Barangkali entry kali ini menjadi entry terakhir sebelum
kita menyambut ketibaan Ramadhan tahun ini, yang waktunya bab kata Pepatah
Inggeris, sudah hampir di penjuru, around the corner. Belakangan ini, penulis
sungguh berada dalam kesulitan untuk membariskan satu mahupun dua ayat di laman
ini, ekoran mashaqqah mashaqqah tertentu.
Mungkin ia satu signal, untuk penulis mengambil masanya
sendiri,
melakukan muhasabah yang panjang.
melakukan muhasabah yang panjang.
Tidak lama lagi taddabur mahupun perkongsian di masjid
masjid atau di surau surau sekitar ayat Surah al Baqarah 183 akan mengambil
tempat, yakni ayat pensyariatan puasa. Saban tahun. Tidak mengapalah. Begitulah
al Quran, ia sentiasa segar dan berkhasiat, meskipun puluhan kali kita meninjau
ayat yang sama, kita sentiasa teruja dan ternanti-nanti kefahaman-kefahaman
baharu yang Allah bakal kurniakan, sesuai dengan meningkatnya usia, dan
bertambahnya pengalaman.
Bahkan saya sering kali memilih tema “Renungan semula” untuk
menggambarkan bulan Ramadhan. Ia sesuai dengan sambutan di akhirnya, yakni
meraikan hari fitrah. Ia mengajak kita mengembalikan diri kita yang asli. Maka
tidak salah disepanjang bulan ini kita merenung semula ayat ayat Allah ini.
Rugilah mereka yang sudah mencecah umur 20 tahun, 30 tahun
dan seterusnya tetapi masih bermain main dengan kefahaman yang ia dapati
sewaktu di bangku sekolah dahulu, ketinggalan. Sedangkan usia sudah meningkat
dan pengalaman sudah bertambah. Bukankah ilmu itu bersifat progresif?
Perkataan Ramadhan hanya disebut sekali sahaja dalam al Quran,
dalam ayat berikut;
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda . Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka
hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam
perjalanan , maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan
bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan
bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang
diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah: 185)
(Al-Baqarah: 185)
Apabila berbicara tentang Ramadhan, antara perkara yang
berlegar-legar di ruang fikir kita ialah puasa sudah pastinya, solat terawih,
bazar Ramadhan, pesta ibadah di masjid masjid, iktikaf mungkin (ok islamiknya
anda ni) ataupun juadah berbuka, mercun, meriam buluh, kuih pelita, ketupat,
dodol dan sebagainya.
Tetapi tatkala Allah swt menyebut perkataan Ramadhan dalam
Quran buat kali pertama dan kali terakhir, Allah tidak langsung mengaitkan
Ramadhgan dengan ibadah puasa mahupun mana-mana yang terlintas dalam fikiran
kita itu. Sebaliknya Ramadhan diistimewakan dengan frasa;
“..bulan yang di
dalamnya diturunkan Al-Qur'an..”
Ramdahan adalah bulan al Quran, menurut perspektif al Quran.
Lebih menarik Allah menjelaskan dengan spesifik fungsI al
Quran dalam ayat ini yakni sebagai;
“..sebagai petunjuk
bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda..”
Huda, bayan dan furqaan.
Saudaraku,
Ayat ini turun di zaman Madinah, sejajar dengan tahun
pensyariatan puasa yakni tahun ke dua Hijrah. Maka boleh kita katakan, tatkala
turunnya ayat ini, kurang lebih sudah 15 tahun proses penurunan Quran berlaku,
dan sudah selama tempoh itulah para sahabat sudah membaca dan melazimi bahagian
bahagian yang diturunkan.
Bukankah sahabat sudah tahu, by that time, fungsi fungsi al
Quran ini?
Kenapa seakan fungsi al Quran dicerita begitu detail
sedangkan ia sudah memasuki tahun ke 15 penurunannya secara berperingkat?
Seolah-olahnya, seolah-olahnya dan inilah yang dapat kita
tadaburi, bahawa kedatangan Ramadhan saban tahun itu adalah tahun penghayatan
semula al Quran. Seakan-akan Allah menyeru kita untuk membetulkan kembali
kefahaman kita tentang al Quran, Allah menceritakan kembali fungsi al Quran
yang mungkin para sahabat sudah pun mengetahuinya. Tetapi tidak mengapalah,
kali ini, dapatkan pengalaman baharu, kefahaman baharu, interaksi baharu.
Barangkali apa yang kita fahami sebelum ini kurang tepat. Atau
sebelum ini ada haq haq yang kita tidak tunaikan. Atau sebelum ini kefahaman
kita sudah tidak relevan, tidak lagi segar dan beriringan dengan keadaan
semasa. Maka Quran mengajak kita merenung kembali ayat ayat Allah seolah olah
ia kali pertama kita membaca dan mempelajarinya, di bulan Ramadhan ini.
Bagi kita yang berketurunan ‘ajam ini, yakni bukan berbangsa
Arab, sudah lama sebenarnya kita membaca, memperdengar dan mendengarkan bacaan
al Quran dalam bahasa Arab itu. Adakah kita sudah berpuas hati sekadar itu
sahaja?
Tidak mahukah kita bergerak ke tingkatan yang lebih tinggi,
daripada mendengar dan asyik dengan lenggok bahasanya kepada tingkatan memahami
kalam kalam Allah ini? Inilah masanya!
Inilah masanya untuk melihat satu persatu dengan kemampuan
yang kita ada untuk memahami mesej mesej setiap surah al Quran. Kita semua
mendengar, dan membaca, insya Allah, tetapi tahukah kita apa yang kita dengar
dan baca itu?
Saudaraku,
Rugilah kalau cara kita berinteraksi dengan al Quran sama
sahaja, sejak zaman cinta monyet, zaman belum beranak isteri sampai dah ada
cucu empat pun masih sama. Ayuh bergerak selangkah demi selangkah ke hadapan. Ada orang merebut kuantiti bacaan, dilancarkan
kempen one day one juzuk dan sebagainya. Bahkan ada yang mampu membaca dengan kadar
kelajuan lebih daripada itu, bukan sahaja ada, bahkan ramai.
Tetapi bagaimana dengan kualiti penghayatan ?
Inilah masanya.
Ramadhan,it’s just the perfect time to realign our
relationship with Quran.
Mari kami nakalkan sedutan tafsir al Azhar karya Pak Hamka
sekitar ayat ini;
“Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang berkata, ‘Kami
telah mendengar’ padahal tidaklah mereka mendengar”
(Al Anfal :21)
Ulasnya;
Memang! Banyak orang memasang telinga tetapi di antara
telinganya tidak dipertalikan dengan pertalian hati. Sebab itu, misalnya jika
kita tanyakan, “Adakah engkau dengarkan?”
Dia menjawab, “Ada” Lalu ditanyai lagi, “Apakah isi pembicaraan yang
kamu dengarkan itu?” Dia tidak menjawab, sebab dia tidak mengerti. Atau tidak
ada perhatian.
Padahal ciri ciri Rabbani orang-orang beriman ialah;
“..apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah
iman mereka..”
(Al -Anfal :2)
Semoga Allah swt memberikan kita kekuatan, mengejar cita cita dan cinta al Quran ini.