Tuesday, April 16, 2019
BERITA BAIK DARI TABUK
Berita Dari Tabuk
وعن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصارى رضي الله عنهما قال: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في غزاةٍ فقال: "إن بالمدينة لرجالاً ماسرتم مسيراً، ولا قطعتم وادياً إلا كانوا معكم حبسهم المرض" وفى رواية: "إلا شاركوكم في الأجر"
((رواه مسلم)).
((ورواه البخاري)) عن أنس رضي الله عنه قال: رجعنا من غزوة تبوك مع النبي صلى الله عليه وسلم فقال: " إن أقواماً خلفنا بالمدينة ما سلكنا شعباً ولا وادياً إلا وهم معنا، حبسهم العذر".
Jabir bin Abdullah Al-Ansari (May Allah be pleasedwith them) reported:
We accompanied the Prophet (ﷺ) in an expedition when he said,
"There are some men in Al-Madinah who are with you wherever you march and whichever valley you cross. They have not joined you in person because of their illness." In another version he said: "They share the reward with you."
[Muslim].
It is narrated by Bukhari from Anas bin Malik (May Allah be pleased with him):
We were coming back from the battle of Tabuk with the Prophet (ﷺ) when he remarked, "There are people whom we left behind in Al- Madinah who accompanied us in spirit in every pass and valley we crossed. They remained behind for a valid excuse."
Hadis di atas menyebut bahawa Rasulullah memberitahu kepada para sahabat ketika pulang dari Perang Tabuk bahawa ada lelaki yang tertinggal di Madinah kerana keuzuran, tetapi mereka turut mendapat ganjaran yang sama.
Beberapa pelajaran;
1) Rasulullah menggunakan kesempatan yang ada dalam perjalanan pulang untuk mentarbiyah para sahabat yang sama-sama ikut berperang, dengan mesej supaya tidak terlalu gembira dengan "pencapaian" mereka dalam Tabuk sehinga ada kemungkinan memperlekeh sahabat yang ketinggalan.
2) Hadis ini sudah tentu akhirnya tersebar kepada semua dan menjadi berita gembira buat mereka yang ketinggalan dalam Perang tersebut kerana keuzuran. Sesungguhnya bagi seseorang itu adalah apa yang ia niatkan.
3) Secara halus Rasulullah mentarbiyah para sahabat yang berada dalam kafilah itu untuk memperbaharui niat mereka. Sesungguhnya mereka telah berpenat lelah dalam misi tersebut, alangkah ruginya jika ia tidak diniatkan semata-mata kerana Allah. Jika keluarnya mereka kerana tujuan tujuan yang lain, maka lebih mulialah kedudukan golongan yang ketinggalan ataa sebab keuzuran itu.
Semoga kita semua sentiasa memperbaharui niat kita dalam amal-amal kita & mendoakan mereka yang tidak hadir secara fizikal, tidak menempuh lembah & perjalanan seperti yang kita lalui turut mendapat ganjaran yang sama kerana sesungguhnya,
.. Bagi seseorang itu apa yang ia niatkan....
Ikhwah, kita berada dalam satu kafilah yang sedang diuji keikhlasan dan cara memandang mereka yang belum lagi disimbahi nikmat tarbiyah dan amal islami sebagaimana yang kita fahami. Ia merupakan nikmat sekaligus ujian untuk tidak memincingkan mata, memberi pandangan tajam dan khianat kepada orang lain. Mari bersangka baik. Mari terus mengajak dan melambai.
Mereka yang dahulu tidak mahu, tidak selamanya tidak mahu. Mungkin dalam tempoh yang lama, banyak perkara telah berlaku dan bermacam kata-kata telah sampai ke telinga mereka sehingga mereka sudah bersedia untuk diajak lagi.
Itulah yang aku dapati, setelah meneliti beberapa nama, di sudut-sudut masjid seperti sarana Sheikh Muhammad Ahmar ar-Rashid..
Akan diceritakan lagikah kisah mereka yang diratib ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tq atas peringatan
Post a Comment