“Pejam celik pejam
celik dan bulan Disember”
“Cepatnya masa berlalu”
“Kan”
“Rasa macam pagi tadi baru tengok konsert ambang 2012”
“Tu la, tup tap dah ada iklan konsert ambang 2013”
Antara contoh
perbualan yang ketinggalan zaman dan agak ke belakang. Tak update ke weh. Ayat cliché.
Basi dah weh ayat ni. Tak canggih langsung perbualan dan penulisan macam ni. Memang
pun. Tapi itulah hakikat.
Apa-apa pun hari ni saya bukan nak buka kelas tuisyen Bahasa
Melayu dan ajar contoh perbualan moden, tidak sama sekali. Apatah lagi nak
mengiklankan konsert ambang 2013 yang saya sangat beriman bakal memenuhi iklan
iklan di televisyen tak lama lagi. Wahai.
Tengok tajuk pun dah macam tak masuk dengan intro kan.
Semalam sempat berkabilah bersama rakan-rakan seperjuangan
di sini. Lepak-lepak sambil beriman. Setelah penat beriman, eh, sempat juga
menziarahi seorang rakan yang gagal dihubungi melebihi empat puluh lapan jam. Macam
dah masuk kes missing person. Alhamdulillah beliau ada di teratak tercinta.
Skip skip skip
Orang-orang A'rab ( Arab badwi) berkata:
"Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kamu belum beriman, kerana Iman belum
lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam".
Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Allah tidak akan
mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-hujurat :14)
Antara yang dibincangkan semalam. Menarik. Pertamanya, surah
al Hujurat diturunkan di Madinah. Kebiasaanya surah-surah Madaniyyah
membicarakn isu seperti hukum hakam, adab-adab dan bahagian cabang Islam yang
lain seperti urusan jual beli, nikah kawen dan sebagainya. Tapi dicelah-celah
itu, masih dibicarakan soal Iman.
Yang menariknya, dalam ayat di atas Allah menyindir orang-orang
yang senang-lenang mengaku sudah beriman, walhal dia sekadar Islam. Ditekankan di
sini berbeza Iman dan Islam. Sindiran ini sepatutnya dirasai oleh sesiapa yang
membaca ayat ini, refleks diri, layakkah kita mengaku beriman? Atau kita
sekadar Aslim?
Huhu. Persoalan di situ.
Ok ini baru mukaddimah.
Kemudian dalam ayat seterusnya dijelaskan, siapakah mereka
yang benar, yang layak mengaku sudah beriman.
Sesungguhnya
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya
kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah
orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujurat : 15)
(Al-Hujurat : 15)
Tertempelak di situ sejenak.
Kelepuk kelepuk.
Dapat disimpulkan bahawa orang-orang yang benar beriman
adalah mereka yang percaya dan tidak ragu-ragu kepada Allah dan rasulNya. Dan keimanan
mereka ini dizahirkan melalui perjuangan mereka, kesanggupan berkorban harta
dan nyawa pada jalan Allah.
Contoh mudah of kos la para sahabat. Bila mana kita baca dan
dengar cerita para sahabat, pasti terasa getaran Iman mereka itu merentasi zaman
dan mengetuk pintu hati kita. Bila kita baca buku-buku seerah sahabat, terasa
betapa hebatnya penceritaan tentang mereka. Inilah contoh yang paling ideal,
orang yang beriman tanpa keraguan.
Menariknya, ni baru sahaja kita baca dan dengar kisah
mereka, andai kata kita bertemu mata dengan mereka, tatap wajah mereka,
berjabat mesra dan bersembang kencang dengan mereka, saya yakin dan pasti Iman
mereka yang melimpah ruah itu akan memenuhi hati kita yang penuh dengan lompang
ini.
Persoalannya, itu mereka. Buku-buku bibiliografi tentang
mereka. Cerita mereka. Perjuangan mereka. Mereka dan mereka. Bagaimana dengan
kita?
Ah.
Andai kata suatu hari nanti ada penerbit buku yang ingin
menulis kisah hidup kita untuk dijadikan contoh kisah orang yang beriman tanpa
keraguan, contoh tokoh yang berjuang pada zaman moden ini, agaknya berapa helai
muka buku tersebut yang tertulis ? Agaknya apakah isi-isi perjuangan yang hendak
digarap oleh penulis?
Bila kisah kita dibacakan kepada generasi mendatang,
agak-agaknya bergetar kah hati mereka?
Mampukah kah kita ini dijadikan contoh?
Persoalan yang membunuh. Kot.
Perjuangan ini bukan durasi masa yang membezakan tetapi
perjuangan itu sendiri. Ada orang hidup tidak sempat pun mencecah umur setengah
abad, tapi kisah perjuangan mengisi berjilid-jilid buku tebal. Ada orang yang
diberi peluang bernafas sehingga mencecah angka seratus tahun tetapi kisah
perjuangan tidak lebih tiga muka surat.
Bibiliografi kita suatu hari nanti,
bagaimana ye?
bagaimana ye?
Perjuangan dan pengorbanan apakah yang kita ingin perjudikan
untuk melayakkan kita berkata, “Aku sudah beriman?”
4 comments:
Okay.banyak soalan membunuh.
Terasa. Allahu T.T
Allahumma faqqihhu fiddin!! ('hu' merujuk kpd anta, Inspector Sahab)
sukar utk menjawab persoalan itu.....
Jzkkk semua.
Mga Allah redha :)
Post a Comment