Thursday, February 13, 2014

KEMBALILAH !




Alhamdulillah. Setelah berlalu hari dan hari, minggu ke bulan bahkan tahun ke tahun dan ke tahun seterusnya, hidup kita yang tidak sepi daripada melakukan dosa ini masih ada, masih berkesempatan untuk kita menghirup udara percuma, dengan ratio oxygen, carbon dioxide, nitrogen dan gas gas lain yang just perfect.

Teringat seorang Ustaz pernah share, portion gas dalam udara ini tidak berubah. Just perfect. Walaupun berlaku pencemaran udara, jerebu ke, turun salji di Kuala Krai ke, portion tetap sama. Kalau lah oxygen tu terlebih sikit, nescaya habislah terbakar material yang mudah terbakar di muka bumi ini kerana lebihan oxygen menggalakkan combustion process.


Kalau kurang pula, nescaya kita semua kena pakai oxygen mask, kerana tidak cukup oxygen dalam darah, untuk menghasilkan tenaga. Penatlah jantung mengepam darah supaya lebih pantas bergerak dan bertindak. Kehausan la mitochondria, dan pasti merungut haemoglobin dan sebagainya.

Dan juga jika ia berlaku, terpaksa la kita dapatkan bekalan oxygen tambahan di kedai kedai, maka manusia akan mengambil kesempatan ke atas manusia yang lain. Meningkatlah kos sara hidup dan menderita la mereka yang dibawah, maka bersorak la yang di atas.

Lihatlah, betapa telitinya aturan Allah s.w.t.

KeadilanNya terserlah, dalam pengurusan udara je pun
Yang jarang jarang kita fikirkan.


----



Pun begitu, sudah menjadi sunnah hidup ini medan ujian. Pasti ada yang kandas dan terbuat dosa. Terumpat. Terdedah aurat. Terminum itu, tersedut ini. Termakan harta orang. Terkata belakang. Tergoda. Tergelak lebih. Termakan banyak. Tertido lebih. Terguris hati yang lain. Tersakiti jiran jiran. Termegah. Terbangga. Terujub.

Dan banyak la ter ter yang lainnya. Kalau nak list kan semua ter ter tu, maka hari ini kita memang cerita pasal ‘ter’ jela. Err.


Kali ini saya nak kongsi la sedikit pengalaman membaca al Quran beserta makna, elok la musim musim orang ramai mula berodoj ini, motivasi dan panduan dari al Quran sekitar berhadapan dengan ujian ujian dunia ini.


Kalau anda perasan la, apabila Allah hendak menceritakan tentang suatu ujian kehidupan dunia ini, Allah akan bawakan satu figure yang mana keadaan dia diuji dalam ujian tersebut dalam keadaan terpaling dahsyat. Yang akhirnya bila kita baca kisah mereka ini, kita rasa macam hampeh je kita ini. Ujian kita dan mereka mungkin sama, tapi intensity nya berbeza.

Dan kita dengan intensity ujian yang biasa biasa itu terus merungut.


Contoh;

Apabila Allah hendak mengkhabarkan kita tentang ujian jalan dakwah yang sangat panjang ini, Allah bawakan kisah Nabi Nuh.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun….”
(Al An kabut:14)


Peh. Kita buat dakwah tiga hari dah merungut. Lihatlah betapa intense nya ujian ‘lamanya seruan dakwah’ ke atas Nuh a.s. yang sepatutnya menyentap kita dan terus kembali kerkerja.


Seterusnya, apabila al Quran hendak berkongsi dengan kita tentang ujian menjadi seorang lelaki, muda, kacak pulak tu, dengan ujian godaan wanita Allah bawakan kisah Nabi Yusuf. Ketampanan nabi Yusuf ini memang kita semua tak boleh challenge la, sehinggakan wanita yang terhiris jari mereka tidak sedar kerana khusyuk dan tergoda.

Rasanya sangat mustahil ada wanita yang akan tertawan dengan wajah kita sehingga tahap tak sedar mereka menghiris jari sendiri. Hidung pun tak berapa nak mancung, haha. Berbeza dengan nabi Yusuf,

Pun begitu dia mampu;


“Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya dan dia menutup pintu pintu seraya berkata, “Marilah ke sini”, Yusuf berkata,
“Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”….
(Yusuf:24)


Apabila Allah hendak berbicara tentang ujian kuasa dan harta, Allah bawakan kisah Sulaiman a.s., yang mana apabila dia dikurniaan nikmat memerintah seluruh alam, termasuk haiwan dan jin yang boleh berbicara dengannya dan melakukan apa sahaja kepadanya, dia berkata dengan penuh zuhud;


“……‘Ini termsuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku apa aku bersyukur atau mengingkari’….”
(An Naml:40)


Kita ini pula, baru dilantik menjadi ketua rumah sukan, satu kampung kita canang cerita. Baru dipilih jadi pemimpin, dah mula nk korup, naik jet, nak mewah je. Ewah ewah.



Bila Allah hendak mengajar tentang ujian menjadi wanita solehah yang mungkin dicemuh dan didiskrimanis oleh masyarakat, Allah bawakan kisah Maryam yang mana diuji dengan kandungan tanpa persetubuhan itu. Sehingga dia difitnah, dan dikeji oleh masyarakat, meskipun seluruh hidup dia tidak pernah bersentuhan dengan yang bukan mahram.

Meskipun dia sering mengabiskan masa di mihrab, beribadah kepada Tuhan.


“Maryam berkata, “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelakipun”, Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril), “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila Allah berhendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya berkata kepadanya, “Jadilah” lalu jadilah.
(Ali ‘Imran:47)


Peh. Maryam. Dah lah solehah. Diuji dengan kandungan. Dengan ujian yang pasti mendatangkan fitnah. Dengan ujian yang tidak dapat disorok. Masakan kita yang tak berapa solehah ini merungut bila diuji sekelumit cuma?



Dan bagi para isteri yang teruji kerana sering ditinggalkan suami ekoran keluar berdakwah, Allah datangkan kisah Ibrahim a.s yang meninggalkan isterinya hajar dan anak lelaki mereka Ismail a.s di padang pasir, ye di padanag pasir tanpa bekalan makanan, bukan ditinggalkan dalam banglo mewah beserta pendingin hawa.


Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah tempatkan sebagian dari keturunanku di lembah yang tak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang suci, ya Rabb kami yang demikian itu agar mereka mendirikan sholat, maka jadikanlah hati sebagian manusia condong kepada mereka, dan beri rizkilah mereka dari buah-buahan, semoga mereka bersyukur
(Ibrahim : 37)
 

 

Dan ada banyaaakkkk lagi bentuk ujian yang situasinya berada dalam tahap ekstrim Allah ceritakan dalam al Quran.

Ujian buat ibu bapa yang terlalu sayangkan anak, Allah bawakan kisah Ibrahim a.s. dengan Ismail a.s.

Ujian Allah bagi orang yang banyak ilmu, ada cerita Nabi Musa dan hamba Allah Khidir

Ujian harta, ujian pangkat, ujian agama dan bermacam macam macam lagi.


Kesemua ini sepatutnya menjadi motivasi kepada kita untuk teguh berhadapan dengan mehnah dunia. Apa-apa pun, al Quran meraikan sifat manusawi yang ada pada seorang insan, yang mustahil tidak akan melakukan dosa kecuali para rasul yang maksum.


Sebab itu, dibawakan cerita Adam a.s dan isterinya yang melanggar syariat Allah. Ia adalah satu sunnah, seluruh keturunan manusia tidak sepi dari melakukan kesalahan. Cuma, diakhirnya, kisah Adam dan isterinya mengajar kita untuk bertaubat.


Maka saudaraku,

Kembalilah !

Tuesday, February 11, 2014

ONE WORD : ISTIGHFAR



Allah Ta’ala memerintahkan manusia yang mukallaf supaya beristighfar setiap kali selesai mengerjakan amal soleh atau amalan yang baik.

Dia memerintahkan Rasul-Nya s.a.w supaya beristighfar di ketika penghujung usia baginda di dalam firman-Nya yang bermaksud:

 
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
(An-Nasr: 1-3)


Allah perintahkan para hujjaj supaya beristighfar setelah mereka menyelesaikan haji mereka. Firman-Nya bermaksud:

“Kemudian hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Baqarah:199)


Demikian para nabi, orang-orang soleh yang terdahulu dan yang kemudian, mereka beristighfar memohon ampun sedangkan mereka mengerjakan kebaikan, kebajikan dan amal soleh.

Nabi Nuh a.s mengajak kaumnya beristighfar sebagaimana dinyatakan di dalam ayat yang bermaksud:

“Maka aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.” (Nuh:10)

Adam dan isterinya mengakui kesilapan dengan memohon ampun seraya berkata:

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”
(Al-A’raf:23)


Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya berisatighfar dengan katanya (maksud):

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula)
Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu…” (Hud:3)


Nabi Sulaiman a.s. ketika melihat angkatan tenteranya yang hebat dan kerajaannya yang mantap, berkata dengan penuh tawadhuk (maksudnya):
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
 (Sod:35)

Nabi Ibrahim a.s. ketika di penghujung usianya setelah selesai menjalankan tugas dakwah yang diperintahkan kepadanya berdoa (maksudnya):
“Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;”
(Asy-Syu’ara’: 82-83)


Dan Allah berjanji kepada mereka yang beristighfar tidak akan menimpakan azab sengsara di dunia selagi mereka tetap beristighfar. Firman Allah bermaksud:

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(Al-Anfal:33)

Dia sentiasa menyeru manusia semua agar tidak berputus asa dari rahmat serta keampunan-Nya.

“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Maksud az-Zumar:53)


Allah juga menegaskan bahawa sesiapa yang menjauhi dosa-dosa besar, akan diampunkan dosa-dosa kecilnya.

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).”
 (Maksud an-Nisa’:31)

Maha Suci Allah yang sentiasa menghulur ‘tangan’ di waktu siang untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu malam. Dan menghulurkan ‘tangan’ di waktu malam untuk mengampuni dosa yang dilakukan di waktu siang.



Maka bilakah orang yang belum bertaubat akan bertaubat?

Bilakah orang yang menjauhkan diri daripada-Nya akan kembali kepada-Nya?
Bilakah orang yang masih leka dari mengingati Hari Pembalasan akan menginsafi dirinya pada hari yang tiada guna segala penyesalan?

Mana lagi penyesalan yang lebih hebat daripada ini, ketika kita melihat ratusan ribu insan berdosa mendapat keampunan-Nya Yang Esa, sedang kita tidak termasuk di dalam golongan itu? Kita seorang yang tercicir dari senarai hamba yang diampuni oleh Tuhannya?
Na’uzubillahiminzaalik

Marilah beristighfar
-Dipetik dari blog Ustazah Maznah dan disunting untuk bacaan umum heh.

Saturday, February 8, 2014

BELAJAR DARIPADA ASIAH



Alhamdulillah,

Thumma Alhamdulillah, besyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita diberi peluang untuk bernafas di saat ini, untuk terus beramal merebut syurgaNya, beramal untuk mengejar redhaNya.

Formal.



Baiklah, baru baru ini, saya ditanya macam mana cara hendak untuk menjaga diri tika mana kita tidak bersama dengan rakan-rakan yang sefikrah dengan kita, tatkala kita berada dalam suasana yang tidak solehah. Contohnya, bagaimana kita berhadapan dengan cuti yang lama di rumah, bila tercampak di tempat yang terpencil atau hidup dikongkong oleh ibu bapa yang kurang berselera dengan penglibatan kita dalam dakwah dan tarbiyah.


Tidak dinafikan, ada masa-masa kita akan berada pada waktu waktu ini.

Pastinya, di saat ini, kita akan berasa down, tanpa sokongan, rasa tebatas untuk bergerak, terasa sempit medan amalnya, mudah untuk berasa lemau, lemah, tidak bermaya, depressed, lesu, berlemak-lemak dan semua lagi adjektif yang sesuai dan seangkatan dengannya. Err.

Tambahan pula, di rumah atau di tempat tempat ini, kita kelihatan begitu asing, secara luarannya, dan in sha Allah secara dalamannya. Kalau di rumah, kita rasa tertarik untuk hanyut bersama adik beradik yang lain, keluar rumah lewat malam menonton wayang, menonton movie sepanjang cuti, dan sebagaimana.


Kemudian, kita berjumpa dengan saudara mara yang lain. Kita tampak berbeza. Kita lihat sepupu sepapat kita berpakaian fuhhh, berbelah belah, dengan hiasan sana sini. Kadang kadang terdetik dalam hati kita, “Kan best kalau aku boleh jadi macam tu”. Kemudian ada dalam kalangan mereka ajak kita makan di McD, keluar bersama teman teman lelaki, pergi ke konsert dan sebagainya.

Saat ini kita tersepit. Sama ada untuk mengekalkan prinsip kita atau menjaga hati saudara mara kita. Atau mungkin juga kita akan mula terasa, tak salah kot. Fikiran kita sedikit demi sedikit mula menjustifikasi perbuatan perbuatan di atas. Makin lama makin jauh kecenderungan kita ke arah itu.

Pada waktu ini bisikan bisikan halus dan licik akan mula kedengaran di gegendang telinga kita, mencucuk cucuk dengan penuh berhemah dan istiqomah.



“Ala sedikit je, bila lagi”

“Time cuti je pun nak tengok wayang, berukhuwah kot”

“Pakai ketat sikit je, takdelah ketat sangat, lagi pun nak gi majlis kahwin sekali seumur hidup je ni”

“ Aih kalau aku keluar dengan diorang pakai tudung labuh, baju besar gelebeh ni, macam selekeh je”


Pada saat itu juga amal-amal kita mula merudum. Bacaan Quran kita makin lesu. Makin kering. Kita sudah malas untuk mentaddabur, kadang kadang kita baca dan beramal sekadar untuk memenuhi jadual amal, supaya nanti bila ‘dilaporkan’ pada murabbi, murabbi tidak syak apa apa dengan kita.


Saat saat ini akan datang,
bahkan mungkin sudah kita semua rasai.
Siapa kata nak istiqomah itu senang?


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqomah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula berduka cita.

Mereka itulah penghuni penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.
(Al Ahqaf:13-14)


Sebab istiqomah itu susahlah, Allah janjikan syurga buat mereka yang mampu istiqomah. Syurga. Apa lagi yang lebih bernilai dari itu.?!

-------------

Nah.


Apa kata anda. Saya tiada jalan mudah atau rahsia ajaib untuk dikongsi supaya kita semua istiqomah. Bahkan saya yakin, kita semua sudah masak dengan tips yang sangat praktikal yang sudah dikongsi oleh nuqaba’ kita dan sebagainya.


Cuma hari ini suka saya untuk berkongsi satu figura yang mana kisah hidup nya jauh lebih terasa tekanan daripada tekanan, kekangan dan kongkongan kita alami hanya diwaktu cuti atau diwaktu kita berada di tempat tempat baharu dan terpencil jauh dari sokongan ikhwah akhawat,


Yakni kisah kehidupan Asiah, isteri Fira’un.


Asiah ialah seorang manusia, mempunyai naluri keinsanan. Seorang perempuan yang pastinya memiliki keinginan keinginan sebagaimana perempuan perempuan yang lain. Seorang permaisuri yang pasti dikelilingi harta, pakaian yang cantik, makanan yang bekelas, mewah yang pastinya mengiurkan.


Dan pada waktu yang sama hidup dibawah kongkongan seorang lelaki yang mengaku sebagai Tuhan, yang juga suaminya. Seorang lelaki yang hidup bersama misi untuk membunuh seorang lelaki yang dikhabarkan akan muncul dalam kalangan rakyatnya untuk bangkit menentangnya suatu hari nanti yakni nabi Allah Musa a.s.


Jika dibandingkan keadaan kita dengan Asiah, sudah pasti beliau ada lebih banyak sebab dan alasan untuk tidak tunduk kepada perintah Allah. Lebih sukar untuk dia istiqomah, berpegang dengan prinsipnya. Lebih banyak godaan duniawi yang berputar sekitarnya. Dengan kehidupan yang mewah, pakaian yang cantik, haruman dan hiburan yang boleh dia nikmati bila bila masa.


Tapi Asiah bukan sekadar seorang permaisuri biasa yang sekadar duduk bertenggek di atas pemaidani atau kerusi di sisi suami sambil dilayani barisan dayang dayang. Bukan seperti kebanyakan kerabat diraja dunia kini. Asiah tidak terpengaruh dengan semua itu.


Bahkan, Asiah memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah hidup nabi Musa a.s. beliau merupakan seorang pejuang, yang menyelamatkan Musa dalam keadaan keterbatasan yang dialaminya. Allah takdirkan dengan pengaruh dan usaha Asiah, dia berjaya mengelakkan Musa daripada dibunuh.


Dan berkatalah isteri Firaun, “Ia adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak”, sedang mereka tiada menyedari.
(Al Qasas :9)



Di samping itu, walaupun hidup dalam kongkongan lelaki yang mengaku Tuhan itu, Asiah masih tegar menjaga prinsipnya. Besar benar ujian buat Asiah. Besar benar sumbangan Asiah. Berat terasa olehnya kehidupannya. Kezhaliman yang terpaksa di perhati sahaja. Namun dia istiqomah.


Tidak hairanlah, Allah rakam ayat berikut,
satu doa yang sangat hebat dari Asiah;


Dan Allah membuat isteri Fira’un perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata,

“Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fira’un dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari yang zhalim”
(At Tahrim: 11)


Asiah, seorang kerabat diraja, telah membuktikan kita semua bahawa dia pun mampu. Apatah lagi kita?


Daripada Asiah juga kita belajar untuk menggunakan segenap kesempatan yang kita ada untuk menyumbang kepada agama ini

Daripada Asiah kita belajar bahawa apa pun gelaran kita di dunia ini, baik seorang permaisuri, anak dato’ ke, cucu perdana menteri ke, tugas seorang muslim tetap berada di bahu kita.

Daripada Asiah kita belajar bahawa rahsia kekuatan diri adalah yakin dengan ketentuan dan perancangan Allah

Dari Asiah kita belajar bahawa atas segala pengorbanan di dunia itu, meski sepanjang hidup kita tersepit dan terjerat dengan jerat kehidupan, yang menanti di sana adalah syurga.


Fuh.

Daripada Asiah kita belajar banyak perkara.

Maka layaklah satu rumah di sisi Allah untukNya,
Bagaimana dengan kita?


“May Allah show us home in Jannah by His side, so that it will keep us istiqomah on this path”

Monday, February 3, 2014

RALIT DI TAMAN DUNIA





(Pulanglah)

Singgah sekejap di taman ini
Bukanlah langsung mahu bermukim
Atau menjadi ia milik sendiri
Sebab salam yang kita hulurkan
Telah dijawab oleh akhirat

 
Di taman bernama dunia
Aku dan kau sama-sama ralit
Menghambat burung kebebasan
Padahal nanti ia pulang jua
Menyangkar diri pada Mahsyar

 
Aku kutip batu-batu laknat
Untuk dilempar pada tiang agama
Banyak tiang kulihat runtuh
Dan aku kutip lagi batu baru
Kau pula melompat ceria
Menyorak untuk kemusnahan
Mengilai untuk kemurkaan

 
Kau memanggil-manggil namaku
Katamu ada buaian maksiat
Aku hanya tahu menurut
Aku duduk di atasnya, selesa
Dan kau menolak buaian itu
Sehingga kadang terlupa
Kita sedang bermain bola iman
Disepak dan disepak lagi
Dan lagi

 
Cukuplah
Aku sudah terlebih penat bermain di sini
Setiap kenangan yang kita bina
Akan aku jadikan puntung arang
Agar boleh dibakar selonggok dosa
Yang kita bawa bersama
Yang kita rahsiakan dari Penjaga

-PS