Monday, July 16, 2012

MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH

Tiada insan yang sempurna. Cewah tetibe je. Tapi bagi seorang da’ie, perlu berusaha mencari kesempurnaan. Sama ada kesempurnaan dalam ibadah, kesempurnaan dalam membentuk personality, dan kesempurnaan dalam hal-hal yang lain, pelajaran, ouch di situ, komunikasi dan seumpamanya. Ini penting kerana setiap gerak geri da’ie itu menjadi hujah kepada lisannya.

Ramai da’ie hari ini yang syok sendiri, rasa diri cukup sempurna dan telinga cepat merah bila ditegur.

Dalam diam, ramai juga dalam kalangan kita ini cuba menutup perilaku yang tidak wajar dilakukan dengan mencari hujah yang membenarkan tindakan kita. Macam mana tuh ? Dai’e yang manja, suka menghiburkan diri dengan cara zaman kegelapan dahulu, menganggap sedikit sebanyak aktiviti dulu kala buat peneman dikala sunyi itu halal. Ni pakai mazhab mana?

Refleks diri kita.


“Aih akhi, dari petang semalam lagi buka fb, buat dakwah ke?”

Tegur sahabat kita. Kemudian telinga kita berasap. Ah kau apa tahu. Aku tengah mencari status status yang membina iman. berhujah pula kita dalam diam. Cuba juga merationalkan perbuatan kita.

“Akhi, ana tengok enta ni semakin hari semakin melekat dengan game-game ini. Ada skandal baharu kah?”

Kita mula diam. Terpaku, terpana apatah terkesima. Aku cuba memanfaatkan waktu lapang ni. Daripada aku buat benda-benda yang menambahkan dosa, apa salahnya aku lepaskan tension kejap. Eh tension apakah? Buat usrah seminggu sekali pun tension? Betulkan main game tak berdosa? Bukan Allah melarang kita melakukan perkara yang sia-sia ? gulp.

“Amboih akhi, mandi pun pakai earphone, tengah hafal surah apa tu?”

Kita senyum. Padahal tengah layan lagu. Yela dalam tandas tak boleh baca Quran. Zikir pun tak elok. Gunakan masa ada dengan sebaik mungkin. Tak gittew? Alasan demi alasan mendatang. Bak kata pepatah, pucuk dicita, ulam mendatang. Eh?

“Eh enta baru balik riadah? Ke solat jemaah tengah padang tadi akhi?”

La kau ni riadah kott. Aku gi riadah benda baik kot. Jaga kesihatan, persiapan pagi esok nak qiyam sepanjang malam ni. Padahal riadah terlebih, buat kita lupa siapa Illah. Buatkan kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Riadah yang mencari kepuasan.

“Wah banyaknya file file movie dalam laptop enta ni, supplier ke?”

Haa ni tak tahu nak cakap. Da’ie pun layan korea? Hati jawab tak tengok pun. Nak bagi adik-adik kat rumah bila balik. Macam ni kah qudwah? Padahal bila bosan kita tengok juga sikit-sikit. Sikit sikit tu macam mana?

“Akhi, ana duk perasan lama dah enta tak buka Quran tu, uzur kah?”

Eh memang sarkastik habis ni. Kita nak cakap apa. Aku baca je kau tak nampak. Kan. Ini juga satu fenomena saya kira. Semangat mendekati Quran makin hari makin pudar. Ruhnya semakin mati. Rata-rata membaca dan mentaddabur sekadar syarat untuk memenuhi jadua-jadual amal yang ditetapkan.


Dan begitulah situasinya.

Setiap dari kita mempunyai situasi yang tersendiri. Kita punya tabiat dan kelemahan tersendiri yang kita dan Allah .S.WT. sahaja yang tahu. Apabila sahabat kita tegur, itu dikira bernasib baik. Ada orang sedar akan perilaku kita yang perlu diperbetul.

Yang menjadi parah, apabila da’ie tidak mendapat sokongan daripada rakan seperjuangan. Yang terlibat dalam kemelut ini secara tertutup dan berasa selesa. Kerana banyak alasan-alasan yang datang membenarkan dan membrri jaminan kepada kelakuan kita itu. Maka di mana harus diperbetulkan? Da’ie perlulah sentiasa muhasabbah diri.

Kadang-kadang dalam diri kita juga, apabila kita berkehendakan melakukan sesuatu, pasti ada satu perasan, tarikan iman yang menegur kita supaya tidak melakukannya. Pasti kita berasa, walau seciput perasaan tidak senang. Cuma kita sering tertewas. Dan terus tertewas.

Dan kita terus berhujah menegakkan benang yang basah.

Saya boleh tulis dan sebenarnya hanya mampu menulis. Nasihat yang paling baik datang daripada diri sendiri. Sudah tiba masanya bagi para da’ie untuk bertindak tegas dengan diri sendiri dan menahan daripada memenuhi tuntutan al-hawa.

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabannya.
(Al Isra : 36)

Semoga kita tidak futur dan terus thabat atas jalan ini.

Wallahualam

juga diautopostkan :)

12 comments:

Spacefishy said...

Allah.. trime kasih ats peringatan. Keep updating!

Anonymous said...

that's their judgements..
let it be..basically its normal.
like we judge Allah when there has anything wrong without realized the real hikmah..lihat pada tujuan..bukan bersembunyi di sebalik tujuan..

Feilong said...

salam chakir.

sudah lama tcer tidak drop a line kat sini. haha. busy marking paper pre-trial. buka internet sekejap je utk cari info for the lesson...(tp ada jugak buka benda lain...hehe)

oh ya, tcer dah deactivate FB tcer so kalu nak contact tcer...contact thru blog je la. hehe.

nnt post la byk2 benda best bulan ramadhan nanti. salam ramadhan :)

PC1667 said...

Points taken. Betul. Sebab itu perlunya sahabat-sahabat di sekeliling yang rajin mengingatkan. Sebab diri sendiri selalu terleka.

Tu pun dah ada orang nak ingatkan bagi alasan lagi. Ouch di situ.

Anyway, apa maksud futur dan thabat? 'Futur' yang kita tau breakfast je hikhiks.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Pemimpi Tegar said...

Gulp.

Muhammad PeacemakerIslam said...

ouch..

Inspector Saahab said...

jazakumullahukhairan katheera untuk antum semua :)

moga Allah redha

Inspector Saahab said...

pc1667 : dah tahu
apa itu futur dan thabat ?

PC1667 said...

Tak sure sangat tapi setakat yang kita faham dari apa yang kita pernah baca-baca sikit, futur tu macam give up or malas? Thabat pulak, lebih kurang macam istiqamah ke?

Ketua Kelas said...

dan kadang2 daie pun lupa yang dia tu daie.tu sebab dia leka layan korea and dsb.cuma dililhatkan dari sudut berdakwah,ada juga daie yang layan korea sama2 dengan orang tu kemudian ajak tinggalkan benda lagha.tu mcm mana pula?.sebab ada juga daie guna pendekatan tu.

Inspector Saahab said...

PC1667 : lebeh kurnag la tu. basically u get it right

ketua kelas : no comment. cuma, matlamat tidak menghalalkan cara dan Islam tidak tertegak atas2 asas jahiliyyah :)

tepuk bahu tanya iman :)

PC1667 said...

Lebih kurang ye. Haha seems like I need to do a LOT more reading on this. Thanks anyway.