Saturday, April 27, 2019

SOLAT YANG MENDAPAT PERHATIAN ALLAH SWT




Dalam surah Ashua'ra yang penuh dengan mesej perjuangan para anbiya terdahulu menghadapi kaum masing-masing, Allah swt di hujung surah memerintahkan Rasulullah berdakwah kepada kerabatnya.

Setelah itu, baginda diminta bertawakal sebagaimana ayat berikut :

وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 217

Kemudian, Allah membuat deskripsi bahawa Dia melihat Rasulullah semasa baginda berdiri. Perkataan berdiri تقوم pada ayat di bawah telah ditafsirkan oleh mufassir sebagai berdiri untuk solat. Ada juga yang mengkhususkan solat berkenaan ialah solat tahajud di malam hari.

ٱلَّذِي يَرَىٰكَ حِينَ تَقُومُ

Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 218


Mengapakah Allah swt dengan spesifik menyebut Dia melihat baginda berdiri solat, berbanding aktiviti baginda yang lain? Bukankah Allah itu Maha Melihat & sentiasa memerhati para hambaNya?

Ayat ini ternyata telah meletakkan solat pada kedudukan yang istimewa dan tersendiri pada penilaian Allah swt.

Sebagai analogi mudah, semasa kita menghabiskan umur akademik kita, ibu bapa sebagai entiti yang istimewa bagi kita tidak sentiasa hadir bersama. Tetapi selalunya mereka hadir pada momen momen bermakna seperti hari pertama mendaftar darjah 1 & hari kita bergraduasi. Ini menunjukkan dua majlis ini sangat significant.

Tetapi perlu difahami juga, ibu bapa memang tak mampu untuk bersama kita setiap hari kerana kekangan masa & mereka ada urusan sendiri.

Berbeza keadaannya dengan Allah azza wajal. Allah tidak "terbeban" untuk memerhati dan mengawasi para hamba-Nya dan memang itulah yang dilakukanNya.

Namun dengan menyebut dengan khusus bahwa Dia melihat hambaNya yang berdiri solat, ia memberi gambaran betapa istimewa nya solat, persis satu majlis yang gilang gemilang sehingga mendapat perhatian khas dari Allah swt.

Subhanallah

Apakah agaknya kesan ayat ini kepada Rasulullah?


Sudah tentu baginda akan memerhati kan, solat baginda. Baginda akan berdiri dengan tekun dan memberikan solat yang berkualiti kerana kekasih baginda, Rafiq al-'Ala (peneman paling tinggi) sedang memerhatikan baginda.

Inilah bekal para daei.

Solat yang di perhatikan oleh Allah swt