“Mirror mirror, siapakah yang paling
kacak?”
Ah tentu sahaja aku kan
Ah tentu sahaja aku kan
“Mirror mirror, siapakah yang paling
baik?”
Ah tentu sahaja aku kan
Ah tentu sahaja aku kan
“Mirror mirror, siapakah yang paling
dermawan?”
Ah tentu sahaja aku kan
Ah tentu sahaja aku kan
“Mirror mirror, siapakah yang paling
digemari?”
Ah tentu sahaja aku kan
Ah tentu sahaja aku kan
Tentu aku kan.
Kita sering begitu.
Terlebih sering bahkan.
Kita sering begitu.
Terlebih sering bahkan.
“Mirror mirror, siapakah yang paling
hodoh?”
Ah tentu sahaja si polan kan
Ah tentu sahaja si polan kan
“Mirror mirror, siapakah yang paling
jahat?”
Ah tentu sahaja si polan kan
Ah tentu sahaja si polan kan
“Mirror mirror, siapakah yang paling bakhil?”
Ah tentu sahaja si polan kan
Ah tentu sahaja si polan kan
“Mirror mirror, siapakah yang paling
dibenci?”
Ah tentu sahaja si polan kan
Ah tentu sahaja si polan kan
Dan terus terusan
Si polan menjadi mangsa
Kita memang begitu
Memenangkan keinginan atas kebenaran
Si polan menjadi mangsa
Kita memang begitu
Memenangkan keinginan atas kebenaran
Bukankah mu’min itu cerminan bagi
mu’min yang lain? Maka ketahuilah tiap tiap kali kita memandang kehodohan dan
kejelekan pada sahabat yang mu’min itu, kitalah si hodoh dan jelek itu.
Bukankah mu’min itu cerminan bagi
mu’min yang lain? Maka ketahuilah di sekian detik kita melihat kekurangan,
kerendahan dan keburukan pada sahabat yang mu’min itu, maka pada kitalah
sebenarnya terpamir kekurangan, kerendahan dan keburukan
Bukankah mu’min itu cerminan sesama?
Maka tatkala kita merasa ada masalah pada sahabat, pada teman, pada rakan, di
sini dan sana sedarilah bahawa kita melihat masalah yang datang dari diri kita
yang penuh khilaf.
Bukankah mu’min itu cermin pada mu’min
yang lain? Tatakala kita memandang kemegahan, kehebatan dan keupayaan pada diri
kita, ketahuilah itu semua kita pantulkan dari mu’min di sekeliling kita.
Bukankah mu’min itu cermin pada mu’min
yang lain? Di setiap tika kita merasa besar, merasa tinggi dan sering sekali
sukses, yakinilah itu semua terbitan dari mu’min di sekeliling kita.
Bukankah mu’min itu cerminan sesama?
Tika mana kita berasa bersih dan suci, itu lah hasil tangan mu’min di
sekeliling kita yang tidak jemu apatah penat membersihkan kita. Tangan dan
lisan mereka mengoreksi, menabur teguran dan menyuci. Sering sekali.
Kotoran dan debuan, kesamaran dan bintik
bintik pada cermin itu tidak lain datang dari hembusan nafas dosa kita. Tidak
lain akibat tangan kita yang sering sahaja melanggar hukumNya.
Cermin cermin di hadapan kita yang
retak, ada yang sumbing dan calar balar, itu semua akibat tangan kita, akibat
lisan kita yang sering sahaja menyakiti, yang membuatkan mu’min lain tidak
senang. Kitalah punca, si masalah.
Hai diri, banyak sungguh. Sikit
kejahilan yang diperlihat ini sebenarnya sekelumit cuma daripada lautan
kejahilan yang terbuku dalam diriku. Sering sahaja aku ini menyakiti dengan
tangan dan lisan. Sering sahaja mu’min di sekelilingku tidak senang bukan
kerana bau badan tapi akibat tangan.
Sering justeru terlebih sering.
---------
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu
bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Seorang mukmin
adalah cermin bagi saudaranya yang mukmin."
[Riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan]
[Riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan]
Hadis ini sering didengari tapi kurang
benar diamati.
Akhi,
Bukankah mu’min itu cerminan kepada mu’min yang lain?
2 comments:
orang mukmin itu bersaudara,, kita perlu saling membantu sesama kita. hinaa dan cacian hanya akn menjatuhkan kita sendiri juga
Doc : teramat tepat
Post a Comment