Sunday, December 20, 2015

"AKHI, BERBALOIKAH?"


Ikhwah kita ada yang merunggut dan bertanya. Mari kita kongsikan sedikit sketsa ataupun boleh kita katakan skrip-skrip yang kadang-kadang mencuit hati ini.



“Akh ana rasa tak berbaloi la, ana travel sejam untuk pergi kolej diorang, bayar minyak bayar tol, tetapi tunggu 40 minit sorang pun tak turun…”

“Akh, tak berbaloi la ana rasa, dah setahun ikut tarbiyah tapi dorang bukan setakat tak komited dengan daurah semua tu, halaqah pun masih liat nak turun..”

“Akhi, ana rasa nak tukar medan la, tak muntij kat itu, semua sibuk study sahaja..”

“Akh, ana penat la layan diorang, sanggup bagun pukul 4,5 pagi untuk latihan PALAPAS tapi nak turun halaqah sekejap pun tak dapat..”

“Akhi, yang ana bina asyik lari meninggalkan medan….relevan ke kita ni?”



Cukuplah sampai di situ sahaja kita kongsikan sketsa ataupun skrip-skrip spontan ini. Agaknya sudah menjadi sunahtullah, ia keluar melalui lisan ikhwah kita saban tahun, lebih-lebih lagi buat mereka seperti kami yang baru cuba untuk mengenal dan menghafal papan-papan tanda di lorong-lorong dakwah yang jalannya jauh, terpencil dan berliku ini. Maafkan kami.

Sekali lagi, menghirup keenakan tulisan sifu kita Sayyid Quttb dalam Fi Zilalnya dan sekali lagi sekitar surah Nuh menjawab persoalan-soalan ini. Mudah-mudahan yang bakal kami kongsikan ini bermuarakan wahyu yang harum dan bakal mensejahterakan kita semua akh, bukan datang daripada paya al hawa yang busuk dan jijik, yang mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi sama ada untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk siapakah yang lebih hebat.



Maka kami nukilkan kembali betapa mahalnya nilai dakwah ini sehingga soalan-soalan dan rungutan-rungutan di atas harus dinilai semula!

Sebelum sempat kita semua sendiri mengalami pengalaman-pengalaman dakwah yang tidak enak dan indah itu, Sayyid Quttb terlebih dahulu telah memahami hakikatnya sehingga beliau melontarkan persoalan yang sama, secara bertubi-tubi dan penuh retorik. Berbaloikah dakwah ini?!



“Mungkin ada yang bertanya, padankan hasil pencapaian dakwah itu dibandingkan dengan perjuangan gigih yang begitu panjang dengan pengorbanan-pengorbanan yang luhur sejak Nabi Nuh a.s sehingga Nabi Muhammad saw? Di antara kedua rasul dan selepasnya diikuti pula oleh perjuangan dan perngorbanan-pengorbanan yang besar dari para mu’min, untuk menegakkan dakwah itu, padankah?



Padankah hasil dakwah itu dibandingkan dengan usaha-usaha yang begitu berat dan penat yang diceritakan oleh Nabi Nuh a.s dalam surah Nuh ini dan dalam surah surah yang lain? Beliau telah menghabiskan umurnya yang amat panjang menyeru kaumnya, tetapi mereka bukan sahaja berpaling bahkan beliau dihina dengan pelbagai ejekan dan tuduhan. Semuanya diterima oleh beliau dengan sabar dan baik, dengan adab sopan yang halus dan dengan memberi pandangan yang jelas, padankah?



Padankah hasil kejayaan dakwah itu dibandingkan dengan usaha perjuangan yang terus bersambung sejak zaman Nabi Nuh itu dengan pengorbanan yang tidak putus di sepanjang sejarah manusia, iaitu perjuangan dan pengorbanan para rasul? Di antara mereka ada yang dihina dan diejek, ada yang dibakar dengan api dan ada yang dibunuh dengan gergaji dan ada yang terpaksa hijrah keluar dari kampung halaman meninggalkan anak isteri sehingga kepada Rasul terakhir Muhammad saw menyambung perjuangan itu bersama para mu’minin yang menjadi pengikutnya, kemudian diikuti pula oleh perjuangan dan pengorbanan yang gigih dan mengkagumkan dari para pendakwah di setiap negeri dan setiap generasi.



Padankah hasil kejayaan dakwah itu dibandingkan dengan segala perjuangan, pengorbanan dan jihad yang pahit itu?

Setelah difikir dan direnung, maka jawapannya;

Memang padan tanpa sebarang keraguan lagi!”

---



Akhi!

Begitulah dengan padat, Sayyid Quttb melontarkan soalan, dan menjawab persoalan yang diajukan itu sendiri dengan fikiran yang tajam dan mendalam, tanpa keraguan. Memang berbaloi!

Apakah hujahnya?

Ujar beliau lagi;



“Angkatan para rasul yang bersambung dari zaman Nuh as hingga ke zaman Muhammad saw itu membuktikan betapa teguhnya iradat Allah agar dakwah kepada hakikat keimanan yang agung itu berjalan terus dan menunjukkan betapa tingginya nilai dakwah itu dan nilai kejayaannya.

Sekurang-kurangnya, kejayaanya ialah kejayaan hakikat keimanan dapat bertapak kukuh dalam hati para pendakwah yang sanggup menempuh maut atau lebih dasyat daripada maut untuk menegakkan dakwah kerana dengan sikap ini mereka menunjukkan bahawa mereka tidak terpengaruh kepada kenikmatan-kenikmatan dunia yang menarik dan mereka bebas dari belenggu belenggunya.

In sahaja sudah merupakan suatu kejayaan besar kepada para pendakawah, juga kepada umat manusia kerana mereka telah mendapat kehormatan denga wujudnya golongan ini yang merupakan sebahagian dari mereka. Kehormatan inilah yang mewajarkan malaikat diperintah Allah supaya sujud kepada makhluk manusia.

Di samping itu manusia mempunai kebebasan jiwa yang begitu tinggi hingga mereka sanggup mengorbankan jiwa mereka dan menanggung penderitaan yang lebih besar dari maut untuk menyelamatkan aqidahnya dan untuk melaksanakan kewajipannya dan menegakkan aqidah dalam kehidupan orang lain supaya mereka berbahagia dan bebas. Apabila jiwa manusia telah sampai ke tahap kebebasan itu, maka segala kesusahan menjadi ringan dan segala pengorbanan menjadi kecil. Segalanya lenyap dan hilang dan yang timbul ialah kejayaan dakwah, iaitu satu kejayaan yang amat besar, yang lebih besar dari bumi dan langit dalam pertimbangan neraca Allah!”



---



Ikhwah Fillah,

Dakwah ini terlalu tinggi nilainya di sisi Allah swt, sehinggakan Allah swt secara konsisten, tidak putus putus mengutuskan utusanNya yang datang silih berganti untuk memastikan risalah dakwah ini terus dipikul dan dihidupkan di alam buana ini. Kita tidak dapat mengerti apakah alasan yang sebenar tetapi dengan buah fikiran Sayyid Quttb ini kita tahu bahawa dakwah itu begitu berharga.

Ia sentiasa padan dan berbaloi. Tidak patut lagi ia dipersoalkan! Meskipun hasilnya sekelumit cuma. Meskipun ada dalam kalangan kita terpaksa mengorbankan sebahagian besar waktu peribadinya. Walaupun ada dalam kalangan kita terpkasa mengikat perut kerana kesuntukan wang untuk diinfaqkan kepada perjalanan dakwah, tetapi ia tetap berbaloi.

Bahkan sudah berbaloi andai hakikat keimanan itu sendiri sudah bertapak dalam jiwa kita, yang menyebabkan kita terus tegar, istiqomah hingga menemukan salah satu daripada dua titik, hidup mulia meraih kemenangan ataupun mati syahid menuju cita-cita tertinggi!



Kami nukilkan sekali lagi kerana seakan-akan tidak puas menikmati buah fikiran ini;



“Sekurang-kurangnya, kejayaannya ialah kejayaan hakikat keimanan dapat bertapak kukuh dalam hati para pendakwah yang sanggup menempuh maut atau lebih dasyat daripada maut untuk menegakkan dakwah kerana dengan sikap ini mereka menunjukkan bahawa mereka tidak terpengaruh kepada kenikmatan-kenikmatan dunia yang menarik dan mereka bebas dari belenggu-belenggunya.”



Maka akhi Fillah,

Teruskan langkah mu itu dengan padu dan maju ke depan!

Wednesday, December 16, 2015

BUAT YANG KECEWA



Membaca kupasan As syahid Sayyid Quttb tatkala beliau berkongi perasaannya dalam memahami Surah Nuh sungguh membuatkan diri penulis terpaku, terpesona dan takjub dengan perjuangan Nabi Nuh as. Komentar As Syahid pula begitu balagh, masuk menerobos jauh ke dalam jiwa. Ia memberi motivasi, harapan dan khabar gembira buat mereka yang sarat dengan bebanan perjuangan tetapi hasilnya sekelumit cuma. Meskipun penulis sendiri tidak ada pengalaman sejarah dakwah yang sedemikian, tetapi kisah Nabi Nuh terasa sangat dekat, mengusik-usik bahagian yang paling lembut.


Ia kisah untuk kita juga akh, supaya tidak kecewa tatkala yang engkau cita-citakan, yang engkau usahakan, yang engkau harapkan tidak langsung menjadi. Kerana sebelum engkau merasai kekecewaan itu, Nabi Nuh as telah terlebih dahulu merasainya, di jalan yang sama, dengan panorama dan pengalaman yang sama. Yang berbeda hanya watak-watak yang dia dan kita temui di jalan ini.


Begitulah kurang lebih yang dapat kita khulasahkan (simpulkan) sekitar pembacaan dan renungan yang sepintas lalu itu. Mari kami nukilkan kembali bagaimana begitu indah kupasan As Syahid, mudah-mudahan ia mebuatkan semangat dakwah dan tarbiyah kembali mekar dalam jiwa kita yang kian lesu ini;



“Pengalaman yang pahit ini dikemukan kepada Rasulullah saw selaku pemegang amanah dakwah di akhir zaman yang memikul tugas yang paling besar yang pernah diserahkan kepada seorang Rasul supaya beliau dapat melihat gambaran perjuangan saudaranya yang terdahulu yang begitu panjang untuk menegakkan hakikat keimanan di bumi juga melihat kedegilan manusia di hadapan dakwah yang benar dan kerosakan kepimpinan yang sesat yang mengalahkan kepimpinan yang lurus, juga untuk melihat bagaimana iradat Allah telah mengutuskan para rasul silih berganti selepas menghadapi kedegilan dan kesesatan sejak angkatan umat manusia yang awal di tangan moyang mereka Nabi Nuh a.s.”



Benarlah as Syahid!


Pertamanya beliau menyifatkan kisah dan laporan Nabi Nuh yang penuh tragis ini merupakan mind-setting kepada Rasulullah saw sebelum, sebagai hint bahawa yang menanti di hadapan baginda adalah segala bentuk penentangan, kedegilan dan kesesatan.

Beliau tidak berhenti di situ. Sesungguhnya Quran ini walaupun pada pertama sekali diturunkan di muka bumi ini ke dalam jiwa Rasulullah saw, tetapi ibrahnya juga untuk para sahabat, kaum muslimin generasi yang awal dan yang terkemudian, sehingga sampai kepada kita hari ini. Quran yang isi kandungannya yang tidak pernah berubah ini sampai kepada kita hari ini, sedang bercakap-cakap dengan kita, memberi gambaran dan amaran kepada kita!

Lalu beliau meneruskan kupasannya;



“Pengalaman ini juga dikemukakan kepada kelompok muslimin di Mekah dan umat muslimin umumnya sebagai pewaris dakwah Allah di muka bumi dan sebagai pewaris sistem hidup Ilahi yang lahir dari dakwah itu, iaitu satu sistem yang tegak di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah di zaman itu dan di tengah seluruh masyarakat jahiliyyah yang datang kemudiannya, supaya mereka dapat melihat gambaran perjuangan yang gigih dan panjang dari Nabi Nuh as, moyang yang kedua manusia, juga melihat keperihatinan Allah swt terhadap golongan orang-orang mu’min yang kecil bagaimana Dia menyelamatkan mereka dari malapetaka bajir yang besar di zaman itu!”



Subhanallah!

Lencun! Tidak terasa sangat dekat kah kisah ini? Ia dituju khas kepada kita! Tepat pada muka kita, kata-katanya menusuk ke dalam qalbu kita, datang dari jauh dengan pantas tanpa ragu!

Cukuplah sekadar itu kita bercermin pada pandangan Sayyid Quttb dalam meneliti Surah Nuh ini. Marilah pula akh kita menilai kembali usaha dakwah kita yang tidak seberapa ini, mengalir lesu seperti sungai yang kekontangan, tetapi ironinya sering ditemani keluh-kesah, rungutan dan beraneka macam bunyi-bunyian kekecewaan. Alangkah!

Lantas apakah yang sepantasnya kita lakukan?

Tidak lain tidak bukan, untuk terus bangkit, Qum Fa anzdir! Tanpa jeda, tanpa ragu, tanpa berfikir panjang dan membayangkan asumsi-asumsi itu dan ini. Yang kita perlukan adalah tindakan pantas, segera, berterusan, terancang, penuh bertenaga dan hikmah!



Marilah akhi kembali bersama kami.

Terjun ke medan. Medan kita bukan di sini, bukan di papan kekunci, bukan di alam maya, di channel-chanel telegram, di kumpulan-kumpulan WhatsApp dan sebagainya. Tetapi medan kita di hadapan manusia yang sebenar, di alam realiti. Di lorong-lorong di sepanjang jalan, di kantin-kantin sekolah, di rumah-rumah Allah, di bilik-bilik penunggu seruan risalah, di segenap tempat di mana telah Allah tempatkan bekalan bekalan amal untuk kita.

Begitu banyak jiwa-jiwa yang tidak terisi menantikan sentuhan sentuhan ikhlas dari kita di luar sana, yang sudah tidak keruan hidup mereka sehingga mereka terpaksa menerima jalan alternatif yang telah ditawarkan oleh syaitan dan konco-konconya.

Kekecewaan yang pernah bertapak dalam jiwamu yang bergelojak itu, lupakan sahajalah! Jika mahu berbicara soal kekecewaan, maka Nabi Nuh as lebih layak untuk menyuarakannya. Tetapi tidak, tidak setelah ratusan tahun memerah keringat dengan pelbagai sarana, kaedah dan pendekatan.

Satu gugur, sesungguhnya seribu menanti untuk di sapa!



Semoga Nabi Nuh a.s terus menjadi motivasi kita,

Dan semoga asyahid, kau damai di sana.

Wednesday, December 9, 2015

BERSEDIA UNTUK DITUDUH FUTUR ?



“Kenapa kalau balik umah mesti futur”

“Eh takdelah. Sape kata?”

“Entah. Selalu macam tu kan?”

“Tak semestinya. Cuma bersedialah, huhu”

“Sepatutnya mana-mana bumi tidak menyucikan dan mengotori manusia tu kan?”

“Benar. Macam kata Salman al farisi. Sebab yang menyucikan kita adalah amal-amal kita”

“Ok.”

“Cuma, biah atau suasana adalah salah satu komponen tarbiyah. Indirectly kita kena terima reality yang kat mana kita berada, dengan siapa kita bergaul dan bagaimana persekitaran kita tu sedikit sebanyak dia effect kita…”

“Carry on….”

“Sebab tu dalam hadis lelaki yang membunuh 99 orang tu akhirnya solusi dia kena tinggalkan kampong dia tu..”

“That’s a point”

“ By the way, kenapa?”

“Rasa macam tengah futur”

“Erk..”


Terima kasih kepada akh A kerana berkongsi dengan kita. Futur. Mana-mana akh, orang yang sedang ditarbiyah baik pun yang sudah naik pangkat ke status murabbi dengan sendirinya melakukan kerja kerja mentarbiyah, pasti tidak dapat tidak, bertemu dengan perkataan futur, sama ada secara akademik atau reality dalam hidup dia.


Sebagaimana sabda Nabi SAW;


"إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك"
رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما

“Sesungguhnya bagi setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia telah binasa”

(HR Ahmad dan Ibn Hibban dalam kitab sohih mereka)


So futur itu wajib?

Erk.

Bukan soalan itu yang harus ditanya oleh seorang yang sedang ditarbiyah. Meskipun fasa turun naik iman itu berlaku seiring dengan berjalannya masa, perseteruan antara keduanya yang tidak berhenti tidak patut memungkinkan kita untuk berdiam diri dan berasa selesa. Kita mungkin bakal berhadapan dengan kefuturan, akan tetapi yang harus dan wajib dikhuatiri ialah futur yang dihiasi, yang mana seorang akh yang sedang berada dalam fasa iman dan amalnya merudum, lantas ia bersenang-senang dengan keadaan itu.

Sheikh Abu Ammar telah berkongsi dengan kita akan nature ini, dalam buku monmentalnya.


“Para da’i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan.
Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili”
-Muntalaq-


Lantas akh kita bertanya lagi,

“Macam mana nak tahu kita sedang futur? ”

Terima kasih keada akh A atas soalan yang dinantikan itu. Sesungguhnya setiap mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain. Kadang-kadang kita tidak dapat mengenalpasti apakah masalah yang sedang menempel pada diri kita, lantas memerlukan akh kita yang lain untuk sentiasa menjadi cermin dan meluruskan kita.

Mari kami ceritakan sedikit sebanyak tanda-tanda futur yang disenaraikan oleh al-akh kita yang satu ini, semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.


 Tanda-tanda:


1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental

2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan

3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk dilihat orang)

4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah

5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan

6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan untuk mengelakkan dipersoalkan

7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu

8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman sosial dan tidur

9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti rezeki, takdir dan musibah

10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat

11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak mahu menginfakkannya untuk dakwah

12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan untuk dakwah

13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik

14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah

15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng kelas formal

16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan keagamaan

17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah dan dakwah

18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar memaafkan

19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada orang lain tanpa sebab yang 
munasabah

20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah dakwah dan pembangunan ummah

21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku kesalahan

22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa

23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami

24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi tahajjud

25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas dakwah dan amal islami


Agak heart shot di situ.



Anda, baik yang berada di rumah atau di mana-mana sahaja, bersedia untuk dituduh futur?

Monday, November 2, 2015

TRAVELOG : MUSA & HARUN


2014.


“Kalau satu hari nanti, saya dah tak buat dakwah, agak-agak awak akan kawan dengan saya lagi tak?”

Sudu berisi potongan banoffee tergantung beberapa saat di udara. That again!


----------


2010.


Botol air mineral Cactus 500 ml dihulur pada teman yang dah membuka sila di lantai maple hardwood. "Kalau satu hari nanti kita dah tak buat benda yang sama, kau agak kita akan still kawan tak?" Mika ikut membuka sila di tepi dance studio bersaiz 25x15 kaki berdindingkan cermin gedabak itu. Irene pula masih lagi bergantung sebelah kaki pada dance bar di hujung studio.

Air sejuk itu dibiarkan menuruni celah rengkungnya sebelum dia membuka mulut member jawapan.  "Kawan la kut.Tapi tak tahu nak borak benda apa."


Laju penutup botol biru melayang menuju bahu si teman. "Heartless gila jawapan.Tak agak-agak."
"Heh." Bahu dipicit-picit sambil muka berkeriut menahan pedih. "Betul apa."

----------


2014.


Dia online.

"Hey."

"Ei."

"Ape cer sekarang geng? Bebudak ni cakap dah lama tak jumpa kau."

"Heh. Agak busy jugak sekarang. Lama jugak dah la tak lepak Modesto’s."

Jeda.

"Is it hard?"

"What, medic?"

"Tak, the thing you're doing now."

The thing? Oh.

"It is. But I'm happy." Senyum segaris depan laptop.

"I see. All the bestlah in everything. Summer nanti kalau free roger-roger la."

"Aye aye, cap. Cheerio." I doubt it I’m gonna be free.

"Cheerio." I doubt it you’re gonna be free.


Dia masih lagi dengan senyum segaris di depan laptop selesai perbualan maya tak bernyawa itu. Teman yang sama yang tuju penutup botol Cactus ke bahunya 3 tahun lepas dengan jawapan heartless yang diberi.

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”

Masa tu, rasa luar alamnya la soalan Mika.Takkan la dia nak tinggalkan benda yang dah mendarah daging dalam diri. Mahu meroyan tanpa beranak dia kalau sehari berlalu tanpa dia jejak lantai studio tu. And so I gave him a half-assed answer.

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”

Dan akhirnya, the curse backfires.


Masih lagi berhubung melangkau benua atas nama persahabatan yang menjangkau 12 tahun usia. Dia tahu je apa Mika buat di Malaysia, tahu sangat. Mika pun tahu je ‘the thing’ yang dia buat kat Dublin ni, walaupun takde la tahu sangat. Yelah, takkan la Mika tengah cerita pasal new moves tiba-tiba dia nak buka topik 10 Muwasofat Tarbiyah. Dan takkan la Mika nak buka cerita pasal the new sassy instructor bila baru malam tadi Mika tengok dia curi lirik lagu band Falling in Reverse yang dah berjaman tak dilayan buat update status Facebook berbunyi “Running from my past, I’m praying feet don’t fail me now.”

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”


Indeed, tak tahu nak borak apa. Susah. Sebab the thing yang dia buat sekarang sangat la clash dengan dunia yang dia dah tinggalkan. Bukan Mika yang salah, tapi dunia yang dah ditinggalkan tu yang salah. Dan Mika masih di dunia itu.


Dan dua-dua pun seolah-olah melukis satu garis pemisah. Masih berkawan, tapi kau jangan cakap pasal ‘bendat u’, aku pun tak kan cakap pasal ‘benda ni’. Perjanjian bisu tak rasmi yang seolah-olah kedua-dua belah pihak pun faham dan bersetuju. Akhirnya, benda yang boleh diborakkan setiap kali hanyalah cuaca, kesihatan, yada yada.


“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”


----------

2015.

And the curse backfires again.


“Kalau satu hari nanti, saya dah tak buat dakwah, agak-agak awak akan kawan dengan saya lagi tak?”
Sudu berisi potongan banoffee tergantung beberapa saat di udara. That again! Riak muka yang dah nak berubah dikawal sedaya upaya. Suapan yang tadi tergendala sekejap dek soalan tak bertapis si teman diteruskan macam tiada apa-apa berlaku. Tawar habis rasa pencuci mulut yang hakikatnya overloaded dengan gula berkoyantu.Tapi diteruskan juga suapan. Sampai potongan banoffee terakhir yang melepasi anak tekak, baru dia bersuara.

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak apa.”

Nina senyum pahit. “Betul jugak tu.”

Apple biscuit tea dihirup perlahan. Mata ditala pada tulip sekuntum yang menghiasi meja di Oolong Tea itu.“Tapi sebelum awak berhenti buat dakwah, saya piat-piat dulu la telinga awak.”
“Heee.”Nina tersengih.“Oke, jangan tak piat tau.”


----------


Balik dari Oolong Tea, dia menerima mesej Whatsapp dari Nina.

“Musa, I’m running behind you. Jangan lupa saya. – Harun – “

Dia menggeleng kepala perlahan sebelum mengetik balasan dengan senyum nipis.

“Harun, tak mo gedik tak mo malas. You can run faster than me. – Musa – “

Satu tick. Dua ticks. Dua blue ticks.

Tiada lagi jawapan selepas itu. Dia mengeluh perlahan.
Lalu sejadah biru dihampar di hujung bilik. Dengan air mata bergenang diangkatnya takbir.  Allahuakbar!


Kerana akhirnya, "Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir.Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." – Imam Al-Ghazali.


Without wax,


KC.


---


Post berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu karya penulis-penulis  yang sedang bergiat aktif di lapangan dakwah dan tarbiyah dari serata dunia.

(Admin)



Saturday, October 31, 2015

TRAVELOG : TAJDID NIAT

Jogja, 2013

-----


 “Tahun ni program besar-besaran kita dekat Jogja!”

Masa tu hujung tahun 2013. Baru first sem masuk satu kolej perubatan dekat Jakarta. Aku yang mendengar, bersinar-sinar mata. Yeay dapat jalan jauh! Jogja 9 jam dari Jakarta kalau naik train.
Ok, kali ni nak ceghita satu scene je dekat Jogja. Haritu kitorang plan nak keluar lawat-lawat kawasan dekat Jogja ni. Jogja adalah salah satu negeri dekat Indonesia yang sangat menarik. Ada gunung berapi, ada tinggalan candi. Pokoknya, ada banyaklah wisata(tempat pelancongan).
So, tempat yang terpilih pada hari itu adalah gunung berapi yang digelar Gunung Merapi!
Kira-kira sejam nak naik ke Merapi tu. Nak naik ke puncak dia kena naik jip yang memang disediakan khas kat situ. Subhnallah, Merapi kalau tengok dari tempat jip tu, memang amazing! Cantik sangat! Dengan awan-awan yang melewati gunung berapi tu. Kalaulah aku boleh letak gambar tu sekali kat sini! Eh, takpe, boleh je nak google gambar Merapi tu.
Kena beratur nak naik jip tu. Sebab masa tu cuti umum kut, ramai orangg. Then, lepas tunggu almost sejam, dapatlah kitorang naik jip tu untuk mendaki Merapi. Sepanjang perjalanan aku lihat banyak kesan-kesan akibat dari lava-lava yang dihamburkan oleh gunung berapi tu. Dalam hati terdetik, ‘Ni baru satu gunung berapi. Nanti kalau hari kiamat nanti macam mana dahsyatnya? ‘ Bergetar hati aku memikirkan itu. Allah.

“Neng, coba liat sebelah kanan kita.” Serentak itu semua akhwat memandang kearah kanan, memandang kearah tebing yang dalamnya beberapa puluh meter. Yang terlihat cuma kesan-kesan hitam, macam kumpulan-kumpulan arang, tapi dalam jumlah yang sangat banyakk.
“Apa itu mas? “ Aku bertanya kepada driver jip kitorang. Takde pape yang menarik pun.
“Itu, kalau neng mau tau. Itu sebenarnya adalah sungai neng. Sungai yang besar dan dalam juga neng. Tapi disebabkan oleh bukit ini memuntahkan laharnya pada tahun 2010, habis semuaya. Sungainya jadi kering.”
“Apa?” Semua terkejut. Masakan sungai yang sedalam-dalam itu boleh kering macam tu je? Then we realized, semuanya di tangan Allah. Semuanya possible. Kun fa ya kun.
Kawasan sungai tu je yang macam mati dan hitam dengan arang-arang lava. Tempat lain, subhanallah menghijau je. Betullah kan orang kata, sebenarnya tempat yang dekat dengan bukit berapi ni subur. Dapat banyak nutrisi dari lava-lava yang dimuntahkan. Tiba-tiba terdetik satu ayat yang pernah ditadabburi,
“Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati dan (ingatlah) Dia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 30 : 50

Sebelum sampai puncak, mas driver ni bawak kitorang tengok tempat perlindungan. Dalam masa yang sama, hujan pun turun. Nasib baik renyai-renyai je. Kat situ memang ada terjual baju hujan, payung and so on. Kitorang pun beli lah baju hujan warna lain-lain. Ada hijau, biru, merah, kuning. Bila kitorang pakai, and berjalan-jalan, macam teletubbies dalam hujan. Perasan kanak-kanak balik dengan akhwat. Tu pun nikmat tahu!
Then, mas tadi pun bawak lah kitorang ke tempat perlindungan tu. Tak ingat apa nama tempat tu. Dome of steel ke? Hee, xsure. Agak ramai la yang berpusu-pusu masuk dalam tu. Ia macam bilik bawah tanah, tapi kosong. Yang ada cuma bilik air. Gelap gelita.
“Sebenarnya ada orang pernah meninggal disini.” Mas tadi menyambung cerita. And sebenarnya aku lupa apa nama mas ni. Kita bagi nama dia mas Suparjo la eh.
Mendengarkan kata Mas Suparjo tadi aku terkedu. Yeke. “Kenapa mas?”
“Sebenarnya ada salah informasi. Ketika bencana 4 tahun lalu, ada yang mengatakan mereka berdua pikir cuma asap panas yang keluar dari bukit ini. Namun, mereka ga tau yang sebenarnya yang keluar tuh lavanya. Tempat perlindungan ini cuma untuk berlindung dari asap panas. Kan ga mungkin asap itu turun ke bawah. Ia cuma akan lewat ke atas kan. Jadi, pabila lavanya yang keluar, kan bisa lewat bawah tanah ini nih. Jadi mereka mati terbakar di sini.”
Kami yang mendengar berair la jugak mata ni. Kesian dan ngeri bila fikirkan arwah berdua masuk ke dalam tempat itu untuk berlindung, namun sebenarnya mereka dipanggang dengan lava yang panas itu. Allah berikan mereka dan kami husnul khatimah.
Setelah bergambar dan mentadabbur alam yang subhanallah yang sangat cantik ni, kitorang pun turun lah. Naik jip tadi jugak. On the way turun tu, aku melontarkan pertanyaan kepada kak Ijan.
“Akak, gunung berapi ni meletus setiap 4 tahun kan?”
“Haah. Kenapa Qis?”
“Last time jadi tahun 2010. Ni dah 31/12/13. Almost 4 tahun dah kan. Kalau tiba-tiba meletus masa kita duk atas gunung ni lagi macam mana?”
Semua akhwat yang mendengar pertanyaan aku yang boleh dikatakan agak tak sesuai masa, melopong. Aku tergaru kepala yang tak gatal sambil tersengih. Dah terfikir benda tu nak buat macam mana.
Tapi Kak Ijan cewlss (cool) saja.
“So, kalau jadi pun kenapa?” Zapp, aku pulak terkena haha.
“Takpelah kalau meletup sekarang pun. Kan kita datang sini niat nak berjaulah, tadabbur alam, ingatkan kebesaran Allah. InsyaAllah kalau niat kita betul, boleh jadi kita mati syahid, kalau Allah izinkan. So, takpe la kan kalau tiba-tiba Merapi ni meletup!” Kak Ijan akhiri kata-kata dia dengan gelak nakal. Isk isk sempat lagi nak bergurau akak ni.


Aku terdiam. Kalaulah betul kan niat aku datang sini memang totally sebab tu. Ke datang semata nak jalan? Ke semata nak ambil gambar and upload kat insta, fb? Dalam perjalanan turun, semuanya senyap. Menyambung mentadaburi alam sambil bermuhasabah diri. Kak Ijan, sentapanmu amat halus. Aku tersenyum. Jaulah Jogja banyak mengajarku.

----

Artikel berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu karya penulis penulis yang sedang bergiat aktif di lapangan tarbiyah dan dakwah serata dunia

(Admin)

Wednesday, October 28, 2015

SENTUHAN AL AKH #43



Jarang jarang sekali kami kongsikan. Sisi-sisi manusiawi, al akh yang diuji dengan manusia yang lain. Al akh pun pernah kecewa, putus asa, marah, sakit hati dan geram. Tetapi kita mencuba merawat demikian perasaan dan krisis dengan ubat ubat dari al Quran. Kerana ia adalah penyembuh untuk apa yang ada dalam dada kamu.


“Pertanyaan random. Apabila individu A telah meminta maaf dengan individu B, sudahkah terlepas dosa kesalahannya pada individu B jika individu B belum terbuka hati untuk memaafkannya?”

“Dosa kesalahan tu, entah lah. Wallahu’alam. Tapi individu A dah buat apa yang patut. Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt :) “

“Jikalau meminta maaf itu dilihat seperti kurang ikhlas menurut pemerhatian individu B, jadi perlukah dia memaafkan individu A ?”

“Perlu. Sebab pertama, ikhlas tak boleh dilihat dari pandangan mata kasar. Keduanya, bukankah Allah sendiri Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya. Siapalah kita untuk tidak memaafkan sesama hamba?  Dan ketiga, ada banyak tuntutan al Quran untuk kita memaafkan instead of berendam. Eh berdendam…”


“Kalau bukan berdendam, tapi tahap kelukaan dan kesakitan itu masih belum pulih, jadi perlu juga memaafkan?”

“ …..dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’. Ni haaa antara ayatnya..”


“Uhuks, ada cari gak ayat ni sebab rasa macam pernah tadabur ayat memaafkan ni. Haa betul la ayat ni. Jadi jika belum pulih, perlu tunggu sehingga pulih untuk memaafkan dengan ikhlas?”


“Maafkanlah dulu. Nak lupa mungkin takes time. Insya Allah. Kita amik approach berlapang dada dan mengakui hakikat insan yang sentiasa melakukan kesalahan termasuk diri kita..”

“Huhu. Saja Tanya. Kecelaruan”

“Ok tak?”

“Haha. Entah la. It takes time kot”

“Mind sharing? Huhu :3 “

“Alkisahnya begitulah. Masih mencari keikhlasan untuk memaafkan. Kerana yang minta maaf seperti menyakitkan hati lagi. Konflik luaran je. No big deal”

“Huhu. It’s in your hands. Tak tahu situasi sebenar macam mana. Anyway, kalau kita mengalah walaupun kita di pihak yang betul, insya Allah lebih sejahtera keadaannya”

“Betul tu. Tapi entah. Ego tinggi kot. Sebab jarang sakit hati or marah. Tapi once dah marah or terasa, rasa memang berat. Perlu lebih ‘lapang dada’. It takes time kot.

“Mungkin individu itu diutus untuk mentarbiyah anda :D “

“ T_T  Tapi itulah. Sebab dah minta maaf dan buat something sakitkan hati balik..”

“Macam kompleks je. Sebenarnya kita tak tahu orang itu ikhlas ke tidak. Walaupun Nampak macam tak, who knows deep inside dia ikhlas, tetapi jenis muka macam tu haha…”


“Wallahu alam. Banyak betul prasangka buruk..”


---


“Alaaa tertido malam tadi --”

“Ok”


Sentuhan al Akh.

Bukan kami tak sudi berkongsi. Cuma izinkan kami bersunyi-sunyian sebentar sehingga kita bertemu lagi dengan ruh dan semangat baharu. Untuk sama-sama menapaki lorong-lorong dakwah ini.


“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah, dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”


(Yunus 57,58)

Monday, October 26, 2015

TRAVELOG : BUKU HIJAU



Dublin, 2015.

Satu kepala menjenguk ke dalam bilik kecil itu. “Akakkkk.”

Diyana menoleh dari Oxford Handbook of Clinical Medicine di tangan. “Yeeee?” Panggilan berlagu-lagu itu dibalasnya juga dengan berlagu-lagu.

“Pinjam cellotape dengan gunting pleaseeee.”

Again?” Diyana menggeleng tapi cellotape dan gunting dihulurkan juga.“Dah nazak sangat akak tengok. Akak belikan baru la, nak tak?”

Dia menggeleng dengan sengih lebar. “Taknak, wekkkkk!” Laju je kepala tu menghilang di balik pintu.

Sayang sangat buku hijau dia tu. Diyana menggeleng kepala dengan senyum nipis di bibir sebelum kembali menghadap buku di tangan.


----------


Serdang, 2012.


Lepas solat Asar, dia dah ready nak landing di sudut dewan kecil berhawa dingin itu. Tapi dilihatnya semua orang membentuk bulatan besar. Tak jadi dia nak landing. Dia ikut duduk membentuk bulatan walaupun tak tahu nak buat apa.

“Sekarang ni kita kena buat apa?” dia bertanya pada teman di sebelah yang masih tidak diketahui nama.

“Oh, sekarang ni baca Ma’thurat,” ramah kawan tak dikenali nama itu menjawab sambil menghulur naskhah kecil yang diedar-edarkan kepada semua orang.

Surat apa dah? Dia tunduk membaca tajuk naskhah kecil di tangan. Ma’thurat. Apa tu? Surat siapa kepada siapa?


----------


Dublin, 2014.


Langit Dublin masih lagi bersimbah rona biru gelap dengan pendar cahaya merah jingga yang mengintai dari balik kepulan-kepulan awan.


Dan dia sudah menggosok-gosok dua telapak tangan sambil sekali-sekala dihembus-hembus dengan hangat nafas dari mulut. Boleh pulak terlupa nak bawa gloves sebab kelam-kabut keluar rumah lepas Subuh tadi. Memang kena keluar awal la kalau nak renew Garda ni. Ini pun line beratur dah bersambung 3 corners dari pintu masuk Garda National Immigration Bureau ni. Kalau main game ular dalam Nokia tu, kepala dah nak bersambung dengan ekor dah. Orang yang kat depan-depan tu semua memang dah siap camped out dari malam tadi lagi kat luar office Garda ni dengan sleeping bag dan kerusi lipat. Scene biasa setiap tahun menjelang tarikh luput GNIB card.


Sambil menunggu opening hour lagi sejam, dia menghabiskan bacaan Ma’thurat Kubra yang dihafal. Tak sanggup nak keluarkan buku hijau tu dari dalam beg dan baca sambil tengok maksud. Tangan sejukkkkk.


"Catchy song." Tiba-tiba pak cik di belakang menegur.

"Sorry?" Dia terpinga-pinga sekejap.

"Your rapping just now. Got some nice rhymes."Pak cik tu angkat thumbs up.


Ma'thurat. Rapping. Okay.


----------

Serdang, 2012.


“Kau oke tak ni?” Afiqah menegur usrahmatenya yang monyok itu. Risau juga Afiqah tengok tadi masa bacaMa’thurat mata dia bergenang.

“Tak oke.” Dia menyeka air mata yang dah bergenang semula. First  time dating daurah, semua benda terasa asing dan baru. Laga-laga pipi dengan orang tak kenal, makan dalam dulang, solat berjemaah imam perempuan.Tapi Ma’thurat tadi paling tak boleh tahan.

“Kenapa pulak ni? Biasa la tu, first time. Perlahan-lahan adapt la weh.” Bahu teman di sebelah digosok-gosok perlahan.Temannya ini memang mudah tersentuh sikit.“ Kau terharu ke baca maksud Ma’thurat tu tadi?”

Dia termenung sekejap. Kena terharu ke? Sebenarnya dia menangis sebab laju sangat semua orang baca kalah Eminem punya rapping. Ada yang siap hafal lagi tak payah tengok buku. Tak sempat dia nak catch up. Dah la laju, kemudian dia terpinga-pinga pula bila orang baca ‘amsaina’ instead of ‘asbahna’. Ada beza ke bacaan pagi dengan petang? Akhirnya dia hanya baca part surah Al-Fatihah, Al-Baqarah ayat 1-5, ayat Kursi, surah 3 Qul dan selawat. Part lain dia miming sahaja. Lepas tu ada orang tengok-tengok pula bila dia tersalah miming. Malu, tahu?

Nak baca pun tergeliat lidah, apatah lagi nak tengok maksud. Tapi dia iyakan saja tekaan Afiqah. Nanti la balik Akasia nanti dia cari Ma’thurat kat Mydin dan baca maksud dia. Bertambah lagi satu item dalam to-do list dia sepulang dari daurah pertama ni nanti.



Beli handsocks

Beli stokin

Beli inner tudung

Beli sticker warna-warni

Beli Ma’thurat


----------


Dublin, 2013.


“Awak, ada bawak Ma’thurat tak? Nak pinjam boleh? Saya punya tertinggal kat rumah.”
Dia angkat muka dari tafsir mini di tangan dan mengangguk.“Boleh.” Buku hijau kecil diambil dari dalam beg Converse dan dihulur kepada Sarah.

30 minit selepasitu, Sarah memulangkan buku hijau itu kepadanya. “Awak, kenapa ada tanda-tanda bintang dalam ni?”

Dia menarik senyum nipis.


----------


Shah Alam, 2012.


Sheesh, dah tersalah beli ke ni? Naskhah hijau bersaiz  A6 di tangan dibelek sehelai demi sehelai. Dipilihnya yang hijau itu selepas membandingkan dengan segala jenis Ma’thurat di rak Mydin itu sebab yang hijau itu punya font paling besar dan ada sertakan dalil dan kelebihan setiap ayat yang dipilih dalam Ma’thurat.

Rasa betul dah awal-awal ni. Tapi selepas part Al-Baqarah ayat 286, tiba-tiba dah lain. Dia ingat masa daurah har itu, lepas 2:286 terus masuk 3 Qul.Tapi dalam Ma’thurat yang dia bel ini, lepas 2:286 ada 3:1-2 dan ayat-ayat lain yang dia rasa tak de orang baca pun haritu. Sepatutnya hari tu baca Ma’thurat 15minit je, tapi bila dia cuba baca Ma’thurat hijau yang dia baru beli ni, jadi 40 minit pula.

Semput.


Petang itu, dia ke bilik Afiqah. Nak compare Ma’thurat dia dengan Ma’thurat Afiqah. Baru dia tahu ada Ma’thurat Sughra dan Ma’thurat Kubra pula. Terus dia minta Afiqah tandakan bintang dengan pensel di setiap page yang ada ayat Ma’thurat Sughra. Tak larat la nak baca Kubra. Hew hew.


----------


Segamat, 2014.


Summer break dah nak habis. Maka bermulalah sesi sumbat-menyumbat barang masuk luggage yang nak dibawa balik ke Dublin. Kali ni banyak sikit barang, sebab tambah buku-buku fikrah yang baru dibeli.

“Angah, buku hijau ni tinggal ke?” Muka Adik tiba-tiba tersembul di muka pintu dengan Ma’thurat hijau di tangan.“ Kalau tak nak, bagi Adik la eh.”Adik buat muka comel.

Laju dia melompat dari kaki katil melangkahi luggage gedabak itu sampai ke muka pintu bilik. “Heyyyy, tak boleh!Ni Angah punya. Nanti Angah beli yang lain untuk Adik.”

Adik angkat bahu tak kisah. Nanti dapat yang baru, apa nak kisah.


Naskhah hijau bersaiz A6 yang dah hampir terkoyak kulit itu dia simpan dengan hati-hati di bahagian poket luggage. Ma’thurat yang sama tak bertukar, dari zaman INTEC sampai dah masuk med school, dari zaman baca tergagap-gagap sambil menangis sampai dah boleh baca ala-ala Eminem punya rapping, dari zaman kena tanda bintanguntuk bezakan sughra dengan kubra sampai dah boleh hafal the whole Ma’thurat kubra dengan maksud, dari zaman tak tahu ‘surat’ apakah Ma’thurat itu sampai dah tak boleh berlalu satu hari tanpa Ma’thurat.


Sebab dia tahu, it’s not about how fast you can finish reading the Ma’thurat, or whether you read Ma’thurat sughra or kubra, or how well you can memorize Ma’thurat and its meaning. What matters most is,


Sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan isi Ma’thurat tu sendiri dalam hidup.

Kalau baca Ma’thurat laju macam Eminem punya rapping tapi tak hayati pun maksud setiap ayat, takde bezalah dia dengan sami-sami yang duk recite Gayatri Mantra dalam cerita Hindustan tu.


Without wax,


KC.


----

Artikel berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu karya penulis penulis yang sedang bergiat aktif dalam dunia tarbiyah dan dakwah di serata dunia

(Admin)

Thursday, October 22, 2015

TRAVELOG : SENYUM


Jakarta.
“Semua naik angkot (taksi versi van gitu lebih kurang) ok? Akak dah call, nanti dia tunggu dekat Tomang Tol (mini market).” Kak Sakinah memberitahu kami semua dan lantas masuk ke rumah semula untuk kemaskan barang-barang daurah yang nak dibawa ke Tangerang Selatan.
Aku dah excited sangat ni, first time pergi daurah naik angkot. Selama ni naik teksi ke, bas ke. Kali ni kira macam tak kasi kitorang manja gak la. Kasi qowiyy gituhh. Nak dijadikan cerita on the way pergi tu jalan sangatlah macet. Tangerang Selatan kalau dari Jakarta Barat lebih kurang sejam la. Tapi dengan macet ni tak mustahil kalau ambil masa 3-4 jam. Berpeluh weh. Nak kasi dramatis lagi, hujan pulak dengan jayanya. Lebat sangat, huuuu nanges. Memang lah ini akan menyebabkan perjalanan kitorang makin lama.
Masa tu dah nak maghrib. Matahari mula menghilangkan dirinya. Disebabkan hujan, kitorang kena tutup pintu angkot(selalunya memang dibiarkan terbuka). Memang macam sauna la kan. Angkot ni mana ada aircond. Nanges lagi. Sobs. Sabar Qistina, sabar. Kata nak jadi qowiy, ujian macam ni pun tak leh sabar ke? Huhu, tenangkan diri sendiri.

“Jom ambik gambar.” Tetiba pulak dah si Zalikha ni. Tapi memang budak yang sorang ni tak pernah boring ambil gambar. Dah hobi dia. Kitorang apa lagi, posing lah. Dengan muka berkilat dan berpeluh, still senyum depan kamera. Yelah daripada tensionkan diri dengan macet, baik happy-happy jeee. Peace sana, peace sini.
“Mbak ke arah mana itu Tanah Tinggal? Lewat jalan mana ya?” Bapak driver angkot tu bertanya.
Aku yang dengar tu hmm memang sesat lah ni kalau bapak tu dah tanya macam tu. Kitorang pun tak pernah pergi tempat tu. Paling pun Kak Sakinah pernah pergi sekali, masa survey tempat haritu. Dan memang nak tambah dramatis lagi cerita kami, dengan hujan, macet, sekarang kitorang sesat. Huuu, dugaannya nak boleh ke sampai tempat daurah. Dalam hati terlintas jugak, kenapa la nak susahkan diri, pergi tempat jauh-jauh semata nak berdaurah sehari semalam?
“Seharusnya kita lewat pasar pak, ntar baru kita ketemu tempatnya.” Kak Sakinah memberitahu bapak tersebut.
“Waduh, tapi kita kan dari tadi ga ketemu pasarnya. Ya gak papa, ntar saya tanya aja ke siapa-siapa.”
Bapak tersebut memberhentikan angkot dipinggir jalan dan bertanya ke orang-orang di kedai dan juga orang-orang di tepi-tepi jalan. Dua tiga kali jugak bapak tu berhenti, dan tak membuahkan hasil pun. Takde orang kenal tempat tu. Bapak tu pulak mula-mula dia ok la, tapi panas jugak la bila dua tiga kali tanya still takde orang tahu.
Aku lihat akhawat yang lain dalam angkot. Ada yang masam, haha. Tashabarrr laa tuu. Tapi, ajaibnya, yang lain senyumm aje. Zalikha, Aminah, Mas. Semua maintain dengan muka manis, aku yang tengok pun sejuklah hati. And setiap kali bapak tu berhenti, kitorang pun turut sama turun, nak tolong tanyakan direction. Masa tu aku pun turut sama jadi positif. Takde rasa nak marah ke apa. Sedangkan aku boleh tahan la jugak barannya. Peace.
And sebenarnya Allah nak suruh kitorang sabar sikit je. Tak lama lepas tu ada akak jual burger yang tahu kat mana letaknya Tanah Tinggal tu. Then bapak tadi pun cool la sikit. Kitorang buat lawak kurang cerdik dekat bapak tu, taknak bagi dia tensi, haha. Last sekali bapak tu pun senyum lah. Haa, kan manis tu bapak.

***

Sampai-sampai saja di tempat daurah kami, masyaAllah subhanallah. Berbaloilah kitorang lalui perjalanan 3 jam lebih yang asalnya patut sejam je. Dengan macet, dengan hujan, and of course yang paling stress sekali, sesat. Rupanya Allah nak bagi something best untuk kitorang. Tempat tu takde lah cantik macam Al-Hambra ke apa.
Tempat tu ala-ala hutan buatan. Masuk-masuk tu rasa macam masuk dalam hutan yang cantik. Hutan yang terjaga. Yang sangat tenang. Decoration dia cantik lah pokoknya! Aku suka, aku suka alam. Aku suka pokok-pokok. Kalau dekat Shah Alam dulu masa duk INTEC banyak taman, banyak pokok. Senang nak cari. Nak tahu kenapa aku excited sangat dengan tempat ni? Sebab dekat Jakarta ni mana nak jumpa pokok-pokok hutan rimba macam ni? Hutan batu banyaklah. Allah, tenang sangat rasa.
“Sebenarnya akak kagum dengan antunna semua.”
“Kenapa kak?” Zalikha bertanya. Pelik agaknya dengan Kak Maria. Tetiba nak kagum dengan kitorang kan.
“Antunna rasa macam mana masa dalam perjalanan nak datang sini tadi?” pertanyaan dijawab dengan pertanyaan.
Lepas tu dengar la macam-macam jawapan daripada mulut kami yang 9 orang ni. Ada yang stress, ada yang ok saja. Ada yang rasa mencabar. Dan ada jugak yang happy! Fuhh hebat. Boleh pulak si Aminah ni happy. Hehe. Kak Maria tersenyum je dengar jawapan kitorang.
“Antunna tahu tak, selalunya kalau dah dalam keadaaan tadi, adik-adik mesti akan marah, takde mood, pikir asal nak sampai je. Tapi antunna tak. Siap amek gambar, sengih-sengihnya, siap tolong turun tanya direction sekali, and amek gambar makcik-makcik tadi haha.”
“And Aminah, kenapa awak rasa happy dengan keadaan tadi?”
“Sebenarnya kak, sape tak stress kalau dah macam tu kan. Tapi saya tak rasa dengan saya dan yang lain stress, akan membantu keadaan pun. Entah, saya rasa nak senyum je. Rasa nak orang lain pun merasai kemanisan bila dalam keadaan tadi. Lagi-lagi bila dengan akhwat yang tersayang. Hehe, bila lagi nak bonding macam tu. Lagipun, Allah nak uji sikit je tu. Nak tengok kita ikhlas ke tak datang daurah ni.”
Aku yang mendengar pun hm sejuklah hati. Tiba-tiba rasa tak patut dengan kata hati aku tadi. Ada sebab akak-akak pilih tempat yang jauh dari biasa. Ada tarbiyah yang Allah nak bagi. Bagusnya Aminah. Dia lah salah sorang yang cuba damage control tadi. Cuba cheer up kan semua orang. Taknak bagi negatif atmosphere dalam angkot tadi.. Benda kecil macam ni, kadang-kadang kita pandang enteng. Padahal, ia boleh jadi pemula kepada kemanisan ukhwah.

Ukhti, kerana senyumanmu, semuanya jadi manis.

***

Post berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu karya beberapa penulis yang sedang bergiat aktif dalam dunia dakwah dan tarbiyah di serata dunia

(Admin)

Tuesday, October 20, 2015

TRAVELOG : BI'AH



Dublin, 2013.

Di tengah hiruk-pikuk city center itu, dia berdiri dalam dunianya sendiri. Dipekakkan dengan full blast music dari corong headphone Sony di kepala. Dibisukan oleh gergasi bernama emosi yang tersangkut tak terluah di kerongkong.Dibutakan dengan air mata yang dah beranak sungai di pipi.

That there, that’s not me
I go where I please

Suara Thom Yorke mula berlagu di telinga. Dia bersandar pada balustrade, membelakangkan pemandangan sungai dan memilih untuk menghadap jalan yang tengah sesak dengan kereta dan Dublin Bus yang lalu-lalang dengan pejalan kaki yang silih berganti.

I walk through walls
I float down the Liffey

Spontan dia senyum segaris. Mungkin sebab suara vokalis Radio head tu yang memang tak pernah gagal buat dia tersenyum balik walau tengah frust menonggeng maca mana pun. Atau mungkin sebab dia sedang berdiri di tengah-tengah O’Connell Bridge yang merintangi sungai Liffey dalam lagu tu. Atau sebab bunyi instrument ondes Martenot yang dimainkan Jonny Greenwood yang dia gila-gilakan sangat dulu tu.


Dulu eh? Dulu? Dah yang kau pergi bukak balik the so-called Trash folder tuk enapa? Ada ke orang nak pergi gali balik tong sampah busuk? Suara dalam kepala dah bertingkah.

Ada. Orang yang Allah tak bagi hidayah macam dia ni. Heh.

I’m not here
This isn’t happening
I’m not here, I’m not here


“Orang yang Allah tak bagi hidayah ni, memang tak boleh nak buat apalah. Hati dah tertutup rapat. Kita hanya mampu berusaha, hidayahtu Allah yang bagi.” Suara minah-tudung-Akel-bidang-60 pagi tadi diulang main berkali-kali dalam kepala macam radio rosak.

Dia terdengar tu pun secara tak sengaja. Masa tu dia tengah high dengar Nouman Ali Khan punya lecture on tafsir Al-Fatihah dalam MP3 player.

“And again, in this very last ayah, we vow asking guidance from Him, yet we treat Al-Fatihah just like some sort of a subconscious mumble?”


Tengah rasa batang hidung macam kena tuju bola besbol tu, tiba-tiba MP3 player kesayangan yang dipakai dari jaman sekolah menengah tu habis battery .Aiseh. Dia baru nak cabut headphone gedabak dari kepala bila tiba-tiba dia terdengar suara Audi di belakang.

“Aku dah panggil dia 4 kali dah, tapi dia tak dengar.”

La, Audi ada kat sini ke. Sengih berbunga lebar di bibir. Dia la kalau dah letak headphone kat kepala memang tak sedar dunia keliling la. Dah memang dia spesies pekak artificial tak reti turunkan volume MP3. Dia baru nak pusing belakang tegur Audi bila tiba-tiba satu suara sumbang mencelah.

“Duk pekak dengar lagu-lagu omputih dia lagi la tu.”

Sengih yang tadi berbunga jadi satu garis tak berperisa. Pandangannya kosong pada MP3 player di tangan. Dia putuskan untuk membiarkan headphone yang dah bisu tanpa suara di kepala dan teruskan mendengar.
Audi meningkah.“Dia dah lama tak dengar la weh. Dia dengar recording kut tu.”
“Tak kan dengar recording pun full volume.” Suara sumbang tadi berbunyi lagi.“Orang yang Allah tak bagi hidayah ni, memang tak boleh nak buat apalah. Hati dah tertutup rapat.Kita hanya mampu berusaha, hidayah tu Allah yang bagi.”

Buku lima dah putih pucat menggenggam MP3 player kuat sangat. Dengan headphone masih di kepala,  perlahan-lahan dia bangun dari meja study dan berpaling ke belakang. Dia senyum segaris pada Audi dan minah bersuara sumbang itu dan berlalu pergi macam tiada apa-apa.

“Dia dengar ke?”Audi bertanya risau.

“Mana nak dengar. Awak panggil tadi dia tak dengar pun kan?”

Dan petang itu, dia membawa diri ke O’Connell  Bridge. Dengan MP3 player yang diisinya semula dengan lagu-lagu dari folder bernama Trash dalam laptopnya. Tindakan yang dibuat dalam keadaan kepala serabut dengan segala rasa berbuku di dada.

Sekali je, bagi aku dengar sekal ini je.


This isn't happening
I'm not here
I'm not here

Di penghujung lagu How To Disappear Completely, selesai suara Thom Yorke berlagu di telinga, dia menekan butang delete dan berjalan pulang. Masa untuk reappear.


----------

Dublin 2014.

Samsung S3 dari tadi tak lekang dari tangan. Dia membuka folder-folder lama dalam Gallery. Mencari semula gambar-gambar dengan usrahmates, classmates, housemates di sekolah dan di INTEC dulu.Rindu datang bertamu. Dan dia bukan la orang yang senang-senang nak dilanda rindu.
Tapi kali ini, semua benda terasa sesak. Semua benda yang orang keliling buat terasa clashed dengan values, beliefs, attitudes yang dia pegang sendiri. Tiada istilah common sense, sebab apa yang dia fikirkan sebagai common sense jauh beza dengan apa yang orang lain fikir. Invasion of privacy, breach of confidentiality, disregard of individuality tu bersepah.


Seolah-olah kalau kau dah join tarbiyah, maka kau kena behave ikut template sekian-sekian-sekian. Akhawat tak boleh macam ini, akhawat tak boleh macam itu. Akhawat kena yada yada, blah-dee-blah. Kalau tak, maka kau tak cukup ditarbiyah lagi.

Masa futur datang menjelang pun, dia tak tahu nak luah pada siapa. Mungkin dia masih trauma dengan peristiwa minah-tudung-Akel-bidang-60 masa first year dulu yang sampai buat dia rasa tak boleh nak open up dengan sesiapa. Akhirnya, dia akan cari teman-teman lama jugak untuk spill. Teman-teman yang melihat dia membesar dari dia yang dulu, yang tak berapa dulu, yang sekarang. Kalau yang sama-sama di Dublin tak available, royanannya merentas benua sampai ke Malaysia, Indonesia dan India.

Bukan saja nak memilih, bukan saja nak double standard. Tapi orang-orang yang dah pernah lihat dia yang dulu je yang boleh faham segala benda yang dia buat sekarang. Orang-orang yang dah pernah bersabar dengan dia yang dulu je yang boleh basuh, sental, Clorox dia yang sekarang. Orang-orang yang tak kan pelik bila one moment dia bicara Tauhid Zindani, the next dia merengek tak dapat pergi konsert Kodaline. Orang-orang yang boleh brain dia guna lirik lagu Skillet untuk bagi analogy pasal Sayonara Jahiliyyah.


----------


Dublin, 2015.

“Akak letak awak denganu khti A eh untuk event weekend depan?”

Aiseh. Dialagi. Ukhti A, minah-tudung-Akel-bidang-60 tu. Dia senyum pahit. “Kalau tukar tak boleh ke akak? Bagi kita jadi PIC (person-in-charge) benda lain la.”

“InsyaAllah, akak yakin awak settle bab priorit yawak katmana.” Diyana menepuk bahu mutarabbinya sambil tersenyum.

Ciskek cisdel, dia main reverse psychology pulak. Nasib baik sayang.Sabar je la.

“Nanti awak bincang la dengan ukhti A nak buat maca mana tau.”

“Eh, takpe akak. Kita ada je orang nak dirujuk, insyaAllah.”

“Kawan awak yang dekat Indon tu ke?”

“Yep.”

“Kenapa tak nak bincang dengan ukhti A?”

Dia menelan air liur.“Lain.”

“Apa yang lain?”

“Bi’ah.”

Petang itu.


“Awak boleh tolong akak kupas kentang?”


----------


Kentang yang dah siap dikupas dan dibelah empat dimasukkan ke dalam periuk Tefal berisi air yang sedang mendidih. Diyana di sebelah mengacau-ngacau isi periuk.

“Apa yang awak faham dengan word bi’ah?”

Aiseh. Dia menggaru-garu batang hidung yang tak gatal. “Err, environment? Surrounding?

“Kalau untuk potato ni, bi’ah dia apa?”

“Air mendidih ni la kut?”

Diyana menambah garam sesudu ke dalam isi periuk. “Kalau kentang masuk air mendidih jadi apa?”

“Jadi lembik la.” Dia tolong jadi tukang rasa sup. “Sikit lagi akak, tawar ni.”

“Kalau letak telur dalam air mendidih ni, jadi apa pulak?”

Dia mencapai botol garam.“Akak, sup ni tawar. Tambah garam lagi.”


----------


Malam itu, dia rebus 4 biji telur untuk buat nasi lemak sarapan esoknya. Sedang dia leka membersihkan kulit telur rebus yang dah dikupas, perbualan petang tadi terngiang-ngiang di benaknya.

Kalau surrounding dan orang keliling tu yang dinamakan bi’ah, maka kenapa telur dan kentang yang dimasukkan dalam air mendidih yang sama boleh jadi outcomes yang berbeza? Kentang jadi lembik, telur jadi keras. Kalau solehah atau tidaknya bi’ah itu diletakkan semata-mata pada jenis orang keliling, maka kenapa boleh ada orang yang laju dan perlahan dalam gerabak DnT ini walaupun di waqi’ yang sama, bergaul dengan orang-orang yang sama?

Dari telur dan kentang, dia belajar.

Kalau tak buka hati untuk belajar, letak la kat mana sekalipun, dia akan kekal di takuk lama. Kalau tak relakan diri ditarbiyah dalam apa-apa situasi, bagi la syuyukh mana sekalipun, dia akan masih kekal dia. Kalau tak mahu buka mata dan berlapang dada dengan apa yang dilihat, lari la ke ceruk dunia mana pun, masih saja kejengkelan itu yang akan dia nampak.


Semua orang pun sedang belajar. Sebagaimana dia sedang terkepot-kepot melawan jerangkung-jerangkung dalam almari (baca: skeletons in the closet), orang lain pun sama. Ukhti A si minah-tudung-Akel-bidang-60 itu pun sama. Kalau pun mereka bukan sedang melawan jerangkung dalam almari masing-masing, mungkin mereka sedang berlawan dengan leprechauns dalam rak kasut.


It’s not all about what’s on the outside, but what’s on the inside as well. It’s not only about the persons you’re with, but also about the person you decide to be when you’re with them. Bi’ah, that is.


Without wax,


KC.


---


Post berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu, karya beberapa penulis yang sedang aktif dalam dunia dakwah dan tarbiah dari serata dunia

(Admin)