Friday, November 16, 2012

NUR QURRATA A'YYUN



Love, when not established through Him (swt), becomes an object of worship itself. And when you have competing objects of worship in your heart, it can only lead to much harm. Love outside of The Source, becomes corrupt.
-Omar Ead
--------------

Kay on lampu meja. Tarik laci perlahan. Berkeriut. Kay stop kejap. Dibimbangi kalau-kalau ganggu Arep yang sedang nyenyak.

Tunggu dua tiga minit, sambung. Kay ambil kotak bercorak petak-petak dalam laci. Dalam kotak itu ada barang peribadi. Ada sekeping gambar. Kay ambil dan tatap sepuasnya. Nak tembus juga photo tu ditatapnya.

Waktu tu Nur baru mendaftar.
Petang pertama Nur ke padang, terserempak dengan Kay. Nur tengok Kay main kriket dengan kawan-kawan. Kay nampak Nur kat tepi padang tapi buat-buat tak perasan.

Tup tap tup tap, esoknya Kay terkejut. Rupanya Nur jadi teman sekelasnya yang baharu. Episod baru hidup Kay.

Nak tanya ke tak.
Nak ke tak
Ah, tanye jela

“Nama?”

“Nur”

“Nur je?”

“Nur Qurrata a’yyun”

“Binti?”

“Ahmad. Just Ahmad”

Kay tulis nama Nur pada buku catatan kehadiran kelas. Nama Nur paling bawah, masuk ruang kosong untuk pelajar baru. Bukan kat situ sahaja Kay tulis nama Nur, dalam diam dia ukir nama Nur dalam hatinya.

Lembut. Tinggi lampai. Sedang-sedang susuk tubuhnya.
Kay dah teruja.

---------------

“Kau belum tido lagi?” Tiba-tiba Arep terjaga.
Kay bangkit dari lamunan

“Dah!”

“Apa yang dah?”

“Aku dah siapkan assignment Bio”

Kay buat cerita. Cepat-cepat dia simpan balik gambar tadi. Gusar kalau terkantoi. Habislah reputasi dia. Dia letak balik kotak bercorak petak-petak ke dalam laci dan kunci kemas-kemas. Selamat. Lega. Kay off lampu meja dan naik ke katil.

Cahaya. Cahaya penyejuk mata.
Nur Qurrata a’yyun. Ah, suatu hari nanti ya Allah
. Kay senyum sendiri.

“And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thoughts.” (Qur’an 30:21)

“Abang... Kay nak tanya something boleh”

“Eh mestilah boleh”

“Abang pernah ada maslaah dengan kaum lain?”

“Hmm..setakat ni ok je. Lagipun semua professional.Tak ade yang racist ke.. kenapa?”

“Bukan macam tu bang. Dengan kaum Hawa.”

“Oh.. macam tak de. Kenapa?”

“Kalau kita suka kat someone masa belajar ni, tak salah kan?”

“Tak salah pun. Kay ada minat kat someone ke?”

“Macam minat..tapi..”

“Belajar dulu, insha Allah kalau dah takdir, macam mana pun boleh la proceed” Abang Akim bagi pandangan. Ringkas. 



Dah hampir dua tahun plus plus Kay tak jumpa Nur. Selepas SPM Kay stop berhubung dengan Nur. Nur juga yang pinta begitu. Kay masih suka Nur tapi dia takut kalau-kalau dia tidak mampu kawal.

Sejak join usrah Kay makin faham. Abang naqib banyak tolong. Teman-teman pun. Tapi kadang-kadang Kay terindu-rindu juga. Kay rahsiakan dari yang lain. Nanti orang cakap bukan-bukan. 
Tambah-tambah dia ikut usrah. Padahal budak usrah pun manusia.

Nur jaga diri Nur, Kay jaga diri Kay ok. Kay tak nak main-main. Kay tak nak mintak kat sape-sape. Kay mintak dengan Allah. Satu hari nanti ya Allah.

Kay berdialog sendiri.

Orang kata ni’mat bepuasa bila berbuka. Ni’mat bercinta pun macam tu, bila kahwin baru merasa. Cuma cinta kerana Allah tu yang suci. Cinta bukan kerana Allah adalah al-hawa semata-mata. Cinta itu fitrah dan tidak boleh dihalang. Cuma perlu disalur melalui jalan fitrah juga.

-------------

We must strive to love God and to love through God.  We must seek to love only where love is pure.  Because love outside The Source (God) becomes a force of hawa (desire), a means of destruction, degradation, communal strife, jealousy, deception, immorality, and hate. Without The Source, love becomes chaotic.  What happens when love is not attached to The Source? Love turns to lust.  Love turns to desire.  Love turns to hate

The other form of love (mawaddah) is a love that comes only through the blessing of Allah (swt) Mawaddah is a form of love that is bestowed upon the human heart through Him and only through Him (swt).
-Omar Ead


-Macam tergantung. Lalalala...

Thursday, November 15, 2012

AKU DI MUKABUKU

Bosan. Duduk di meja study. Meja study. Buka laptop. On. Desktop loading. Click pada browser kegemaran. Sebelum itu connect pada mana-mana internet service provider. Type muka buku. Log in. Masuk home page. Scroll down. Ok ini bukan tutorial guna akaun mukabuku. Bosan lagi. Tiada yang menarik. Adelah dua tiga status yang wajar diberi like. Maka, liked. Usha-usha.

Kemudian yang perempuan, upload gambar, makan kfc semalam. Dengan boyfriend. Kawan lelaki je pun kan. Kan. Memang ‘je pun’.
Gambar uploaded. Tunggu dua tiga minit.
Naik notis. Dua tiga likes. Comment pun masuk.
saya namakan jela sample hari ini Cik X
Adegan membalas komen bermula. Dan berlarutan



 
Katijah Rejab  : Wow! Cweet nya kitorang.
Cik X              : Mana ada Kak Tie, biasa-biasa aje. Doa-doakan huhu

Lina Lolipop   : Pewwit. Cik X cantik. Mata macam artis korea. Retis habis.
Cik X              : Mana ada. Alhamdulillah. (ewah) titew tak santek pun. Lina lagi santek.
Lina Lolipo     : Tawadhuk la Cik X ni. Bagus. Hehe
Cik X              : Hew hew

Rafi Gemas     : Untung la ada orang belanja…
Cik X              : Jeles lettew, hew hew

Ros Berduri     : Bahagia. Titew sukew gambor ni. Hue hue.
Cik X              : Thanks. Biasa-biasa je. Hew hew

Kay Serdang   : New boyfie? Lama dah?
Cik X              : Ah’a. hencem tak? Hew hew
Kay Serdang   : Semoga tahan lama. Eh.
Cik X              : Ameen.

Bulan Penuh    : Wah. Jangan lupa ajak makan nasi minyak tau !
Cik X              : Okeh.
Bulan Penuh    : Btw, baju Cik X cun, ada kelas gittew
Cik X              : Yeke? Thanks. Malu titew

Dan berlarutan..

Yang lelaki. Semalam masuk gym. Jumpa kawan lama. Kawan puji muscle dah naik sedepa ambik gambar. Upload. Tunggu dua tiga saat. Beberapa likes diterima. Dari Sarang Lebah, dari Liza Petronas, dari Mamat Kapak, dari Sayap Kiri, dari Katty Ros dan beraneka nama lagi.

Komen pun masyuk. Antaranya yang sempat dirakam;
Eh lupa, sample kali ini namanya Bro Y

Imam Tua        : Peh mantap bro
Bro Y              : Eh biasa je. Imam pun apa kurangnya

Erma Hudson  : Wow, so hot
Bro Y              : Hot ke? Penat buat ni. Hehe

Reena Berduri : Biar betik. Plastic ke ori ni Bro?
Bro Y              : Hehe mesti la ori. Besar jihad ni. Hue hue

Roy Rosak      : Style syle
Bro Y              : Hehe

Man Laksa      : Cekang wow
Bro Y              : Dok aih, hang cekang lagi. Huhu

Abe Mat          : Kemah set kito!
Bro Y              : Tak leh lawe Abe Mat. Huhu.

Gagak Hitam   : Maskulin nya
Bro Y              : Mana ada. Ni biasa je. Huhu

Mael Baling     : Tudiaaa
Bro Y              : Awat Hang ni?

Dan berlarutan..

Demi masa. Sesungguhnya setiap insan berada dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan untuk kesabaran.
(103:1-3)

Demi masa! Setiap insan,setiap jiwa jiwa, setiap manusia berada dalam kerugian. Tak kisah la Katty Pery ke, Abe Mat ke, Barrack Obama ke, Wong Mew Chook ke, Lina Lolipop ke, setiap insan,aku kau dan dia serta mereka, insan berada dalam kerugian. Kerugian ini bukan kerugian biasa-biasa. Bukan kerugian untung rugi yang melanda usahawan. Bukan kerugian yang biasa dicari ganti,tapi kerugian yang maha dahsyat. Rugi serugi-ruginya.

Ada jalan untuk tidak jadi orang-orang yang rugi. Ayuh beriman kepada Allah dan Rasul, dan ayuh mengerjakan amal kebajikan. Tingkatkan amal ibadah mu wahai diri. Mantapkan hubungan dengan Allah wahai diri. Jauhi dunia yang penuh dengan drama dan kesia-siaan ini. Atau kau terus akan menjadi orang yang rugi.

Tak cukup amal mu sendiri-sendiri, imanmu yang memuncak sorang-sorang, melainkan engkau berpesan-pesan dan menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

Jazakumullahukhairan katheera, titik.

Jangan salahkan facebook apatah lagi ibu yang bayar bil internet.
Salahkan diri. Sila rasa bersalah sekarang.

Wednesday, November 14, 2012

DI MANA TASBIHMU?

Memandang ke kanan dan ke kiri. Ke belakang dan jauh kehadapan, pandangan  yang merentasi sejauh mata bisa merungkai apa yang tersurat. Derap air kali, dari situ kudengar tasbih memuji Tuhan. Lambaian lembut pepohon sena, dari situ kedengar tasbih memuji Tuhan. Kulat-kulat yang tumbuh menghiasi permukaan bumi, dari situ kudengar tasbih memuji Tuhan.

Ikan-ikan yang menyulusuri batu batan sekitar tepian tasik, dari situ juga kudengar tasbih memuji Tuhan. Gerombolan burung memutih dan menghiasi angkasa raya, bebas bertandan ke sini dan ke sana, dari situ juga kudengar tasbih memuji Tuhan. Dikala malam kian memekat, cengkerik mendendangkan lagu semalam, dicelah-celah kelembutan simfoni dari situ juga kudengar tasbih memuji Tuhan.

Aku baca firmanNya, kubaca dan kubaca. Tidak hairanlah.

Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Perkasa,  Maha Bijaksana
(Al Hadid :1)

Aku baca lagi firmanNya. Kutemu jawapan. Tidak hairanlah.

Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Perkasa,  Maha Bijaksana
(Al Hasyr:1)

Aku baca lagi firmanNya, dan aku tahu kenapa. Tidak hairanlah.

Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Perkasa,  Maha Bijaksana
(As Saff :1)



Aku baca lagi, lagi dan lagi. Sama. firmanNya berbunyi sama. Perkhabaran yang sama. Tidak hairanlah dari timur dan barat, dari utara dan selatan, dari atas dan bawah, kiri dan kanan aku dengar tasbih makhluk mahkluk Tuhan ini memujiNya. FirmanNya sudah ada jawapan.

Aku maju kehadapan. Aneh. 

Kulihat makhluk tadi diperlaku diperguna. Aku lihat alam kian tercemar. Kerosakan di sini dan di sana. Teriakan dan tangisan bergempita. Sungguh aneh. Alam terbiar tidak dijaga. Burung-burung yang diperangkap buat puas nafsu yang buta. Samudera yang dikotori tanpa ada rasa. Ikan tercungap-cungap dipermukaan sungai menanggung derita. Angkara siapakah ini? Tangan siapa kah menjadi punca?

Telah tampak keruskaan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)
(Ar Rum:41)

Tangan-tangan manusia. Akukah manusia itu? Bangsa aku disebut dalam firmanNya, melakukan kerosakan. Malu aku. Menutup muka dengan tangan yang sama. Di situ ada peringatan. Agar aku dan bangsa manusiaku kembali ke jalan yang benar. Pulang kembali berpaut di bawah cahaya Tuhan. Apakah aku sahaja yang melihat ini? Yang membaca firmanNya? Masihkah ada harapan?

Aku maju.

Masih kudengar dari celah-celah daun itu tasbih. Dari sungai yang sama, masih ada tasbih. Aku kagum sejenak. Meskipun alam buana diperlaku sebegitu rupa, masih ada tasbih. Walau gunung sudah secebis cuma, masih ada tasbih. Walau pokok rebah menyembah bumi, masih ada tasbih. Ikan ikan itu walau sudah tampak ajal masih mampu senyum melagukan tasbih. Masih bertasbih.

Aku cari jawapan. Aneh sungguh.

Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Al Baqarah:29)

Subahanallah

Dan setelah itu bumi Dia hamparkan. Darinya Dia pancarkan mata air dan ditumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Dan gunung-ganang Dia pancangkan dengan teguh, semua itu untuk kesenanganmu dan untuk hewan-hewan ternakmu.
(An Nazi’at :30-33)

Subhanallah

Tidak hairanlah. Tidak hairanlah. Sekelian kalinya mereka terus bertasbih. Berterima kasih kepada Penguasa Alam. Apa yang ada dibumi berasa terhormat dapat berkhidmat buat aku dan bangsaku. Berasa terpuji dapat melengkapi aku dan bangsaku. Mereka bertasbih dan akan terus bertasbih. Kerana diberi peluang menabur jasa kepada khalifah alam ini.

Untuk aku dan manusia, bangsaku.
Namun, wahai bangsa manusia,

DI MANA TASBIH MU ?