Sunday, August 5, 2018

BILAKAH BUMI AFGHAN AKAN KEMBALI AMAN?



10 Hari Mencari Cinta
 
#1

 Topi Afgan , pakol

Tidak jauh dari entrance Hotel Madinah Concorde, kedai pakaian paling hampir dengan tempat penginapan kami dimiliki oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50an yang sering duduk di sudut kiri muka kedainya, di atas baku berkaki empat sambil memegang tasbih. Tidak kasar, berbanding pekedai-pekedai yang lain, lelaki berkulit putih kemerah-merahan itu hanya senyum dan mulutnya terkumat-kamit melafazakn zikir. Tidak kelihatan kelibat seorang wanitapun dalam kedai pakaian bersaiz sederhana itu. Hanya beliau dan 3 orang anak muda, lelaki. Tiga beradik.Kacak. Semuanya putih kemerah-merahan. Yang pasti mereka tiada rupa Arab. Kelihatan seperti berasal dari bahagian asia Barat.

“Malaysia?”

“Haa..”

“Mari-mari, murah-murah”


Kagum sekejap kami. Fasih mereka berbahasa Melayu. Itulah pengalaman mengunjungi kedai pertama sebaik tiba di bumi yang menyimpan jasad Rasulullah saw. Bumi yang penuh berkah. Sejuk, aman. Mengingatkan kami gambaran suasana Daulah Madinah Ar-Rasul yang selama ini hanya mampu ditekuni melalui ayat-ayat dalam kitab-kitab sirah.

“Eish isma’ ”
Nama apa?


Cubaan berbahasa ammi. Ceh.

“Abdul Bari”

Hamba al-Bari.


Tiba-tiba tersentak pulak dalam benak.  Ada eh nama Allah al-Bari ?
Soalan kedua, apa maksud al-Bari ?


Usai pulang ke bilik. Kami sempat menyemak persoalan-persalan di atas dengan bantuan Sheikh Google. Ya Allah. Memang ada nama Allah al-Bari. Terasa jahil dan tercucuk-cucuk. Allah nak ajar kami kenal nama Dia sampai hantar ke bumi Madinah. Mahalnya pelajaran ini! Padahal 99 nama Allah, dalam lagu al-asma’ al-husna dihafal dan dinyanyikan setiap hari sepanjang lima tahun di MRSM dahulu. Dan memang nama-nama ini disebut dalam Qur’an.


Mari kongsikan sedikit info;


وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".
(Al-Baqarah : 54)


Perhatikan frasa;
فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ


Maksudnya,

“..bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu...”

Al-Bari maksudnya macam Khalik, pencipta. Tetapi ada kelainan sikit. Nak tahu detail boleh sama-sama kita buat kajian nanti dan rujuk pandangan ulama’ muktabar.


Hari pertama di Madinah.

Subhanallah!


“Anta taskun huna?”
Awak tinggal sini?


“Naam, lakin laisa min huna..”
Ya, tapi bukan asal sini..


“Min ayyi alrd..” Err
Dari bumi mana?

“Afghan...”



Huuu. Mengalir air mata. Dalam hati jela. Siapa tidak tahu kisah bergolak bumi Afghan. Sejak puluhan tahun yang lalu. Team Taliban. Team Mujahideen. Team orang tua. Team orang muda. Team ISIS. Team US . Perang saudara yang tidak berkesudahan. Bumi yang menyaksikan umat Islam diperkotak-katikkan, berperang sesama sendiri, dikelirukan dari kebenaran dan diseleweng jalan amal mereka. Sehingga kita pun keliru, entah siapa benar, entah siapa yang salah.


Tetapi memang betul telaah kami, mereka ini bukan orang Arab. Memang ada rupa Afghan. Lihat sahaja kepada kopiah, topi atau penutup kepala ayah kepada Abdul Bari yang duduk di muka pintu kedai, teringat kami kepada Sheikah Abdullah Azzam. Gambar sheikh  yang tersebar di internet memang memakai topi atau penutup kepala yang sama. Tradisi orang Afganistan rasanya.


Sheikh Abdullah Azzam, seorang pejuang islam yang telah mengajarkan umat islam hari ini bagaimana untuk berjihad. Dikatakan  ketika ada seruan jihad di Afghanistan, Sheikh yang merupakan seorang pensyarah di Universiti telah membahagikan masanya kepada dua. Separuh di Universiti untuk mentarbiyah, separuh lagi di medan tempur.


Setelah masa berlalu, beliau dapati masa yang diberikan untuk berada di medan, sebagai murabithun tidak memadai. Lalu beliau telah menjual kerjayanya. Begitulah jihad dan tadhiyah, apabila telah difahami dengan sempurna. Semoga Allah mengganjari beliau dengan syurga al-firdaus, kerana telah mengajarkan sesuatu yang tidak mampu diajar dengan hanya menelaah kitab fiqh jihad!


Afghan adalah sebahagian bumi umat Islam. Ia termasuk jajahan yang perlu dibebaskan oleh kita semua. Maratib amal, “tahrir al-wathon” yang digagaskan oleh Imam al-Banna, yakni membebaskan bumi Islam yang terjajah tidak akan sempurna sekiranya bumi Afghan tidak kembali aman.

Jadi sesi borak-borak pada pagi itu mengajak kami berfikir,

Bilakah Bumi Afghan Akan Kembali Aman?

Sehelai jubah diangkut beli, sebagai kenang-kenangan.

Umrah 2017
 

1 comment:

Nurain Nageena said...

Lama tak singgah sini. Alhamdulillah for this post