Monday, March 18, 2013

"KAMI SEBENARNYA..."





“Dah lama Makcik jual pisang goreng ni?”


Eja bersuara. Sambil tunggu Makcik tadi isi pisang ke dalam plastic separa lutsinar. Sambil-sambil itu dilap peluh-peluh. Hangat. Betul betul tengah hari. Syamil tengok Makcik tadi goreng pisang yang lain setelah diangkat satu batch yang dah masak.
Berminat.

“Kalau dah dikira-kira, aih dah lebih 15 tahun”

“Uiks lama tu” Jawab Syamil.

“Selalu ramai ek kat sini?”

“Alhamdulillah. Macam ni la. Kadang ramai kadang tak”

Terpegun. Kagum sebenarnya. Makcik tu, kalau dihitung-hitung dah lebih separuh abad. Kedut-kedut pada wajahnya dah jelas kelihatan. Bintik bintik hitam, tanda gigih.

“Anak-anak Makcik ?” tiba tiba terpacul keluar dari mulut Eja.

Belum sempat dia habiskan soalannya, Syamil tenung Eja. Isyarat. Sensitive barangkali soalan tadi. Takut-takut tak kena.


“Dorang semua dah keje, kat Bandar. Merata-rata. Kamu semua ini dari mana?” Makcik tadi dah paham.

“Oh. Kami dari JB. Ada program kat sini”

“Selalu program kat sini? Jauh tu”

“Selalu jugak la” Ujar Syamil.

Pisang dua bungkus dah siap. Masak. Harum sampai ke hidung. Makcik masukkan ke dalam plastic.

“Lima ringgit kan Makcik?”

“A’ah. Ni Makcik masukkan lebih. Nanti singgah la lagi”

“Eh tak payah la Makcik. Ermm, ni sepuluh ringgit, baki Makcik simpan ek”

Eja terharu.
Makcik tadi pun.

“Kamu  ni sapa sebenarnya?”

Eja tengok syamil.
Syamil tengok Eja.

“Kami sebenarnya….”


--------------------


Lutfi perlahankan kereta Myvi kuningnya. Haris tekan button kat dash board tu. Cermin tingkap terbuka.

“Assalam’alaikum Pakcik, nak ke mana?”

“Wa’alaikumsalam. Nak ke pasar borong kat pusat Bandar sana.”

“Marilah naik. Kami pun on the way ke sana”


Haris turun dari depan. Dituntun Pakcik tadi. Pintu dibuka. Kemudian ditutup. Perjalanan diteruskan. Jauh sebenarnya lagi destinasi dituju. Dua tiga minit pertama semuanya sunyi. Cari idea mungkin.

Peluh-peluh mengalir dari dahi Pkcik tadi.
Jauh benar dah jalan tadi. Haris kuatkan pendingin kereta. Lutfi terus memandu ke destinasi. Jalan mereka tak sehala sebenarnya.

Tapi..

“Pakcik dari mana sebenarnya?”

“Seksyen 13, anak nak ke mana?”

“Kami nak ke Bandar juga. Ada program. Jauh juga tu Pakcik jalan.”

“Pakcik dah biasa dah. Budak kat rumah tu, kalau Pakcik tak keluar cari makan, tak makan la semua”


Haris pandang Lutfi.
Sampai kat satu simpang, Lutfi perlahankan kenderaan singgah sekejap di satu gerai. Haris cepat-cepat turun. Tiga gelas air kelapa dibeli. Cepat-cepat dia naik kereta balik

“Air kelapa Pakcik..”

“Eh kamu ni, buat susah je..”

“Takpe. Bukan selalu pun.. Panas kan sekarang”

Haris hulur satu gelas air. Pakcik tadi terus ambik.
Laju diminumnya. Haus benar. Makin laju pula peluh.

“Haa turunkan Pakcik kat depan mesin ATM jela”

“Yang tu ek?” Lutfi tunjuk mesin ATM Bank Islam di seberang jalan. Dah dekat dengan pasar.

“A’ha yang tu”

“Nanti pakcik nak balik, nak kitorang ambikkan?”


Tiba-tiba muka Pkacik tadi lain.
Kaget. Bingung pun ada.

“Eh takpela. Pakcik boleh balik sendiri nanti”

“Ok la kalau macam tu”

“Pakcik turun dulu la nak, hati-hati bawak kereta nanti”

“In sha Allah Pakcik.”

Pakcik tadi turun. Sebelum tutup pintu. Dia sempat toleh balik ke dalam.
Tertanya-tanya

“Kamu ni sapa sebenarnya?”

Lutfi dan Haris saling berpandangan.


“Sebenarnya kami…”


----------------------------


“Faris kan?”

“Mana abang tahu?”

“Haa, dunia kan dihujung jari sekarang”

Tiba-tiba saje.
Raman duduk makin dekat dengan si Faris tadi. Rancak pula berbual. Tanya asal mana, sekolah mana. Tibe-tibe sahaja.

“Hmm, Faris free pagi esok? Jum ikut abang keluar”

“Free tu free. Tapi nak gi mane?”

“Kita gi rehlah. Nak?”

“Oh. Rehlah tu macam mana bang? Kat mane?”


***

“Macam mana tadi, best tak?”

“Best jugak. Kalau duk kat kolej konfem tidur tadi bang”

Seronok benar bercerita. Raman buka tingkap kereta. Angin dari luar masuk, kuat. Peluh keduanya mengering. Sebelum sampai ke kolej, Raman singgah di satu gerai. Beli dua biji burger. Ayam special. Peh terbaik.

“Ni untuk Faris satu..”

“Laa..tadi pun dah kenyang bang, abang makan jela”

“Bukan selalu pun kan”


Nak tak nak. Last last ambik juga.
Rezeki kalau dah datang tak baik tolak

“Hmmm bang, tadi semua tu sape?”

“Adelah. Kenapa?”

“Entah la. Semua baik baik je. Ramah mesra je. Ada lagi manusia camtu ek. Baru jumpa hari ni tapi macam dah kenal lama.”

Tersenyum Raman.


“Sebenarnya kitorang semua ni..”


------------------------


“Makan bungkus?”

“Makan.” Serentak berlima jawab.

Order diambik. Abang waiter tadi berlalu. Ramai betul orang petang tu. Semuanya orang Bandar sekarang makan kat kedai. Tak sempat nak masak kat rumah. Adeh.
Lepas lima minit tak sampai-sampai.

Ali mula dulu.
Mushaf dikeluarkan. Dibacanya perlahan. Khusyu’

Lepas tu yang lain pula ikut. Eja pun buka Quran. Adil baca kat i-pad. Haris pun. Semua senyap. Lutfi tengah cakap telefon. Kemudian dia pun ikut sama taddabur. Isi waktu kosong.

Pelik?

Orang sekeliling tengok.

Dua tiga minit air sampai.
Abang waiter tadi la paling pelik

“Korang ni dari skolah Tahfiz Seksyen 39 tu ek”

“Eh tak la. Kami belajar kat sini je. Kat Kolej Matahari tu”

“Oh”

Abang tu hidang air. Perlahan-lahan. Sambil tu dia tengok sorang-sorang. Berminat mungkin. Entah. Pelik benar.

“Ikut tabligh eh”

“Kenapa bang?”

“Eh tak de pape, layan pelanggan”

“Nasi lambat lagi bang?”

“Jap ek”

Abang tu pergi. Sengih sengih mereka lima orang.
Menarik.

Duduk sekejap, yang di order pun sampai. Abang tadi lagi. Mukanya penuh tanda soal. Tak puas hati lagi.

“Abang dah makan? Jom la sekali” Pelawa Ali.

“Dah tadi. Korang ni sapa sebenarnya?”

“Kami sebenarnya…”



-------------


Kami sebenarnya….

Sebenarnya

Sebenarnya

Meh nak bisik


“Nahnu ruhul jadid fil jasadil ummah”

Senyum.

13 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fathin Nadhirah Mohd Nazali said...

maksud ayat last tu apa? tak faham.

Inspector Saahab said...

KAMI RUH BAHARU DALAM JASAD UMMAH :)

Fathin Nadhirah Mohd Nazali said...

ohhh. Jazakallahu khairan katheera.

Akhi. said...

Allahu Akbar,
dah lama aku tak baca post hang sampai meremang bulu roma,
jzkk, inspector.
:')

haikadove said...

this is simply awesome !
"kami ruh baharu dalam jasad ummah"
insyaAllah :')

Anonymous said...

Ar-ruuhul jadid fi jasadil ummah http://goo.gl/j0H2l

affan aufa (pendaki keikhlasan) said...

hebat.. Allahuakbar.

Mawar Putih said...

simple.sentap.
InsyaAllah

akhi nawawi said...

Senyum :-)

Cahaya said...

naisss one.

izzah said...

awesome ! i wish, i can i be apart of them .

Nature Mujahid said...

Bismillah Alhamdulillah... pengis9iannya santai tpi superb. ^^