Wednesday, October 10, 2012

OF BUNGA AND DAUN


Nyaman dan harum
Pagi itu masih suci. Keindahan alam di perkampungan Janda Terbaik itu memukau mata memandang. Sang mentari mula memancarkan dirinya, bersembunyi di sebalik kepulan awan awan yang berarak, perlahan-lahan. Radiasi kemerahan mengisi ruang dan liang udara angkasa raya. Terbaik.

Bunga memulakan harinya dengan seukir senyuman. Manis. Benarlah kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Seperti biasa Bunga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Namun pada pagi yang cemerlang itu, dia kelihatan lebih bertenaga dan bermaya. Barangkali pada malamnya dia bermimpikan bertemu dengan Abang Lebah. Wajahnya yang ceria, tidak lekang dengan senyuman membuatkan rakan setugasnya Daun tertanya-tanya.

Daun buntu. Dia berada dalam dilemma.
Penat memikirkan apa yang berlaku kepada Bunga, akhirnya Daun tekad dengan keputusan untuk menanyakan Bunga akan perkara yang bermain-main dalam kamar mindanya. Kebuntuan dan kebingungan yang melanda Daun membuatkan dia tidak dapat menjalankan proses memecahbelahkan molekul gula dengan sempurna. Terganggu.

----------------

“Bunga… Bunga, titew nak tanya sikit boleh tak?”

“Eh Daun, Daun apa khabar? Tanya banyak pun boleh, pe cer? ”

“Kenapa Daun tengok Bunga ceria semacam je hari ni? Adakah ini Bunga? Atau err, orang lain yang berpura pura jadi Bunga, eh orang?”

“Eh Daun ni, ke situ pulak, ke sini la sikit. Hehe. Sebenarnya semalam Bunga mimpi, musim bunga dah nak habis. Huhu”

“Apekah??? “

“Ala Daun ni, buat tak tahu pulak, maknanya, tak lama lagi Bunga akan gugur, huhu”

“-____-”


------------------

Dan jangan sesekali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki

Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”

(Ali Imran:169-170)
----------------------

Gembira….
Nikmat….
Bergirang hati…..

3 comments:

cOretan bingkisan hati said...

ingatn cite sal pa..semngt nak baca..huuu,,oke2...penyampai ringkas tapi bermakna..syabas inspector.

adeq said...

kurang memahami. maksud bunga gugur = MATI?

Inspector Saahab said...

ni memang nk tulis lagi panjang and make up a good story tapi dah malessss

-_-