Thursday, January 14, 2016

BALAGH & MUBIN




 Tiada kaitan. Boleh abaikan :)


Lately kami dihujani permintaan (cewah), untuk berkongsi penulisan berkaitan al Quran, atau yang boleh digunakan dalam halaqah. Tidak dapat dinafikan, sebagaimana yang pernah kita ceritakan suatu ketika dahulu, sudah makin berkurang post alam maya yang berbicara khsusus tentang tarbiyah, al Quran, dakwah, usrah, halaqah dan sebagainya. Sehinggakan freshie atau adik-adik yang baru mula berjinak dengan halaqah kekontangan, sehingga ada yang menggelar situasi mereka sepeti, “..kami yang tidak tercater ini...”

Sedih sungguh. Memang. Ia tidak seperti suatu ketika dahulu.

Lebih menyedihkan ada yang menyifatkan tahun-tahun kebelakangan ini bukanlah tahun yang praktikal untuk dakwah dan tarbiyah, tetapi more to untuk maintenance sahaja.  Katanya, zaman idealisme usrah, tarbiyah, halaqah dan seumpanya itu sudah berakhir.

Dari manakah datangnya fahaman ini?!

Sedikit curahan perasaan untuk sama-sama kita renung-renungkan. Kami juga bermuhasabah. Kadang-kadang prinsip dalam penulisan tergoyah kerana faktor yang pelbagai ini.


---


Tadabbur.

Entah yang ke berapa kali.



 


 "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
(Yasiin :17)


Dalam buku qawaid dakwah karya Dr Hamam Said, beliau mengajukan antara keperluan seorang daie dalam menyampaikan mesej risalah ialah untuk sampai kepada tahap balagh, yakni menyampaikan dalam erti kata mesej itu sampai kepada audience, tepat menuju hati.

Surah Yasiin, pada ayat 17 di atas memberi makna yang lebih mendalam kepada kita. Ada sesuatu yang bernilai untuk kita cedok dan amalkan daripada surah ini, terutamanya pada potongan ayat ini.


Pada terjemahan ayat di atas kita dapati ada sesuatu yang kurang memuaskan. Kerana kedua-dua perkataan al-balagh dan al-mubin merupakan isim, yakni kata nama dan bukannya kata kerja. Setiap mesej yang disampaikan oleh seorang pendakwah perlu merangkumi kedua ciri ini, balagh dan mubin.


Balagh daripada segi bahasa secara mudahnya bermaksud sampai. Namun begitu, perkataan sampai ini boleh digunakan dalam pelbagai konteks. Dari segi masa, jarak, umur, penyampaian dan sebagainya. Sebagai contoh, al-Quran menggunakan perkataan yang sama untuk menggambarkan umur yang sudah ‘balagh’ yakni sampai waktu sedia, tatkala mencerita tentang perihal Nabi Ismael as.


“Maka tatkala anak itu balagh (sampai pada umur sanggup) berkorban bersama-samanya (Ibrahim), dia (Ibrahim) berkata, ‘Hi anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?’...

Ia(Ismael) menjawab, ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”
(As Saffaat :102)


Dalam ayat ini, perkataan balagh dibicarakan dalam konteks usia.

Juga, di sini ada satu tasawwur atau pandangan yang menarik yang dibawa oleh al Quran. Selalunya, usia balagh atau kita selalu sebut sebagai usia baligh, kita kaitkan dengan pysiology atau tumbesaran si anak. Anak-anak yang baligh atau puberty kita nisbahkan kepada anak-anak yang menuju usia remaja, yang mengalami perubahan-perubahan fisiologi seperti mula tumbuh bulu-bulu roma pada bahagian tertentu, suara bertambah garau bagi lelaki, perubahan bentuk badan pada kawasan tertentu bagi perempuan, err, datang bulan, bintang dan sebagainya. Tidak dilupakan juga hormone kejantinaan yang dirembeskan.

Tetapi al Quran ternyata mempunyai definisi yang berbeza.

Anak-anak yang mencapai usia baligh ialah anak-anak seperti Ismael as, yang sanggup bersama-sama menjayakan suruhan dan perintah Allah. Yang sanggup meletakkan Allah swt di kedudukan pertama. Walaweh!

Ada sesuatu yang boleh kita sama-sama muhasabahkan, kalau kita ni jenis liat untuk lakukan suruhan Allah, susah untuk solat berjemaah, menutup aurat, menjauhi perkara-perkara haram apatah lagi berkorban nyawa kerana Allah, mungkin kita belum lagi ‘baligh’ pada pandangan al-Quran, walaupun dah berjanggut berjambang!

Adapun begitu,

Topik balagh kita kali ini adalah dalam konteks penyampaian. Yang dimaksudkan dengan penyampaian secara al-balagh ialah mesej itu ditujukan kepada audience sehingga sampai dan menyentuh hati mereka. Sehingga mesej itu membuatkan mereka terasa, terkesan dan tergugat. Sehinggakan mereka akhirnya rasa ingin bertindak dek mesej yang sampai itu. Begitulah, al-balagh dalam penyampaian sesuatu mesej, ia basah dan mengesankan.

Tetapi ikhwah,

Al-balagh semata-mata tidak memadai.

Kerana betapa ramai sebenarnya orang di luar sana, jurucakap, speaker terutamanya ahli politik yang boleh bercakap dengan begitu balagh, sehingga mengesani hati para pendengar, sehingga membuatkan penonton terpukau, tertarik bahkan ada yang menitiskan air mata. Bahkan kalau kita dengar bagaimana missionaries Kritian juga menyampaikan mesej dakyah mereka dengan balagh, menuju hati, mengesankan, basah.

Sesungguhnya basah dan mengesankan tidak mencukupi.

Sebab itulah mesej yang basah perlu ada bersamanya elemen al-mubin.

Al-mubin

Mubin bermaksud yang menjelaskan. Asal perkataan baina, (ba, ya, nun) yang juga bermaksud, pemisah, antara, yang membezakan dan perkataan seumpamanya. Al-mubin yang kita maksudkan di sini ialah mesej yang memberi pencerahan al-haq dan al-bathil. Yang memberi penjelasan, sama  ada ini islam atau sebaliknya, ini halal atau haram, ini boleh atau tidak.

Begitulah mesej dakwah perlu menjelaskan islam itu begitu dan begini. Ia jelas sejelas mentari di siang hari. Ia memberi pencerahan, supaya akhirnya yang mendengar boleh memilih jalan yang betul. Ia tidak sekadar basah dan mengesankan, tetapi memberi pencerahan.

Kedua-dua elemen ini adalah perlu disematkan tatkala seorang da’ie cuba untuk mentaujih mutarabbinya, atau binaanya.

Mesej yang ada al-mubin tetapi tidak ada al-balagh juga tidak akan ke mana. Ia mungkin kata-kata yang menjelaskan, memberi pencerahan, tetapi tidak mengesankan. Seperti perbincangan fekah yang kering, tidak ada ruh, yang memberikan ilmu semata-mata.

Al-balagh dan al-mubin keduanya-duanya memenuhi keperluan rational dan emotional manusia.  Begitulah kita belajar daripada sepotong ayat Quran yang ringkas, tentang bagaimana patutnya kita menyantuni manusia dalam usaha memahamkan mereka tentang ad-din ini. Quran sentiasa membawakan kita mesej, pengajaran dan hikmah yang segar dan berguna, meraikan fitrah manusia.


Alangkah indahnya hidup berpandukan al-Quran.

Semoga entry kali ini membantu antum.
Wallahu’alam

Friday, January 8, 2016

TRAVELOG : MUJADDID





Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. 

(3:200)

-------

Dublin, penghujung 2014.

“Kita tangguhkan majlis kita dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-‘Ashr.”

Selesai bertukar-tukar salam dan peluk mesra dengan semua orang, Sarah, Adi dan Nurul bergegas keluar dari prayer room kecil di basement bangunan kolej itu. Tinggal dia dan Nura, masing-masing laju memasukkan tafsir mini, buku nota usrah dan iPad ke dalam beg sandang. Kena cepat, winter ni cepat je dah gelap.

Selesai mengemas, dia bingkas berdiri. “Jom akak, dah siap belum?”

Nura menyandang begnya di sebelah bahu. “Awak rushing nak balik ke?”

Dia mengetuk dagu memikir. “Takde la rushing pun. Nak pack barang je la untuk PMS (Perhimpunan Musim Sejuk) esok. And kemas bilik sikit. Malam ni adik-adik overnight kat Zinnirah, esok before Subuh dah kena gerak ke airport.”

“Kalau macam tu kita cakap sambil jalan la.” Nura menyarung Converse di muka pintu prayer room.
Keluar dari bangunan ‘kotak’ empat segi itu, dia menyeluk tangan ke dalam saku jaket. Sejuk.

Nura yang sedari tadi  berjalan di sebelah membuka mulut. “Akak dah go through your winter target.”
Alamak, malunya! Wajahnya bersemu merah, antara disapa angin musim sejuk Dublin dengan perasaan segan sebab terbayang apa yang ditulis dalam winter targetnya dalam liqa’ yang lepas.

  1.  Melatih skills  muwajjih
  2. Sambung baca Raheeq Makhtum.
  3. S    Selesaikan hafazan juz 30.
And the list goes on.

Nura menyambung bicara. “Awak tak dapat bawak adik-adik pergi jaulah Turki kan?”

Dia mengangguk sedih. “Ayah tak bagi pergi 2 kali.”

Allah je yang tahu betapa banyak benda yang dia dah rancang nak bagi kat adik-adik sepanjang jaulah winter nanti. Dari bulan lepas dia dah mula revise bahan-bahan pengisian yang dia kira menepati hadaf tarbiyah winter kali ini dan semak semula itinerary jaulah Turki yang dia ikuti sebagai adik pada winter tahun lepas. Malangnya dia tersangkut di langkah pertama; mendapatkan green light dari ayahanda tercinta di tanah air. Macam-macam cara dia dah cuba. Bodek, cakap lembut-lembut, buat gaya comel, buat-buat merajuk, cuba rasuah dengan hiking boots. Semua tak lut.

Memang ke laut ke paya la target nombor satu tu.

“Maksudnya balik dari UK nanti awak available je la kan kat Dublin sampai nak pergi jaulah Jordan? 
Tak ke mana-mana kan?” Nura menyoal.

“Yep.” Angguk sedih lagi. Sedihnya tak dapat bawak adik pergi jaulah… sedih… sedih…

“Akak nak request something.”

… Terlepas peluang besar nak dapat tarbiyah sebagai kakak yang membawa jaulah instead of ikut sebagai adik je... “Apa dia?” Sedih… sedih…

Nura sengih lebar. “Boleh bagi ISK in English?”

… Dah la tahun depan nak balik PMC dah… “Boleh, boleh.”

Aih senangnya? Nura memastikan dia tak tersalah dengar. “Apa yang boleh?”

Sedihnya… nak bfg dah tahun depan… “Bagi ISK in Eng…” … lish?? “Wait, what did you say?”  Langkah kaki terus terhenti. Dia berpaling tegak kepada Nura di sebelah.

Nura menahan sengih yang menarik bucu bibir. “Akak nak assign awak untuk bagi ISK in English dekat kawan-kawan akak yang ISOC (Islamic Society). Awal Januari nanti. Boleh tak?”


----------


Manchester, penghujung 2014.

“And once again, I’m repeating this again and again. There is a contradiction in terms between freedom and ignorance, because ignorance per se is a jail.”

Ikon pause ditekan. Suara Tariq Ramadan dari headphone di kepala terhenti. Dia memicit pangkal hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Mata dah rasa berbinar menghadap skrin laptop. Dia merebahkan badan di tengah-tengah helaian nota, graf, peta Middle East dahulu dan sekarang,  buku Ini Sejarah Kita tulisan Thoriq Ahmad, post-it notes, highlighters dan Sharpie berbagai warna. Mata menengadah siling putih RI yang ditumpangi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya esok.

Penat dari PMS yang baru menutup tirai petang tadi masih terasa. Satu badan pegal. Sarah di sebelah dah terlena dari tadi. Adik-adik dah lama dibuai mimpi di bilik atas. Esok awal-awal pagi masing-masing akan membawa haluan sendiri sehingga hari terakhir baru mereka akan berkumpul semula di Manchester Airport untuk pulang ke Dublin. Ada yang akan berjumpa kawan lama, ada yang akan ke Boxing Day, ada yang akan berjalan-jalan sendiri. Dia sendiri dan Sarah akan ke Piccadilly station untuk menaiki train ke London, ada pengisian pula di situ selama 2 hari 1 malam dengan akhawat London.

Penat. Buku ISK tak habis revise lagi, peta Tanah Arab tak habis hadam. Video lecture pakcik Tareq Suwaidan, The Future of Islam tak khatam lagi. Menggagau-gagau jugak nak cari video yang sesuai untuk ISK in English.  Mana nak pastikan kefahaman diri sendiri tak menyimpang, mana nak biasakan English terminologies. Caliphate, Umayyad, Abbasid, Ottoman, world order, yada yada.  Jenuh la dia speaking berabuk nak practice takut tergagap depan orang nanti.

English satu hal, basics Bahasa Arab dia pun kena polish jugak, buat modal tadabbur ayat nanti. Bukan calang-calang orang yang dia akan bagi ISK ni. Seorang dari Sudan dan memang menetap di Ireland, ayah dia ada klinik sendiri di Ireland. Seorang lagi dari Saudi. Dua-dua memang obviously pandai cakap Arab. Kalau dengar diorang share tadabbur di prayer room memang dahsyat. Inferior je dia rasa nak bagi ISK ni.

“Awak ada masa 2 minggu nak prepare. InsyaAllah akak yakin awak mampu,” Nura meyakinkan masa dia ragu-ragu nak terima permintaan Nura tu.

“Akakkkk,” dia merengek. “Diorang bukan lagi power sirah ke akak? Takkan la kita nak bagi pulak, macam tak layak je.”

Hey, you’re the best tau.” Nura menepuk bahu dia. “Lagipun memang diorang dah lama minta dengan akak nak ada pengisian ni. Diorang tahu je apa kita buat. Kesian kat diorang, diorang pun nak buat benda yang sama dalam kalangan kawan-kawan ISOC tu, tapi tak tahu macamana dan takde orang nak guide.”

Dia memintal hujung tali hoodie yang dipakai. “Tapi kan akak, macamana kalau kita tersalah bagi? Macamana kalau kita tertinggal point besar?”

“Masa ni la nak practice jadi muwajjih. Bila lagi? Lagipun, you never know till you try kan?” Nura senyum. “Awak tak payah fikir sangat diorang akan dapat ke tak point ISK tu. Ni more to tarbiyah diri awak sendiri. Masa kena jadi muwajjih ni la betul-betul akan tercabar fikrah kita, betul ke kita dah hidup dengan apa yang kita faham selama ni?”

Dan memang la betul lagi tepat to a T apa yang Nura cakap tu. Sepanjang dia revise bahan ISK ni memang rasa macam prepare untuk bagi kat diri sendiri je. Islam vs islam, tujuan hidup, hadis logam, memang balik-balik kena tuju kat batang hidung sendiri.

Dia mencapai buku From My Sisters’ Lips tulisan Na’ima B. Robert di sebelah kepala. Saja dia ulang baca buku tu, banyak je points ISK yang boleh dicedok dari buku tu. Diteruskan bacaan dari helaian muka surat yang bertanda.


“Because I was born a Muslim, I didn’t think that I needed to take my shahadah. In some ways, I wish I had achieved that milestone, just to mark the difference between the time of ignorance and the time of knowing.”
Ouch.

“While taking the shahadah was an emotional step for some sisters, there were also many who did not fully comprehend the significance of that statement until they had grown in the deen and increased in their understanding.”


Dia mengerutkan hidung. Ouch, terkena lagi.


----------


Dublin, awal Januari 2015.


“Would you like to try our dish? It’s called gulai,” dia menawarkan ayam masak lemak cili api kepada Mawadda dan Nabila.

Lega je dah lepas ISK. Takde la ISK sangat, lebih kepada ‘mini ISK’. Bermula pagi tadi dan habis sebelum Maghrib tadi. Dan sekarang sedang dinner sambil menunggu ayah Mawadda datang pick up Mawadda dengan kereta dia. 


Alhamdulillah dia rasa Allah sangat permudahkan sepanjang pengisian tadi. Mawadda dan Nabila pun masyaAllah sangat nampak eager untuk mendengar. Dua-dua dah ada fikrah Islam yang jelas, jadi pengisian tadi sangat dua hala. Tersentuh dia mendengar kata-kata dua gadis Arab itu petang tadi.


“MashaAllah, I’ve never heard about this. I knew those verses about our purpose of life, but I’ve never really given it a thought like this. To think that being a muslim should be my first identity, instead of a Saudi or a Sudanese or a Kuwaiti medical student like we Arabs often introduce ourselves here,” komen Mawadda.

“Every muslim should know about this – no, every people in this world should know about this,” Nabila berkata dengan matanya yang bersinar-sinar. “Like, I think you should give a talk about this for the whole ISOC members.”

Nak tersedak dia dengar ayat terakhir tu.

“I have a question.” Mawadda menghabiskan kunyahan nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api sebelum menyambung. “About the hadeeth you shared at the end of this evening session.”

Dia mengunyah ayam sambil memikir. Oh, hadis tentang setiap 100 tahun akan muncul seorang mujaddid Islam tu. “Yeah, the one about the mujaddid right?” Diteguknya air dari mug biru di hadapannya.


“Spot on.” Mawadda menghabiskan suapan yang terakhir. “Can a woman be a mujaddid?”
Betul-betul dia tersedak kali ni.


----------


Teringat kali pertama hadis tentang mujaddid itu didengari. Masa dapat tu, berkobar-kobar semangat. Islam akan naik kembali jyeahhh! Aku akan nantikan siapakah yang bakal bangkit untuk memperbaharui Islam dan menyelesaikan segala kekalutan dan kekucar-kaciran abad ini! Lepas tu sambung makan nasi talam dengan tomyam ayam dan teruskan hari macam tiada apa-apa yang berlaku.


Tak pernah terfikir pun boleh tak perempuan jadi mujaddid, apatah lagi nak fikir adakah aku mahu menjadi  mujaddid yang menegakkan kembali Islam tu. Bila Mawadda tanya soalan tu, memang jelas-jelas dia meletakkan diri dia sebagai orang yang mahu menaikkan kembali Islam tu.

Rasa malu dengan diri sendiri bila tengok Mawadda, tengok Nabila. Orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari tarbiyah dan menghargainya. Sedangkan dia sendiri, tarbiyah datang bergolek pun masih mahu main polis sentri, masih mahu main hide and seek. Awal-awal bukan main seronok dan semangat, sekarang ni macam-macam alasan.

Dia rindu untuk kembali merasa seperti saat-saat awal ‘dilanggar’ tarbiyah dahulu. Semua benda terasa baharu, semua benda terasa memberi makna baharu dalam hidup. Setiap kali datang usrah, datang daurah, hati dibuka seluas-luasnya, menantikan apa lagi yang akan dia pelajari kali ini. Setiap patah kata, setiap butir bicara dia semat dalam hati.

Sekarang, entah ke mana sifat gung ho itu hilang.

Malam itu, dia menampal post-it­ note di dalam plannernya.

Azam tahun baru: Appreciate each day and its tarbiyah as a new one.


-------


“One of the best things about those early days was everything was so new and refreshing that you open your heart more and acted upon what you learned tout de suite. Our fault is we get jaded too soon.”

-------



Without wax,

KC.


Post berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu karya penulis-penulis  yang sedang bergiat aktif di lapangan dakwah dan tarbiyah dari serata dunia.

(Admin)

Sunday, December 20, 2015

"AKHI, BERBALOIKAH?"


Ikhwah kita ada yang merunggut dan bertanya. Mari kita kongsikan sedikit sketsa ataupun boleh kita katakan skrip-skrip yang kadang-kadang mencuit hati ini.



“Akh ana rasa tak berbaloi la, ana travel sejam untuk pergi kolej diorang, bayar minyak bayar tol, tetapi tunggu 40 minit sorang pun tak turun…”

“Akh, tak berbaloi la ana rasa, dah setahun ikut tarbiyah tapi dorang bukan setakat tak komited dengan daurah semua tu, halaqah pun masih liat nak turun..”

“Akhi, ana rasa nak tukar medan la, tak muntij kat itu, semua sibuk study sahaja..”

“Akh, ana penat la layan diorang, sanggup bagun pukul 4,5 pagi untuk latihan PALAPAS tapi nak turun halaqah sekejap pun tak dapat..”

“Akhi, yang ana bina asyik lari meninggalkan medan….relevan ke kita ni?”



Cukuplah sampai di situ sahaja kita kongsikan sketsa ataupun skrip-skrip spontan ini. Agaknya sudah menjadi sunahtullah, ia keluar melalui lisan ikhwah kita saban tahun, lebih-lebih lagi buat mereka seperti kami yang baru cuba untuk mengenal dan menghafal papan-papan tanda di lorong-lorong dakwah yang jalannya jauh, terpencil dan berliku ini. Maafkan kami.

Sekali lagi, menghirup keenakan tulisan sifu kita Sayyid Quttb dalam Fi Zilalnya dan sekali lagi sekitar surah Nuh menjawab persoalan-soalan ini. Mudah-mudahan yang bakal kami kongsikan ini bermuarakan wahyu yang harum dan bakal mensejahterakan kita semua akh, bukan datang daripada paya al hawa yang busuk dan jijik, yang mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi sama ada untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk siapakah yang lebih hebat.



Maka kami nukilkan kembali betapa mahalnya nilai dakwah ini sehingga soalan-soalan dan rungutan-rungutan di atas harus dinilai semula!

Sebelum sempat kita semua sendiri mengalami pengalaman-pengalaman dakwah yang tidak enak dan indah itu, Sayyid Quttb terlebih dahulu telah memahami hakikatnya sehingga beliau melontarkan persoalan yang sama, secara bertubi-tubi dan penuh retorik. Berbaloikah dakwah ini?!



“Mungkin ada yang bertanya, padankan hasil pencapaian dakwah itu dibandingkan dengan perjuangan gigih yang begitu panjang dengan pengorbanan-pengorbanan yang luhur sejak Nabi Nuh a.s sehingga Nabi Muhammad saw? Di antara kedua rasul dan selepasnya diikuti pula oleh perjuangan dan perngorbanan-pengorbanan yang besar dari para mu’min, untuk menegakkan dakwah itu, padankah?



Padankah hasil dakwah itu dibandingkan dengan usaha-usaha yang begitu berat dan penat yang diceritakan oleh Nabi Nuh a.s dalam surah Nuh ini dan dalam surah surah yang lain? Beliau telah menghabiskan umurnya yang amat panjang menyeru kaumnya, tetapi mereka bukan sahaja berpaling bahkan beliau dihina dengan pelbagai ejekan dan tuduhan. Semuanya diterima oleh beliau dengan sabar dan baik, dengan adab sopan yang halus dan dengan memberi pandangan yang jelas, padankah?



Padankah hasil kejayaan dakwah itu dibandingkan dengan usaha perjuangan yang terus bersambung sejak zaman Nabi Nuh itu dengan pengorbanan yang tidak putus di sepanjang sejarah manusia, iaitu perjuangan dan pengorbanan para rasul? Di antara mereka ada yang dihina dan diejek, ada yang dibakar dengan api dan ada yang dibunuh dengan gergaji dan ada yang terpaksa hijrah keluar dari kampung halaman meninggalkan anak isteri sehingga kepada Rasul terakhir Muhammad saw menyambung perjuangan itu bersama para mu’minin yang menjadi pengikutnya, kemudian diikuti pula oleh perjuangan dan pengorbanan yang gigih dan mengkagumkan dari para pendakwah di setiap negeri dan setiap generasi.



Padankah hasil kejayaan dakwah itu dibandingkan dengan segala perjuangan, pengorbanan dan jihad yang pahit itu?

Setelah difikir dan direnung, maka jawapannya;

Memang padan tanpa sebarang keraguan lagi!”

---



Akhi!

Begitulah dengan padat, Sayyid Quttb melontarkan soalan, dan menjawab persoalan yang diajukan itu sendiri dengan fikiran yang tajam dan mendalam, tanpa keraguan. Memang berbaloi!

Apakah hujahnya?

Ujar beliau lagi;



“Angkatan para rasul yang bersambung dari zaman Nuh as hingga ke zaman Muhammad saw itu membuktikan betapa teguhnya iradat Allah agar dakwah kepada hakikat keimanan yang agung itu berjalan terus dan menunjukkan betapa tingginya nilai dakwah itu dan nilai kejayaannya.

Sekurang-kurangnya, kejayaanya ialah kejayaan hakikat keimanan dapat bertapak kukuh dalam hati para pendakwah yang sanggup menempuh maut atau lebih dasyat daripada maut untuk menegakkan dakwah kerana dengan sikap ini mereka menunjukkan bahawa mereka tidak terpengaruh kepada kenikmatan-kenikmatan dunia yang menarik dan mereka bebas dari belenggu belenggunya.

In sahaja sudah merupakan suatu kejayaan besar kepada para pendakawah, juga kepada umat manusia kerana mereka telah mendapat kehormatan denga wujudnya golongan ini yang merupakan sebahagian dari mereka. Kehormatan inilah yang mewajarkan malaikat diperintah Allah supaya sujud kepada makhluk manusia.

Di samping itu manusia mempunai kebebasan jiwa yang begitu tinggi hingga mereka sanggup mengorbankan jiwa mereka dan menanggung penderitaan yang lebih besar dari maut untuk menyelamatkan aqidahnya dan untuk melaksanakan kewajipannya dan menegakkan aqidah dalam kehidupan orang lain supaya mereka berbahagia dan bebas. Apabila jiwa manusia telah sampai ke tahap kebebasan itu, maka segala kesusahan menjadi ringan dan segala pengorbanan menjadi kecil. Segalanya lenyap dan hilang dan yang timbul ialah kejayaan dakwah, iaitu satu kejayaan yang amat besar, yang lebih besar dari bumi dan langit dalam pertimbangan neraca Allah!”



---



Ikhwah Fillah,

Dakwah ini terlalu tinggi nilainya di sisi Allah swt, sehinggakan Allah swt secara konsisten, tidak putus putus mengutuskan utusanNya yang datang silih berganti untuk memastikan risalah dakwah ini terus dipikul dan dihidupkan di alam buana ini. Kita tidak dapat mengerti apakah alasan yang sebenar tetapi dengan buah fikiran Sayyid Quttb ini kita tahu bahawa dakwah itu begitu berharga.

Ia sentiasa padan dan berbaloi. Tidak patut lagi ia dipersoalkan! Meskipun hasilnya sekelumit cuma. Meskipun ada dalam kalangan kita terpaksa mengorbankan sebahagian besar waktu peribadinya. Walaupun ada dalam kalangan kita terpkasa mengikat perut kerana kesuntukan wang untuk diinfaqkan kepada perjalanan dakwah, tetapi ia tetap berbaloi.

Bahkan sudah berbaloi andai hakikat keimanan itu sendiri sudah bertapak dalam jiwa kita, yang menyebabkan kita terus tegar, istiqomah hingga menemukan salah satu daripada dua titik, hidup mulia meraih kemenangan ataupun mati syahid menuju cita-cita tertinggi!



Kami nukilkan sekali lagi kerana seakan-akan tidak puas menikmati buah fikiran ini;



“Sekurang-kurangnya, kejayaannya ialah kejayaan hakikat keimanan dapat bertapak kukuh dalam hati para pendakwah yang sanggup menempuh maut atau lebih dasyat daripada maut untuk menegakkan dakwah kerana dengan sikap ini mereka menunjukkan bahawa mereka tidak terpengaruh kepada kenikmatan-kenikmatan dunia yang menarik dan mereka bebas dari belenggu-belenggunya.”



Maka akhi Fillah,

Teruskan langkah mu itu dengan padu dan maju ke depan!

Wednesday, December 16, 2015

BUAT YANG KECEWA



Membaca kupasan As syahid Sayyid Quttb tatkala beliau berkongi perasaannya dalam memahami Surah Nuh sungguh membuatkan diri penulis terpaku, terpesona dan takjub dengan perjuangan Nabi Nuh as. Komentar As Syahid pula begitu balagh, masuk menerobos jauh ke dalam jiwa. Ia memberi motivasi, harapan dan khabar gembira buat mereka yang sarat dengan bebanan perjuangan tetapi hasilnya sekelumit cuma. Meskipun penulis sendiri tidak ada pengalaman sejarah dakwah yang sedemikian, tetapi kisah Nabi Nuh terasa sangat dekat, mengusik-usik bahagian yang paling lembut.


Ia kisah untuk kita juga akh, supaya tidak kecewa tatkala yang engkau cita-citakan, yang engkau usahakan, yang engkau harapkan tidak langsung menjadi. Kerana sebelum engkau merasai kekecewaan itu, Nabi Nuh as telah terlebih dahulu merasainya, di jalan yang sama, dengan panorama dan pengalaman yang sama. Yang berbeda hanya watak-watak yang dia dan kita temui di jalan ini.


Begitulah kurang lebih yang dapat kita khulasahkan (simpulkan) sekitar pembacaan dan renungan yang sepintas lalu itu. Mari kami nukilkan kembali bagaimana begitu indah kupasan As Syahid, mudah-mudahan ia mebuatkan semangat dakwah dan tarbiyah kembali mekar dalam jiwa kita yang kian lesu ini;



“Pengalaman yang pahit ini dikemukan kepada Rasulullah saw selaku pemegang amanah dakwah di akhir zaman yang memikul tugas yang paling besar yang pernah diserahkan kepada seorang Rasul supaya beliau dapat melihat gambaran perjuangan saudaranya yang terdahulu yang begitu panjang untuk menegakkan hakikat keimanan di bumi juga melihat kedegilan manusia di hadapan dakwah yang benar dan kerosakan kepimpinan yang sesat yang mengalahkan kepimpinan yang lurus, juga untuk melihat bagaimana iradat Allah telah mengutuskan para rasul silih berganti selepas menghadapi kedegilan dan kesesatan sejak angkatan umat manusia yang awal di tangan moyang mereka Nabi Nuh a.s.”



Benarlah as Syahid!


Pertamanya beliau menyifatkan kisah dan laporan Nabi Nuh yang penuh tragis ini merupakan mind-setting kepada Rasulullah saw sebelum, sebagai hint bahawa yang menanti di hadapan baginda adalah segala bentuk penentangan, kedegilan dan kesesatan.

Beliau tidak berhenti di situ. Sesungguhnya Quran ini walaupun pada pertama sekali diturunkan di muka bumi ini ke dalam jiwa Rasulullah saw, tetapi ibrahnya juga untuk para sahabat, kaum muslimin generasi yang awal dan yang terkemudian, sehingga sampai kepada kita hari ini. Quran yang isi kandungannya yang tidak pernah berubah ini sampai kepada kita hari ini, sedang bercakap-cakap dengan kita, memberi gambaran dan amaran kepada kita!

Lalu beliau meneruskan kupasannya;



“Pengalaman ini juga dikemukakan kepada kelompok muslimin di Mekah dan umat muslimin umumnya sebagai pewaris dakwah Allah di muka bumi dan sebagai pewaris sistem hidup Ilahi yang lahir dari dakwah itu, iaitu satu sistem yang tegak di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah di zaman itu dan di tengah seluruh masyarakat jahiliyyah yang datang kemudiannya, supaya mereka dapat melihat gambaran perjuangan yang gigih dan panjang dari Nabi Nuh as, moyang yang kedua manusia, juga melihat keperihatinan Allah swt terhadap golongan orang-orang mu’min yang kecil bagaimana Dia menyelamatkan mereka dari malapetaka bajir yang besar di zaman itu!”



Subhanallah!

Lencun! Tidak terasa sangat dekat kah kisah ini? Ia dituju khas kepada kita! Tepat pada muka kita, kata-katanya menusuk ke dalam qalbu kita, datang dari jauh dengan pantas tanpa ragu!

Cukuplah sekadar itu kita bercermin pada pandangan Sayyid Quttb dalam meneliti Surah Nuh ini. Marilah pula akh kita menilai kembali usaha dakwah kita yang tidak seberapa ini, mengalir lesu seperti sungai yang kekontangan, tetapi ironinya sering ditemani keluh-kesah, rungutan dan beraneka macam bunyi-bunyian kekecewaan. Alangkah!

Lantas apakah yang sepantasnya kita lakukan?

Tidak lain tidak bukan, untuk terus bangkit, Qum Fa anzdir! Tanpa jeda, tanpa ragu, tanpa berfikir panjang dan membayangkan asumsi-asumsi itu dan ini. Yang kita perlukan adalah tindakan pantas, segera, berterusan, terancang, penuh bertenaga dan hikmah!



Marilah akhi kembali bersama kami.

Terjun ke medan. Medan kita bukan di sini, bukan di papan kekunci, bukan di alam maya, di channel-chanel telegram, di kumpulan-kumpulan WhatsApp dan sebagainya. Tetapi medan kita di hadapan manusia yang sebenar, di alam realiti. Di lorong-lorong di sepanjang jalan, di kantin-kantin sekolah, di rumah-rumah Allah, di bilik-bilik penunggu seruan risalah, di segenap tempat di mana telah Allah tempatkan bekalan bekalan amal untuk kita.

Begitu banyak jiwa-jiwa yang tidak terisi menantikan sentuhan sentuhan ikhlas dari kita di luar sana, yang sudah tidak keruan hidup mereka sehingga mereka terpaksa menerima jalan alternatif yang telah ditawarkan oleh syaitan dan konco-konconya.

Kekecewaan yang pernah bertapak dalam jiwamu yang bergelojak itu, lupakan sahajalah! Jika mahu berbicara soal kekecewaan, maka Nabi Nuh as lebih layak untuk menyuarakannya. Tetapi tidak, tidak setelah ratusan tahun memerah keringat dengan pelbagai sarana, kaedah dan pendekatan.

Satu gugur, sesungguhnya seribu menanti untuk di sapa!



Semoga Nabi Nuh a.s terus menjadi motivasi kita,

Dan semoga asyahid, kau damai di sana.

Wednesday, December 9, 2015

BERSEDIA UNTUK DITUDUH FUTUR ?



“Kenapa kalau balik umah mesti futur”

“Eh takdelah. Sape kata?”

“Entah. Selalu macam tu kan?”

“Tak semestinya. Cuma bersedialah, huhu”

“Sepatutnya mana-mana bumi tidak menyucikan dan mengotori manusia tu kan?”

“Benar. Macam kata Salman al farisi. Sebab yang menyucikan kita adalah amal-amal kita”

“Ok.”

“Cuma, biah atau suasana adalah salah satu komponen tarbiyah. Indirectly kita kena terima reality yang kat mana kita berada, dengan siapa kita bergaul dan bagaimana persekitaran kita tu sedikit sebanyak dia effect kita…”

“Carry on….”

“Sebab tu dalam hadis lelaki yang membunuh 99 orang tu akhirnya solusi dia kena tinggalkan kampong dia tu..”

“That’s a point”

“ By the way, kenapa?”

“Rasa macam tengah futur”

“Erk..”


Terima kasih kepada akh A kerana berkongsi dengan kita. Futur. Mana-mana akh, orang yang sedang ditarbiyah baik pun yang sudah naik pangkat ke status murabbi dengan sendirinya melakukan kerja kerja mentarbiyah, pasti tidak dapat tidak, bertemu dengan perkataan futur, sama ada secara akademik atau reality dalam hidup dia.


Sebagaimana sabda Nabi SAW;


"إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك"
رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما

“Sesungguhnya bagi setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia telah binasa”

(HR Ahmad dan Ibn Hibban dalam kitab sohih mereka)


So futur itu wajib?

Erk.

Bukan soalan itu yang harus ditanya oleh seorang yang sedang ditarbiyah. Meskipun fasa turun naik iman itu berlaku seiring dengan berjalannya masa, perseteruan antara keduanya yang tidak berhenti tidak patut memungkinkan kita untuk berdiam diri dan berasa selesa. Kita mungkin bakal berhadapan dengan kefuturan, akan tetapi yang harus dan wajib dikhuatiri ialah futur yang dihiasi, yang mana seorang akh yang sedang berada dalam fasa iman dan amalnya merudum, lantas ia bersenang-senang dengan keadaan itu.

Sheikh Abu Ammar telah berkongsi dengan kita akan nature ini, dalam buku monmentalnya.


“Para da’i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan.
Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili”
-Muntalaq-


Lantas akh kita bertanya lagi,

“Macam mana nak tahu kita sedang futur? ”

Terima kasih keada akh A atas soalan yang dinantikan itu. Sesungguhnya setiap mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain. Kadang-kadang kita tidak dapat mengenalpasti apakah masalah yang sedang menempel pada diri kita, lantas memerlukan akh kita yang lain untuk sentiasa menjadi cermin dan meluruskan kita.

Mari kami ceritakan sedikit sebanyak tanda-tanda futur yang disenaraikan oleh al-akh kita yang satu ini, semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.


 Tanda-tanda:


1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental

2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan

3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk dilihat orang)

4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah

5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan

6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan untuk mengelakkan dipersoalkan

7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu

8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman sosial dan tidur

9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti rezeki, takdir dan musibah

10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat

11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak mahu menginfakkannya untuk dakwah

12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan untuk dakwah

13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik

14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah

15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng kelas formal

16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan keagamaan

17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah dan dakwah

18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar memaafkan

19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada orang lain tanpa sebab yang 
munasabah

20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah dakwah dan pembangunan ummah

21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku kesalahan

22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa

23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami

24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi tahajjud

25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas dakwah dan amal islami


Agak heart shot di situ.



Anda, baik yang berada di rumah atau di mana-mana sahaja, bersedia untuk dituduh futur?

Monday, November 2, 2015

TRAVELOG : MUSA & HARUN


2014.


“Kalau satu hari nanti, saya dah tak buat dakwah, agak-agak awak akan kawan dengan saya lagi tak?”

Sudu berisi potongan banoffee tergantung beberapa saat di udara. That again!


----------


2010.


Botol air mineral Cactus 500 ml dihulur pada teman yang dah membuka sila di lantai maple hardwood. "Kalau satu hari nanti kita dah tak buat benda yang sama, kau agak kita akan still kawan tak?" Mika ikut membuka sila di tepi dance studio bersaiz 25x15 kaki berdindingkan cermin gedabak itu. Irene pula masih lagi bergantung sebelah kaki pada dance bar di hujung studio.

Air sejuk itu dibiarkan menuruni celah rengkungnya sebelum dia membuka mulut member jawapan.  "Kawan la kut.Tapi tak tahu nak borak benda apa."


Laju penutup botol biru melayang menuju bahu si teman. "Heartless gila jawapan.Tak agak-agak."
"Heh." Bahu dipicit-picit sambil muka berkeriut menahan pedih. "Betul apa."

----------


2014.


Dia online.

"Hey."

"Ei."

"Ape cer sekarang geng? Bebudak ni cakap dah lama tak jumpa kau."

"Heh. Agak busy jugak sekarang. Lama jugak dah la tak lepak Modesto’s."

Jeda.

"Is it hard?"

"What, medic?"

"Tak, the thing you're doing now."

The thing? Oh.

"It is. But I'm happy." Senyum segaris depan laptop.

"I see. All the bestlah in everything. Summer nanti kalau free roger-roger la."

"Aye aye, cap. Cheerio." I doubt it I’m gonna be free.

"Cheerio." I doubt it you’re gonna be free.


Dia masih lagi dengan senyum segaris di depan laptop selesai perbualan maya tak bernyawa itu. Teman yang sama yang tuju penutup botol Cactus ke bahunya 3 tahun lepas dengan jawapan heartless yang diberi.

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”

Masa tu, rasa luar alamnya la soalan Mika.Takkan la dia nak tinggalkan benda yang dah mendarah daging dalam diri. Mahu meroyan tanpa beranak dia kalau sehari berlalu tanpa dia jejak lantai studio tu. And so I gave him a half-assed answer.

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”

Dan akhirnya, the curse backfires.


Masih lagi berhubung melangkau benua atas nama persahabatan yang menjangkau 12 tahun usia. Dia tahu je apa Mika buat di Malaysia, tahu sangat. Mika pun tahu je ‘the thing’ yang dia buat kat Dublin ni, walaupun takde la tahu sangat. Yelah, takkan la Mika tengah cerita pasal new moves tiba-tiba dia nak buka topik 10 Muwasofat Tarbiyah. Dan takkan la Mika nak buka cerita pasal the new sassy instructor bila baru malam tadi Mika tengok dia curi lirik lagu band Falling in Reverse yang dah berjaman tak dilayan buat update status Facebook berbunyi “Running from my past, I’m praying feet don’t fail me now.”

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”


Indeed, tak tahu nak borak apa. Susah. Sebab the thing yang dia buat sekarang sangat la clash dengan dunia yang dia dah tinggalkan. Bukan Mika yang salah, tapi dunia yang dah ditinggalkan tu yang salah. Dan Mika masih di dunia itu.


Dan dua-dua pun seolah-olah melukis satu garis pemisah. Masih berkawan, tapi kau jangan cakap pasal ‘bendat u’, aku pun tak kan cakap pasal ‘benda ni’. Perjanjian bisu tak rasmi yang seolah-olah kedua-dua belah pihak pun faham dan bersetuju. Akhirnya, benda yang boleh diborakkan setiap kali hanyalah cuaca, kesihatan, yada yada.


“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak benda apa.”


----------

2015.

And the curse backfires again.


“Kalau satu hari nanti, saya dah tak buat dakwah, agak-agak awak akan kawan dengan saya lagi tak?”
Sudu berisi potongan banoffee tergantung beberapa saat di udara. That again! Riak muka yang dah nak berubah dikawal sedaya upaya. Suapan yang tadi tergendala sekejap dek soalan tak bertapis si teman diteruskan macam tiada apa-apa berlaku. Tawar habis rasa pencuci mulut yang hakikatnya overloaded dengan gula berkoyantu.Tapi diteruskan juga suapan. Sampai potongan banoffee terakhir yang melepasi anak tekak, baru dia bersuara.

“Kawan la kut, tapi tak tahu nak borak apa.”

Nina senyum pahit. “Betul jugak tu.”

Apple biscuit tea dihirup perlahan. Mata ditala pada tulip sekuntum yang menghiasi meja di Oolong Tea itu.“Tapi sebelum awak berhenti buat dakwah, saya piat-piat dulu la telinga awak.”
“Heee.”Nina tersengih.“Oke, jangan tak piat tau.”


----------


Balik dari Oolong Tea, dia menerima mesej Whatsapp dari Nina.

“Musa, I’m running behind you. Jangan lupa saya. – Harun – “

Dia menggeleng kepala perlahan sebelum mengetik balasan dengan senyum nipis.

“Harun, tak mo gedik tak mo malas. You can run faster than me. – Musa – “

Satu tick. Dua ticks. Dua blue ticks.

Tiada lagi jawapan selepas itu. Dia mengeluh perlahan.
Lalu sejadah biru dihampar di hujung bilik. Dengan air mata bergenang diangkatnya takbir.  Allahuakbar!


Kerana akhirnya, "Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir.Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." – Imam Al-Ghazali.


Without wax,


KC.


---


Post berlabel 'Travelog' merupakan siri baharu karya penulis-penulis  yang sedang bergiat aktif di lapangan dakwah dan tarbiyah dari serata dunia.

(Admin)