Wednesday, October 3, 2012

MENGAPA MASIH BERSELIMUT?

Sepantas kilat. Electron electron di pass ke jiran sebelah, antara penyambut penyambut dalam rangkaian pemindahan electron begitu efektif dan cepat. Berbelit belit dah. Bila mahu translate terminalogi Biologi ke dalam bahasa ibunda. Electron transfer chain, rangakaian pemindahan electron? Mungkin.

Demam biologos datang lagi.

Hari ini kelas tamat agak awal. Seperti biasa. Sebaik sahaja azan zohor berkumandang di corong surau kampus terchenta, pelajar-pelajar mulai bergegas dan terhegeh-hegeh serta berkejaran ke pusat Islam yang putih itu. Boleh nampak permainan di situ? Betapa beriman dan islamik nya pelajar-pelajar ni, kagum sejenak. Sejenak jela.

Bagasi berisi buku-buku sihir yang terdiri daripada pelbagai genre diusung di bahu yang layu itu dengan penuh bersemangat. Antara genre yang terlibat adalah balada dan etnik kreatif. Eh. Hari demi hari, rutin yang sama diulang dan diulang. Seolah-olah kehidupan bergelar pelajar, menggalas harapan Negara, ayam tambatan penduduk kampong serta anak emas keluarga kononya seakan-akan tiada bermakna.

Namun apakan daya, hakikat ini pedih, namun harus ditelan dengan cepat.
Gulp. Ok telan

Sekian merepek.

--------------------------------------------


 
“Ijat nanti besar nak jadi apa”

Cikgu Haryanti yang dikenali ramai ekoran sering memakai haruman berjenama Roxy itu memecah kesunyian dan kedamaian dalam kelas itu dengan satu persoalan yang siapa sangka bakal merubah kehidupan Ahmad Ijat Bustaman bin Setapah @ Rosli buat selama-lamanya.

“Ijat nak jadi guru, macam cikgu. Ijat nak sambung usaha cikgu ini”

Suci dan tulus sahaja jawapan yang terpantul terkeluar dari mulut si kecil itu. Eh, terpantul? Ke terpacul? Pape jela.

Air wajah Cikgu Haryanti tiba-tiba berubah setelah mendengar jawapan dari anak muridnya itu. Dia memandang wajah berseri anak didiknya yang begitu bersemangat itu dengan penuh ratapan dan tatapan kasih sayang. Setelah beberapa saat berlalu, dia mengorak langkah dan bergerak ke hadapan kelas. Cikgu Haryanti kelu seketika.

Lidah dan mulutnya seakan-akan mengalami masalah kekurangan mitochondria untuk menghasilkan tenaga yang cukup untuk mengungkapkan sepatah dua kata. Terpaku.

Besarlah harapan beliau untuk melihat cita-cita anak didiknya yang murni itu menjadi kenyataan. Cikgu Haryanti yakin akan semangat dan kebolehan yang dimiliki oleh Ijat bakal melayakkan dia menyandang jawatan sebagai salah seorang tenaga pengajar yang bakal mendidik manusia.

------------------------------------------

“Supposedly antum semua sudah mampu dan bersedia untuk membawa adik-adik. Ana harap antum lebih serius atas jalan ini. Islam itu bukan sekadar menerima tapi kita menerima sambil memberi.”

Semua wajah tertunduk malu.

Kendatipun sudah lama berkecimpung dengan arus tarbiyah, ahli bulatan itu kelihatannya masih ragu-ragu untuk bergerak. Sekalipun saat kaki mula bertatih, mereka antara suara-suara garau yang melaungkan semangat, menghamburkan kata-kata bakal mengikut jejak langkah para abang untuk mendidik bakal adik-adik nanti.

Semuanya kelu tanpa sebarang bicara.

Di wajah Abang Nizam, jelas terpalit atau terpapar sedikit kekecewaan.
Dia merasakan seoalah-olah….



----------------------------------------------

Harapkan pagar-pagar makan padi.

Ijat yang dahulu begitu teguh dengan prinsip rukun negaranya yang bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu kini tinggal sejarah. Ijat yang pernah menjadi kebanggan Cikgu Haryanti, yang pernah membuatkan si kecil itu menangis keterujaan dan keterharuan kini lenyap dalam pandangan dan bayangan.

Reality yang berlaku, indah khabar dari rupa.

Harapan berubah menjadi kekecewaan

-------------------------------------------

T-A-M-A-T


Hai orang yang berkemul (berselimut),
bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah!
Dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah,  dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah

(Al Mudatsir 1-7)

3 comments:

aku-bukan-robot. said...

ya ayyuhal muzzammil!

cerita macam tergantung2. tapi message insyaALLAH sampai.

keep it up inspector!

Ana Pengembara said...

moga Allah permudahkan

Inspector Saahab said...

memang tergantung habes

insha Allah :)