selat yang ada. Walaweh.


Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah kepada mereka,
“Janganlah kamu rasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahi nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keiamanan, jika kamu orang yang benar.”
(Al Hujurat:17)

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T menempelak orang-orang yang berjasa dengan keislaman mereka. Tempelak ini sepatutnya turut dirasai oleh orang yang beranggapan kerana merekalah dakwah di sesuatu tempat itu berlari dengan kenchang.

Kerana hakikatnya dakwah, program tarbiyah, usrah yang kita sedang usahakan ini walau sampai menitik-nitik peluh, semuanya untuk diri kita sendiri. Islam dan dakwah tidak pernah memerlukan kita. Sebaliknya hasil itu semua untuk kemaslahatn hidup kita.

Para mad’u kita, merekalah nanti akan menjadi sebahagian masyarakat kita. Boleh jadi mereka yang akan memimpin kita suatu hari nanti. Boleh jadi anak-anak kita akan bergaul mesra dengan anak mereka suatu hari nanti. Boleh jadi mereka pula yang akan mendakwahi anak kita. Bahkan tidak mustahil nanti mereka menjadi murabbi kita.

Maka usaha seciput kita hari ini, semua untuk diri kita, untuk masa depan kita. Maka apakah wajar kita berasa bangga dengan keberhasilan yang sekelumit cuma itu?

Dan satu lagi hakikat bahawa Allah tidak pernah menjanjikan kemuliaan atas keberhasilan usaha dakwah kita. Kerana sudah terang lagi bersuluh-suluh;


“Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa..”
(Al Hujurat:13)

Pengajaran daripada surah yang sama. Kebetulan?

Tak kisahlah berapa sekalipun kelajuan gerabak dakwah kita, sekalipun yang berjaya kita dakwah mampu memenuhi banjaran Titiwangsa, kalau kita sendiri tidak bertakwa, semua itu tidak menjanjikan kemuliaan di sisi Allah.

Mari kita muhasabah.


Teruskan bekerja, kerana dakwahlah kita di sini!

Sunday, June 16, 2013

AKU LUPA AKU KHALIFAH


Oit, nama aku Ricky. Haha, style kan. Bunyi macam moden, tapi insha Allah aku beriman. Dulu aku jahat. Dulu la. Sekarang aku dah insaf. Aku dah tak buat kerja sia-sia lagi.

Aku rasa aku dah cukup baik. Meh aku cerita sikit. Bagi motivasi kat korang semua. Dulu aku couple, dengan sorang ni. Nama dia Sofia, aku panggil dia Soft, selembut softlan. Tapi kitorang dah putus. Couple couple ni haram. Buat bazir kedit je. Apajadi kat dia pun aku tak tahu.

Aku dulu support industry tembakau Negara. Orang kata antara punca pendapatan yang boleh tahan besar kat Negara ini perdagangan tembakau la. Bagus tu. Untuk ekonomi Negara Islam aku support la. Aku perokok tegar. Tapi aku tak merokok sorang-sorang. Aku kongsi. Mulia kan. Tapi bila dah besar, bila dah mumayyiz, masuk kelas biology semua baru aku tahu, rokok tak bagus. Boleh buat mandul kot. So aku quit. Lagipun aku dengar ulamak duk bising rokok haram. Alhamdulillah aku dah quit.

Banyak lagi benda jahat aku buat dulu. Nak tahu lagi?



Aku ni kira anak yang soleh la. Bab solat memang mantap ah. Cuma dulu nak pergi solat jemaah tu liat sikit. Masa azan tu la aku nak score games. Masa azan tu la tiba-tiba notis facebook naik mendadak. So aku solat kat rumah jela. Daripada tak solat langsung, kira ok la. Lagipun aku bukan budak sekolah agama. Tapi tu dulu. Sekarang kira pakcik pakcik kat masjid dah mula senyum-senyum kat aku, nak buat menantu lettew. Yela, susah nak jumpa orang muda macam aku pergi solat jemaah, solat subuh pulak tu.

Aku dulu kaki games la. Tegar. Aktif sukan. Cakap je, sukan apa, semua aku main. Kat sekolah boleh kira aku ni ikon sukan la. Main sukan tak ingat dunia. Tak tutup aurat pulak tu. Tapi tu dulu la. Dah besar sikit, tiba-tiba langgar makcik hidayah, berubah perlahan-lahan. Main sukan tu main la, tapi bukan untuk suka-suka, just nak beriadah dan nak jaga tubuh badan.

Kalau nak cakap bab agama ni, aku bukan orang yang layak. Tapi dengan background keluarga yang biasa-biasa, aku rasa aku ni boleh kata ok la. Solat cukup. Puasa Ramadhan tak tinggal. Zakat tu belum masa lagi. Dah ada duit nanti insha Allah nak gak rasa pergi haji. Tapi setakat ni aku rasa amalan aku macam dah ok sangat.

Aku ni selain dari yang wajib, benda-benda sunat pun aku rajin gak buat. Bangun qiam. Walaupun bangun lepas tu sambung tidur tapi kira ok la.  Muda lagi kan. Puasa sunat pun aku selalu amal. Boleh kata pemuda contoh jugak la. Tu la.

Rasa macam dah cukup kot amal setakat ni. Iman asyik memuncak je. Alhamdulillah Allah pelihara. Baru-baru ni dengar bom bom kat Gaza ni. Aku tak tahu sangat. Tapi aku syukur sangat-sangat sebab duk kat Malaysia, aman je. Berbilang bangsa pulak tu. Tah tahu nak cakap macam mana.

Dengan amal aku yang boleh tahan ni aku rasa ok dah, insha Allah kalau mati esok lusa boleh kot ketuk pintu syurga. Perkara jahiliyyah aku dah tinggal. Tapi kalau korang ada cadangan nak suh aku tambah boleh jugak, tertanya-tanya jugak nak buat apa lagi.


Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
(18:103-104)

EH JAP.

Ayat kat atas ni macam nak tuju kat aku je. Meh meh kita baca lagi detail. Aku silap kot. Mungkin nak point kat orang lain kot.


Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(18:105)

Alhamdulillah. Ni untuk orang yang ingkar dengan ayat-ayat Allah. Aku insha Allah tak. Aku baca Quran. Malam Jumaat tak pernah tinggal baca surah al Kahfi. Ada gak beberapa surah aku hafal. Buat bacaan dalam solat.


-------------------------

Dan Dialah yang menajdikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk menguji atas (karunia) yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang
(6:165)

Hoii

Kau cakap kau baca Quran tapi kau tak amal. Kau ni khalifah tapi kau tak buat pun kerja kerja khalifah ? Apa hal? Bukankah ni kufur pada ayat-ayat Allah? Dan orang yang kufur pada ayat-ayat Allah, maka sia-sialah amalan yang mereka buat walau sehabis baik. Kau tak sedar?

-----------------------------

Alamak ! Aku ni khalifah ke?
Aku lupa aku khalifah.
Jangan jadi macam aku.

----------------------------

Wahai orang-orang budiman dan soleh!  Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan
Sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,
Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan

-Muntalaq

BERHALA YANG BELUM PECAH

Saya kongsikan artikel ini, karya asal pemilik blog ini, kerana wajar benar untuk kita semua baca dan hayati.





Bismillah..

 Suatu petang, dua sahabat berjalan. Yang seorang nya bersuara,

“Depan rumah jiran aku ada patung berhala.” 

Katanya.


-------------


Kira-kira 1400 tahun dahulu, Rasulullah bergerak keluar dari tanah Al-Munawwarah Madinah, menuju ke tanah Al-Mukarramah Makkah, dengan bala tentera seramai sepuluh ribu orang yang kesemuanya dari kalangan para sahabat yang jujur dan lurus dalam melangkah, gagah. Pantang mengalah, demi agama Allah.

Berpergian mereka dengan satu misi. Tanah turunnya wahyu itu akan ditawan kembali. Akan dipancang dengan satu panji. Akan disimbah dengan cahaya islami. Akan disimbah lagi dan lagi, biar bercahaya terang dan memukau, dengan cahaya ilahi.

Bukan kecil kekuatan mereka. Bantuan Allah benar-benar ada, menambah daya dan upaya ke atas setiap  para mukmin itu yang masing-masing mendambakan syurga.


“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah..”
An-Nasr: 1-2

Hari itu menyaksikan Kota Mekah dibuka.
 
Sesungguhnya tiada daya dan tiada upada, melainkan dengan adanya Allah bersama.

 -------------------


“Kebenaran telah datang dan kebatilan menghilang, sesungguhnya kebatilan itu telah terpadam”
(al-Isra’: 81)


Dari atas Kaabah, dengan busar panah di tangan, Rasulullah menyebut untaian ayat ini.
Dengan busar panah di tangan itu, baginda menjatuhkan berhala-hala sebanyak tiga ratus enam puluh semuanya. Satu, demi satu.


“Kebenaran telah datang dan kebatilan tiada lagi menjelang dan tiada pula ia berulang “
(Saba’: 49)


Lalu berhala-berhala pun jatuh dan tumbang, hancur berderai-derai.
Lailahaillallah, la syarikalah.
Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya.


 -------------------


Itulah kesudahan berhala-berhala yang disembah oleh puak-puak musyrikin Mekah. Padahal nyata, sedikitpun berhala itu tidak mampu memberikan apa-apa kepada sesiapa, malah untuk dirinya sendiri pun ia tidak mampu berbuat apa-apa.

Ahhaa, menyebut tentang itu, mengingatkan kepada berhala yang dinamakan “manat” oleh Amru bin Jamuh suatu ketika sebelum keislamannya dahulu. Waktu tuhannya itu hilang. Waktu dia mencari-cari dalam amarahnya,

“Mana manat gua??”

Waktu itulah beliau melihat kerumunan orang di lubang kotoran, lalu dihampirinya, dan ia mendapati “tuhannya” terhunjam ke kotoran dengan pedang dan bangkai anjing di pundaknya. Amru pun sedar, berhala yang selama ini disembahnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa, bahkan untuk mempertahankan dirinya sendiri pun tidak mampu, walaupun senjata tersedia.
  
Namun,

Bukan semua berhala boleh pecah dengan hentakan tukul atau tembakan busur panah.
1400 tahun sudah berlalu, namun umat hari ini menyaksikan masih banyak rupanya berhala yang belum “pecah”.

Berhala yang bersembunyi di dalam dada muslim, dan mengganggu lurusnya ingatan dan ketaatan seorang hamba kepada Allah yang Maha Esa. Berhala yang dituruti kata-katanya, didengari bisikannya dan dibuntuti permintaannya. Langsung, menjadikannya tuhan kepada empunya jiwa. Ya, tuhan.

Itulah – hawa nafsu. Yang sentiasa dahaga, untuk disuap dengan keseronokan yang sia-sia.

Maka tidak peliklah, jika Allah bertanya,


“Pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya?”
al furqan:43


Kerana berhala itu tidak semuanya boleh dipecah hancurkan oleh tukul atau busur panah, maka masih banyak lagi hari ini ‘mereka’ yang belum pecah, belum hancur. Yang masih ditaati, didengari dan dibuntuti. Walaupun kadang-kala berselang-seli pula dengan mentaati Allah.

Solat, tapi juga pergi ke pesta-pesta hiburan, berlaga bahu lelaki perempuan.

Puasa, tapi mahu juga buka aurat sekali-sekala, berhibur dan menurut rasa.

Iya, mungkin benar,

“Alahai. Jangan lah syadid (keras) sangat. At least dia solat. Dari dia tak solat langsung?
Maksiat-maksiat tu lama-lama dia tinggal lah. Jangan sebab dia campur-campur, kita nak kata dia kufur, nak samakan dia dengan musyrikin Mekah dulu tu.  

Iman manusia ni kan, yazid wa yankus..“

Tuddiaa.

Tapi maaf. Maaf banyak-banyak.

Sampai bila?

Bukankah..


“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”
(albaqarah:42)


Dan tidak takutkah..

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya,
dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?

Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat).
Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

(al-jatsiyah ayat 23)


Samada 1400 tahun dulu atau sekarang, di Mekah atau di mana-mana, sejak dulu hingga sekarang, Tuhan kita tetap sama –  cuma satu. dan Dia Maha Esa.

Maka kalau dahulu menyembah berhala itu perlakuan mempersekutukan Allah, maka sekarang pun ia tetap sama. Maaf, wahai jiwa-jiwa. Azab Allah itu lebih syadid (keras) lagi, cukuplah itu untuk membuka luas-luas mata kita.

Kalimah syahadah yang kita lafaz,

Lailahaillallah, Muhammadur Rasulullah – sudah masanya kita buktikan dengan jelas dan nyata.

Lailahaillallah, la syarikalah.

Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya.


-------------------


Suatu petang, dua sahabat berjalan. Yang seorang nya bersuara,

“Depan rumah jiran aku ada patung berhala.” 

Katanya, sambil pegang iphone, buka application 9gag. 
Sebentar kemudian disusuli ketawa gembira.


“Belum tibakah masanya bagi orang-orang beriman, untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah, dan mematuhi kebenaran yang diturunkan kepada mereka?”
al hadid:16


Inilah masanya, wahai jiwa-jiwa.
Berhala-berhala yang belum pecah itu, hancurkan. 

Hancurkan.