Thursday, September 5, 2013

SENTUHAN AL AKH #3




Kata Sang Nabi dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim :

"Rabb kita turun setiap sepertiga malam terakhir lalu berfirman, 'Siapa berdoa padaKu untuk Aku kabulkan permohonannya ? Siapa yang meminta padaKu untuk Aku penuhi permintaannya? Dan siapa yang mohon ampun padaKu untuk Aku ampuni dosanya?'.."

Ba'da mendengar hadis ini lalu aku tertanya. Maka untuk kalian tanya juga. Di sepertiga malam terakhir apa yang kita lakukan ?

Akh ?


----------

Dan masih lagi akh itu menyentuh qalb akhnya.

"Hayya 'ala solahh"


Suara itu. Pasti dia. Sekitar kehidupan Di kolej. Panggilan mengerjakan solat berjemaah. Bergema suara itu mengisi kekosongan udara. Intonasi dan lengguk suara itu, pasti dia. Kadang-kadang aku tergelak sambil lekas menyahut seruan itu. Unik.


Namun sama sekali tidak berniat mengerdil apatah lagi mencerca. Kerana aku tahu dia ikhlas. Akh itu belum benar benar bersama di sini. Aku harap kalian mengerti bicaraku ini. Namun aku optimis dengan ijin Allah dia akan menjadi sebahagian daripada sejarah dakwah.

Pada awalnya kami tidak rapat. Jauh sekali untuk bertegur sapa. Sekadar berjabat tangan usai doa solat diaminkan. Itupun kalau bersebelahan di saff solat.

Mengapa ? Masalah hati mungkin. Akulah yang bermasalah!


Kehidupan. Masa berlalu. Entah kenapa kami tidak semena bisa sembang mesra. Tidak aku kaget.

Bukankah seorang akh sudah berkata

"Masa itu perawatan"

Boleh jadi hati yang sakit sudah terubat.


Sosok tubuh akh itu hari ini menjadi kerinduan. Dia mungkin datang dari latar keluarga yang sudah sedikit terhakis nilai agama. Bukan aku buruk sangka mahupun menganalisis secara semborono. Namun. Ah kehidupan. Realiti tidak dapat dibutakan lagi.

Mangsa keadaan.

Dan Alhamdulillah sejak bisa berbicara mesra. Dia memilih untuk belajar. Bukan menyalahkan sejarah. Membuatkan aku kagum. Satu hari dia bertanyakan seorang akh ini,

"Dulu aku buat performance. Menyanyi dengan perempuan on stage. Kenapa kau tak tegur"

Allahu..
 

Bisa tercampak keluar jantung andai soalan itu diajukan padaku.
Dan akh tadi juga kelu.


Makin masa berlalu. Makin banyak dia bertanya. Makin banyak dia belajar. Dan makin banyak juga aku tahu. Yang sungguh banyak aku pun belum tahu. Aku turut belajar darinya. Bersamanya.

Satu petang aku bersembang dengan sekumpulan pelajar tahun satu. Selepas itu akh tadi datang membisikkan di telingaku


"Itu pewaris korang ke?"

Loh.

Sehabis baik aku tunjuk reaksi kaget. Seolah olah tidak memahami bahasa bisikannya. Namun ternyata tidak dapat ditirai lagi. Gagal nampaknya. Kerahsiaan sudah tidak lagi tinggal, yang ada hanya terminalogi semata. Aku terus dalam kesenyapan lalu dia menjawab

"Ala..aku dah tahu dah korang punya projek underground ni. Tak payah nak sembunyi sembunyi la dengan aku.."

Sampai sini. Banyak sebenarnya kisah kami yang mahu aku kongsi, tapi bukan hari ini. Juga bukan hari esok. Mungkin bila Tuhan takdirkan. Bila ? Biar masa tentukan.

Bagaimanapun..

Aku tersentuh. Mereka yang diluar lingkaran ini justeru sudah terlebih memahami bahkan sedia untuk diajak bersama. Apakah kita sama ? Getaran semangatnya mengalir ke dadaku membuat aku rasa, inilah dia. Inilah dia.

Sentuhan al akh !

Tuesday, September 3, 2013

SENTUHAN AL AKH #2





Kami datang untuk makan siang di rumah mu.

Akh A pernah berkata:

"Pada suatu hari saya pernah membuat marah pada Akh B, lalu saya pergi..
Saya menyedari kesalahan saya lalu saya kembali meminta maaf pada hari berikutnya, tetapi beliau tidak mahu menerimanya dan memerintahkan saya untuk kembali ke rumah lagi!

Kemudian saya kembali dengan fikiran yang gundah gelana tetapi saya tidak berdendam.
Saya terkejut kerana sesampainya di rumah, pintu di ketuk oleh seseorang, dan ternyata Akh B bersama salah seorang Ikhwan.


Akh B berkata : Kami datang untuk makan siang di rumahmu!. "


Akh A : Pak Umar Tilmisani 

Akh B : Pak Hassan


---------------------------------


Itu cerita dua hamba yang lejen yang terlebih dahulu menapaki jalan ini. Aku punya cerita juga yang mahu aku nukil di sini. Kerana akh itu benar benar menyentuh qalb akhnya.

Di kolej dahulu..


Entah kenapa bilik kami sering didatangi ikhwah. Ah. Mudah!. Bukan tidak ada bilik ikhwah yang lain tapi Allah dahulukan mereka ke bilik kami. Satu malam di kolej dua orang ikhwah bertandang bahkan menginap.

Keduanya sudah tamat kuliah persediaan. Menunggu waktu untuk berangkat ke bumi koala. Awal tahun. Andai aku tidak silap. Keduanya datang menyumbang, menziarahi binaan masing masing sambil bertanya khabar rakan seperjuangan. Hmm. Seperjuangam. Aku masih ragu apa aku juga pejuang ? Ah persetankan.

Malam itu keduanya mahu ketemu seorang lagi. Akh ketiga lalu datang. Ada urusan yang mahu diperhalusi. Kenchang lagi hangat kami berbincang. Buat masa depan dakwah. Kononya. Waktu sudah separuh melewati tengah malam. Esoknya aku ada kuliah. Sudah tidak tertahan.


Namun aku gagahi jua. Bukan tidak mahu masuk beristirahat tapi aku khuatir tidak sopan. Masa berlalu dan berlalu. Lalu aku tidak tertahan lagi. Kuliah esoknya seawal jam 8. Waktu sudah jauh melewati satu pagi. Bahkan mungkin sudah menganjak ke angka dua. Aku permisi.

Entah sampai pukul berapa mereka berdiskusi.


---------------


Pagi pagi lagi akh itu sudah bersiap di medan untuk menghabisi mimpi. Sudah tiba saat dia berkaca. Akh tu menggosok gosok kaki ku. Bukan aku tak sedar bahkan aku berkeinginan untuk bermunajat sama. Namun jasad aku pingin sekelumit masa lagi. Atau aku sudah terpedaya dengan belaian syaitan. Lalu aku tewas di pagi itu. Sedar-sedar sudah azan Subuh. Tersungkur!


Aku tinggalkan kisah di subuh hari di sini.

Urusan jalan seperti biasa hari itu.

Kuliah bermula, seperti dijadualkan. Jam 8. Kuliah bertukar kuliah. Masa pun Berlalu. Ba’da zohor, aku pulang ke kolej. Kedua akh tadi sudah pamit, menuju ke destinasi lain. Ada konferens kalau tak silapnya. Orang besar.

Sekepulanganku dari kampus, sekeping pesanan ringkas masuk.

Dari akh tadi,


“Kalau kita makin laju atas jalan ini, amal da’wi makin hebat, tapi makin jauh dengan Allah, amal fardi makin kurang, ketahuilah kita sedang futur”


Allahu.

Akh itu benar benar menyentuh qalb akhnya.

Bukan dia tidak bersangka baik, tapi akh itu justeru terlalu cinta. Lalu cintanya itu mengatasi baik sangka. Terkesima aku. Inilah dia nikmat atas jalan ini. Sekali lagi akh itu tersentuh, dek akhnya.
Sentuhan al akh !

Kalian juga bisa rasa bukan?

Maka kongsikan bersama.
Mungkin ada yang kurang enak, tatkala aku nukil kisah di sini, kerana kadangkala aku terlalu jujur berkarya. Itu pun kalau layak digelar karya. Entah, mungkin ada benarnya. Namun tiada la aku tulis melainkan kalian pun tersentuh oleh ketulusan cinta akh itu, setelah dia sukses menyentuh qalb akhnya.

Atau aku harus bersetuju dengan ketidakenakan itu.

Sunday, September 1, 2013

SENTUHAN AL AKH #1



 Madmie China :)



Aku kenal dia tak lama. Tak baru juga. Begitu juga dengan tarbiyah. Tak lama. Akh itu sejak awal aku sangat janggal dengannya. Tapi aku dapat rasa limpahan iman bila dengannya. Mungkin dosa padaku menimbulkan kejanggalan itu.

Dia tidak berada dalam system pada awalnya. “Ini tidak patut”.
Aku mendengus. Melihat kualitinya, “Ah logam ini!”

Aku kepingin mahu dia bersama. Namun janggal masih ada. Bukan apa, dia yang tidak bersama gerabak ini kelihatannya lagi soleh dari diriku. Tapi aku tekad. Benar benar ingin bawanya bersama. Entah kenapa.

Pada awalnya, dia enggan.

“Aku belum bersedia la”

Itu katanya. Tidak mengapa. Memang sukar. Tapi aku teruskan muayashah. Bina hubungan hati. Itu yang lebih utama. Akh itu jarang sekali solatnya dalam kolej. Sering ke masjid. Bersama motornya. Masih segar nombor platnya dalam kepalaku. Ah. Biarlah rahsia.

Dia sering boncengkan aku. Di subuh hari ke masjid biru.

Ini yang buat aku kagum tentangnya. Maaf. Aku sangat skeptic dengan anak-anak urban, dulu. Pada firasatku, budak bandar ini hanya tahu berfoya-foya. Solat tunggang langgang. Dunia mereka hanya hiburan. Kecil benar duniaku waktu dulu. Anak kampung. Cetek akal!

Tapi al akh itu membuatkan aku kagum. Anak urban, siapa sangka. Firasat aku meleset. Buat aku lagi tekad mahu dia bersama dalam gerabak ini.

Masa terus berlalu. Sudah makin ramai yang mahu bersama. Tapi akh itu masih seperti dulu. Belum bersedia. Tapi aku terus mencuba.

Sampai satu masa, Allah sahaja tahu betapa aku gembira dibuatnya. Dia sudah bersedia. Aku ikut bersama halaqahnya pada beberapa ketika, di awalnya. Mahu teman. Mahu motivasi gitu. Lama-lama akh itu mula ‘masuk’. Ok.

Masih aku ingat, waktu program pertama kami anjur, banyak benar masalahnya, akh itu antara peserta. Dia kata padaku,

    “Asal orang yang buat kerja ni selalu lambat? Tak punctual”

Terkesima aku.

    “Selalu bagitahu ada program last minute”

Dia benar sekali. Ini memang.

Kisah al akh itu, aku hentikan sampai di sini.

--------------------

Dia masih komited. Alhamdulillah. Masa berlalu. Dia dan halaqohnya terus ke depan. Aku gembira. Sampai satu tahap aku yakin aku jauh ketinggalan. Mereka terus memcu laju. Aku masih dibelakang. Membetulkan tali kasut.

Sampai satu saat, aku mendapatkan akh itu untuk sekeping nasihat

Terbaru katanya,

“Hidup kita ini terlalu singkat untuk kita tangisi, tapi cukup untuk kita perjuangkan. Cita-cita kita atas jalan ini jauh lebih baik, lebih mulia daripada apa yang kita dapat hari ini”

Sentuhan al akh.

Inilah nikmat berada di Jalan Para Pejuang.

Kini akh itu sudah bersedia melebarluaskan cawangannya. Gembira aku, untuk dia, untuk dakwah ini, yang kami sama-sama cintai. Kelibatnya benar-benar aku cemburui, himmahnya yang tak pernah kerdil membuat tiap kali jatuh aku lantas cuba untuk berdiri.

Beginilah jalan ini mengajar kami.

Akh itu menyentuh qalb akhnya


Sentuhan al akh!

Friday, August 30, 2013

ADA APA DENGAN JUMAAT ?



Ada apa dengan Jumaat?
(tibe-tibe)
 Guidance Production ;)
Nah

Hari ini saya bukan hendak mengupas tentang Jumaat Kebangkitan atau Jumaat Kemarahan atau apa sahaja kempen yang dilancarkan pada hari Jumaat. Andai hari kebangsaan jatuh pada hari Jumaat sekalipun, bukan itu topik yang bakal saya gembar gemburkan.

Cewahhh.

Cuma sekali lagi, ada apa dengan Jumaat?

Pada hemah saya yang kurang berhemah ini, jumaat meraikan dan membenarkan sifat manusia yang pelupa. Manusia memang sinonim dengan lupa. Maka didatangkan Jumaat sekali seminggu untuk mengingatkan kita tentang banyak perkara.

Atas alasan apa?

Kerana saya secara personalnya sering tertanya kenapa begitu banyak sunnah pada hari Jumaat yang tidak ada pada hari hari yang lain. Kenapa kita ada solat dan Khutbah Jumaat. Bukan pada hari Selasa? Kenapa sunat dibacakan al kahfi pada hari Jumaat. Kenapa adanya sujud sajdah di subuh Jumaat, tidak pada hari lain. Adanya mandi sunat dan banyak lagi.

Apa sebenarnya mesej hari Jumaat?

Hari ini saya ingin mengajak kalian untuk merenungkan beberapa perkara dan memikirkan beberapa kemungkinan. Mari kita lihat sedikit potongan ayat dari surah as sajdah di bawah,


“Dan jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata) : “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan  mendengar maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal saleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”
(As Sajdah:13)

Satu peringatan yang jelas. Mungkin atas alasan ini menjadikan sunnah sajdah ini releven. Mesejnya sekurang kurang sekali minggu mengingatkan manusia yang mungkin dalam tempoh seminggu yang lampau telah terlebih melekat atau attached dengan dunia. Satu peringatan kepada semua akan berita di hari kebangkitan nanti.

Di zaman Rasulullah sendiri sudah dimulakan sunnah ini menggambarkan umat Islam pada hari tu sudah memerlukan peringatan yang sedemikian rupa. Walaupun adanya Rasulullah bersama mereka. Apatah lagi di zaman kita, yang sunnah beliau makin ditinggalkan. Serangan pemikiran musuh Islam makin mendapat tempat. Sungguh kita butuh peringatan ini.

Ada apa lagi dengan hari Jumaat ?

Satu hikmah yang sangat besar apabila diwajibkan bagi kaum lelaki untuk bersolat Jumaat secara berjemaah dan mendengar khutbah Jumaat. Kebersamaan ketika solat Jumaat sepatutnya membuka peluang dan ruang kepada kaum Muslimin sepanjang zaman untuk merapatkan saf dan ukhuwah.

Khutbah Jumaat selayaknya berfungsi sebagai medan meniupkan semangat jihad kepada kaum muslimin khususnya.

Malangnya di Planet Bumi hari ini,

Sunnah ini terus subur hidup, tapi ruhnya entah melayang ke mana. Ditambah pula Jumaat sebagai hari bekerja d hamir segenap penjuru Bumi, kehadiran ke solat Jumaat sekadar untuk melepaskan kewajipan. Tatkala khatib membaca khutbah pula, masih ramai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Yang datang pula tersengguk-sengguk.

Bahkan!

Bahkan khutbah yang di baca langsung tidak meningkatkan hamassah.

Tajuk tajuk khutbah seperti;


“Bertani satu ibadah”

“Jagalah kebersihan alam”

“Pengurusan ekonomi”

Dan seumpanya tidak lagi releven dengan keadaan umat masa kini.

Ada apa dengan Jumaat ?

Banyak benda yang patut disampaikan melaui Jumaat. Jumaat merupakan satu anugerah. Namun hari ini hadafnya seakan tidak tercapai. Bahkan kita sendiri tidak jelas tentang hadaf sunnah sunnah ini. Tidak dinafikan, sunnah, kewajipan ini merupakan kewajipan tanpa mengira hadaf. Pusing macam mana pun, still kena buat.

Tapi kita sering lupa, kebanyakan syariat Allah datang dengan objektif dan hikmah. Sebagai contoh puasa untuk melahirkan graduan takwa. Solat untuk mencegah kemungkaran. Sekiranya kita tidak jelas akan hadaf hadaf ini, amal berlalu sepi, tanpa penghayatan. Memang benar, kewajipan ini pada tempat pertama (in the first place) dilakukan bukan atas dasar hadaf, tapi suruhan.

Tapi celiklah sekejap kita.

Kesederan ini dapat membantu mengembalikan roh suruhan dan sunnah yang sebenar. Bukan sekadar suruhan yang menjadi ikutan yang dilazimi turun temurun. Malangnya. Malangya.

Ok macam tulis entri dalam surat khabar pula.

Fikir fikir kan renungkan.

Ada apa dengan Jumaat ?