Tuesday, June 19, 2012

BELUM TIBAKAH WAKTUNYA

Redup. Nyaman dan menyegarkan.

Saya budak baru belajar. Saya ingin bercerita. Pada suatu hari Sang Kancil sedang bermain batu seremban bersama-sama Sang Arnab. Ok tipu. Ceritanya begini….

Al kisah seorang jejaka lanjut usia yang kerjanya melatih anak-anak beruk untuk diberi latihan intensif mengait buah kelapa, daripada pokok kelapa la, tak kan dari pokok rambutan pula kan. Tiba-tiba, pada suatu hari yang hening, beliau terjumpa seekor anak beruk yang terbiar, terkapai-kapai kelemasan dek udara kota yang tercemar. Melihatkan akan anak beruk tersebut, oh lupa nak bagi tahu, saya namakan lelaki tersebut Pak Mail.

Pada amatan Pak Mail, anak beruk berkenaan mempunyai bakat yang terpendam dan berpotensi besar untuk menjawat jawatan sebagai ketua beruk pengait kelapa. Maka dibawanya beruk itu pulang ke rumah. Kelas mengait kelapa maka bermulalah. Beruk itu kelihatan begitu gigih menuntut ilmu mengait tanpa mengenal erti lelah, jemu, panas, lesu apatah lagi berputus asa. Akhirnya tiba lah masanya untuk beruk itu mempamerkan aksi lincah untuk mengimpress kan Pak Mail dan jiran-jiran.

Malangya, harapkan pagar, pagar runtuh.

Beruk berkenaan enggan. Enggan untuk mengait buah kelapa tanpa kelola Pak Mail. Hendak juga disuruh. Lama-kelamaan, ekoran keengganan tersebut, bakat yang diasah tadi mula padam dan lenyap. Pak Mail berasa begitu marah lalu meninggalkan beruk itu. Dibuang nya beruk itu ke Negeri Inderapura tanpa segan silu. Beruk itu dibiarkan bersendirian, terdampar dalam hutan belantara tersebut berseorangan, tinggal sebatang beruk.

**************************


Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik

(AL Hadid :16)

Ya belum tibakah waktunya?

Cerita untuk kita semua

Bagi anda yang sudah merasai sinar-sinar Taufik dan Hidayah datang bertandan dan menyapa, belum tibakah waktunya untuk anda benar-benar berpegang pada anugerah tersebut? Bilakah kita akan benar-benar melaksanakan perubahan, tinggalkan jahiliyyah. Atau kita mengharap encik Taufik dan cik Hidayah datang buat kali kedua? Ketiga? Atau kita menunggu pintu hati tertutup serapat-rapatnya dan menjadi keras seperti batu seremban?

Bagi anda yang sudah merasai basahnya hati dek sentuhan sentuhan yang menyentuh, yang mula merasai dekatnya Sang Pencipta kepada kita, belum tibakah waktunya untuk sama-sama kita hadir bersama rakan, dalam gerabak dakwah, berjemaah, bersama-sama berbulatan gembira dan mendapat nikmat tarbiyyah? Atau kita ingin menunggu satu tempoh yang lama sehinggalah hati yang basah tadi kembali kering?


Bagi anda yang sudah lama berkecimpung dalam arena sukan Dakwah dan Tarbiyyah pula, mendapat sentuhan para murabbi, belum tibakah waktunya untuk kita mula mendidik jiwa tanpa pengawasan para muraabi? Dalam keasyikan tambah-tambah tempoh cuti yang begitu nikmat dan lazat, belum tibakah waktunya untuk kita memulakan sesi Tarbiyyah Zatiyyah? Atau kita menunggu bekalan tarbiyyah selama ini disia-siakan? Ibarat mencurah gula ke laut?

Belum tibakah waktunya wahai diri, wahai teman untuk kita sama-sama beriman dan mengingati Allah secara khusyuk?

Atau kita menunggu hati-hati ini keras?

Apakah kita yakin jika kita jatuh lagi selepas ini akan ada bantuan untuk mengangkat kita kembali ke jalan yang benar?

Atau kita sebenarnya akan dibiar terus lemas seperti beruk tadi? Saya bukan ingin menyamakan kita dengan beruk tadi cuma di situ ada ibrah. Tidak mustahil jika hari ini kita enggan, esok lusa Allah tidak lagi pegang hati-hati kita dan dibiarkan kita terus lalai. Tidak mustahil bukan. Maka,

Belum tibakah waktunya?

Jika belum, maka bilakah?

6 comments:

anamuzakkar =.= said...

penuh dgn persoalan ~
hurmmm =.=
jay zek ke ke akhi

The Lost Tarzan said...

Alhamdulillah,
Nasi&Lemak dah kembali mengganas,
haha.

Muhammad PeacemakerIslam said...

kehadiran kembali dengan kisah sastera yang menumbuk jiwa..

teruskan berniaga..
kerana niaga ini untuk besar..

Inspector Saahab said...

teacher : hehe. off 2 minggu. ada hal sikit. pergi berkelanan dan bertapa di gua niah. HAHA

Alhamdulillah. people can change :)
love yours, but, sigh... time is the boundary


a.m :
hew hew.
waiyyak

TLT :

In sha Allah bakal mengganas...
menyemlamatkan tarzan yg kesesatan. eheh

MPI :

hew hew
jzkk

DOTisTITIK. said...

sangat tersengat lepas baca nukilan saudara.
seperti ada jarum2 asing datang menusuk=.='

qalbu ada terjentik dek bisikan halus conveying me that
i need to do a booster change.tapi hati masih takut.
takut untuk kembali kepada fitrah azali manusia. hidup untuk Dia.
perasaan macam berbolak. kesal andai hilang kenikmatan duniawi yang ada sekarang.
moga Allah kuatkan hati untuk terus bertatih di jalan-Nya

thankyou atas perkongsian sedara. sgt bermakna
slm syaaban

Inspector Saahab said...

DOTisTITIK : cool nya nama anda :)

semoga kesan itu disusuli usaha untuk memeperbaik diri :)
jazakallah kerana singgah dan baca, harap nta juga like dan share. hiks

salam ukhuwah :)
salam sya'ban