Saturday, July 28, 2012

ON MANIS


Anda bosan?
Ingin teman untuk berbual dan berkongsi kisah dan cereka suka dan duka. Tawaran hebat.

Taip ON MANIS dan hantarkan kepada sahabat-sahabat anda. Tidak percaya akan keberhasilannya? Anda ternyata memandang enteng akan ubat yang paling mujarab ini. Ayuh kita baca kisah manis yang memaniskan ini.

Himpunan Hadis yang sangat manis dan menyentuh
dari Kitab Riyadus Solihin susunan Iman Nawawi

Aww. Semanis kurma.

**************************************
1) Sumpah Sweet

Dari Abu Idris Al-Khaulanin rahimahullah berkata, “Saya masuk masjid Damaskus dan di sana ada seorang pemuda yang mengkilat giginya. mereka selalu mengerumuninya dan jika mereka berselisih pendapat maka mereka minta pertimbangannya, maka saya bertanyakan tentang pemuda itu, lantas dijawab bahawa pemuda itu adalah Mu'az bin Jabal r.a.

Esok harinya saya pagi pagi benar datang ke masjid tetapi pemuda itu lebih pagi daripada saya dan saya dapatkan dia sedang solat. Saya menunggu sehingga dia selesai solat kemudian saya datng kepadanya dari arah depannya serta menyampaikan salam dan berkata

"Demi Allah, saya mencintaimu kerana Allah"

Dia bertanya, "Benar kerana Allah ? "

Saya menjwab , "Ya kerana Allah"

Dia bertanya "Benar kerana Allah?"

Saya menjawab "Ya kerana Allah"

Kemudian dia menarik hujung selendangku untuk mendekat kepadannya dan dia berkata
"Sambutlah berita gembira, sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Tabaraka wa ta'ala berfirman, "CintaKu tercurah untuk mereka yang saling menyintai kerana Aku, mereka berkawan kerana Aku, mereka saling mengunjungi kerana Aku dan mereka saling membantu kerana Aku"

(HR Malik)


2) Sweet Terlampau

Dari Abu Karimah Al-Miqdad bin Ma’dikariba r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “Jika seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukan kepada saudaranya itu bahawa dia mencintainya”

(HR Abu Daud dan Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)



3) Tension, sweet sangat


Dari Mu’az r.a berkata, “ Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah Azza Wajalla berfirman, “Orang-orang yang saling menyintai kerana keagunganKu, maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para shuhada.”

(HR Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)


4) Sakit jantung, terlebih sweet

Dari Anas r.a bahawa ada seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah kemudian ada seseorang yang lalu di situ, lantas orang yang duduk di hadapan Rasulullah berkata, “Wahai Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu”

Nabi .s.a.w bertanya kepadanya, “Apakah kamu sudah memberitahu kepadannya?” Lelaki itu menjawab, “ Belum” Beliau berkata, “ Beritahukanlah kepadanya” Kemudian lelaki itu menemui orang itu dan berkata, “Ssesunggunya saya mencintai kamu kerana Allah” Orang itu menjawab, “ Semoga kamu dicintai oleh Zat yang menjadikan kamu mencintaiKu keranaNya”


(HR Abu Daud dengan sanad shahih)


********************************

Cukuplah dahulu untuk edisi pertama. Terlalu sweet. Saya khuatir ramai yang akan mengidap penyakit kencing manis usai membaca hadis-hadis ini. So, siapa kata Islam itu tidak sweet?

Uhibukkum Fillah :)


Cinta yang halal, berlambakkan.
Mengapa masih mencari yang haram?

Thursday, July 26, 2012

SOSEH SOSEH RAMADHAN

Sejak Ramadhan yang lalu, Ramadhan mula memberi suatu makna yang berbeza buat diri saya. Orang kata, daun daun gugur pun indah. Begitulah gambarannya betapa…betapa.. sukar untuk saya titipkan dalam penulisan kali ini. Aiwah.

Ok kali ini saya benar benar maksudkan Ramadhan, ye bulan Ramadhan, bukan Ramdhan Hamdan atau Ramadhan Lothpi atau segala aneka pilihan. Eh.

Saya tidak pasti dan kurang jelas bilakah tarikh yang tepat lagi mutakhir saya mula-mula dijerat ke kancah dakwah dan tarbiyah. Tapi saya pasti ianya pada bulan Ramdahn pada tahun yang lalu. Pada mulanya saya menyertai suatu bulatan yang agak gembira bersama seorang abang senior yang begitu comel lagi bergaya.

Kasih dan sayang yang beliau curahkan pada saya bagai menatang minyak yang penuh menyebabkan hati dan jiwa saya terpaut pada keikhlasan dan ketulusan niat suci lagi murni beliau. Beliau sering menghantar pesanan dan menjemput saya ke bulatan bulatan yang dibulatknanya. Takdirnya pula, saya ni jenis yang suka reply message dan luang masa duduk duduk beriman, ewah sila muntah sekarang!

Di situ la segalanya bermula. Walaupun bulatan itu tidak lagi saya turuti sekarang ekoran beberapa tragedy yang berlaku. Ok jangan panik. Saya masih berbulatan tetapi bersama bulatan yang lain. Eh banyak bulat nampaknya. Doakan saya moga thabat bersama bulatan ini.


Sejak peristiwa pancing memancing itu berlaku, banyak kisah menarik yang berlaku antara saya dan si abang comel dan bergaya itu tadi. Paling tidak dapat dilupakan, ah biar la rahsia.

Saya kira sudah genap setahun saya berkecimpung dalam arena DnT ini. Pelbagai onak, liku, duri, kaca tidak dilupakan juga haruman, wangian, dan segala perasaan dan pengalaman diraih dan ditempuh. Kadang kadang tertewas, kadang kadang kalah. Eh.

Yang pasti kali ini Ramadhan datang mengingatkan saya bahwa di sini la titik muntalaqnya. Pada bulan yang mulia inilah saya merasai episode kelahiran semula saya versi baharu. Pada bulan inilah saya merasa seperti baru bertemu jodoh dengan Islam tatkala sebelum ini saya dan Islam hanya seperti hye hye dan bye bye.

Maka besarlah harapan agar Ramadhan kali ini lebih bermakan kerana dirimu begitu berharga. Kerana kedatangan Ramadhan kali ini dirai dan ditunggu dengan banyak keterbezaan pada diri.

Kali ini saya menanti Ramadhan hadhir dengan penuh debaran, pada waktu yang sama sedang menyucikan fikrah secara keseluruhannya dengan fikrah islam, sedang mencelupkan diri secara total denagn Sibghah Allah s.w.t

Hari ini saya bersama Ramadhan dengan keadaan saya mula memahami erti sebuah kehidupan, dalam keadaan saya tahu tujuan hidup yang sebenarnya dan dalam keadaan saya memahami tugas dan tanggungjawab yang digalas takala hari-hari melafazkan kalimah. Shahadatain

Hari ini saya ditemani Ramadhan dalam suasana yang lebih tarbawi. Dalam keadaan diri begitu beria-ria untuk berlumba-lumba bersama ikhwah seangkatan untuk menazarkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Hadhir Ramadhan kali ini menemani saya bersama rakan-rakan yang berkongsi dan memperjuangakan kalimah yang sama.



Saya yakin ada di kalangan pembaca juga berada dalam situasi yang hampir sama dengan saya. Ramai dalam kalangan rakan saya yang mana menyambut Ramadhan kali ini sebagai yang pertama setelah disentuh dan dibasuh oleh kuasa tarbiyah. Anda juga begitu kan?

Alangkah ruginya jika kita sia-siakan peluang ini. Ramadhan itu sendiri merupakan bulan tarbiyah, penuh rahmat. Diluar sana kita lihat manusia berduyung-duyung cuba mencari jalan kembali dan mula berpaut di bawah cahaya iman tatkala Ramadhan datang. Jemaah solat di masjid tiba-tiba bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hebatnya Ramadhan. Hebat lagi kuasa Allah s.w.t yang mengatur perjalanan Ramadhan sedemikian rupa.

Maka seharusnya keadaan kita yang mendapat sentuhan tarbiyah ini secara teorinya lebih lebih lagi dalam meraikan kedatangan Ramadhan. Seharusnya kita sudah memulakan perlumbaan dengan penuh semangat kesukanan sebelum sampai ke garisan penamat. Kita seharusnya sudah memulakan usaha mengintai kedatangan malam lailatul qadr. Mula menjarakkan diri dengan dunia dan lebih mengingati mati.

Sekadar berkongsi. Saya titipkan picisan ini sekadar meraikan dan mengekalkan momentum kehangatan Ramadhan tatkala ramai sedang bercakap-cakap tentang kehadirannya maka saya melihat ini sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan. Semoga kita terus bersemangat dalam mencari redhaNya di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ketahuilah bahawa air yang dicincang tidak akan putus.

Wallahu’alam